Sedekah itu adalah pintu yang agung dan juga salah satu pintu yang melapangkan dada. Sedekah juga pintu yang membuka hati nurani. Seseorang yang berbuat kebaikan akan dibalas oleh Allah swt dengan kelapangan dada, kesenangan hati, kebahagiaan hidup, cahaya dan keluasan hati nurani dan juga kemurahan rezeki di dunia.
Oleh itu bersedekahlah, biarpun sedikit. Jangan memikirkan sangat apa yang disedekahkan. Bersedekahlah kepada fakir miskin. Bantulah orang yang sengsara. Berilah makanan kepada yang lapar dan ubatilah orang yang sakit. Insya-Allah anda akan mendapati sesungguhnya Allah swt meringankan kekusutan, kegelisahan dan kesedihan anda. Sedekah itu adalah penawar yang tidak akan ditemui melainkan dalam Islam.
Seorang lelaki bertanya kepada Abdullah bin al-Mubarak: “Wahai Abu Abdurrahman! Aku mempunyai luka di lutut dan sentiasa berdarah. Perkara ini sudah lama berlaku sejak tujuh tahun yang lalu. Aku sudah menemui ramai doktor (tabib), namun masih belum sembuh.”
“Pergi!! dan carilah satu tempat di mana terdapat orang yang memerlukan air. Binalah perigi di situ. Aku harap dengan adanya sumber air itu, akan tersumbatlah lukamu yang berdarah itu,” balas Ibnu Mubarak.
Lelaki itu menurut nasihat Ibnu Mubarak. Alhamdulillah luka lelaki itu tidak lama kemudian, sembuh!
Pelikkah? Tidak pelik. Sebabnya, Rasulullah saw pernah bersabda yang bermaksud:
“Ubatilah penyakit-penyakitmu dengan bersedekah!”
Rasulullah saw juga bersabda yang bermaksud:
“Sesungguhnya sedekah itu memadamkan api kemurkaan Allah dan mencegah kematian yang buruk.”
P/s : So apa lagi. klik2 ler nuffnang & mangga adds Gerrard tu. bersedekah kat Gerrard banyak2 yer. semoga anda akan cepat sembuh dari penyakit.. Amin....
Home »
12. Tazkirah/Wasiat/Ikhtibar
,
13. Agama/Ibadah/Amalan
» Ubati penyakitmu dengan bersedekah..
aku jugak perlu bersedekah lepas nie walaupun aku tak mau bagitau.betul tuh bro...
ReplyDeleteWhoa suka entry nih! ;)
ReplyDeleteNice info!
bersedekah lebih baik dari memberi hadiah..dua perkara berbeza (^-^)
ReplyDeletesedekah secara rahsia lg bagus ;)
ReplyDeletesedekah tak perlu pada duit je..barang pun aok..janji ikhlas
ReplyDeletesokong tomato gurl..
ReplyDeletekalo sedekah,tp kecoh2..dah jadi riak..
niat dah terpesong kalo nak nunjuk2..
sedekahlah kerana Allah SWT..
dan ikhlas..