Headlines News :
.
Home » , » Rahsia orang pompuan

Rahsia orang pompuan

Written By Unknown on Thursday, January 14, 2010 | 02:27

Cerita ni peringatan untuk kawan lelaki je, tapi orang pompuan take
note... ... hehehehe Jom kita tengok benda-benda yang selama ini
menjadi rahsia yang terperam buat orang perempuan. Ini bukan
mengumpat, tapi kenyataan... .. jadi bagi lelaki haruslah fahami
hakikat bahawa perempuan itu... ... Salah satu kegemaran orang
perempuan ialah salin resepi, fotostat resepi dan hafal resepi. Dan
salah satu ketidakgemaran orang perempuan ialah masak ikut resepi!

Menurut satu kajian; kebanyakan wanita akan berkata,tengok anak
orang teringat anak kita. Dan menurut satu kajian lagi; kebanyakan
lelaki akan berkata, tengok bini orang terlupa bini kita! Selangkah
lelaki sama dengan tiga langkah orang perempuan bila berjalan tapi
tiga langkah orang lelaki akan menjadi satu langkah orang perempuan
bila dia orang nampak ada jualan besar-besaran! Wanita memang
pemurah... sebab itu diaorang bermurah hati tabur duit kat shopping
complex tiap-tiap minggu!

Orang perempuan tidak akan menjadi perempuan yang baik sekiranya dia
tak tahu... tarik muncung empat, lima depa time merajuk! Sekali
pandang lipstik kat bibir perempuan tu sama sahaja warna merah, tapi
dua kali pandang warna tu sebenarnya tak sama; ada merah ros, merah
sirap, merah hati, merah darah dan duit merah!

Menurut satu kajian, 99.9 peratus punca pergaduhan suami isteri
adalah berpunca daripada isteri. Dan satu lagi kajian, 99.9 peratus
punca pendapatan suami isteri adalah berpunca daripada suami.

Antara orang yang disayangi wanita dalam dunia ini ialah suaminya
dan tauke shopping complexnya! Binatang yang suka berlenggang dan
tak berhenti-henti bersembang ketika berjalan ialah itik. Manusia
yang suka berlenggang dan tak berhenti-henti bersembang ketika apa
saja ialah per... per... !

Wanita sanggup mengeluarkan berpuluh ringgit untuk beli alat make up
dan mereka juga tergamak habiskan duit untuk membeli pencuci make
up. Nampak sangat merekalah satu-satunya makhluk di muka bumi ini
yang suka sangat buang duit beli alat make up!

Orang perempuan akan membelek muka di cermin sekurang-kurangnya tiga
kali sebelum ke tempat kerja,enam kali semasa kerja dan tiga kali
pula selepas balik kerja dengan mengambil masa kira-kira setengah
jam setiap kali. Ini bererti selama enam jam sehari orang perempuan
buat kerja tak berfaedah - tengok muka sendiri!Menurut satu kajian,
jumlah wanita memakai cermin mata adalah tiga kali ganda
dibandingkan dengan lelaki. Ini adalah kerana mata wanita mudah
rabun sebab mereka memang mudah rambang mata. Tempat yang selalu
menjadi tarikan kepada wanita ialah shopping complex, pasar malam,
pasar sehari dan pasar tani. Ini sekali lagi menunjukkan wanita
memang suka menghabiskan duit.

Menjelang bulan puasa, rata-rata orang perempuan akan mengurangkan
kekerapan bercakap dan menambah kekerapan membeli-belah! Orang
perempuan memang mudah kecil hati. Dalam sehari sekurang-kurangnya
lima enam kali mereka berkecil hati. Jika ini berterusan selama
beberapa tahun tak mustahil lama-lama orang perempuan akan kehabisan
hati!Wanita telah diiktiraf sebagai kaum yang paling bijak terutama
dalam hal berbelanja.

Kebanyakan perempuan akan cari kawan bila nak makan tapi mereka
jarang benar keluar belanja kawan makan! Menurut satu perangkaan,
orang perempuan tidak boleh bertahan lama. Paling lama cuma sampai
umur 50 saja. Selepas itu orang perempuan cuma tinggal gusi. Ini
adalah kesan kuat bercakap ketika muda.

Sejenis burung yang boleh terbang sepanjang hari tanpa mengibaskan
kedua-dua sayapnya dikenali sebagai albatross. Sejenis manusia yang
boleh bercakap sepanjang hari tanpa henti-henti dikenali sebagai...
Salah satu kegemaran orang perempuan ialah menyimpan kuku panjang.
Kalau dihimpun dan dicantumkan kuku-kuku orang perempuan seluruh
Malaysia, ianya sama panjang dengan jambatan Pulau Pinang.
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger