Headlines News :
.
Home » » Ancaman Puting Beliung di Malaysia

Ancaman Puting Beliung di Malaysia

Written By Unknown on Wednesday, January 13, 2010 | 12:28

Ahad 10 Januari 2010, sebelum solat zuhur di Surau Taman Alamanda, Senawang kedengaran diluar surau bunyi macam belukar terbakar. Pelik juga, siapa pula bakar belukar, dalam 10 saat bunyinya. Bila jemaah pergi menjenguk luar, rupanya angin puting beliung (tornado) sedang terjadi.

Lebar tornado tadi dalam 20 kaki (selebar jalan) dan ketinggiannya dalam 40 kaki (setinggi pokok kelapa) . Diukur dari bulatan tornado yang terbentuk dari daun-daun kering yang diterbangkan. Daun kering yang dalam bulatan tornado inilah sebenarnya yang berbunyi seperti belukar terbakar.

Tergamam sekejap, sebelum tornado tadi menghampiri surau ianya terus hilang.

Malaysia , negara yang sebelum ini tidak terkenal dengan tornado, sudah ada mini tornado atau mungkin tornado.

Kembalilah mengimarahkan surau dan masjid. Yang lelaki banyakkanlah solat jemaah di surau dan masjid. Ringankanlah tulang bersih surau dan masjid, terutama tandas. Jangan harap siak saja.

Malaysia ada ke Radar Doppler yang boleh mengesan puting beliung ?

Gambar tornado di Pulau Pinang (tak pasti kesahihannya ) di :
http://www.bismut. net/tornado- in-penang/
http://realscifi. fotopages. com/?entry= 1242405

Puting beliung boleh terjadi di mana-mana tempat di dunia termasuklah Malaysia.
Puting beliung amat sukar diramal dan ia hanya dapat diramalkan apabila titik tekanan rendah di dalam awan kumulonimbus dikesan oleh radar Doppler.
http://chicken. childsafetyhandb ook.info/ 2009/12/tentang- angin-puting- beliung.html

RIBUT MELANDA SEREMBAN JANUARI 2010

Setelah tiga tahun berlalu ribut melanda semula kawasan Sikamat. Kali terakhir berlaku adalah pada 15hb Disember 2006 dan telah melanda semula pada 1/1/2010 ketika kita menyambut tahun baru yang lalu. Betul betul genap 3 tahun berlalu. Yang terbaru hampir 82 keluarga menjadi mangsa ribut melibatkan dua kawasan perumahan iaitu Taman Jujur melibatkan 64 buah rumah dan Taman Desa Rhu melibatkan 16 buah rumah.

Kejadian yang berlaku jam 5.30 petang selepas solat Asar. Ribut yang melanda kawasan tersebut tidak diiringi denga hujan berbeza dengan apa yang berlaku tiga tahun yang lalu.

Kisah lanjut di Blog ADUN Sikamat http://aminuddinhar un.blogspot. com/2010/ 01/ribut- melanda-taman- jujur-taman- desa.html
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger