Headlines News :
.
Home » , , » Game 17 MSL 2014 - Selangor 0-1 JDT

Game 17 MSL 2014 - Selangor 0-1 JDT

Written By Unknown on Sunday, May 25, 2014 | 11:05


Impian pasukan Selangor untuk terus menjarakkan diri di takhta liga tidak kesampaian apabila tewas 0-1 kepada JDT malam tadi. Bermain dihalamann sendiri dihadapan lebih 60 ribu penyokong bukanlah lesen untuk Selangor mudah untuk menghadapi anak-anak buah Bojan Hodak ini.

Selangor lebih gemar bermain secara bertahan memandangkan musuh pada perlawanan ini yang diakui mempunyai barisan pemain yang cukup mantap dari segala sudut. Hampir keseluruhan pemain Selangor lebih banyak berada di kawasan sendiri dan ini menyebabkan peluang untuk membuat serangan agak tipis.

Barisan tengah yang dikemudi oleh S Venood, Andik, S Kunalan dan Pantelidis terlalu tumpul untuk mencipta peluang-peluang jaringan terhadap Rangel dan Thamil Arasu. Lebih membantu barisan pertahanan telah membuatkan Rangel terkontang kanting tanpa arah.

Mungkin berharap peluang seperti ketika menentang pasukan Pahang lalu bakal kembali, tetapi malangnya peluang yang hadir gagal disempurnakan dengan kemas. Walaupun hanya sesekali serangan balas berjaya dihasilkan, kebuntuan untuk menyudahkan peluang membuatkan Selangor terus menggigit jari.

JDT sememangnya layak menang. Bukan kerana pemain-pemain bintangnya, tetapi kesungguhan serta mutu permainan yang dipamerkan. Sepatutnya JDT mampu lagi untuk memperolehi banyak gol, tetapi hanya jaringan melalui Figuero pada minit ke-70 sahaja mampu dihasilkan.

Walaupun Selangor tewas pada perlawanan ini, Selangor masih lagi mengungguli carta liga dengan mengumpul 34 mata, dua mata dihadapan JDT. Harapnya pasukan Selangor perlu bekerja keras lagi di baki 5 perlawanan akhir ini bagi memastikan hajat untuk menjadi juara tercapai.

Pada hari Isnin 26/05/2014 ini juga akan dilangsungkan perlawanan persahabatan diantara pasukan Selangor menentang juara baru pila UEFA, pasukan Sevilla dari Sepanyol. Perlawanan bermula pada jam 08:45 malam dan masuk adalah percuma.



Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger