Headlines News :
Home » » PARA MALAIKAT DAN ORANG MUKMIN

PARA MALAIKAT DAN ORANG MUKMIN

Written By saleehs gerrard on Saturday, January 9, 2010 | 00:00

Oleh : Muhammad Ibnu Nazir
sumber : www.mujahidincyber. blogspot. com

BismillahirRahmanir Rahim,Assalamu' alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, dan Selamat sejahtera. Alhamdulillah, syukur kehadrat Illahi, dengan izin dari-Nya, kita di arena ini, mencari dan mengupas tentang kepercayaan "Beriman Kepada Malaikat". Posting yang terakhir dari saya berkenaan dengan beriman kepada malaikat ini juga, merupakan satu rentetan peristiwa yang jarang-jarang kita perolehi dan selidiki, walaupun ia tetap termaktub dalam Rukun Iman yang wajib kita semua percayai dan sepakati.


Malaikat mempunyai perasaan suka yang mendalam terhadap orang-orang Mukmin khasnya. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:


"Sesungguhnya Allah apabila mencintai seseorang hamba, Ia akan memanggil malaikat Jibril lalu berfirman: "Sesungguhnya Aku mencintai fulan, maka cintailah dia"


Lalu malaikat Jibril pun mencintainya dan berseru di langit seraya berkata: "Sesungguhnya Allah mencintai fulan, maka cintailah dia." Maka para penghuni langit pun mencintainya dan diletakkan untuknya kemakbulan di bumi"


Apakah yang dimaksudkan selawat para malaikat terhadap orang-orang Mukmin? Mungkin cetusan persoalan ini sering bermain dalam minda kita, bagaimana? Melalui apa?. Semua itu sering bermain dalam kotak pemikiran. Adakah malaikat juga berselawat terhadap orang-orang Mukmin? Atau adakah ia turut sama seperti manusia berselawat terhadap Nabi s.a.w?


Sebenarnya para malaikat itu adalah berdoa, memohonkan keampunan, memintakan rahmat dan taufiq kepada Allah s.w.t untuk orang-orang yang beriman. Allah s.w.t berfirman:


"Dia lah yang memberi rahmat kepada kamu - dan malaikatNya pula (berdoa bagi kamu) - untuk mengeluarkan kamu dari gelap-gelita (kufur dan maksiat) kepada cahaya yang terang-benderang (iman dari taat); dan adalah Ia sentiasa Melimpah-limpah rahmatNya kepada orang-orang yang beriman (di dunia dan di akhirat)." (Surah Al-Ahzab – Ayat 43)


Para malaikat juga sering memerhatikan terhadap orang-orang Mukmin, serta ia menolong dan membetulkan setiap langkah-langkahnya. Saya tertarik dengan satu hadith Rasulullah s.a.w yang telah di riwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim r.a yang bermaksud:


"Barangsiapa meminta kadhaq, urusannya akan diserahkan kepadanya, dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, malaikat turun kepadanya dan menunjukkannya. "


Di antara bentuk pertolongan malaikat terhadap orang-orang Mukmin adalah ia membetulkan susunan kata-katanya. Rasulullah s.a.w pernah menceritakan keazaman Nabi Sulaiman a.s untuk memperolehi anak yang ramai dari beberapa puluh isterinya pada suatu malam. Rasulullah s.a.w bersabda:


"Berkata Nabi Sulaiman a.s bin Daud a.s: "Aku akan mengilirkan seratus isteri pada malam ini, setiap isteri nantinya akan melahirkan seorang anak yang dapat berperang di jalan Allah."


Malaikat berkata: "Katakan `InsyaAllah! "


Nabi Sulaiman a.s tidak berkata demikian kerana lupa. Maka Nabi sulaiman a.s pun menggilir isteri-isteri itu dan (ternyata) tidak ada yang melahirkan anak kecuali seorang isteri saja yang melahirkan separuh manusia"


Berkata Rasulullah s.a.w: "Seandainya Nabi Sulaiman mengucapkan `InsyaAllah' , beliau tidak melanggar sumpah dan apa yang dihajatkannya lebih termakbul"


Hadith ini hadith shahih daripada Imam Bukhari dan Imam Muslim r.a. Ini merupakan satu gambaran yang Allah s.w.t berikan kepada sekelian makhluknya. Supaya agar bersyukur dan senantiasa mengigati-Nya dalam apa jua situasi.


Begitu juga ceritanya berkenaan orang-orang Mukmin yang mengimarahkan Kalam Allah s.w.t. Orang-orang yang mempelajari Al-Quran mendapat tempat dan pahala yang tinggi di sisi Allah s.w.t. Di antaranya adalah Allah menyuruh para malaikat agar mengembangkan sayapnya pada orang-orang tersebut. Pekara ini telah kita bincangkan dalam posting saya yang lalu. Rasulullah s.a.w bersabda:


"Tidak berkumpul suatu kaum di dalam satu rumah dari rumah-rumah Allah dengan membaca Kitab Allah dan saling mempelajari di antara mereka, melainkan mereka mendapat ketenteraman. Dan malaikat melindungi mereka serta mengelilingi mereka" (Hadith Riwayat Imam Bukhari r.a)


Dalam sabda Nabi s.a.w yang lain pula adalah:


"Sesungguhnya Allah s.w.t mempunyai malaikat yang bertugas berkeliling di jalan-jalan mencari orang-orang yang berzikir. Apabila mereka menemuinya satu kaum yang sedang berzikir kepada Allah, mereka saling memanggil: "Kemarilah, ini dia yang kau hajatkan"


Maka merekapun mengembangkan sayapnya ke atas orabg-orang yang berzikir tersebut hingga ke langit dunia"


Hadith ini adalah hadith yang shahih di mana ia diriwayatkan oleh Imam Bukhari r.a


Maka dengan itu setelah kita mendalami tentang "Beriman Kepada Malaikat", kita dapati bahawa malaikat adalah makhluk Allah s.w.t yang paling patuh terhadap perintah Allah s.w.t. Sejak sebelum terciptanya Adam hingga ke hari kiamat, kepatuhan malaikat kepada Allah s.w.t tetap teguh dan tidak berganjak sekalipun. Malaikat mempunyai Iman yang tidak akan berubah-ubah, Imannya tetap dan tidak berganjak dari paksinya. Ia berbeza dengan Para Nabi dan Para Rasul Allah, imannya dari masa ke semasa tetap bertambah, tanpa ada sedikit kekurangan sekalipun. Ia terus dan terus meningkat dari masa ke semasa. Tetapi ia berbeza sekali dengan diri kita, Iman kita ada pasang surutnya, kadangkala Iman kita mengatasi nafsu dan adakala nafsu pula mengatasi Iman kita. Ia seakan-akan tidak seimbang. Pekara ini telah kita sama-sama perbincangkan dalam posting saya yang lalu iaitu "Hati itu…(Bahagian 2)." Oleh yang demikian perbaharulah lagi jika ketirisan dan tipisnya Iman kita terhadap Allah s.w.t. Sesungguhnya Allah s.w.t itu Maha Pengampun dan Maha Penyayang terhadap sekelian makhluk ciptaan-Nya. Allahu Akhbar!, Allahu Akhbar!, Allahu Akhbar!.

Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger