Sakit jiwa
Seorang lelaki sakit mental menganggap dirinya adalah jagung dan terlalu takut dengan
ayam. Jika ternampak haiwan itu, dia akan lari lintang pukang kerana menyangka ayam akan
memakannya. Akhirnya, lelaki itu dimasukkan ke rumah sakit jiwa. Setelah beberapa bulan,
doktor pun melakukan ujian ke atas lelaki itu bagi mengenal pasti apakah dia telah pulih
ataupun tidak.
Doktor : Adakah kamu tahu siapa diri kamu sekarang?
Lelaki : Ya doktor.
Doktor : Siapa kamu sebenarnya.
Lelaki : Saya ini manusia doktor.
Doktor : Ya ke? Bukan jagung?
Lelaki : Bukan, saya manusia doktor.
Doktor : Kamu takut dengan ayam?
Lelaki : Tidak doktor.
Doktor : Hmm..bagus. Nampaknya kamu dah sembuh.
Lelaki : Tapi doktor, saya ada satu pertanyaan.
Doktor : Apa dia?
Lelaki : Ayam tahu tak yang saya ni dah berubah jadi manusia.
Doktor : "??$$??"
Banduan yang pintar
Ada seorang Aceh dari kabupaten Pidie, menulis surat ke anaknya yang ada dipenjara Nusa
Kambangan karena dituduh terlibat GAM (Gerakan Aceh Merdeka).
Bunyinya: "Hasan, bapakmu ini sudah tua, sekarang sedang musim tanam jagung, dan kamu
ditahan di penjara pula, siapa yang mau bantu bapak mencangkul kebun jagung ini?"
Eh, anaknya membalas surat itu beberapa minggu kemudian. "Demi Tuhan, jangan cangkul itu
kebun, saya tanam senjata di sana," kata si anak dalam surat itu.
Rupanya surat itu disensor pihak rumah tahanan, maka keesokan harinya setelah si bapak
terima surat, datang satu peleton tentara dari kota Medan.
Tanpa banyak bicara mereka segera ke kebun jagung dan sibuk seharian mencangkul tanah di
kebun tersebut. Setelah mereka pergi, kembali si bapak tulis surat ke anaknya.
"Hasan, setelah bapak terima suratmu, datang satu peleton tentara mencari senjata di kebun
jagung kita, namun tanpa hasil. Apa yang harus bapak lakukan sekarang?"
Si anak kembali membalas surat tersebut, "Sekarang bapak mulai tanam jagung aja, kan udah
dicangkul sama tentara, dan jangan lupa ngucapin terima kasih sama mereka."
Pihak rumah tahanan yang menyensor surat ini langsung pingsan.
Mat Punk
Seorang orang tua sedang duduk di kerusi di sebuah taman bunga sambil menikmati udara
petang.. Tiba-tiba seorang anak muda bergaya punk duduk di sebelah si atok tersebut...
Rambut anak muda itu dicat kuning dan hijau, sementara rambut-rambut yang berdiri dicat
jingga dan ungu. Di sekeliling matanya diwarnakan hitam. Orang tua itu lama menatap si
punk tersebut...
Merasa terganggu dengan tatapan orang tua itu.. pemuda punk itu bertanya.. "Eh, pakcik..
kenapa tenung saya macam tu..? apakah dulu waktu muda pakcik tidak pernah buat kerja yang
gila-gila?"
Setelah menarik nafas panjang... orang tua itu menjawab.. "Tentu saja pernah. Dulu aku
pernah mabuk teruk..
dan ketika mabuk itulah aku merogol seekor burung kakatua. jadi sekarang ini aku keliru...
jangan-jangan kamu adalah anakku."
Ayam Panggang
Razak pergi ke sebuah restoran kegemarannya dan
memesan ayam panggang seekor..Beberapa minit kemudian pesanannya sampai... Tapi sedang dia
menikmatinya makanannya.. pelayan yang lain menghampirinya dan berkata..
"Maaf, Encik... Itu sebenarnya pesanan lelaki yang ada
di sana itu. Dan ini merupakan stok ayam terakhir
yang kami ada... Maaf ya Encik." Razak menoleh ke arah lelaki yang ditunjuk, ternyata
badannya besar dan gagah.. lalu berkata,"Kerana terlanjur sudah makan sedikit..jadi ayam
ini milik saya. lagi pun saya juga membayarnya. "
Sementara si pelayan restoran nampak kebingungan,
lelaki gagah tadi dengan wajah marah
sambil membawa pisau menghampiri Razak.
"Hai budak.. jangan sentuh lagi..!! Apapun yang akan
engkau lakukan terhadap ayam itu akan aku
lakukan juga terhadap engkau. Kalau kau potong
kakinya, aku akan potong kaki engkau.
Kalau engkau potong perutnya, aku akan potong juga
perutmu. Pendek cerita.. apapun yang engkau
lakukan, akan aku lakukan juga pada engkau."
Razak terdiam beberapa minit.. lalu perlahan-lahan
Dia mengangkat ayamnya, membawa ke mulutnya
dan menjilat bontot ayam tersebut...
Paling Bersih
Sepasang suami istri merayakan ulang tahun perkahwinannya dengan makan malam di sebuah
restoran. Ketika mereka hendak meninggalkan restoran tersebut, mereka ditanya oleh pemilik
restoran yang berdiri di pintu.
Pemilik : "Bagaimana perasaan Anda terhadap hidangan dan layanan kami?"
Lelaki : "Ada satu perkara yang boleh saya katakan.. Anda memiliki dapur yang paling
bersih di bandar ini."
Pemilik : "Dapur yang paling bersih?... Anda kan tidak pergi ke dapur. Bagaimana Anda
boleh tahu yang dapur kamilah yang paling bersih?"
Lelaki : "Sebab.. Semua makanan yang kami makan berbau sabun."
Kalau sampai Ipoh
Suatu hari, seorang ibu menghantar anaknya yang baru berusia 5 tahun
menaiki bas ekspres Kuala Lumpur - Kangar. Ibu itu berpesan pada pemandu
bas "Encik.. tolong tengokkan anak saya ya... Nanti kalau sampai di
Ipoh... cakap pada anak saya." Sepanjang perjalanan, si anak ini cerewet
sekali. setiap seminit dia akan bertanya pada penumpang disebelahnya. .
"Sudah sampai Ipoh belom?" Hari mulai malam dan anak itu masih terus
bertanya-tanya.
Penumpang disebelahnya menjawab.. "Tidor aje la.. Belom sampai lagi ni..
nanti kalau sampai saya akan kejutkan!" Tapi si anak tidak mahu diam..
dia pergi ke depan dan bertanya pada pemandu untuk kesekian kalinya,
"Pakcik.. sudah sampai Ipoh ke belom?" Pemandu yang sudah keletihan
menjawap soalan itu berkata.. "Belom! Tidur aja la! Nanti kalau dah sampai
kat Ipoh.. pasti dikejutkan.. !" Kali ini, si anak tidak bertanya lagi,
dia tertidur nyenyak sekali. Kerana suara si anak tidak kedengaran lagi..
semua orang di dalam bas lupa pada si anak, sehingga ketika sampai di
Ipoh.. tidak ada seorang pun yang membangunkannya. Hinggalah melepasi Alor
Setar.. si anak masih tertidur dan tidak bangun-bangun.
Tersedarlah si pemandu yang dia lupa membangunkan si anak. Lalu ia
bertanya pada para penumpang.. "Encik-encik dan puan-puan sekalian..
bagaimana ni.. perlukan kita hantar semula anak ini?" Para penumpang pun
merasa bersalah kerana turut melupakan si anak dan setuju menghantar si
anak kembali ke Ipoh... Maka berpatah kembalilah rombongan bas itu menuju
ke Ipoh.. Sesampai di Ipoh... si anak dibangunkan. "Nak! Sudah sampai
di Ipoh! cepat bangun!" Kata Pemandu.. Si anak bangun dan berkata.. "Oh
sudah sampai ya!" alu si anak pun membuka beg pakaiannya dan
mengeluarkan nasi bungkusnya.. Seluruh penumpang kehairanan.. . "Bukankah
kamu hendak turun di Ipoh?" tanya pemandu kebingungan. "Tidak lah.. mama
saya pesan.. kalau sudah sampai di Ipoh.. saya boleh makan nasi bungkus
ni!"
Nenek oh nenek
Abu (nama samaran) bagitau tunang dier Siti (juga nama samaran) teringin nak
jumpa nenek Siti. Satu hari, Siti berkesempatan memperkenalkan Sam kepada neneknya.
Sambil duduk menunggu, Abu mengunyah kacang hazelnut sampai abis semangkuk.
Nenek Siti keluar lalu Abu bersalam dengan sopan santunnya sambil berkata, "Maaflah nek,
abis semangkuk hazelnut tu saya makan tadi." Dengan selamba ala salesman budak-budak
pakai tie jual calculator, nenek Siti berkata, "Takpe, Siti memang suka sangat bawakan
nenek
coklat kacang hazelnut ni. Gigi nenek takde dah, jadi nenek isap je la coklatnya.
Kacangnya nenek
tinggalkan kat mangkuk tu."
Malu Sesangat
Seorang wanita muda telah ter'bersalin' di dalam sebuah lif. Dier pun malu macam nak giler
dan tak mahu kuar dari lif itu. Pihak pengurusan bangunan pun memanggil polis, bomba dan
psychologist untuk pujuk dier keluar. Psychologist tu pun cakap ler, "Cik... keluar lah...
aper nak dimalukan... perkara biase jer nih." Wanita muda yang terbersalin itu pun
menjawab, "Tak mau, tak mau, saya malu." Psychologist itu menambah, "Alah cik... tahun
lepas saya ader 1 kes lagi teruk... pompuan tu beranak dalam longkang!!" Mendengarkan
kata-kata Psychologist tu jer, wanita muda tu terus meraung bagai nak giler lalu berkata,
"Yang tu pun saya gak, uhwaaa..!!!"
Dot Pi Dot Mai
Salman (bukan nama betul) pulang dari kerja satu petang dan terdengar suara isterinya
dalam
bilik mengerang. Dia berlari naik ke bilik dan melihat isterinya terlantar di katil
berpeluh tanpa pakaian.
"Kenapa ni sayang?" tanya Salman. "I diserang sakit jantung", jawab isterinya. Salman
berlari ke bawah
untuk menalipon doktor tapi belum sempat dia talipon, anaknya yang berumur 5 tahun berlari
datang dan
berkata,
"Papa, acik Lan ada bawah katil ayah tak pakai suar."
Salman mula naik angin dan naik semula ke biliknya. Memang betul Mazlan (bukan nama
sebenar)
jiran mereka ada di bawah katil tanpa pakaian. Salman menarik Mazlan keluar dan berkata,
"Lahanat kau Lan, isteri aku kena sakit jantung. Kau pulak cuba menakutkan anak aku ye?"
Ingat!, Seperti Bom Tangan
Apabila beberapa orang pekerja sebuah restoran nasi kandar menghadiri satu Seminar
Kebakaran & Keselamatan di Penang, mereka melihat pegawai bomba membuat demonstrasi
memadam kebakaran menggunakan alat pemadam api (fire extinguiser) dengan begitu
berminat sekali.
"Cabut pin ini seperti mencabut pin bom tangan," pegawai itu menerangkan. "kemudian tekan
di sini untuk mengeluarkan 'foam'nya." terang pegawai itu lebih lanjut.
Tidak lama kemudian, seorang pekerja restoran nasi kandar berkenaan telah dipilih untuk
mengawal kebakaran di tempat letak kereta.
Disebabkan kegugupannya, dia terlupa untuk mencabut pin alat pemadam api tersebut.
Pegawai itu kemudiannya memberikan klunya, "Ingat !, seperti bom tangan.". Seperti timbul
satu keyakinan baru kepada pekerja restoran nasi kandar itu, ia pun dengan segera mencabut
pin dan melontarkan alat pemadam api itu ke dalam kawasan kebakaran tersebut.
Demikianlah adanya...
Kanggaru
Seekor kanggaru di Zoo Melaka sentiasa keluar dari kawasan kurungannya. Menyedari hal itu,
seorang pegawai menasihatkan seorang pekerja supaya membina pagar yang lebih tinggi.
Menyedari bahawa kanggaru itu tidak dapat melompat tinggi, pekerja itu memasang pagar
dengan ketinggian lima kaki.
Esoknya, pegawai itu menerima laporan bahawa kanggaru itu keluar dari kawasan kurungannya
lagi.
Pegawai itu mengarahkan pekerjanya memasang pagar yang lebih tinggi lagi. Begitulah yang
berlaku
setiap kali beliau mendapat laporan tentang kanggaru yang suka keluar dari kawasan
kurungannya
itu. Sehingga cerita ini ditulis, sudah 30 kaki tinggi pagar kurungan kanggaru itu.
Esoknya kanggaru itu terlepas lagi. Pada sebelah petangnya, selepas kanggaru itu
dimasukkan kembali
ke kawasan kurungannya, jiran sebelahnya iaitu seekor unta pun bertanya kepada kanggaru
itu, "Agak-agak
kau sehingga berapa tinggi mereka akan memasang pagar ini?". Kanggaru itu menjawab,
"Mungkin sehingga
beratus kaki, kecuali seseorang mengunci pintu pagar pada malam ini dan malam-malam
seterusnya".
Tiga kali je...
Pada satu malam, ada pasangan yg agak berumur sedang makan malam dengan romantiknya bagi
menyambut ulangtahun perkahwinan mereka yg ke 50 tahun.
Suaminya, seorang Tan Sri dan bekas ahli politik mula bercerita tentang nostalgia mereka
suami isteri, sekian lama hidup bersama, suka duka, susah dan senang. Si suami memang
menyanjung isterinnya, bernama Maria.
"Maria, selama kita kahwin ni, suka duka kita lalui, susah senang kita tempuh, abang amat
menyanyang Maria, tapi ada satu perkara yg asyik bermain-main di benak abang ni dan abang
selalu bertanya-tanya. Berterus-teranglah dgn abang pada malam ni, pernah tak Maria curang
dgn abang selama ni?"
Maria agak terkedu sekejap dan merenung panjang muka suaminya itu, lalu berkata dengan
penuh kekesalan, "Ya abang, Maria mengaku pernah curang dgn abang, tapi hanya 3 kali
sahaja selama ni"
"3 kali?" Tan Sri tu agak terkejut, tapi tak la marah, dah tua dah dan memang berniat utk
memaafkan isterinya,"Bagaiman a boleh terjadi 3 kali tu Maria?"
Perlahan jer la isteri dia mula membuka lebaran cerita lama, "Abang ingatkan masa kita
mula-mula kawin, terus beli rumah dan selang beberapa tahun, kita susah sangat masa tu
hingga rumah kita hampir nak dirampas oleh bank"
"Ya, abang ingat peristiwa tu" jawab si suami. Si isteri menyambung cerita, "Abang pasti
ingat yg pada satu petang tu Maria pergi jumpa pegawai bank tu dan esoknya, bank tu tak
jadi rampas rumah kita, malah bagi tambahan pinjaman utk abang mulakan perniagaan.. "
"Emmmm.. sukar buat abang menerima kenyataan ini, tapi abang maafkan maria kerana apa yg
maria buat tu untuk masa depan kita jugak", kata si suami, " Kali ke 2 pulak?"
"Abang ingat tak, abang hampir menemui maut sebab ketumbuhan dalam otak pembedahan?" si
isteri menyambung cerita "Ya, abang ingat" jawab si suami. "Kalau macam tu, abang pasti
ingat yg Maria ada pergi jumpa doctor pakar tu dan esoknya, dia setuju buat pembedahan utk
abang tanpa bayaran apa-apa pun.."
"Oh maria, walau perit hati ini mendengarkan, tapi abang tetap maafkan maria sebab apa yg
maria buat tu untuk masa depan kita jugak dan kerana sayangkan abang jugak.. yang kali ke
3 macam mana pulak? ", kata si Tan Sri. Si isteri menundukkan mukanya dan menjawab penuh
lemah, "Abang, ingat tak masa abang bertanding merebut kerusi bahagian dan abang perlukan
248 undi lagi...."
Tan Sri pengsan kat situ jugak...
Sayangkan isteri
Pak Mat adalah seorang penduduk sebuah pondok di Selatan Thailand.
Pada pertengahan bulan Mei yang lalu isterinya yang bernama Maznah telah meninggal dunia
kerana diserang penyakit jantung. Pak Mat yang berusia menjangkau empat puluhan telah
diperhatikan oleh jiran-jirannya agak luar biasa iaitu beliau telah pergi ke kubur
isterinya
sebanyak tiga kali sehari.
Pak Mat pergi pada waktu pagi, tengah hari dan petang untuk menyiram kubur isterinya lebih
dari dua minggu secar berterusan. Ada setengah dari jiran dan penduduk tempatan
beranggapan
Pak Mat begitu cintakan isterinya.
Seorang saudaranya yang terdekat telah berkata, "Awak ni terlalu sangat cintakan isteri
sehingga
sanggup berbuat demikian, yang mana tak ada siapa lagi di kampung ini buat begitu". Pak
Mat manjwab,
"Sebenarnya sebelum Maznah hendak hembuskan nafas yang terakhirnya, beliau telah berpesan
kepada
saya, kalau hendak kahwin pun tunggulah sehingga rumput di kuburnya tumbuh dahulu. Oleh
yang
demikian saya terpaksa siram kuburnya supaya rumput cepat tumbuh".
Bertuah punyer Boboi!
Ada seorang budak kecik, Boboi namanya umur dlm 4 thn. Dia nih memang gemar sangat
kencing.
Mungkin pundi kencing dia longgar agaknya. Kadang-kadang tu pergi fun-fair ke, supermarket
ke,
mana-manalah tempat yang ramai orang, kalau dia nak kencing ajer..sesuka hati dia jerit
kat mak dia...
"mak..boboi nak kencing!!!".
Maka mak dia pon mencari jalan penyelesaian utk Boboi sebab mak nya malu dengan perangai
Boboi nih
menjerit kat tempat yang ramai orang. Maka mak nyer pon kata kat Boboi,
"Boboi..lain kali kalau Boboi nak kencing, Boboi cakap nak nyanyi,ok?". Boboi pon
mengangguk tanda paham.
Nak dijadikan cerita, satu hari mak Boboi ada outstation, jadi Boboi di hantar bermalam
dengan neneknya.
Masa tuh dah agak malam, nenek pun dah terbaring penat setelah seharian melayan karenah
Boboi.
Budak boboi nih bukan tau orang tua tuh penat ke idak. Dia pun menjerit kat neneknya...
"Nenek...Boboi nak nyanyi!!".
Neneknya membalas "Dah malam nih,esok lah nyanyi, nanti orang rumah sebelah marah pulak
boboi bising!",
terang nenek. Si boboi terus mendesak juga. Akhirnya neneknya pasrah...
"Um..yerlah. .boboi.boboi nyanyi perlahan-lahan kat telinga nenek ye....."
mesti korang bleh agak ape yg berlaku seterusnya kan.. hihihihi
Ehwan dgn 100 ekor ayam
Pada suatu hari ada seorang lelaki kaya ingin mengadakan
kenduri untuk anaknya. Untuk itu dia ke bandar untuk membeli ayam di kedai Pak Romee.
Lelaki kaya: "Saya ingin memesan 100 ekor ayam untuk esok, ini alamat saya
(seraya memberikan kadnya)." Pak Romee: "Baik tuan,saya akan suruh anak buah saya
untuk menghantarkannya ke rumah tuan." Selepas itu, Pak Romee memanggil anak
buahnya yang bernama Ehwan Afendi dan memberikan arahan...
Pak Romee: "Wan, tolong hantar 100 ekor ayam esok ke alamat ini (sambil memberikan
kad lelaki kaya tadi)."
Ehwan : "hantar ayam? Beres Tuan !"
Esoknya dengan menunggang motor si Ehwan pergi menghantar100
ekor ayam tersebut. 50 ekor diletakkan di sebelah kanan dan 50 ekor
lagi diletakkan di sebelah kiri. Akan tetapi malangnya, di tengah perjalanan
dia terjatuh dari motornya..., ayam-ayam yang dia bawa langsung terlepas
dan lari bertempiaran. Orang ramai datang untuk mengetahui keadaan si
Ehwan. Tetapi si Ehwan tidak apa2 malah ketawa terbahak-bahak. Seseorang
diantara meraka datang bertanya, mungkin dia merasa khuatir kerana melihat
si Ehwan ketawa ...
Orang yg bertanya : "Bang, abang tak apa-apa kan... ? Kepalanya tak
sakit kan?"
Ehwan : "Ha... ha... ha... !"
Orang yang bertanya : "Bang, kenapa bang ?"
Ehwan: "Ha... ha... ha..., dasar ayam-ayam bodoh, mereka
nak lari ke mana? alamatnya kan ada pada aku... Hua.. ha.. ha.. ha....."
Al-Kisah Si Koboi
Al-Kisah...
Seorang Koboi Pulang Dari Sebuah Kota Dengan Menunggang Kudanya Melewati Gurun. Dia
Dikejutkan Oleh Seekor Ular Yang Menghalangi Jalannya, Lalu Si Koboi Turun Dengan Pisau
Ditangannya, Ketika Ditangkap Ular Itu Untuk Dibunuh Si Ular Berkata :
Si Ular : "Jangan Bunuh Saya, Saya Adalah Seorang Pari-Pari".
Si Koboi Terkejut, Dan Masih Ragu, Lalu Bertanya :
Si Koboi : "Jika Kamu Pari-Pari Apa Yang Saya Minta Akan Dikabulkan ?". Tanya Si Koboi.
Si Ular : "Jika Kamu Tidak Percaya Lepaskan Dulu Saya, Dan Apa Permintaan Kamu Wahai
Koboi?". Kata Si Ular Itu.
Lalu Si Koboi Melepaskan Si Ular Itu, Lalu Dia Berkata :
Si Koboi : "Saya Mempunyai 3 (Tiga) Permintaan, Iaitu Yang Pertama, Saya Mahu Wajah Saya
Hensem Macam Lionardo Dikopiko, Yang Kedua badan Saya Setegap Arnold, Yang Ketiga "Anu"
Saya Sebesar "anu" Kuda Yang Saya Tunggangi Itu". Sambil Menunjukkan Jari Ke Kudanya.
Si Ular Berkata Dengan Tenang :
"Sonang Bai Tuuuu, Esok Kamu Boleh Lihat Dicermin Apa Yang Terjadi, Sudah Ya, Saya Pergi
Tata Titi Tutu". Kata Si Ular Sambil Pergi Masuk Semak-Samun Dan Menghilang.
Lalu Si Koboi Itu Naik Kudanya Meneruskan Perjalanan Menuju Rumahnya. Memang Hari Sudah
Lewat Dan Sesampai Di Rumah Si Koboy Berdiri Di Depan Cermin Dan Berkata :
"Besok Kalau Tidak Ada Perubahan Siaplahh!, Aku Potong Kepalamu Wahai Ularr!". Sambil
Berjalan Dia Masuk Ke
Bilik Dan "Z z Z z " Ketiduran.
Keesokan Harinya Si Koboi Bangun Pagi-Pagi Dan Terus Menuju Cermin, Dan Apa Yang Terjadi,
Si Koboi Tergezut Gorilla Dan Gembiraaa, Dilihatnya Wajahnya Mirip Lionardo Dikopiko
Dengan Senyum Bangga, Lalu Dia Membuka Baju Melihat Badannya Sudah Berubah Dengan Otot
Yang Menonjol, Dia Memperagakannya Gaya-Gaya Bodybuilder, Kemudian Dia Membuka Seluarnya
Dan Dia Terkejut Triple King-Kong Sekali, Dan Berteriak :
"Tidak-Tidak. Ini Tidak Mungkin, TIDAAAAAAAAAAAAAAAA K!!!!!!!" .
Ternyata Dia Lupa, Dan Baru Ingat Bahawa Kuda Yang Ditungganginya Semalam Itu Adalah Kuda
Betina...!!.
MORAL : Masa Kat Sekolah Dulu Tak Ambil Subjek Pendidikan Moral .
Tragedi Sendiri Cari
"Abang Ni, Pakai Tu Elok-Elok La Sikit," Kata Liza Lembut Sambil Membetulkan Pakaian Usin.
Usin Tersenyum Memandang Isterinya.
"Cantik Isteri Abang Hari Ni," Usin Mencubit Pipi Liza Lembut.
"Ayah, Ayah, Cepat La Yah," Farah Dan Adi Meluru Masuk Ke Bilik Kerana Dah Tak Sabar-Sabar
Nak Bertolak Pulang Ke Kampung.
"Yelah, Yelah, Ayah Dah Siap Ni."
Liza Hanya Tersenyum Melihat Suaminya Itu Melayan Karenah Anak-Anak Mereka Yang Comel Dan
Manja.
"Abang, Dah Lama Kita Tak Balik Kampung Macam Ni, Ye ?"
"Iyelah, Maklumlah Abang Ni Sibuk Dengan Urusan Perniagaan. Baru Kali Ni Abang Ada Peluang
Untuk Cuti Panjang." Usin Berkata Kepada Isterinya Tercinta.
Perjalanan Daripada KL Ke Tangkak Mengambil Masa Lebih Kurang Empat Jam. Farah Dan Adi Dah
Pun Terlelap Kat Kerusi Belakang. Begitu Juga Dengan Isterinya, Liza.
"Tak Sabar Rasanya Nak Tiba Kat Kampung," Usin Berkata Dalam Hati.
Sedikit Demi Sedikit Usin Menekan Minyak Keretanya. Semakin Lama Keretanya Semakin Laju
Dan Usin Semakin Seronok. Usin Dah Tak Sabar Untuk Segera Sampai Ke Kampungnya. Pedal
Minyak Ditekannya Lagi Dan Honda Civicnya Mula Memecut.
Usin Cilok Kiri, Cilok Kanan. Habis Semua Kenderaan Dipotongnya. Bangga Betul Usin Masa
Tu. Terlupa Dia Sekejap Pada Anak Dan Isterinya Yang Sedang Tidur.
"Eh Abang, Kenapa Bawa Laju Sangat Ni?" Tiba-Tiba Liza Terjaga Dari Tidurnya.
"Tak Ada-Apa La Sayang, Rileks... Cepat Sikit Kita Sampai Kampung Nanti."
"Sabar Bang, Sabar. Biar Lambat Tak Apa... Jangan Laju Sangat Bang, Liza Takut." Liza Cuba
Memujuk Usin Supaya Memperlahankan Kenderaannya.
"Rileks Liza...Tak Ada Apa-Apa," Usin Terus Memotong Bas Skspres Di Depannya Tanpa Was-
Was.
"Haaa... Kan, Tengok. Tak Ada Apa-Apa Kan?" Kata Usin Setelah Berjaya Memotong Bas Ekspres
Tadi.
"Sudah La Tu Bang."
"Ha... Tu Ada Satu Lagi Bas Ekspres. Liza Tengok Abang Potong Dia Aaa....". Usin Terus
Masuk Gear 3, Pedal Minyak Ditekannya Hingga Jejak Ke Lantai. Usin Terus Membelok Ke Kanan
Untuk Memotong Dan.... Di Depannya Tersergam Sebuah Lori Balak Yang Besar Dan Gagah
Dan..... BANG!!
"Usin.... Bangun Sin," Sayup-Sayup Terdengar Suara Emaknya. Usin Membuka Matanya. Dia
Terlihat Emaknya Di Situ.
"Mana Liza Mak ? Macammana Dengan Liza Mak ? Farah, Adi.... Mana Anak-Anak Saya Mak ?"
Bertubi-Tubi Usin Menyoal Emaknya. Usin Tak Dapat Menahan Kesedihannya Lagi. Usin Menangis
Semahu-Mahunya Di Depan Emaknya.
Emaknya Memandang Usin Tepat-Tepat.
"Macamana Dengan Isteri Usin Mak, Liza?" Usin Masih Terus Menangis.
PAANNNGGG!!
Kepala Usin Yang Botak Itu Ditampar Oleh Emaknya Dengan Tiba-Tiba. Usin Terdiam. Kenapa
Emaknya Buat Dia Macam Tu?
"Banyak La Engkau Punya Isteri ! Keja Pun Pemalas Ada Hati Nak Berbini. Tu La, Tidur Lagi
Senja-Senja Macam Ni ! Dah ! Bangun Pegi Sembahyang !" Emaknya Terus Merungut Sambil
Berlalu Keluar....
...Dan Usin Tersengih Keseorangan. Rasa Macam Nak Masuk Dalam Tin Biskut ! Malu Beb !!
Sekian.
Moral : Pandulah Dengan Berhati-Hati Walaupun Di Dalam Mimpi
Teman Sejati
Selamat Bertemu Dalam Rancangan Ceritaku-Ceritamu. ..
Kali Ni Pak Cik Nak Cerita Sikit Perihal Pertalian Persahabatan Terhadap Tiga Orang Yang
Berlainan Bangsa, Iaitu Seorang Arab, Seorang Afrika Dan Seorang India...
Mereka Ni Telah Sama-Sama Ingin Mengembara Di Lautan. "Adventure La Sikit Brader" Kata
Salah Seorang Dari Tiga Orang Tu. Sampai Masa Dan Ketikanya Mereka Pun Belayarlah Seperti
Yang Dihajatkan.
Setelah Sekian Lama Belayar, Menempuh Pelbagai Ujian Dan Peperiksaan (Tak Termasuk UPSR &
PMR), Sehingga Suatu Ketika Mereka Telah Menempuh Suatu Taufan Dan Ombak Bak Cerita "Deep
Impact" Yang Kuat Sehingga Menyebabkan Kapal Mereka Telah Terbelah Dua Lalu Tenggelam Ala
"Titanic".
Tetapi Umur Mereka Bertiga Masih Panjang. Mereka Telah Hanyut Dan Terdampar Di Sebuah
Pulau (Pulau Kozambo Agaknya, Tak Tau Pulak Saya). Pulau Tu Pulak Tiada Berpenghuni
Melainkan Mereka Bertigalah Yang Menghuninya Setelah Tersadai.
Hari Demi Hari, Minggu Demi Minggu, Bulan Demi Bulan Hinggakan Tahun Demi Tahun Sampai
Jadi Belas Tahun Mereka Menginap Di Pulau Itu. Hidup Aman Dan Damai Kata Orang, Saling
Bekerjasama. Mereka Ni Jadi Tersangatlah Akrabnya.
Akhirnya (Belum Habis Lagi) Salah Seorang Dari Mereka Terjumpa Sebuah Bekas (Tak Tau Lah
Saya Bekas Apa, Tapi Yang Pasti, Bukan Bekas Ubat Nyamuk). Lalu Dia Pun Memanggil Dua Lagi
Kengkawannya.
Setelah Kata Sepakat Membawa Berkat, Mereka Pun Membuka Bekas Tadi Tu. Amat Terkezutlah
Mereka Sebaik Sahaja Terbuka Sahaja Penutup Bekas Tu, Keluarlah Asap Berbunga-Bunga (Tapi
Tak Bahaya Kerana Indeks Bacaan Belum Sampai Tahap Bahaya). Setelah Terbatuk-Batuk
Beberapa Kali Dan Jerebu Pun Reda, Mereka Terperasan Ada Penambahan Bilangan Dari Segi
Penduduk. Wujud Satu Jun Depan Mereka (Ala Brader, Jin Le).
Mereka Bertiga Jadi Takut, Tapi Jin Tu Selamba Je, Terkebil-Kebil. Belum Sempat Mereka
Berbuat Apa-Apa Lagi Jin Dah Berkata :
" Thank You, Thank You, Kerana You All Telah Selamatkan I Dari Belenggu Belanga Ni".
Sambung Lagi Jin Tu : " Oleh Kerana You All Telah Selamatkan Jiwa Dan Raga I, I Akan
Tunaikan Apa Sahaja Permintaan You All, Tetapi Seorang Akan Dapat Satu Sahaja Permintaan
Je Tau".
Mereka Bertiga Punye Le Gumbira Apabila Mendengar Berita Terkini Hiburan Sensasi Yang
Disampaikan Oleh Jin Tu.
Sambung Jin Tu Lagi : "OK Boleh Mulakan Permintaan Kamu Bertiga Sekarang"
"Baiklah" Kata Orang Pertama Iatiu Si Arab.
Dia Sambung " Wahai Jin, Ana (Ana Tu Bermaksud Saya) Telah Tersangat Lama Tinggal Di Pulau
Ini Dan Ana Tidak Dapat Menahan Rindu Untuk Pulang Ke Kampung Halaman Ana, Boleh Anta
Tunaikan".
Kata Jin Tu "Boleh, No Problemo, Tapi Tak Nak Ke Ucapkan Babai Ke Apa-Apa Ke, Kat Kawan
Kau Dua Orang Tu".
Si Arab Pun Berucap : "Wahai Sahabat Ana Berdua Yang Mulia, Ana Akan Sentiasa Kenangkan
Kamu Dimana Jua Ana Berada, Semoga Berjumpa Lagi".
Setelah Berjabat-Jabatan (Bersalam-Salaman) , Bersedih-Sedihan Maka Tiba-Tiba TUSSS! (Siap
Ada Asap Lagi) Tertunailah Permintaan Si Arab.
Tinggal Dua. Kemudian Tibalah Giliran Si Afrika Membuat Hajatnya (Bukan Qado Hajat).
Setelah Terdiam Beberapa
Ketika Si Afrika Berkata : "Wahai Jin Tolonglah Saya Kembalikan Saya Ke Pangkuan Keluarga
Saya, Mungkin Mereka Menyangkakan Bahawa Saya Telah Mati, Saya Mahu Pulang, Saya Mahu
Pulang"
TUSSS! (Ada Asap Jugak) Tak Sampai Hati Jin Tu Mendengarkannya Lebih Lama Lagi. Dan-Dan Si
Afrika Tu Hilang Dari Pandangan, Nak Ucap Selamat Tinggal Kat Kawan Dia Seorang Lagi Tu
Pun Tak Sempat.
Tinggallah Si Mamat India Ni Sengsorang. Jin Tu Pandang Dia, Dia Pandang Jin Tu.
Jin Tu Kata Kat Dia : "Kamu Tu Tunggu Apa Lagi, Mintalah Apa Yang Kamu Hajati Supaya Aku
Boleh Tunaikan Permintaan Kamu Dan Selesaikan Janji Aku Kat Kamu Bertiga. Aku Dah Tak
Sabar Nak Enjoy Ni".
Si India Tu Kata : "Ala Jin Rilek La Jin. Aku Sebenarnya Masih Bersedih Kerana Kehilangan
Kekawanku Yang Sangat Sejati".
Lalu Dia Pun Berkata : "Mr. Jin Sekarang Kau Tunaikanlah Permintaanku Yang Tak Seberapa
Ni".
Berkata Jin :"Katakanlah, Mintalah Nescaya Aku Akan Tunaikan".
Si India Tu Dengan Penuh Wisma Yakin Dan Semangat Berkata Kepada Jin :
"Mr. Jin Aku Amat Merindui Kengkawan Aku, Oleh Itu Aku Meminta Supaya Engkau Kembalikan
Semula Mereka Ke Pangkuan ku. Aku Rindukan Mereka Berdua".
Jin Tu Pun Menunaikan Permintaan Si Mamat India tu. TUSSS! (Asap Dia Banyak Sikit Sebab
Ada Dua Orang Sekali Jalan) Kembalilah Si Arab Dengan Si Afrika Di Depan Si India Tu.
Si India Tu Tersangat Gumbira. Si Arab Dan Si Afrika Tadi Walaupun Asap Dari Perkembalian
Mereka Dah Hilang Tapi Kini Masih Ada Asap Lagi Di Tubuh Mereka Iaitu Asap Dari Api
Kemarahan Yang Terpendam.
(Berkumandanglah Lagu Tema : ' Selama Ini, Ku Mencari-Cari Teman Yang Sejati, Buat
Menemani Perjuangan Suci, Bersyukur Kini, Teman Yang Dicari Selama Ini, Telah Kutemui ....
Nyanyi Sendirilah Brader)
Sekian Sahaja Buat Tatapan Anda Semua.
*** Cerita Ini Adalah Dongeng Semata-Mata. Tidak Ada Kena Mengena Dengan Yang Hidup
Ataupun Yang Telah Meninggal Dunia. Kalau Ada Pun Secara Tidak Sengaja.
Hadiah Harijadi
Pada Suatu Hari, Usop Jendul Nak Belikan Hadiah Harijadi Untuk Kekasih Barunya, Mek Ayu.
So Si Usop Ni Pun Ajaklah Adik Perempuan Sepupunya Untuk Temankan Dia Shopping Kat SOGO.
Oleh Kerana Mereka Baru Dua Bulan Berkawan, Jadi Si Usop Jendul Membuat Keputusan Untuk
Membelikan Mek Ayu Satu Topi Kain Fesyen Baru Saje, Supaya Taklah Nampak Dia Beriya-Iya
Sangat. Adik Sepupu Usop Pulak Pegi Beli Satu Seluar Dalam Hitam Berbunga-Bunga Baru Sebab
Ada Sale Hari Itu. Masa Membayar, Dengan Tak Sengaja Cashier Dah Tertukar Kotak Topi Kain
Hitam Tu Dengan Seluar Dalam Hitam Adik Sepupu Usop!
Selepas Membayar Usop Jendul Pun Terus Pergi Kaunter Hadiah Dan Suruh Diorang Bungkus
Tanpa Check Dulu. Kemudian Dia Balik Ke Rumah Dan Tulis Surat Untuk Mek Ayu Serta
Mengeposkannya Bersama Hadiah Yang Dah Tersilap Tu.
Surat Yang Dia Tulis Tu Berbunyi Cam Nie :
Istimewa Untuk Kekasihku Mek Ayu,
Usop Pilih Hadiah Nie Kerana Ayu Tak Pernah Pakai Bila Kita Keluar Jalan-Jalan Dan Selalu
Mengadu Sebab Panas. Kalau Bukan Sebab Adik Sepupu Usop, Usop Dah Nak Beli Yang Lagi
Jarang Supaya Kalau Berpeluh Tak Lembab Sangat. Tapi Usop Tengok Adik Sepupu Usop Pakai
Yang Ada Bunga Tu Nampak Cantik Pulak. Usop Pilih Warna Hitam Tu Supaya Tak Nampak Kotor.
Promoter Yang Jual Tu Tunjuk Dia Punya Dah Seminggu Tak Basuh. Nampak Elok Aje! Usop Suruh
Dia Try Ayu Punya Sebab Saiz Promoter Tu Lebih Kurang Ayu Je. Memang Cantik Dan Menarik!
Harapnya Ayu Suka Sebab Usop Rasa Memang Sesuai Dengan Ayu. Tak Sabar Rasanya Nak Tengok
Ayu Pakai Depan Usop. Usop Harap Ayu Akan Pakai Untuk Usop Hujung Minggu Nie.
Salam Sayang Untuk Kekasihku, Mek Ayu...
P/S : Kalau Ayu Nak Pakai, Usop Nampak Stail Terbaru Ialah Dengan Melipat Bahagian Depan
Dan Menampakkan Sedikit Rambut.
Yang Menyayangimu,
Usop Jendul
Moral : Jangan Tergesa-Gesa Kalau Buat Apa-Apa Tu. Biar Lambat Asal Selamat. Kengkawan
Tentu Dapat Bayangkan Apa Yang Usop Jendul Terima Bila Dia Bertemu Kekasih Barunya Mek Ayu
Tu...!!
Pelatih Baru
Rosman Diterima Bekerja Sebagai Pelatih Di Sebuah Syarikat Multimedia. Selepas Melaporkan
Diri Pada Hari Pertama Dia Masuk Ke Biliknya... Terus Mendail...
"Tolong Buatkan Saya Kopi Cepat!" Katanya Menengking.
"Maaf, Awak Salah Sambungan. Awak Tahu Dengan Siapa Awak Bercakap Ni?" Kata Suara Di
Hujung Talian.
"Tidak" Jawab Rosman.
"Saya Pengarah Urusan Syarikat Ini, Awak Tahu?" Balas Suara Itu.
Rosman Terkejut. Barulah Dia Sedar Dia Tersalah Dail. Hajatnya Mahu Menghubungi Kantin.
"Encik Tahu Dengan Siapa Encik Bercakap Ni?" Tanya Rosman.
"Tak, Awak Siapa?" Balas Pengarah Urusan Itu.
"Kalau Tak Tahu Bagus..." Kata Rosman Terus Meletakkan Gagang Telefon.
Viagra
seorang wanita dalam usia awal 40an datang berjumpa doktor dengan wajah yang muram durja
seraya berkata, 'suami saya begitu dingin sejak akhir-akhir ini.., saya perlukan
pertolongan dari tuan'.
'kenapa puan tidak mencuba viagra ?, ia suatu penemuan hebat di abad ini!' ujar doktor
tersebut.
'oh, please.. dia tak suka dengan ubatan dan pil rangsangan, dah puas saya memujuknya!'
'begini puan, puan boleh cuba tanpa disedarinya. . masukkan dalam minumannya.. dia takkan
tahu sebab pil ini tiada perasa..' nasihat doktor itu lagi.
'ok,..saya akan cuba..' kata wanita tersebut sambil berlalu.
keesokan harinya datang lagi wanita tersebut dengan muka yang merah padam berjumpa doktor
tersebut sambil berkata 'sungguh memalukan!.. sungguh memalukan!'.
sambil terkejut doktor itu berkata '..kenapa, tak berkesankah? '
'oh tidak tuan doktor, kesannya amat semerta.. sambil minum petang semalam, saya ikut
nasihat doktor.. setelah menghabiskan minuman, mukanya bertukar menjadi merah, terus
menghumbankan semua isi meja ke lantai, merentap skirt saya dan mem..bla..bla. .bla.. di
atas meja makan itu juga !. ianya berlangsung hampir satu jam dan ini permainan yang
paling hebat pernah saya rasa sejak 20 tahun lalu ..!'.
'habis.. apa masalahnya?' tanya doktor kehairanan.
'yelah.. mana saya nak letak muka dengan ibu, ayah, mertua, anak-anak dan pembantu rumah
saya !!! kami sedang minum petang bersama-sama !!.
Malu sendiri...
Seorang pemuda yang baru sahaja menamatkan pengajiannya dalam bidang kaunseling telah
membuka kedai pertamanya di pinggir bandar. Beliau telah membuka kedai tersebut selama
seminggu tetapi ia masih tidak mendapat sambutan. Memandangkan hari telah menjelang
tengahari, pemuda tersebut mula gelisah kerana tiada seorang pun pelanggan datang untuk
mendapatkan khidmatnya dalam bidang kaunseling.
NAmun pada hari tersebut, nasib seakan menyebelahi dirinya apabila seorang lelaki datang
menghampiri kedainya dengan langkah yang penuh bergaya.
Dalam hati pemuda tersebut, inilah pelanggan pertama aku dan aku perlu menunjukkan
reputasi yang baik padanya.
Lantas dia mencapai telefon dan bercakap dengan nada yang kuat
"HEllo Dato, takpa saya akan uruskan segala-galanya, Dato jangan bimbang sebab syarikat
saya memang terkenal dengan reputasi yang gemilang, lagipun kami tak pernah mengecewakan
sesiapapun. Yang penting ialah staff syarikat Dato nanti akan lebih bersemangat dalam
menjalankan tugasnya. Ya....Ya.... Lagipun fasilitator kami bukannya calang-calang orang,
memang hanya yang terbaik sahaja akan kami pilih bekerja di sini."JElasnya kagi dengan
keyakinan yang tinggi.
"Ok, takpalah Dato jangan bimbang, saya akan bereskannya secepat yang mungkin." Ujarnya
pada akhir perbualan
Lelaki yang berjalan dengan penuh gaya tadi berdiri betul-betul di hadapan pemuda tersebut
sambil tersenyum dan dengan penuh hemah, dia menegur
"Ya, ada apa yang boleh saya bantu Encik?"
"Saya datang nak pasang talian telefon" Ujarnya lagi dengan senyuman yang penuh bermakna
Kisah 3 pontianak
Maka tersebutlah kisah perihal 3 ekor pontianak. Memasing nak nunjuk
siapa yang paling terer. Mereka pun mengadakan sebuah pertandingan
tunjuk sapa paling power. Pontianak yang paling muda diberi kesempatan
untuk
memulakan pertandingan. Lalu dia pun terbang secepat kilat, tak sampai 2
minit dah balik. Mukanya penuh dengan lumuran darah, dan menyeramkan.
Terus dia berkata : "Nkorang nampak kampung kat seberang bukit itu ?"
Yang dua ekor pontianak tu ngangguk, "Iya, nampak. "Satu kampung tu
itu...habiissss aku kerjakan!!!! "
Angin jugak dua ekor pontianak tu dengar keangkuhan pontianak muda. Kini
giliran pontianak yg setengah abad tu pulak. Dia pun pergi sekelebat
jugak, tak sampai 1 minit dah balik, mukanya juga penuh dengan cucuran
darah.
"Nkorang nampak Bandar tu ?", katanya dengan muker yg kerek "Iya,
nampak", yang dua ngangguk juga. "Satu bandar itu juga habiiissssss! !!",
kata
pontianak yg setengah abad sambil ketawa seram," ha ha ha hah".
Pontianak yang satunya lagi tambah panas, dia pun nak show off jugak.
Dia pun tunjukk skill terbang cam kilat. Amat lah terperanjat nya dua
sahabatnya, sebab tak sampai setengah minit dia dah balik, dengan penuh
cucuran darah di mukanya...
Lalu pontianak yg 2 ekor tu berkata, "gilaa ahh dia ni tak sempat aku
nak duduk dia dah balik, memang dia paling power". Sambil mengosok gosok
idong nya pontianak tu pun berkata , "Nkorang nampak tembok batu tu ?"
"Nampak! Nampak!", kata yang 2 ekor tu...
"Err aku tadi tak nampak".
Kisah di kawasan perkuburan
Ali dan Abu baru pulang dari bandar. untuk sampai kekampung, mereka terpaksa melalui jalan
pintas yg bersebelahan sebuah kawasan perkuburan.
Hati mereka berdebar-debar semasa melalui kawasan perkuburan itu dan dalam sayup2 malam
mereka terdengar bunyi ketukan dari kawasan perkuburan itu.
Mereka berdua memberanikan diri untuk melihat dari mana datang bunyi itu. Dengan perlahan
-lahan mereka menghampiri kawasan kuburdan ternampak seorang tua sedang mengetuk batu
nisan menggunakan tukul besi dan pahat.Dalam keadaan yang agak gelap itu,orang tua
tersebut tekun mengukir sesuatu diatas batu nisan.
Ali dan Abu bersuara"Fuuufff. ..terkejut kami,ingatkan pakcik ni hantu tadi,buat kami
terkejut aje".
Sambil merapati orang tua itu mereka bertanya :"Apa yang pakcik buat malam2 buta kat kubur
ni??"
Tiba2 lelaki tua itu menjawab dengan marah..."Bodoh! !Dia orang salah eja nama aku!"
Mary Sue
Mary Sue datang ke sebuah kota besar untuk pertama kalinya.
Dia check-in di sebuah hotel mewah dan seorang pelayan membawakan begnya menuju ke bilik
yang Mary Sue akan menginap.
Mary Sue mengikuti langkah-langkah pelayan itu dan ketika pelayan tersebut menutup pintu,
Mary Sue melihat ke sekeliling dan marah-marah kepada pelayan tersebut.
"Anak muda, aku mungkin tua dan kekampungan, tapi tidak bererti aku ini bodoh! Aku
membayar mahal untuk tinggal di hotel ini tapi bilik ini bukanlah bilik yang sesuai dengan
bayaran itu! Bilik ini begitu kecil, tidak ada kemudahan, tidak ada televisyen, bahkan
tempat tidur pun tidak ada!"
"Nyonya, ini adalah lif" jawab pelayan tu selamber.
Cerita Pengantin Baru
Sepasang pengantin baru mengalami gangguan kesihatan. Setelah diperiksa
dengan teliti, doktor memberitahu perkara itu disebabkan oleh hubungan seks
yang terlalu kerap.
"Untuk sementara waktu ini, anda berdua dinasihatkan supaya menghadkan
kegiatan seks. Sebaiknya dua kali saja seminggu sahaja. Untuk memudahkan
mengingat, saya sarankan untuk melakukan hubungan ini hanya pada hari yang
bermula dengan huruf S, iaitu Selasa dan Sabtu," saran doktor.
Akan tetapi pada malam ketiga berpuasa dari membuat hubungan itu, sisuami
tidak dapat lagi menahan nafsunya lalu mencumbui isterinya yang sedang
tidur sehingga isterinya terjaga.
"Hari ini hari apa bang?" tanya si isteri.
"Sumaat"
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !