Headlines News :
.
Home » » Di sebalik ungkapan "TAK ADA APA APA" - Sbg Renungan

Di sebalik ungkapan "TAK ADA APA APA" - Sbg Renungan

Written By Unknown on Saturday, January 9, 2010 | 00:07

Dari catatan seorang teman...

Beberapa bulan yang lalu hati saya tiba-tiba rasa berdebar, cemas, bimbang
dan runsing. Perasaan itu datang bukan sekali dua malah terlalu kerap.
Ketika memandu pun saya turut diserang rasa yang demikian. Saya cuba
dapatkan nasihat doktor. Doktor kata takde apa-apa.
Hairan juga..!

Sewaktu balik ke kampung, saya bertemu dengan guru mengaji Quran. Saya
ceritakan perkara yang saya alami.

"Mungkin ada buat silap dengan mak kot. Cuba check,"katanya.

Saya tersandar seketika. Insiden apakah yang boleh membuatkan saya diuji
sebegini rupa? Puas saya memikirkannya. Seingat saya, walau ke mana saya
hendak pergi dan apa yang saya nak buat, tak pernah saya lupa memberitahu
mak. Meminta maaf memang saya jadikan kebiasaan dalam diri. Saya balik ke
rumah mak, lalu saya ceritakan peristiwa yang saya alami itu.

Saya pohon padanya, "Mama, Sabri nak tanya dari hati ke hati, adakah Sabri
pernah buat dosa dengan mama yang mama tak ampunkan?"

"Tak ada apa-apa. Mama restu dengan apa yang Sabri buat sekarang ini." Emak
menjawab.

Saya masih tak puas hati. Esoknya saya tanya lagi. Mama masih menjawab,"Tak
ada apa-apa". Saya masih tidak puas hati lagi. Malam itu saya munajat dengan
Tuhan minta Allah tunjukkan jalan kebenaran.

Hari ketiganya dalam keadaan berteleku, saya mengadap mama sekali lagi. Mama
ketika itu sedang berehat di sofa. Saya pandang wajah mama, saya genggam
erat tangannya erat-erat, "Mama, Sabri pohon sekali lagi, tolonglah mama
luahkan apa yang terbuku di hati mama. Sabri tahu sabri ada buat salah, tapi
mama tak nak bagitau." Airmata sudah membasahi pipi. "Tak ada apa-apa"
Tingkah mama semula. Dalam keluhan yang dalam, ibu tua seakan mahu bersuara
tapi terdiam kembali.

Akhirnya dia bersuara. "Sabri ada satu kisah yang mama susah nak lupakan dan
sesekali ingatan itu datang akan membuatkan hati mama terluka. Kadang-kadang
ketika membasuh pinggan, mama boleh menangis tersedu-sedu mengenangkan
peristiwa itu. Lukanya amat dalam, masih berbekas hingga sekarang." Saya
terkedu. Mama menyambung, "Sabri tentu inagt arwah ayah meninggal ketika
adik masih kecil. Tanggungan kita ketika itu sangat berat. Duit pencen ayah
memang sedikit dan tak cukup nak tampung hidup kita, Sabri ingat tak?" Mama
mula menangis. Saya tunduk.

Selepas SPM Sabri ditawarkan menjadi guru sandaran, wang hasil titik peluh
Sabri tu mama gunakan untuk perbelanjaan adik-adik. Satu hari Sabri bagitau
mama Sabri nak melanjutkan pelajaran. Mama merayu supaya hajat itu
ditangguhkan dulu sebab kita kesempitan wang dan minta Sabri terus bekerja.
Berkali-kali Sabri minta dan merayu pada mama nak sambung belajar juga.
Akhirnya mama terpaksa melepaskan Sabri belajar dalam hati yang penuh
terpaksa."

Saya benar-benar terkejut. Mama menyambung lagi, "Cuba bayangkan ketika itu
kalau mama tak izinkan Sabri pergi, mama rasa Sabri tetap berkeras pergi
juga. Dan perginya Sabri ketika itu adalah sebagai anak derhaka!" Saya
meraung sepuas-puasnya, terjelepuk lembik di pangkuan mama. Mulai hari ini
mama ampunkan semua dosa Sabri. Adik-adik pun dah berjaya. Segala yang
terbuku di hati dah habis mama luahkan. Mama harap mama dapat mengadap tuhan
dengan hati yang tenang." Ungkapan terakhir mama terasa bagaikan air sungai
jernih yang mengalir sejuk ke seluruh urat saraf saya seakan membasuh dosa
yang lalu. Badan saya terasa ringan yang amat sangat. Syukur kepada Allah
hati saya kembali tenang. Terasa kerja-kerja yang dibuat semakin dibantu
Allah. Sejak peristiwa itu saya selalu berpesan kepada anak-anak, ahli
keluarga dan kawan-kawan agar bersihkan hubungan hati kita dengan ibu kerana
ia sebagai jambatan menuju ke syurga. Saya yeng terlibat dalam program
motivasi turut menceritakan pengalaman saya ini kepada peserta kursus. Bukan
niat di hati untuk berbangga tapi apa yang saya harapkan semua orang dapat
berbuat baik dengan ibu, demi kebaikan didunia dan di akhirat.

Suatu hari selepas selesai menyampaikan ceramah di sebuah kem motivasi, saya
dicuit oleh seorang pegawai lelaki yang sudah melewati usia 40-an. Ën Sabri,
bulan depan telefon saya." Saya kehairanan. Dari sumber yang diketahui,
penganjur program memaklumkan lelaki tersebut mengambil cuti seminggu untuk
pulang kek kampung. Sebulan kemudian saya menghubunginya dengan telefon."Ën
Sabri terima kasih banyak-banyak kerana mengingatkan saya tempoh hari. Kalau
tidak saya tak tahulah nasib saya." Suara lelaki itu seakan sebak. Saya
bagaikan berteka-teki dengannya. Menurut ceritanya, selepas program tersebut
dia terus pulang ke kampung menziarahi ibunya yang sudah terlalu uzur dan
sudah sekian lama tidak juga dijengah bertanyakan khabar berita. Sampai di
kampung ibu yang uzur itu dipeluk dan dicium. Ibu tua itu kehairanan kerana
selama ini si anak tidak pernah berbuat demikian. Dalam tangisan yang penuh
syahdu si anak memhon ampun dan maaf di atas segala silapnya selama ini.

"Syukur kamu dah insaf. Selama hari ini kamu tidak pernah meminta maaf
bersunguh-sungguh. Kamu mungkin jadi nak derhaka kalau mak tak ampunkan dosa
kamu yang satu ini. Umur mak dah 80 tahun. Selama 50 tahun mak memendam
rasa. Dosa yang lain mak boleh ampunkan, tapi dosa yang satu ini mak rasa
sungguh berat dan amat tersinggung. Mak terlalu sedih anak yang mak kandung
sembilan bulan, anak yang mak kenyangkan perutnya dengan air susu mak ini
sanggup mengherdik mak dengan kata-kata 'órang tua bodoh. Tak ada otak'"
Cerita lelaki itu, satu hari dia meminta ibunya membasuh sehelai seluar yang
berjenama, dibeli hasil duit gaji pertamanya. Seluar itu terlalu kotor lalu
si ibu merendamnya dengan peluntur. Mak gosok dan lipat. Beberapa hari
kemudian dia mencari seluar itu untuk dipakai bekerja, malangnya seluar
mahal itu didapati telah bersopak-sopak warnanya. Lalu dia yang berdarah
muda menjadi berang, mengherdik si ibu, "Hei, orang tua bodoh! Tak ada otak
keer? Buta ker? Seluar n! ih mahal tau!!" Akhirnya dosa si anak diampunkan.

Daripada kedua-dua cerita ini dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa di
sebalik ungkapan 'tak ada apa-apa' dari mulut seorang ibu mungkin ada
tersimpan 'apa-apa' yang sangat memilukan hati ibu, akibat tingkah laku atau
tutur kata kita yang menyinggung hatinya. Jagalah hati ibu, dan sentiasa
minta mereka doakan kesejahteraan hidup kita. Sesungguhnya doa dari seorang
ibu sangat makbul."?.. dan hendaklah kamu berbuat baik dengan sesungguhnya
kepada ibu bapa?..

"Sesungguhnya Allah itu tidak suka kepada orang yang sombong dengan
perbuatannya, sombong dengan perkataannya. " An-Nisa':36

**** AMBIL IKTIBAR DAM PEDOMAN DR CERITA DIATAS....SESUNGGUH NYA SYURGA DI
BAWAH TELAPAK KAKI IBU....RASA INSAF BILA MENGHAYATINYA DAN BERSYUKUR KITA
MASIH MASIH MEMPUNYAI IBU DAN BAPA.


Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger