Headlines News :
.
Home » , » Bermulanya detik kejayaan - Liverpool 2-0 Blackburn

Bermulanya detik kejayaan - Liverpool 2-0 Blackburn

Written By Unknown on Monday, October 25, 2010 | 03:59

Kemenangan yang aku tunggu2, akhirnya muncul jua. Meningkat satu anak tangga. NO. 18

Emmm.. Nasib baik tadi aku tengok game Liverpool. Kalau tak rugi rasanya tak dapat nak merayakan kejayaan kelab kesayanganku ini. Memang mula2 aku malas nak tengok game tadi. Kira malam tadi aku nak jadi baik ler. Tak nak keluar waktu kerja. Nak duduk diam2 dalam opis ler konon.. hehehhe. Tapi datang pula si Farid kawanku ini. Ajak pergi minum. Emmm.. Aku pun ok jer ler.. ada gak kawan nak tengok game. So aku pun menuju ler ke stadium Anfield.. ceeeewahhhhh.. hehheeh.

Tandukan Kyrgiakos menerjah ke jaring gol.
Sampai2 jer, dia orang tengah layan stadium lain ler. Dengan yang berat hati, layan juga ler tengok kelab yang paling aku benci "MU" main. Bila habis jer game tu, dengan selambanya aku tukar stadium Anfield plak (Ala, kedai minum ni aku dah biasa lepak. tu yang boleh wat selamba jer).

Torres menerima ucapan tahniah selepas menjaringkan gol
Mula2 aku tengok game, memang nampak permainan kali ini cukup bermaya. Membuatkan aku teruja untuk tukar tempat duduk di hadapan sekali. Dari segi permainan yang aku rasa paling cantik dalam sejarah untuk musim 10/11 ni. Aku tak dapat nak pastikan, Roy menggunakan formasi apa. 4-2-3-1 lagi ke? atau 4-4-2. Memang lain corak permainan kali ini. Dari serangan, tengah, kanan, kiri & pertahanan, semua berfungsi dengan baik. Banyak peluang yang dicipta, Bila aku amati betul2 aku rasa formasi kali ini adalah 4-4-1-1. Gerrard jadi penyerang sokongan untuk torres. Idea lama yang amat berkesan.Bagus Roy. Walau bagaimanapun separuh masa pertama, nasib masih belum menyebelahi kita.

Kyrgiakos, Meireles, Lucas & torres merayakan gol pertama
Separuh masa kedua, selepas 3 minit masa bermula, dari sepakan sudut idolaku gerrard, tepat sampai ke kepala Kyrgiakos dan terus menanduk untuk menewaskan penjaga gol Blackburn "Robinson". Tetapi tidak lama selepas itu, serangan kilat dari pemain Blackburn telah dapat menyamakan kedudukan 1-1. Ia berpunca apabila El-Hadji Diouf yang tidak dikawal telah melepaskan tendangan menewaskan Reina. Tetapi ia masih dapat diselamatkan lagi oleh kuisan Konchesky. Yang malangnya, kuisan itu terkena muka Carragher dan terus masuk kegawang sendiri.

Nampaknya, gol sendiri dari Carragher itu tidak sedikit pun melemahkan semangat pemain2. Hasilnya selang 2 minit, Torres tidak mempersia2kan hantaran dari Joe Cole untuk merembat & menewaskan robinson. Betapa gembiranya Torres kerana telah menemui rentak jaringan pada perlawanan ini. Selepas itu Liverpool terus mengasak, tapi dengan kekebalan Robinson & pertahanannya, mereka dapat menafikan Liverpool untuk menjaringkan gol lagi. Sehingga tamat perlawanan, keputusan 2-1 terus kekal.

Apa yang dapat aku simpulkan perlawanan kali ini ialah :
Roy gembira buat pertama kalinya
  • Formasi Roy mengandingkan semula Torres & Gerrard amat berkesan sekali. Torres telah menemui sentuhan jaringannya kembali. Semoga ia permulaan yang baik untuk dia terus memburu gol diperlawanan akan datang.
  • Semua pemain di setiap posisi, menjalankan tugas dengan baik. Maxi, J. Cole, banyak memberi umpanan kepada Torres. Meireles membuat beberapa percubaan yang merbahaya disamping idolaku Gerrard dapat bergerak bebas untuk mengelirukan pertahanan lawan.
  • Kyrgiakos. Pemain ini adalah pemain yang layak untuk mendapat anugerah pemain terbaik. Selain menjaringkan gol, beliau juga memperolehi beberapa peluang untuk menjaringkan gol. beliau juga telah berjaya mematahkan serangan dari pemain2 lawan.
  • Apapun kejayaan ini adalah kerjasama dari semua pemain. Persefahaman yang jitu membuatkan Roy mampu tersenyum.

Liverpool 2 - 1 Blackburn Rovers

Scoring Summary
Liverpool Blackburn Rovers
Sotirios Kyrgiakos (48)El-Hadji Diouf (51)
Fernando Torres (53)Jamie Carragher (og 51)
Match Stats

Liverpool Blackburn Rovers
Shots (on Goal) 20(8) 6(1)
Fouls 18 13
Corner Kicks 15 4
Offsides 0 1
Time of Possession 57% 43%
Yellow Cards 2 3
Red Cards 0 0
Saves 1 6

Match Information
Stadium: Anfield, England
Attendance: 43,328
Match Time: 14:00 GMT
Referee: Philip Dowd 

Teams
Liverpool Blackburn Rovers
25 Pepe ReinaPaul Robinson
37 Martin SkrtelGael Givet
16 Sotirios Kyrgiakos28 Phil Jones
Paul KoncheskyMartin Olsson
23 Jamie Carragher27 Míchel Salgado
21 Lucas12 Morten Gamst Pedersen
Raul Meireles15 Steven Nzonzi
10 Joe ColeDavid Dunn
17 Maxi Rodríguez10 El-Hadji Diouf
Fernando TorresBrett Emerton
Steven GerrardNikola Kalinic
Substitutes
19 Ryan BabelMark Bunn 13
Brad JonesBenjani Mwaruwari 21
28 Christian PoulsenPascal Chimbonda 39
24 David NgogVince Grella 11
33 Jonjo ShelveyDavid Hoilett 23
34 Martin KellyMame Biram Diouf 41
14 Milan JovanovicJosh Morris 33
Substitutions
David Ngog for Joe Cole (79)Vince Grella for Steven Nzonzi (33)
Jonjo Shelvey for Raul Meireles (89)Benjani Mwaruwari for Nikola Kalinic (45)
David Hoilett for David Dunn (68)
Yellow Cards
Maxi Rodríguez (67)Gael Givet (28)
Raul Meireles (82)Martin Olsson (28)
Vince Grella (90)
· Club Squads: Liverpool | Blackburn Rovers
Share this article :

3 comments:

  1. singah awal pagi isnin yang ceria su x leh tdo....

    ReplyDelete
  2. salam..
    tuan umah sedetikhati tak tido gerrard...timakasih kerana sudi singgah... :)

    ReplyDelete
  3. aiyooo..!! hidup Man United !! hehehe...

    ReplyDelete

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger