Headlines News :
.
Home » , , » Piala Malaysia - Selangor vs Kelate

Piala Malaysia - Selangor vs Kelate

Written By Unknown on Wednesday, October 13, 2010 | 03:57

Suku Akhir PertamaPiala Malaysia 2010 - SELANGOR 0-0 KELANTAN

Dah lama aku tak pergi Stadium Shah Alam ni. Kalau tak silap aku last aku datang bulan julai kot. Game Selangor lawan Terengganu. Selepas tu aku dah malas nak layan. Hari ni tergerak pula aku nak ke stadium lagi. Perlawanan suku akhir antara Red Giant (Selangor) bertemu Red Worrior (Kelantan). Perlawanan yang pasti hebat dengan aksi pemain & juga penontonnya. Siapa tak kenal penyokong kelantankan. hehehhehe
Zon fanatik Selangor

Aku sampai di stadium Shah Alam lebih kurang pukul 8.00 malam. Ketika itu jalan ke stadium memang dah sesak. Penyokong kedua2 belah pihak telah ramai berkampung. Aku dengan geng2 aku terus membeli tiket. Nak beratur panjang sangat, so pesan ler kat brader2 yang kat depan2 tu, minta tolong belikan. Tq ye bro. So selepas dapat tiket, aku terus masuk. Dipintu masuk stadium kulihat tiada kawalan dari pihak berkuasa. Selalunya mereka akan checking beg dan sebagainya. Kali ni tak de pula. Sepatutnya mereka kena paham, untuk perlawanan ini adalah pertembungan dengan pasukan yang pakar dalam rusuhan. Manalah tau dia orang ada bawa bom ke.heheheh. Jadi lokasi ku di dalam stadium ialah bersebelahan dengan kawasan VIP.


Cool punya penyokong. Mana 1 aku?

Perlawanan dimulakan dengan aksi serang menyerang kedua2 belah pihak. Tapi nampaknya separuh masa pertama ni, Selangor lebih bayak menyerang. Sehinggalah P.Gunalan bersama Norshahrul Idlan Talaha di layangkan kad merah. Game jadi kurang seronok. walaupun masih adil kerana setiap pasukan bermain 10 orang.

Aku sebenarnya malas nak komen pasal perlawanan. Aku lebih cenderung untuk mengulas dengan aksi2 penonton bagi kedua2 belah pihak. Ketika perlawana sedang berlangsung, disudut kanan stadium serang menyerang telah berlaki. Tapi bukan ler pemain. Sebaliknya penyokong Selangor & kelantan berlawan2 membaling kerusi, botol minuman, mercun & sebagainya. Apa nak jadi ni. Rela & angota FRU yang kat tengah2 antara mereka pun, seperti tak dapat nak meleraikan mereka. Aksi ini lama juga berlangsung. Rasanya dekat2 juga setengah jam.


pergaduhan kedua2 penyokong
Mercun.Seperti yang aku katakan tadi. Dengan tiada kawalan dipintu masuk, penyokong2 dengan mudah membawa masuk mercun. Kali ni buka mercun bom saja yang mereka bawa. Malhan penyokong Kelantan membawa mercun roket yang serupa seperti bunga api merdeka. Sekali, bakar, dua kali bakar cantik jer keatas. Kali tiga di bakar, terus meluru ke bangku petugas kecemasan dan meletup disitu. Nasib baik mereka2 tak cedera teruk. Kayu betullah. Ni nak tengok bola ker nak wat rusuhan.

Red giant sporting Fan
Selangor 0-0 Kelantan
Walaupun kesudahan perlawanan ini seri 0-0, rusuhan penyokong tidak habis didalam stadium saja. Malahan aku dengar ada yang mati akibat bergaduh diluar stadium. Ye ke. waktu kejadian tu, mungkin aku dah balik. Tapi aku ada gak nampak kecoh2. Aku tak ambik berat sangatlah sebab perut aku dah meragam sibuk minta dipenuhkan. hehehheh

Ni panas badan ke, panas hati. hahhahaha
Bagi akulah, kalah menang adat pertandingan. Kita sebagai penyokong jagalah adab. Walau fanatik macam manapun kita, Sukan adalah salah satu cara mengeratkan persaudaraan. Bila dah terjadinya pergaduhan begini, apa makna disebalik sukan itu sendiri. Fikir2lah sahabat2ku. kalau korang fikir asyik nak buat pasal jer kat stadium, sampai bila pun stadium tak akan penuh. Orang akan menjadi takut. Khas untuk penyokong2 Kelantan. Cukup2lah korang nak buat hal. Buanglah semua semangat gila korang tu. wujudkanlah semangat kesukanan yang tinggi. Orang lain pun fanatik juga. Tapi tak ler terlalu taksub macam korang. Fikir2kanlah....

klik sini kalau nak tengok muka mereka yang cedera tu..

Majulah sukan untuk semua....




Share this article :

7 comments:

  1. patoot la bnyak kedai kat uptown danau kota malam tadi x bukak..upernyer, orang kelantan men bola :)

    ReplyDelete
  2. bro, memang ade penonton meninggal semalam tp disebabkan sakit dada..

    p/s: sy x ske gaduh2 bang, penetik dlm diam jer..hoho

    ReplyDelete
  3. aku ddk kat kerusi geng2 fanatik...tpt aku cool..walaupun sebelah kiri aku panas....siapa yg memulakan..faham2 lah kan...malas nk cerita....las2 org ramai tgk aksi pergaduhan dari aksi2 player dipadang....apepun..kita ni rakyat msia...sama2 manusia...jgn ikut budaya luar...terima segalanya dengan penuh semangat kesukanan.....

    ReplyDelete
  4. Baru tgk berita pasal ni kat TV3 tadi.. huhuhu~ perlu ke gaduh2 sampai macam 2 skali? Teruknyer~~~ =.=''

    ReplyDelete
  5. waa..g staduim x ajak kecik eyh??hu2..
    ha?tul ke ader gadoh2??ishk,owg dtg nk tgk bola,bkn nk tgk wresling...hikhik..
    nasib baek seri..makne nye dua2 hebat la kan..

    ReplyDelete

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger