Headlines News :
.
Home » » Renungkan…….. , Hayati dan fahami…

Renungkan…….. , Hayati dan fahami…

Written By Unknown on Saturday, January 23, 2010 | 13:55

Jika kamu memancing ikan.... setelah ikan itu terlekat
dimata kail hendaklah kamu mengambil terus ikan itu.... janganlah
sesekali kamu lepaskn ia semula ke dalam air begitu sahaja....
kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kail mu dan mungkin akan
menderita selagi ia masih hidup.

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan
kepada
seseorang... setelah ia mula menyayangimu hendaklah
kamu menjaga hatinya....
janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu
sahaja.... kerana dia
akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak
dapat melupakan
segalanya selagi dia mengingatimu. ...

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu
mengharap pada
takungannya dan janganlah menganggap ia begitu
teguh.... cukuplah sekadar
keperluanmu. ... Apabila sekali ia retak.... tentu
sukar untuk kamu
menampalnya semula.... akhirnya ia dibuang....
sedangkan jika kamu cuba
membaikinya mungkin ia masih boleh digunakan lagi....

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terima lah
seadanya....
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu
menganggapnya begitu
istimewa.... anggaplah dia manusia biasa. Apabila
sekali dia melakukan
kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. ...
akhirnya
kamu kecewa meninggalkannya. Sedangkan jika kamu
memaafkannya boleh
jadi hubungan kamu akan berterusan hingga
keakhirnya.. ..

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu
pasti baik untuk
dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu
berlengah, cuba mencari
makanan yang lain.. Terlalu ingin mengejar kelazatan.
Kelak, nasi itu
akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan
menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang
insan... yang kamu
pasti membawa kebaikan kepada dirimu. Menyayangimu.
Mengasihimu. Mengapa
kamu berlengah, cuba membandingkannya dengan yang
lain. Terlalu
mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu kehilangannya dan
kamu akan menyesal
apabila dia beralih arah.





"Ya Allah, perbaikilah untuk ku agamaku, yang menjadi
pemelihara bagi
urusanku, dan perbaikilah bagi ku duniaku yang di
dalamnya berlaku
kehidupanku, dan perbaikilah untuk ku akhiratku yang
kepadanya tempat
kembali ku. Jadikanlah kehidupan ku merupakan tambahan
bagi ku terhadap
segala kebajikan dan jadikanlah kematian waktu berehat
dari segala
kejahatan"
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger