Headlines News :
.

Latest Post

Showing posts with label 08. Kesihatan/Petua. Show all posts
Showing posts with label 08. Kesihatan/Petua. Show all posts

Penyakit lazim kanak-kanak

Written By Unknown on Wednesday, February 5, 2014 | 22:30


Cabaran getir menjaga anak kecil ialah apabila mereka jatuh sakit, memandangkan pada tahap usia baru lahir hingga kanak-kanak, sistem ketahanan badan masih belum berkembang sepenuhnya.

Antara penyakit yang lazim dihidapi oleh setiap anak kecil ialah demam panas, batuk, selesema, asma dan sebagainya.

Berada dalam situasi tersebut pasti akan merisaukan apatah lagi apabila anak tidak berhenti merengek dan menangis disebabkan suhu badan meningkat.

Perunding dan Pakar Kardiologi Kanak-Kanak, Datuk Dr. Zulkifli Ismail berkata, sebagai ibu bapa, mereka harus mengetahui sekurang-kurangnya fakta asas tentang penyakit yang lazim dihidapi kanak-kanak.

Sebagai contoh katanya, suhu badan normal pada bayi yang sihat adalah daripada 36.5 darjah celcius sehingga 37.8 darjah celcius. Suhu manusia selalunya akan naik semasa siang dan turun semasa malam.

Beliau berkata, secara umumnya bayi tidak dianggap demam kecuali apabila suhu badannya melebihi 37.7 darjah celcius pada waktu pagi atau melebihi 38.2 darjah celcius pada waktu petang.

"Jika suhu badan anak meningkat ibu bapa juga perlu tahu langkah-langkah awal yang boleh diambil di rumah sebelum membawanya berjumpa doktor.

"Antaranya, beri anak minum banyak air, tanggalkan pakaian dan tuamkan badannya.

"Berikan anak ubat demam jenis paracetamol , diclofenac atau ibuprofen untuk ubat makan, manakala bagi ubat demam melalui dubur adalah daripada jenis paracetamol dan diclofenac . EIak memberi anak makan ubat jenis aspirin," jelas Dr. Zulkifli pada Seminar Keibubapaan anjuran Positive Parenting di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Tambah beliau lagi, bayi berusia bawah enam bulan yang demam lebih daripada dua hari, mengalami kekejangan, lesu dan muntah-muntah hendaklah dibawa berjumpa doktor dengan segera.

Rawatan awal boleh mengelak daripada keadaan bayi menjadi lebih teruk sehingga mungkin boleh membawa maut.

Sementara itu katanya, demam kadang kala akan disertai dengan selesema dengan simptom-simptom seperti bersin, mata berair, batuk dan keletihan.

Asma pula sering dijangkiti oleh kanak-kanak berusia dua hingga tujuh tahun yang mengalami batuk (termengah-mengah) pada waktu malam.

"Jika keadaan ini berlaku disaran segera berjumpa doktor dan mendapat inhalers yang bersesuaian.

"Rumah yang ada anak mengalami asma tidak sesuai membela binatang peliharaan dan elak daripada menggunakan permaidani kerana ia mengumpul habuk .

"Diingatkan juga untuk menjemur tilam dan bantal di bawah matahari sekurang-kurangnya sebulan sekali untuk menghindari habuk, serta cadar ditukar setiap minggu," jelasnya.

Menurut Zulkifli, kanak-kanak juga sering mengalami masalah cirit-birit yang mana mereka akan kerap membuang air besar dan muntah.

Bagi rawatan awal, ibu bapa boleh memberikan air yang mengandungi garam untuk penghidratan (satu paket ke dalam 250ml air).

Jelasnya, jika cirit birit berterusan disebabkan pemberian susu formula yang tidak sesuai, tukar kepada susu ibu atau susu tanpa laktosa.

"Elak memberi ubat terutama antibiotik yang akan membuatkan cirit birit semakin teruk.

"Kebersihan menjadi perkara penting dalam kes ini. Bersihkan tangan, jangan biarkan susu terlalu lama di dalam botol dan rebus air untuk menghapuskan bakteria, serta hidang makanan dengan cara bersih," kata Dr. Zulkifli.

Selain itu beliau menjelaskan, setiap kanak-kanak yang baru lahir harus melalui program imunisasi secukupnya seperti yang disaran oleh pihak berkuasa perubatan di negara ini.

Ini bagi mencegah dan melindungi anak-anak daripada penyakit.

Antara vaksin yang perlu diambil oleh setiap bayi yang dilahirkan ialah vaksin demam campak yang diambil sebanyak dua dos, manakala vaksin rotavirus pula diberikan kepada anak sebelum usianya menjangkau enam tahun

Vaksin hepatitis A pula diberikan pada anak yang menjangkau usia dua tahun. Vaksin-vaksin lain yang perlu diberi perhatian seperti, pneumoccal conjugate, meningococcal conjugate dan influenza.

Menurut Dr. Zulkifli, gejala pneumokokal telah menyebabkan kematian 1.6 juta kanak-kanak seluruh dunia setiap tahun walaupun penyakit itu boleh dicegah melalui vaksinasi.

"Sebab itu golongan paling berisiko menghidap pneumokokal ini ialah bayi baru lahir hingga usia dua tahun dan dewasa berusia 65 tahun ke atas yang disebabkan antibodi yang lemah," jelasnya.

Pneumokokal sebenarnya adalah sekumpulan penyakit yang disebabkan oleh bakteria streptococcus pneumonia yang menyebabkan jangkitan kuman dalam darah, meningitis atau jangkitan pada membran selaput otak serta saraf tunjang dan sebagainya.

# Sumber - Utusan Malaysia | Kidsguard

Dah tua baru nak kena Chicken Pox

Written By Unknown on Tuesday, June 21, 2011 | 03:15

SG sangkakan, SG dah pernah kena demam campak ni, rupanya seumur hidup tak pernah lagi kena. Akibatnya, sempena hari ayah semalam, SG di hadiahkan demam campak ataupun orang biasa panggil Chicken Pox.

Bagi yang belum pernah merasa, memang sengsara beb. Badan serupa Alien. Tekak peritlah, tak selera makan, sakit perut dan macam2 lagi. Dipendekkan cerita SG dapat satu pakej complete le. Tak taulah berjangkit dari siapa. Rasanya kat opis SG pun awal bulan ni ada dua orang yang dah kena. Tapi awal bulan, ni dah nak hujung2 bulan. Lagipun mamat yang kena tu bukan satu shift dengan SG pun. So SG tak nak ler nak salah2kan dia orang pula. Anggap je ni memang dah ketentuan Allah. Bukan senang nak rasa penyakit nikan. Seumur hidup sekali ler katakan.

Cuma yang tak bestnya, member2 SG gurau2 gak ler. Dah tua2 baru nak kena Chicken Pox ni. So pening gak nak cari petua2 nak merawat penyakit ni. Harapkan klinik, cuma bagi ubat sapu jer ler. so apa lagi SG pun mencari le bomoh yang bernama En. Google. Search le apa yang patut. Itulah dinamakan kecanggihan masa kini. Nak apa jer. Jumpa En. Google, minta bantuan. Pasti dia tolong punya. Jadi dengan bantuan En. Google tadi maka dapatlah sedikit sebanyak maklumat cara untuk merawatnya. Thanks Pak Google.

Apapun, dah tentu dua minggu SG kena kuarantin kat umah. Siksanyalah rasa. SG rasa nilah MC SG paling lama dalam hidup ni. Dulu masa excident pun seminggu je. Takpalah, doktor dah suruh kita berehat2 kat rumah. terima jer ler. Nanti kalau kerja juga, 1 opis pula kena. Tak ke bahaya namanya. hehehehe

pembedahan Caesarean - Disebalik kebaikan dan keburukannya

Written By Unknown on Monday, June 13, 2011 | 01:14

Kaedah pembedahan caesarean untuk mengeluarkan bayi boleh dilakukan melalui anestetik menyeluruh atau anestetik lokal. Biasanya kaedah yang lazim diguna ialah anestetik lokal iaitu kaedah spinal anesthesia (kaedah bius daripada pingang ke bawah). Pada kebiasaanya pembedahan ini dilakukan apabila berlaku insiden yang sukar untuk melahirkan bayi secara normal. Ini kemungkinan akibat si ibu tidak mempunyai daya untuk meneran ataupun mempunyai penyakit yang tidak membenarkan melahirkan secara normal.

Pembedahan caesarean ini selamat kerana adanya pembiusan lokal bersama antibiotik. Dalam kaedah pembedahan ini, incision atau torehan dilakukan pada bahagian panty-line atau bahagaian ari-ari.Selapis demi selapis lapisan abdomen dibuka sehingga sampai ke ruang abdomen. Ada 6 bahagian lapisan abdomen yang dibuka sebelum sampai ke rahim. Dan apabila sampai ke rahim, torehan akan dilakukan pada segmen bawah dan bayi akan dikeluarkan.

Selepas itu setiap lapisan abdomen yang dibuka tadi akan dijahit semula dengan kemas. Apabila semuanya selesai, biasanya lukanya akan sembuh dalam masa 2 minggu sehingga 1 bulan. Dan biasanya dalam tempoh 2 bulan ibu sudah boleh beraktiviti harian tanpa masalah.


Walaubagaimanapun masih ada wanita yang lebih senang dengan melakukan pembedahan caeserean bagi memudahkan melahirkan anak. Kelahiran secara caeserean secara elektif sudah menjadi popular walaupun bukan merupakan pilihan yang terbaik. Tapi sebelum melakukan pembedahan ini seharusnya berbincang dengan doktor untuk mengimbangi antara kebaikan dan komplikasi pembedahan ini.


Seorang rakan wanita anak yang pertama melakukan pembedahan caeserean, walaupun peringkat awal ia juga dapat merasakan bagaimana kesakitan, namun kerana fakta usia dan akhirnya bersetuju melakukannya. Namun satu kajian terbaru menunjukan kadar kematian disebabkan pembedahan secara caesereans menunjukan kadar kematian adalah tiga kali daripada wanita yang melahirkan anak secara biasa. Ini meliputi pembedahan yang dilakukan secara elektif dan emergency. Ini bukan kerana yang berpenyakit sedia ada tetapi tapi kebanyakan jangkitan kuman, darah beku dan komplikasi yang disebabkan oleh nesthesia. Walaupun di Malaysia adalah rendah tapi adalah membimbangkan.


Berkongsi pengalaman seorang rakan yang sama untuk melahirkan anak yang kedua kebetulan due date tidak jauh dengan tarikh anak pertama, jadi beliau telah buat appointment dengan doktor agar melakukan pembedahan pada tarikh yang sama dengan anak yang pertama. Akan tetapi sebelum tarikh tiba beliau telah ada tanda-tanda untuk melahirkan namun tiada kesakitan yang dirasakan. Sehari dimasukan ke hospital yang mana menurut pemeriksaan doctor yang mana bayi didapati telah pun membuang nijis di dalam. Pembedahan dilakukan dengan segera untuk mengelak jangkitan kuman.

Apa yang dapat kita perhatikan adakah kelahiran caserean secara elektif adalah suatu alternatif yang selamat menggantikan kelahiran biasa vaginal delivery?. Peningkatan cara begini semakin meningkat berikutan penumbuhan banyak pusat perubatan swasta. Ini juga bukan bererti melakukan pembedahan ini adalah bukan sekadar untuk menyelamatkan ibu dan anak, tetapi kerana kebimbangan ibu tidak dapat menahan sakit ketika melahirkan juga bimbang akan mendapat masalah pelvic yang rumit dikemudian hari. Seperti pelvic organ rolapse. Malah ada juga yang membuat pilihan kerana mahu tarikh kelahiran anak yang cantik dan pelbagai lagi alasan yang tidak munasabah.


Terdapat banyak kesan hasil dari pembedahan ini. Bagi wanita yang bercadang untuk melakukan pembedahan caserean secara elektif haruslah mengetahui risiko prosedur dan juga risiko pada bayi setelah dilahirkan nanti. Risikonya adalah tinggi berbanding dengan kelahiran bayi secara biasa. Tapi dalam kes-kes kehamilan yang bermasalah pembedahan ini mungkin dapat menyelamatkan bayi. Jadi berhati-hatilah walaupun di-Malaysia kadar kematian dan komplikasi ibu dan bayi yang rendah.

p/s Ada juga yang melakukan kelahiran secara ini kerana untuk mendapatkan tarikh lahir yang sama dengan kelahirannya sendiri kebetulan tak jauh bezanya. Paling dasyat lagi, tak mahu selepas melahirkan secara normal nanti alat sulit mereka menjadi longgar. Takut pula si sang suami mencari lain. Dunia2. macam2 kerenah.


Hukum disebalik menghisap SHISHA

Written By Unknown on Wednesday, March 9, 2011 | 23:00

Penggunaan shisha semakin diminati oleh sebahagian masyarakat Kita. Menurut satu catatan sejarah, alat shisha ini telah dicipta di India oleh seorang doktor sebagai satu cara atau alternatif yang dapat mengurangkan bahaya menghisap tembakau. Menurut doktor tersebut, ASAP tembakau yang disedut itu perlu ditapis terlebih dahulu melalui satu bekas air agar IA tidak mendatangkan bahaya kepada penggunanya. Maka ramailah orang percaya bahawa IA selamat digunakan berbanding dengan menghisap rokok.

Kepercayaan lama ini masih tersebar Dan mempengaruhi orang yang baru mengenal atau menggunakannya hinggalah ke Hari ini. Namun sejauh manakah kebenaran kepercayaan ini? Adakah kemudharatan menggunakan shisha lebih ringan daripada kemudharatan menghisap tembakau dengan rokok?

Apakah Sebenarnya Shisha Itu?

Shisha (Waterpipe) adalah sejenis alat yang digunakan untuk menghisap tembakau Dan bahan-bahan lain seumpamanya. Ia digunakan oleh puak asli di Afrika Dan Asia lebih kurang empat kurun yang lalu. Secara umumnya alat shisha terdiri daripada beberapa bahagian utama iaitu:
  • Bahagian kepala (head), yang merupakan sebiji mangkuk (yang diperbuat dari tanah liat) untuk meletakkan tembakau Dan arang.
  •  Bahagian badan atau tengah (body), merupakan penghubung antara bahagian kepala Dan bahagian bawah Dan kebiasaannya IA diperbuat daripada bahan logam ataupun kayu.
  • Bahagian bawah yang merupakan sebiji mangkuk air (water bowl/water chamber). Biasanya IA diisikan dengan air tetapi kadang kala IA juga boleh diisikan dengan susu, jus buahbuahan ataupun wain. Bekas air ini selalunya diperbuat daripada kaca.
  • Hos Dan alat penyedut (mouthpiece) yang digunakan untuk menyedut ASAP keluar daripada alat shisha tersebut. 
Namun begitu terdapat juga beberapa perbezaan dalam reka bentuk shisha ini mengikut tempat serta adat penduduk yang menggunakannya. Sebagai contoh, Ada yang mempunyai hos Dan alat penyedut yang lebih dari satu Dan boleh dikongsi berdua atau lebih Dan juga perbezaan pada bentuk Dan saiz bahagian kepala atau bekas airnya.

Bahkan nama bagi shisha ini juga berbeza mengikut tempat atau negeri. Misalnya di negeri-negeri di kawasan Mediterranean Timur (Turki, Syria Dan lain-lain) IA dikenali dengan nama narghile, di Mesir Dan di sesetengah negeri Afrika Utara pula IA dikenali sebagai shisha atau goza Dan di India IA dipanggil hookah. Dalam Bahasa Inggeris ianya dipanggil waterpipes tetapi nama shisha lebih dikenali Dan sering digunakan.

Jenis Tembakau Shisha

Terdapat dua jenis tembakau shisha iaitu yang dipanggil mu‘assal  Dan ‘ajami . Tembakau mu‘assal terdiri daripada campuran tembakau, buah-buahan Dan bahan manisan seperti sirap daripada tebu ataupun madu. Ia juga ditambah dengan glycerin, bahan perisa serta pewarna yang lain. Tembakau mu‘assal ini basah Dan melekit Dan apabila digunakan akan mengeluarkan bau yang manis Dan nyaman seperti bau buah-buahan Dan kebanyakan pengguna lebih suka menggunakan tembakau jenis ini.

Tembakau ‘ajami pula selalunya tidak berperisa, kering Dan lebih asli. Sebelum digunakan IA perlu dicampurkan dengan air sehingga IA boleh dicanai atau dibentuk Dan harganya lebih Mahal.

Cara Menggunakan Shisha

Cara menggunakannya ialah dengan membakar tembakau shishaitu dengan meletakkan bahan pembakar seperti arang (sama Ada arang kayu atau arang campuran) kerana tembakau shisha ini tidak dapat terbakar dengan sendirinya secara berterusan. Kemudian ASAP tembakau itu disedut dengan menggunakan hos atau alat penyedut.

Tetapi perlu diingat bahawa apabila pengguna menyedut ASAP daripada alat shisha ini, dia bukan sahaja menyedut ASAP daripada tembakau tetapi juga ASAP daripada arang, yang masing-masing mengandungi bahan kimia Dan toksik yang terhasil dari pembakaran tersebut.

Kesan Shisha Menurut Kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)
Menurut satu dokumen yang bertajuk “Tobacco: Deadly In Any Form or Disguise” yang telah dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sempena Hari Tanpa Tembakau Sedunia 2006, bahawa tembakau walau dalam bentuk apa pun tetap boleh mendatangkan bahaya Dan mudharat kepada penggunanya, termasuklah shisha.

Ini kerana satu sesi penggunaan shisha (lebih kurang 20-80 minit) akan mendedahkan penggunanya kepada ASAP yang lebih banyak dalam masa yang lebih lama berbanding daripada sebatang rokok (lebih kurang 5-7 minit), Dan ASAP yang terhasil dari shisha tersebut mengandungi bermacam-macam bahan toksik yang diketahui boleh menyebabkan kanser paru-paru, penyakit jantung Dan berbagai jenis penyakit yang lain.

Manakala ASAP daripada shisha (yang terhasil dari pembakaran tembakau Dan arang) mengandungi gas berbahaya seperti karbon monoksida. Selain itu IA juga mengandungi hidrokarbon (benzene Dan benzo-pyrene) yang dikatakan bahan penyebab kanser tetapi kadarnya belum dapat dipastikan.

Dari hasil penyelidikan yang dijalankan, penggunaan shisha juga dikaitkan dengan berbagai penyakit serius seperti penyakit jantung koronari, atherosclerosis, penyakit sistem pernafasan yang kronik, kanser mulut, kanser pundi kencing Dan juga saluran darah tersumbat (clogged arteries).

Selain itu penggunaan shisha juga dikaitkan dengan beberapa jenis penyakit berjangkit seperti turberculosis (tibi), hepatitis, herpes, jangkitan virus di bahagian pernafasan Dan bahkan juga HIV.

Walaupun kajian mengenai shisha ini belum dilakukan secara intensif sebagaimana yang dilakukan terhadap rokok, namun kajian awal telah menunjukkan bahawa shisha itu boleh membawa risiko Dan bahaya yang sama yang disebabkan oleh rokok. Ini adalah berdasarkan kesimpulan yang telah dibuat pihak WHO Dan disokong oleh data saintifik, telah menyatakan:
  • Menggunakan shisha untuk menghisap tembakau boleh menyebabkan bahaya kesihatan yang serius kepada perokok Dan juga orang lain yang terdedah kepada ASAP tembakau tersebut.

Apa yang jelas menurut hasil kajian dan data yang ada mengatakan bahawa shisha boleh membawa risiko dan bahaya yang sama seperti rokok dan ia bukanlah satu alternatif yang selamat bagi rokok. Hakikatnya, walaupun dalam bentuk dan cara yang berbeza menghisap shisha adalah menghisap tembakau dan kajian sains telah membuktikan bahawa tembakau dan pendedahan kepada asapnya boleh menyebabkan bermacam-macam penyakit, bahkan boleh membawa maut.

Larangan Memudharatkan Atau Membunuh Diri

Ugama Islam sebagai ugama sejahtera sangat menghargai nyawa serta kehidupan dan mementingkan kesihatan, keafiatan, kecergasan dan kekuatan, dan kesemuanya itu bagi tujuan yang satu iaitu untuk beribadat kepada Allah Subhanahu Wa Ta‘ala.

Kerana itu Islam melarang umatnya daripada memudharatkan diri mereka sendiri, apatah lagi membunuh diri sendiri. Larangan ini banyak disebutkan dalam ayat-ayat al-Qur’an antaranya firman Allah Subhanahu Wa Ta‘ala:

Tafsirnya: “Dan janganlah kamu membunuh diri kamu sendiri (atau membunuh orang lain). Sesungguhnya Allah Maha Pengasih terhadap kamu.” (Surah an-Nisa 29)

FirmanNya lagi:

Tafsirnya:  “Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu dengan tangan kamu sendiri ke dalam bahaya kebinasaan.” (Surah al-Baqarah: 195)

Dalam hadits Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam juga jelas melarang umatnya daripada membahayakan diri sendiri dan juga orang lain. Sabda Baginda yang bermaksud:

“Tidak ada kemudharatan dan tidak boleh berbuat kemudharatan.” (Hadits riwayat Ibnu Majah)

Ayat al-Qur’an dan hadits ini jelas melarang manusia dari membunuh dan memudharatkan dirinya sendiri dan juga orang lain. Kerana seseorang manusia itu tidaklah memiliki dirinya sendiri sehingga dia boleh sesuka hati melakukan apa sahaja yang dikehendakinya. Bahkan dia adalah milik Allah Subhanahu Wa Ta‘ala. Kehidupannya adalah hak Allah Subahanahu Wa Ta‘ala kerana Dialah yang mengurniakannya dan Dialah yang berhak ke atasnya. Begitu juga kesihatan seseorang, ia merupakan kurnia dan nikmat Allah kepadanya.

Oleh kerana itu haram seseorang menamatkan riwayat hidupnya sendiri (membunuh diri) dan memudharatkan kesihatannya padahal dia tahu bahayanya, kerana manusia dan kehidupannya adalah milik Allah Subhanahu Wa Ta‘ala.

Tidak ada perbezaan antara orang yang membunuh diri secara mengejut dengan orang yang membunuh diri secara perlahanlahan, seperti dengan memakan racun. Ini kerana kedua-duanya mempunyai tujuan yang sama, yang berbeza hanyalah segera ataupun lambat. Tetapi natijahnya adalah sama iaitu memudharatkan atau menyebabkan kematian. Kedua-dua cara ini sama tertegahnya di sisi Allah Subhanahu Wa Ta‘ala.

Untuk memelihara kesejahteraan umatnya, Islam juga telah menetapkan beberapa kaedah bagi menolak bahaya dan kemudharatan, antara kaedah yang digunakan para ulama dalam menentukannya ialah:

“Kemudharatan itu dihilangkan (dihindarkan).”

Maka jika sesuatu benda itu sabit mendatangkan mudharat, kerosakan dan kebinasaan, hendaklah ia dijauhi dan dihindari. Memakan, meminum dan juga menghisap benda-benda yang memudharatkan hendaklah dielakkan bahkan ia dihukumkan haram. Tidak kira sama ada bahaya atau mudharat tersebut datang secara perlahan-lahan atau serta merta, kerana para ulama telah mengatakan bahawa bahaya secara perlahan-lahan juga adalah sama dengan bahaya yang serta merta, kedua-duanya perlu dielakkan.

Jika dilihat berdasarkan hasil kajian yang ada setakat ini menyatakan bahawa shisha itu boleh membayahakan kesihatan sebagaimana rokok, maka ia adalah haram. Kerana apabila syara‘ mengharamkan al-khaba’its (benda-benda yang keji, jijik, buruk dan seumpamanya) atau perkara yang merbahaya atau memudharatkan, ia adalah berdasarkan kaedah:

    “Apa jugamakanan atau minuman yang mengandungi unsur-unsur alkhaba’its adalah haram.”

Yang mana kaedah ini didasarkan kepada ayat-ayat al-Qur’an serta hadis di atas. Maka apabila shisha itu memudharatkan, dan setiap yang memudharatkan itu haram dimakan atau diminum, maka menghisap tembakau menggunakan shisha itu juga adalah haram.

Menyentuh mengenai perkara memakan dan meminum benda yang memudharatkan dan merosakkan tubuh badan, dalam al-Qur’an Allah Subhanahu Wa Ta‘ala telah menerangkannya dengan terang dalam firmanNya:


Tafsirnya: “Dan Dia menghalalkan bagi mereka yang baik-baik dan mengharamkan ke atas mereka (segala) yang buruk.” (Surah al-A‘raf 157)

Antara maksud atau huraian perkataan al-khaba’its ialah sesuatu yang menjadi sebab kerosakan dan bahaya kepada tubuh badan atau dari sumber-sumber yang memudharatkan. Walaupun perkataan al-khaba’its dalam ayat ini ditujukan kepada (memakan) daging babi dan riba, namun menurut al-Imam Fakhruddin ar-Razi Rahimahullahu Ta‘ala ketika mengulas ayat di atas adalah seperti berikut:

“Mengikut pendapatku: Setiap benda yang dipandang jijik oleh tabiat (tabiat semula jadi) dan dianggap kotor oleh jiwa, adalah memakannya boleh menyebabkan timbul kesakitan atau kemudharatan. Dan asal (dasar) hukum segala yang memudharatkan itu haram. Oleh yang demikian, maka asal (dasar) hukum setiap benda yang dipandang jijik oleh tabiat juga adalah haram, melainkan benda-benda yang mempunyai bukti untuk dikecualikan.”

Hukum Penggunaan Shisha

Berdasarkan hasil kajian dan penyelidikan awal mengenai shisha, menunjukkan bahawa ia boleh membawa risiko dan bahaya yang sama seperti rokok, bahkan ia juga dikatakan boleh menyebabkan penyakit yang sama yang berkaitan dengan menghisap rokok. Walaupun kajian yang lebih terperinci masih dijalankan dan belum ada keputusannya, namun hasil keputusan itu nanti tidak mungkin menyatakan bahawa shisha itu selamat digunakan dan tidak membahayakan kesihatan kerana menurut kajian awal (preliminary research) sahaja telah menunjukkan bahayanya terhadap kesihatan.

Maka jelaslah bahawa menghisap tembakau menggunakan shisha membawa bahaya kepada kesihatan dan boleh menyebabkan berbagai penyakit, maka hukum menghisapnya adalah haram. Ini kerana sebagaimana yang telah dihuraikan sebelum ini, setiap yang boleh memudaratkan atau mendatangkan bahaya, tidak kira secara perlahan atau serta merta, hukumnya adalah haram.

p/s : Dulu masa muda2 SG layan jugalah shisha ni. Tapi sejak dah tua2 ni dah tak berminat pula nak layan. Last pun pekena shisha di Downtown Cheras


sumber - Mufti Brunei

Fakta disebalik Air Mani.

Written By Unknown on Monday, December 27, 2010 | 05:10

  • Air mani mengandungi hanya 10 peratus sperma selebihnya enzim, vitamin C, kalsium, protein, sodium,zink,asid sitrik dan gula fruktos.
  • Rasa air mani boleh dipengaruhi oleh pemakanan lelaki. Diet yang mengandungi daging merah, produk tenusu, bawang, bawang putih dan kopi akan menyebabkan air mani terasa pahit dan berasid.
  • Diet yang mengandungi gula semula jadi seperti buah-buahan boleh menjadikan air mani terasa manis.
  • Kelajuan purata pancutan air mani adalah 31 bsj iaitu lebih laju dari seekor harimau kumbang.
  • Jarak purata pancutan air mani adalah 7 hingga 10 inci.
  • Rekod pancutan air mani paling jauh ialah 18 kaki.
  • Lima hari ialah jangka masa sperma boleh hidup dalam badan wanita.
  • Tiga jam adalah jumlah masa sperma boleh hidup di luar badan.
  • Dianggarkan lima peratus dari wanita mengalami alahan air mani.
  • Jumlah air mani setiap kali pancutan adalah bersamaan satu sudu dan satu sudu teh air mani boleh mengandungi 200 hingga 500 juta sperma.

Gambar - wanita yang pasang IUD

Written By Unknown on Sunday, December 19, 2010 | 04:52

Age 25 – Entire Cycle, IUD

These cervical photos are from a 25 years old woman who has never given birth.  She has a copper Paraguard IUD which was placed inside her uterus about a year ago.  This is not a hormonal form of birth control, so she ovulates, which you can tell from the changes in her discharge.  You can see the strings of the IUD protruding through the os in the photos.  The IUD sometimes causes her occasional cramps or heavier bleeding.

Her cycle has been somewhat erratic since she stopped birth control pills about a year ago.  Before she went on birth control pills (sometime in her late teens) she was fairly regular with cycles about every 30 days or so.    She has always had normal pap smears.

The notes about each day are below each picture.

Day 1
Minor cramps
Moderate flow

Day 2
More bleeding
No cramps
Used a tampon today

  
Day 3
Used a tampon today

Day 4
Feeling good
Moderate Bleeding
Used a pad today

Day 5
Light Flow
Used a Diva cup
More tired today

Day 6
Spotting
Feeling well
Partner/photographer says cervix is deeper in the vagina today


Day 7
Minimal spotting
Tired

Day 8
White/yellow scant discharge with no odor

Day 9
Feeling well
No discharge

Day 10
Had sex 10 hours before photo was taken

Day 11
Some milky discharge at end of the day

Day 12
Slight amount of white discharge

Day 14
  
Day 15

Day 17
Watery discharge

Day 18
Cervical fluid is eggwhite consistency

Day 19
Cervix appears lower in vagina today

Day 20

Day 21

Day 22

Day 23

Day 24

Day 25

Day 26

Day 27
A few minutes of very heavy pressure in vagina, some pain, then tingling for about 5 minutes

Day 28
One minute in morning of feeling pressure and crampy like yesterday morning,  otherwise normal
Slightly fishy vaginal odor

Day 29
One pang of crampy pain today

Day 30

Rahsia pemakanan genius Islam.

Written By Unknown on Monday, December 13, 2010 | 22:32

Formula pemakanan genius-genius Islam silam yang menjadi rahsia keajaiban daya intelek mereka. Formula ini terpendam di dalam kitab-kitab tradisional dalam bahasa Arab. Tersembunyi dari pengetahuan orang Arab dan umat Islam sendiri.

Namun akhir-akhir ini ada usaha-usaha untuk mengetengahkan kembali kepada umum. Sekarang semacam ada kecenderungan di kalangan ilmuan Islam dan bukan Islam untuk mengkaji dan menguji keabsahan formula ini. Ini didorong oleh penemuan - penemuan saintifik yang membuktikan kebenarannya, khususnya terhadap susu, madu dan telur.

Berikut adalah formula pemakanan genius - genius Islam yang telah terbukti berupaya meningkatkan kepintaran dan kekuatan daya ingatan :

 
MADU
Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktirafkannya sebagai “shifa’” iaitu penyembuh penyakit. Manisan madu digelar “Raja Ubat”, dapat menyembuh kebanyakkan penyakit. Ia adalah makanan untuk kesihatan keseluruhannya.

Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental individu.

Madu juga mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium, potassium (kalium), kuprum, silika, klorin, mangganese dan belerang untuk memupuk tenaga dan kesihatan fizikal-mental.

Rasullullah s.a.w bersabda, “Siapa ingin hafal, hendaklah ia minum manisan madu”.

Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit - penyakit mental di mana ia boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat.

CARA MINUM : 2 sudu teh pada waktu pagi dan malam.
PANTANG : Jangan makan tembikai semasa menggunakan madu. Sangat merbahaya !


KISMIS
Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak.

Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, lembab dan mengalami kelemahan dalam berfikir.

CARA MAKAN : 
  • Menghadap Kiblat
  • Baca “Bismillah” dan selawat ke atas nabi (3 kali)
  • Baca doa penerang hati
  • Makan secara kemam seperti makan gula-gula. Tidak berkesan jika dikunyah seperti makan kacang.
  • Makan sebiji-biji sebanyak 21 biji setiap hari.

SUSU SEGAR
Susu berguna untk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal.

Susu mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu adalah makanan yang paling lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi enam kelas makanan yang amat diperlukan oleh tubuh iaitu karbohidrat, lemak, protein, semua jenis vitamin, mineral dan air. Ia berkhasiat untuk merawati kesihatan umum dan merupakan penawar kelupaan yang berkesan.

Rasullullah s.a.w menerangkan susu boleh menguatkan belakang, menambahi akal, memperbaiki penglihatan dan menghindari penyakit lupa.

Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri - biri dan lembu yang segar. Susu hidup lebih berkhasiat dari susu debu.

CARA MINUM : 
  • Sekurang-kurangny a segelas pada sebelah pagi dan malam
  • Baca “Bismillah” dan doa minum susu seperti yang dibaca oleh Rasullullah s.a.w
 
TELUR
Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya.

Ahli - ahli kesihatan mengakui ia merupakan makanan yang lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi protein, mineral, vitamin, kalsium, kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi, air, choline dan bahan ekstraktif.

Sabda Nabi s.a.w, “Sesungguhnya seorang nabi a.s mengadu kepada Allah (kerana dia) lemah badan. Maka Allah s.w.t memerintahkannya supaya memakan telur”.

Telur terutama telur kuning, berupaya mengatasi masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda sekaligus. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.


HALIA
Ianya sangat mujarab untuk gejala kelupaan. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halua. Halua ialah halia yang dijadikan manis - manisan dengan merebus dan mencampurkannya dengan gula.

CARA MAKAN : Dimakan sedikit sahaja pada waktu pagi.


LIMAU OREN
Berkhasiat untuk mengemaskan urat-urat jantung dan menambah kekuatan fikiran menurut hadis Nabi s.a.w. Limau - limau jenis lain juga elok untuk diamalkan.


BUAH DELIMA
Untuk penerang hati. Sabda Nabi s.a.w, “Barangsiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari.”

 
DAGING BURUNG MERPATI
Ianya banyak digunakan oleh bijak pandai Islam dan Melayu dahulukala. Ia mengandungi protein, lemak, kalsium, fosforus dan kalori. Sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutama kanak - kanak. Kaedah ini sangat popular dan berkesan.

Kanak - kanak yang diberi telur burung merpati didapati dapat bercakap lebih awal dari kebiasaannya.

 
OTAK AYAM
Boleh dibuat sup dan dicampur dengan halia. Otak ayam yang segar juga boleh dibuat penawar sementara bagi gigitan ular. Perlu diamalkan memakannya.

 
DAGING AYAM
Berbanding dengan semua jenis daging, ayam dianggap mengandungi kadar zat pemakanan yang paling tinggi. Daging ayam betina dara terutamanya berkhasiat meningkatkan prestasi otak dan membaiki darah.

Abu Musa r.a meriawayatkan bahawa Nabi s.a.w memakan daging ayam betina.

 
DAGING BIRI-BIRI
Menambah darah, sesuai untuk orang aktif dan bekerja berat serta dapat meningkatkan kekuatan hafazan.

 
HATI
Terutamanya hati ayam dan lembu. Mengandungi pelbagai jenis vitamin dan bermanfaat untuk kesihatan mental dan fizikal.

 
KEKACANG
Beberapa jenis kacang seperti gajus, berangan, kacang soya, pistachio dan lain-lain.

Kacang pistachio dipercayai sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutamanya kanak-kanak. Memakan kacang pistachio merupakan amalan pemakanan seorang pelajar genius berbangsa Melayu yang tinggal di Melaka.

Kekacang mengandungi nilai protein yang tinggi.

 
BUAH BADAM
Untuk meningkatkan kecerdasan.

 
ZA’FARAN : KOMKOMA (CROCOS SATIVUS)
Sejenis bahan berambu merah. Dimakan sedikit sahaja. Dijual di kedai-kedai runcit India dan sesetengah kedai runcit Melayu.

 
KEMENYAN PUTIH (kemenyan serani/luban/ kundar)
Ditumbuk halus-halus dan dimakan dengan gula.

 
BUNGA KOBIS
Terdapat sejenis asid amino untuk tenaga mental.

 
BUNGA CENGKIH
Ditumbuk sehingga halus lalu dimakan sedikit sahaja.

 
LABU 
Berfaedah menambahkan keupayaan fikiran dan akal.

Sabda Nabi s.a.w., “Makanlah labu kerana ia mencerdaskan akal”. Baginda juga berkata, “Jika kamu membuat sup (atau kuah), dianjurkan memasukkan labu ke dalamnya kerana ia menambahkan kemampuan fikiran dan akal.

 
BUAH KEDEKAI (Majalawi)
Menguatkan hafalan dan menguatkan kekuatan badan.

 
MINYAK SAPI
Dimakan terus atau dicampurkan dengan masakan dalam kuantiti yang kecil.

 
SAYUR-SAYURAN DAN BAUH-BUAHAN SEGAR
Juga membantu meningkatkan akal dan memori.

Sumber : http://www.esempoi.com

Penyakit Seribu Wajah- SLE

Written By Unknown on Saturday, November 13, 2010 | 13:37

NAMA penyakit seribu wajah memang tepat untuk menerangkan penyakit Sistemik Lupus Eritematosus (SLE) atau lupus kerana penyakit autoimun ini boleh menyerang mana-mana organ — kulit, sendi, buah pinggang, paru-paru, jantung, mata, usus, salur darah, darah, otak mahupun sistem saraf.

Apabila disebut penyakit autoimun, ia bermakna masalah dihadapi seseorang itu disebabkan kecelaruan sistem imun atau pertahanan badannya. Sistem imun akan menganggap organ badan sebagai bahan asing yang perlu dihapuskan. Akibatnya timbul pelbagai komplikasi penyakit akibat serangan sistem imun yang berpanjangan terhadap organ tertentu dan ia boleh membawa maut jika tidak diberi rawatan.

Gejala dialami pesakit berbeza-beza mengikut organ yang dianggap benda asing oleh sistem imun. Jika ia menyerang kulit, bermakna gejalanya kelihatan pada kulit; sebaliknya jika menyerang buah pinggang, ia menyebabkan perubahan pada air kencing dan jika pada sendi, pesakit mengalami sakit sendi berpanjangan.

Kemunculan penyakit ini lazimnya tidak disedari kerana ia menunjukkan gejala awal yang umum seperti sakit sendi, letih dan lesu, ruam dan demam. Ini menyebabkan ia sukar dikesan dan pesakit berkemungkinan mengambil ubat untuk menangani masalah yang tidak dialami. Anggota paling lazim diserang ialah kulit dan sendi, tetapi paling digeruni ialah apabila penyakit menyerang buah pinggang.

Di seluruh dunia dianggarkan ada lima juta pesakit SLE dan di Malaysia jumlahnya mencecah 12,000 hingga 15,000 orang, kebanyakannya wanita muda dalam lingkungan usia 15 hingga 44 tahun. Walaupun 90 peratus pesakit adalah wanita, SLE juga boleh menyerang lelaki dan kanak-kanak dengan gejala sama; dan jika berlaku pada lelaki, penyakit biasanya lebih teruk.

Menurut Perunding Reumatologi Hospital Putrajaya, Dr Heselynn Hussein, oleh kerana gejalanya sangat pelbagai, penentuan dan pengesahan penyakit ini juga lebih sukar.

"Kadangkala doktor terpaksa mengambil masa berbulan hingga bertahun untuk mengesan SLE, itupun jika pesakit datang berterusan kepada seorang doktor untuk mendapatkan rawatan," katanya.

Secara umum SLE boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu:

Sistemik lupus eritematosus
Sistemik bermaksud keseluruhan tubuh. Maknanya penyakit ini boleh menyerang seluruh bahagian badan

Diskoid lupus eritematosus
Ini ialah gangguan kulit yang kronik. Ruam merah boleh timbul di seluruh badan, muka dan kepala. Individu yang ada masalah ini mungkin mengalami SLE pada ketika itu atau mendapatnya kemudian

Lupus yang terjadi akibat pengambilan ubat
Gejala lupus ini sama seperti SLE, tetapi hilang apabila pengambilan ubat dihentikan Gejala penyakit juga berbeza-beza antara pesakit tetapi yang biasa dialami ialah:

  • Demam, keletihan dan penurunan berat badan. Demam yang dialami biasanya berpanjangan sehingga beberapa minggu
  • Sakit dan bengkak sendi (artritis) selama beberapa minggu l Tompok merak menyerupai bentuk kupu-kupu di pipi dan hidung 
  • Tompok merah di kawasan kulit yang terdedah kepada sinaran matahari Ulser di mulut dan hidung berlanjutan melebihi sebulan 
  • Rambut gugur secara bertompok-tompok atau di keliling garis rambut
  • Sawan, strok dan gangguan mental (jika SLE menyerang otak) 
  • Risiko mengalami darah beku 
  • Kerap keguguran apabila mengandung 
  • Kehadiran darah atau protein dalam air kencing (menunjukkan gangguan pada buah pinggang)
Bilangan sel darah putih atau merah yang rendah Itu gejala umum. Gejala dialami pesakit bergantung kepada organ yang diserang seperti:
  1. Kulit — Ruam yang timbul (sama ada pada muka, leher atau kulit kepala); ruam kupu-kupu pada muka (pipi dan hidung); kulit sangat sensitif pada cahaya (pesakit perlu memakai losyen pelindung sinar UV dengan SPF 30 ke atas setiap kali keluar rumah); ulser pada hidung dan mulut (tidak sakit); vaskulitis (tompok merah jambu pada jari tangan dan kaki); alami fenomena Raynaud iaitu jari berubah warna apabila sejuk dari putih, biru ke merah dan keguguran rambut yang banyak dalam masa singkat
  2. Sendi — Organ paling kerap diserang dan menyebabkan sakit sendi. Sakit sendi akibat SLE tidak sama dengan reumatoid artritis kerana ia jarang menyebabkan kerosakan sendi. Biasanya kesakitan berlaku pada sendi jari, pergelangan tangan dan kaki, lutut, siku dan bahu 
  3. Buah pinggang — Serangan paling digeruni pesakit kerana ia biasanya serius. Keradangan buah pinggang (nefritis) menjejaskan keupayaan pesakit membuang sisa toksik daripada badan melalui air kencing. Gangguan buah pinggang ini tidak membuatkan pesakit mengalami kesakitan, tetapi kaki mereka mungkin bengkak. Ujian air kencing dan darah boleh menunjukkan sama ada buah pinggang pesakit terjejas atau tidak. Kegagalan buah pinggang jarang berlaku tetapi keradangan ini boleh menyebabkan tekanan darah meningkat, loya dan muntah.Jika terjejas, perlu jalani ujian susulan seperti biopsi buah pinggang untuk mengetahui tahap penyakit. Untuk biopsi ini jarum dicucuk di belakang badan (pada kedudukan buah pinggang) tetapi ramai pesakit salah anggap dan menyangka doktor mahu mengambil air tulang belakang. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengkelaskan ada enam jenis pembabitan buah pinggang dan setiap satu memerlukan ubat berbeza dan doktor tidak dapat memberi ubat yang sesuai jika pesakit enggan menjalani biopsi 
  4. Jantung — Pesakit boleh alami sakit jantung (dengan gejala sakit dada). Malah pesakit berisiko tinggi mengalami masalah arteriosklerosis iaitu salur darah menjadi keras 
  5. Paru-paru — Keradangan lapisan paru-paru (pleuritis) menyebabkan pesakit rasa sakit dada ketika bernafas. Pesakit juga boleh mendapat jangkitan kuman pada paru-paru (pneumonia)
  6. Darah — Pesakit akan alami kekurangan sel darah putih atau platelet. Ada juga pesakit alami masalah pendarahan kerana darah cepat beku.
  7. Sistem saraf — SLE akan menjejaskan otak atau saraf. Mereka akan mengalami sakit kepala, pening, cepat lupa, kabur penglihatan, sawan, strok atau perubahan kelakuan 
  8. Salur darah — Keradangan salur darah boleh menjejaskan aliran darah ke seluruh badan dan ia memerlukan rawatan segera SLE adalah penyakit berkaitan genetik. Bagi pasangan kembar seiras, jika seorang menghidap lupus, kebarangkalian pasangan kembarnya mendapat penyakit ini antara 14 hingga 57 peratus. Malah lima hingga 12 peratus pesakit lupus mempunyai keluarga yang juga menghidap penyakit sama. 
Walaupun ia penyakit genetik, beberapa faktor boleh merangsang serangan SLE seperti:
  • Jangkitan virus l Pengaruh hormon — pengambilan pil perancang keluarga mengandungi hormon estrogen dikatakan meningkatkan risiko serangan lupus sebanyak 50 peratus
  • Cahaya ultra lembayung (UV) boleh merangsang sel kulit dan badan yang menyebabkan penghasilan lebih banyak auto antibodi 
  • Terdedah kepada habuk silika (bahan pembersih, tembikar dan simen) serta merokok juga boleh meningkatkan risiko lupus Pengesanan 
Ada banyak cara untuk menentukan SLE, tetapi kaedah asas yang digunakan ialah melihat kepada gejala penyakit selain ujian kehadiran auto antibodi dalam darah. Pesakit perlu ada sekurang-kurangnya empat daripada 11 ciri iaitu:
  1. Kesan merah pada muka dan hidung yang dipanggil pipi rama-rama  
  2. Ruam bertompok yang boleh meninggalkan parut 
  3. Menjadi sensitif terhadap cahaya matahari (fotosensitif); jika terdedah pada cahaya matahari, timbul ruam pada kulit
  4. Ulser pada mulut, hidung atau kerongkong 
  5. Mengalami sakit sendi membabitkan dua atau lebih sendi. Sendi membengkak, merah dan sakit 
  6. Keradangan tisu yang melapisi jantung atau paru-paru (pleuritis atau perikarditis). Biasanya tisu pada bahagian yang terbabit dalam pernafasan boleh mengalami keradangan 
  7. Berlaku keganjilan pada buah pinggang. Air kencing mungkin mengandungi protein berlebihan atau gumpalan bahan sel yang dipanggil kas 
  8. Keradangan otak. Ia boleh dikesan apabila pesakit mengalami sawan atau masalah penyakit mental yang teruk (psikosis). Pesakit mungkin mengalami delusi, halusinasi dan pemikirannya berubah-ubah 
  9. Kiraan komposisi darah yang tidak normal, membabitkan jumlah sel darah putih, sel darah merah dan platelet 
  10. Gangguan sistem imun. Beberapa ujian khas boleh menentukan ketidaknormalan antibodi pesakit SLE 
  11. Antibodi antinuklear (ANA). Ujian menunjukkan keputusan positif pada antibodi ANA Kini kaedah lebih cepat ialah ujian darah yang merangkumi kiraan sel darah dan ujian asid deoksiribonukleik (DNA). Ujian ini juga mengesan faktor antinuklear, anti antibodi asid deoksiribonukleik (DNA) dan paras komplemen serum C3 dan C4.

Ubat dan kesannya Menurut Perunding Reumatologi Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) Dr Amir Azlan Zain, pemberian ubat kepada pesakit tertakluk kepada organ diserang. Sehingga kini beberapa kumpulan ubat digunakan untuk merawat SLE iaitu:

Ubat antikeradangan bukan steroid (NSAIDs) - Ini adalah ubat untuk menghentikan keradangan, khususnya bagi pesakit yang alami sakit sendi, otot dan demam berpanjangan. "Kebanyakan pesakit boleh menerima ubat NSAIDs dengan baik. Antara kesan sampingan ubat ialah sakit perut, cirit-birit, pedih ulu hati, retensi air (pengumpulan air dalam badan), peningkatan tekanan darah, ruam dan kaki bengkak. Ia tidak boleh diambil jika mengandung, terutama pada tiga bulan pertama," katanya.

Hidrosiklorokuin - Ini adalah ubat anti malaria yang didapati sangat berkesan merawat SLE yang menyerang sendi dan kulit. Bagaimanapun, ia bertindak sangat perlahan (dua hingga tiga bulan untuk menunjukkan kesan). Ubat ini biasanya diteruskan ketika hamil kerana ia boleh menghalang SLE daripada berulang

Steroid (kortikosteroid) - Ia berkesan untuk hampir semua jenis SLE. Walaupun ada banyak kesan sampingan, ia bertindak cepat dan dengan pengurusan baik, dos ubat boleh dikurangkan. Ubat tidak boleh dihentikan sesuka hati atau secara tiba-tiba dan pesakit perlu berbincang dengan doktor terlebih dulu kerana ia boleh meningkatkan risiko serangan jantung. Pemberhentian pengambilan ubat perlu dilakukan secara perlahan-lahan di bawah pengawasan doktor
Imunosupresif — Ubat yang menghalang sistem imun daripada terlalu aktif dengan menyekat pengeluaran antibodi. Ia boleh diberi dalam bentuk pil atau suntikan. Sama seperti ubat lain, ia tidak boleh dihentikan serta-merta kerana boleh menyebabkan serangan SLE berulang.

Pengurusan dan kualiti hidup
Adakah diet khas untuk pesakit SLE? Tiada. Pesakit dinasihat mengamalkan pemakanan seimbang dan berkhasiat selain mengambil ubat mengikut arahan doktor. Namun pengambilan beberapa jenis makanan perlu dikurangkan kerana ia boleh merangsang keradangan seperti daging merah, telur, makanan berkanji, makanan daripada tepung dan sayur-sayuran berwarna gelap seperti terung dan tomato. Sebaik-baiknya ambil makanan segar dan pesakit perlu mengelak makanan awet. Jika mulut ada ulser, makan makanan yang lembut sehingga ulser sembuh

Bolehkah pesakit bersenam? 
Ya, tetapi hentikan senaman sementara waktu ketika penyakit aktif (apabila badan terasa sakit). Pilih senaman yang memberi impak rendah kepada badan seperti berenang. Jika tidak tahu berenang pun tidak mengapa, kerana anda masih boleh melakukan aktiviti senaman mudah dalam air seperti berjalan
Bolehkah pesakit SLE mengandung?
Ya. Pesakit perlu memberitahu doktor jika merancang untuk hamil supaya dos ubat boleh dikurangkan atau diganti dengan ubat lain kerana ada ubat boleh menjejaskan janin. Pesakit mungkin berdepan masalah melengkapkan kehamilan kerana SLE boleh menyebabkan keguguran. Penyakit ini boleh menjadi aktif ketika seseorang wanita hamil akibat perubahan paras hormon. Walaupun kadangkala ujian darah selepas keguguran pertama menunjukkan keputusan normal, biasanya penyakit dapat dikesan apabila keguguran kedua atau ketiga berlaku
Adakah bayi anda akan mendapat SLE?
Tidak. Jika ada pun, sangat jarang berlaku kerana ketika hamil, anda mewariskan antibodi anda kepada bayi dalam kandungan
Adakah kesan pada kulit kekal?
Tidak. Masalah kulit hilang apabila SLE terkawal tetapi yang penting ialah lindungi kulit dengan memakai losyen pelindung cahaya mengandungi SPF 30 ke atas. Elak pewarna rambut dan krim pelembap yang tidak diperlukan. Jika mahu memakai alat solek, pilih jenis yang hipoalergenik (tidak menyebabkan alahan).
Jika pergi ke tanah tinggi yang sejuk, pesakit masih perlu memakai krim pelindung cahaya kerana di tanah tinggi kesan UV sebenarnya lebih kuat, terutama pada jam 10 pagi hingga 5 petang. Jika mahu keluar, pakai baju lengan panjang, topi besar atau payung
Bolehkah ambil suntikan vaksin?
Ya, tetapi dengan syarat vaksin berkenaan tidak mengandungi virus hidup. Beritahu doktor mengenai penyakit anda sebelum mengambil mana-mana suntikan vaksin Hidup bersama pesakit SLE

Perbincangan biasanya tertumpu pada pesakit saja tetapi sebagai ahli keluarga, anda juga perlu belajar untuk hidup bersama pesakit. Antara caranya ialah:
  • Beri sokongan kepada pesakit, terutama kanak-kanak. Ini kerana mereka biasanya tertekan apabila mengetahui penyakit mereka tidak akan sembuh atau diejek rakan apabila berlaku perubahan pada fizikal akibat kesan sampingan ubat.
  • Belajar memahami penyakit dan rawatan. Fahami kesan sampingan rawatan supaya anda mudah mengendalikan pesakit.
  • Teman pesakit ke klinik atau hospital. Jangan biarkan pesakit pergi sendirian 
  • Ingatkan pesakit untuk mengambil ubat 
  • Bincang mengenai perasaan, kebimbangan dan masalah yang anda hadapi yang berkaitan dengan pesakit 
  • Sertai kumpulan sokongan untuk lebih memahami keadaan pesakit.

10 penyakit manusia

Written By Unknown on Tuesday, November 2, 2010 | 22:29

Tahukah anda, kita sebagai manusia punya 10 penyakit yang sering menyerang kita?
Antaranya :

1. MENYALAHKAN ORANG LAIN
Itu penyakit P dan K, iaitu Primitif dan Kekanak-kanakan.

Menyalahkan orang lain adalah cara pemikiran orang primitif. Di pedalaman Afrika, kalau ada orang yang sakit, yang Dipikirkan adalah: Siapakah yang menyihirnya ? Selalu "siapa" Bukan "apa" penyebabnya. Bidang kedoktoran modern selalu mencari  "apa" penyebabnya, bukan "siapa". Jadi kalau kita berpikir menyalahkan orang lain, itu sama dengan sikap primitif.

Kekanak-kanakan. Kenapa? Anak-anak selalu tidak pernah mahu disalahkan. Kalau ada piring yang jatuh," Adik itu yang salah", atau sebagainya. Kalau kita manusia yang berakal dan dewasa selalu akan mencari sebab terjadinya sesuatu.

2. MENYALAHKAN DIRI SENDIRI
Menyalahkan diri sendiri bahawa dirinya merasa tidak mampu. Anda pernah mengalaminya? Kalau anda memberitahu tidak pernah, bererti anda bohong. "Ah, orang itu boleh, orang itu kaya, orang itu dapat naik pangkat dan sebagainya, Lihat saya ini apa?, wah saya tidak dapat jadi seperti dia. Dia punya ijazah, saya hanya diploma. Dia ada banyak waktu, saya sibuk, sudah pasti tidak boleh".

Penyakit ini seperti kanser, bertambah besar, besar di dalam mental diri sehingga boleh mencapai "improper guilty feeling". Penyakit ini perlahan-lahan boleh membunuh kita. Merasa "inferior", kita tidak punya kemampuan. Kita sering membandingkan kejayaan orang lain dengan kekurangan kita, sehingga kejayaan orang lain dianggap Wajar kerana mereka mempunyai sesuatu kelebihan yang kita tidak punya.

3. TIDAK PUNYA GOAL / CITA-CITA
Kita sering terpaku dengan kesibukan kerja, tetapi arahnya tidak jelas. Sebaiknya kita selalu mempunyai target kerja dengan milestone. Buat target jangka panjang dan jangka pendek secara bertulis. Kalau "GOAL" kita hanya untuk "FUN", bagi mengisi waktu saja, hasilnya cuma biasa-biasa saja.

4. MEMPUNYAI "GOAL", TAPI SALAH MENCAPAINYA
Biasanya dialami oleh orang yang tidak "teachable". Goalnya salah, fokus kita juga salah, jalannya juga salah, arahnya juga salah. Ibarat seorang yang mahu kaya, lalu dia pergi merompak bank yang akhirnya di tangkap polis dan di penjarakan.

5. MENGAMBIL JALAN PINTAS, SHORT CUT
Kejayaan tidak pernah dicapai dengan jalan pintas. Jalan pintas tidak membawa orang ke kejayaan yang sebenarnya, "real success", kerana tidak mengikuti proses. Kalau kita menghindari proses, kejayaan yang di capai tidak sempurna.

6. MENGAMBIL JALAN TERLALU PANJANG, TERLALU SANTAI

Analoginya begini : Kapal terbang untuk membolehkannya take-off, harus mempunyai kecepatan minimum. Pesawat Boeing 737, untuk membuat take-off, memerlukan kecepatan minimum 300 km/jam. Jikalau kecepatan dia cuma 50 km/jam, manakan dapat untuk pesawat tersebut membuat take-off.

7. MENGABAIKAN HAL-HAL YANG KECIL
Dia mahunya yang besar-besar, yang hebat, tetapi ha-hal kecil tidak dilalukannya. Dia lupa bahawa struktur bangunan yang besar, pasti ada komponen yang kecilnya. Mahu saja yang hebat. Mengabaikan hal kecil saja tidak boleh, apatah lagi mengabaikan orang kecil.

8. TERLALU CEPAT MENYERAH
Jangan berhenti kerja pada masa percubaan 3 bulan. Bukan membuat kesalahan menjadikan seorang itu gagal tetapi berhenti pada tempat yang salah, jika kita membuat kesalahan, kita boleh memperbaikinya tetapi jika kita berhenti di tempat yang salah kita akan menyesal.

9. BAYANG-BAYANG MASA LALU
Kita selalu dipenuhi oleh memori kan? Apa yang kita lakukan, masuk memori kita, minimal sebagai pertimbangan kita untuk langkah kita berikutnya. Apalagi kalau kita pernah gagal, tidak berani untuk mencuba lagi. Ini berkaitan dengan penyakit nombor 3. Kegagalan sebagai akibat bayang-bayang masa lalu yang tidak terselesaikan dengan semestinya. Itu bayang-bayang negatif. Memori kita kadang-kadang sangat membatasi kita untuk maju ke depan. Kita kadang-kadang lupa bahawa hidup itu maju terus. "Waktu" itu terus berjalankan? Semuanya berjalan, hidup kita pun terus berjalan juga. berlari saja ke depan, kalaupun harus jatuh, pastikan jatuh ke depan. Orang yang berjaya, pasti pernah gagal. Itu memori negatif yang menghalangi kejayaan.

10. MENGHIPNOTIS DIRI DENGAN KEJAYAAN
Biasa disebut "Pseudo Success Syndrome". Kita dihipnotis dengan itu. Kita kalau pernah berjaya dengan kejayaan kecil, terus berhenti, tidak kemana-mana lagi. Sudah puas dengan kejayaan kecil tersebut. Napoleon pernah menyatakan: "Saat yang paling merbahaya datang bersama dengan kemenangan yang besar". Itu saat yang paling merbahaya, kerana orang lupa dan mabuk kemenangan. Jangan terjebak dengan goal-goal hasil yang kecil, kerana kita akan menembak sasaran yang besar, goal yang jauh. Jangan berpuas diri, jangan jadi sombong, terus takabur.

p/s : Silakan direnungkan mengenai benar atau tidaknya, semua terpulang pada pendapat masing2.

30 perkara yang wanita susah nak luahkan...

Written By Unknown on Friday, October 15, 2010 | 16:57

Benarkah wanita itu lembut, pemalu, suka berahsia & berbudi bahasa?
  • Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.
  • Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
  • Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).
  • Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.
  • Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!
  • Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.
  • Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diriwanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akanlakukan apa saja.
  • Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.
  • Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
  • Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.
  • Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
  • Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.
  • Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.
  • Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.
  • Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.
  • Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.
  • Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!
  • Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.
  • Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.
  • Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.
  • Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!
  • Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.
  • Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.
  • Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.
  • Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.
  • Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..
  • Senjata wanita adalah airmata!!
  • Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan i! ni dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.
  • Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...
  • Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

Pentingnya garam dalam kehidupan harian

Written By Unknown on Wednesday, August 25, 2010 | 01:49

Banyak ayat-ayat Al-Quran menyebut bahawa semua kejadian dimuka bumi ini adalah untuk munafaat atau kegunaan manusia sejagat.

Hadis Nabi Muhamad S.A.W menyebut GARAM adalah penghulu segala masakan/makan manusia. Makanan yang paling simple eg. Ubi rebus/jagong rebus akan dibubuh garam dan tidak benda-benda lain sehinggakan  makanan/masakan yang mahal pun kena bubuh garam untuk menambah rasa/selera.

Manusia dijadikan dari 4 unsur – Tanah , Air , Api dan Angin,. …. Garam datang dari unsur Tanah.  Garam berasal dari laut dan dari bukit.

Pelbagai kegunaan garam….
  • pengawit  ikan supaya tidak busuk.
  • menghilangkan tahi kerang dengan merendam kerang ke dalam air garam sebelum merebusnya/masak.
  • Kurangkan kemasinan ikan kering dengan merendamnya ke dalam air garam sebelum di masak.
  • Mengurangkan pahit buah peria dengan merendamkan ke dalam air garam.
Kegunaan garam dalam perubatan Islam.

Garam yang berlebihan di dalam badan kita adalah dari makanan yang berlebihan dan akan tersimpan di dalam badan....maka jadi lah darah tinggi...kenapa jadi gitu.... kerana nafsu makan, balun apa saja.

Dalam kitab perubatan Islam, untuk penyakit dari laut maka untuk keluarkannya dari badan/merawatnya dari laut juga iaitu menggunakan air garam. Antaranya:
  1. Penyakit Gaut – timbus anggota badan atau bahagian yang bengkak dengan pasir laut ( tepi pantai )  1 – 2 jam kemudian mandi air laut.
  2. Kalau duduk bandar macam KL mana ada pantai…   goreng 1 – 2 genggam garam kasar sampai kekuningan kemudian demah/tuam/tungku di bahagian yang bengkak atau sakit.  Garam tu bungkus lah dengan kain.
  3. Guna cara yang sama seperti di atas untuk penyakit lengoh-lengoh sendi, sakit kepala, senggugut. Kalau sakit lelah demah/tuam tapak kaki.
  4. Elak mabuk semasa perjalanan dengan meminum madu dan secubit garam atau air suam dan secubit garam sebelum memulakan perjalanan
  5. mengembalikan tenaga untuk orang yang bekerja berat eg bertani, bersukan dll -  minum air suam dan sedikit garam.
  6. cuci perut : minum air suam dan satu butir garam kasar sebelah pagi.
Rasullullah setiap kali menggembara akan memamah sedikit garam sebelum mengambil makanan atau minuman. Ini bertujuan untuk menstabilkan badan, meningkatkan ketahanan/imiun badan kerana setiap bumi/ tempat mempunyai udara, megnatik dan hawa yang berlainan. Dalam kitab perubatan Islam ada menyebut ia dapat mengembalikan tenaga yang hilang semasa perjalanan. Cara Rasullullah ini telah menjadi amalan oleh pengembara/penuntut ilmu atau sesiapa sahaja yang bermusafir.

Selain dari itu garam juga digunakan sebagai pagar dari gangguan jin/makhluk halus.
  1. Anak yang selalu mengigau, ambil segenggam garam kasar diletakkan di dalam piring kemudian diletakkan di sebelah atas kepala anak tersebut semasa tidurnya. Insyaalah tidak mengigau lagi.
  2. Tabur garam di tempat tidur bagi mereka yang suka berkelah di hutan/pantai. Elakkan dari tidur di atas tanah/bumi, sebaiknya lapik dengan benda/kain tebal kerana udara yang keluar dari bumi akan masuk ke liang roma bersama-sama jin.
Semoga dengan ilmu yang disampaikan  ini dapat menjadi panduan dan diamalkan. Insyaalah semoga kita  dirahmati oleh Allah.

p/s: sebagai tambahan. Air 100plus atau yang sama fungsi dengannya adalah garam galian yang dapat membantu memberi tenaga tambahan. Jadi kalau demam ke, tak payah susah2 nak jumpa doktor, minum saja air tersebut. Kalau boleh elakkanlah yang sejuk.
wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger