Kemenangan yang aku tunggu2, akhirnya muncul jua. Meningkat satu anak tangga. NO. 18
Emmm.. Nasib baik tadi aku tengok game Liverpool. Kalau tak rugi rasanya tak dapat nak merayakan kejayaan kelab kesayanganku ini. Memang mula2 aku malas nak tengok game tadi. Kira malam tadi aku nak jadi baik ler. Tak nak keluar waktu kerja. Nak duduk diam2 dalam opis ler konon.. hehehhe. Tapi datang pula si Farid kawanku ini. Ajak pergi minum. Emmm.. Aku pun ok jer ler.. ada gak kawan nak tengok game. So aku pun menuju ler ke stadium Anfield.. ceeeewahhhhh.. hehheeh.
|
Tandukan Kyrgiakos menerjah ke jaring gol. |
Sampai2 jer, dia orang tengah layan stadium lain ler. Dengan yang berat hati, layan juga ler tengok kelab yang paling aku benci "MU" main. Bila habis jer game tu, dengan selambanya aku tukar stadium Anfield plak (Ala, kedai minum ni aku dah biasa lepak. tu yang boleh wat selamba jer).
|
Torres menerima ucapan tahniah selepas menjaringkan gol |
Mula2 aku tengok game, memang nampak permainan kali ini cukup bermaya. Membuatkan aku teruja untuk tukar tempat duduk di hadapan sekali. Dari segi permainan yang aku rasa paling cantik dalam sejarah untuk musim 10/11 ni. Aku tak dapat nak pastikan, Roy menggunakan formasi apa. 4-2-3-1 lagi ke? atau 4-4-2. Memang lain corak permainan kali ini. Dari serangan, tengah, kanan, kiri & pertahanan, semua berfungsi dengan baik. Banyak peluang yang dicipta, Bila aku amati betul2 aku rasa formasi kali ini adalah 4-4-1-1. Gerrard jadi penyerang sokongan untuk torres. Idea lama yang amat berkesan.Bagus Roy. Walau bagaimanapun separuh masa pertama, nasib masih belum menyebelahi kita.
|
Kyrgiakos, Meireles, Lucas & torres merayakan gol pertama |
Separuh masa kedua, selepas 3 minit masa bermula, dari sepakan sudut idolaku gerrard, tepat sampai ke kepala Kyrgiakos dan terus menanduk untuk menewaskan penjaga gol Blackburn "Robinson". Tetapi tidak lama selepas itu, serangan kilat dari pemain Blackburn telah dapat menyamakan kedudukan 1-1. Ia berpunca apabila El-Hadji Diouf yang tidak dikawal telah melepaskan tendangan menewaskan Reina. Tetapi ia masih dapat diselamatkan lagi oleh kuisan Konchesky. Yang malangnya, kuisan itu terkena muka Carragher dan terus masuk kegawang sendiri.
Nampaknya, gol sendiri dari Carragher itu tidak sedikit pun melemahkan semangat pemain2. Hasilnya selang 2 minit, Torres tidak mempersia2kan hantaran dari Joe Cole untuk merembat & menewaskan robinson. Betapa gembiranya Torres kerana telah menemui rentak jaringan pada perlawanan ini. Selepas itu Liverpool terus mengasak, tapi dengan kekebalan Robinson & pertahanannya, mereka dapat menafikan Liverpool untuk menjaringkan gol lagi. Sehingga tamat perlawanan, keputusan 2-1 terus kekal.
Apa yang dapat aku simpulkan perlawanan kali ini ialah :
|
Roy gembira buat pertama kalinya |
- Formasi Roy mengandingkan semula Torres & Gerrard amat berkesan sekali. Torres telah menemui sentuhan jaringannya kembali. Semoga ia permulaan yang baik untuk dia terus memburu gol diperlawanan akan datang.
- Semua pemain di setiap posisi, menjalankan tugas dengan baik. Maxi, J. Cole, banyak memberi umpanan kepada Torres. Meireles membuat beberapa percubaan yang merbahaya disamping idolaku Gerrard dapat bergerak bebas untuk mengelirukan pertahanan lawan.
- Kyrgiakos. Pemain ini adalah pemain yang layak untuk mendapat anugerah pemain terbaik. Selain menjaringkan gol, beliau juga memperolehi beberapa peluang untuk menjaringkan gol. beliau juga telah berjaya mematahkan serangan dari pemain2 lawan.
- Apapun kejayaan ini adalah kerjasama dari semua pemain. Persefahaman yang jitu membuatkan Roy mampu tersenyum.
Liverpool Blackburn Rovers
Match Stats |
| Liverpool | Blackburn Rovers |
Shots (on Goal) | 20(8) | 6(1) |
Fouls | 18 | 13 |
Corner Kicks | 15 | 4 |
Offsides | 0 | 1 |
Time of Possession | 57% | 43% |
Yellow Cards | 2 | 3 |
Red Cards | 0 | 0 |
Saves | 1 | 6 |
Match Information |
Stadium: Anfield, England
Attendance: 43,328
Match Time: 14:00 GMT
Referee: Philip Dowd |
singah awal pagi isnin yang ceria su x leh tdo....
ReplyDeletesalam..
ReplyDeletetuan umah sedetikhati tak tido gerrard...timakasih kerana sudi singgah... :)
aiyooo..!! hidup Man United !! hehehe...
ReplyDelete