Di permulaan perlawanan, Liverpool mempamerkan aksi seperti harimau yang kelaparan. Mencipta beberapa peluang yang gagal disempurnakan akibat kecekapan Joe Hart mengawal pintu gawangnya dari dibolosi. Malangnya Joe Hart terpaksa akur juga apabila gagal menyelamatkan sepakan penalti Kapten Liverpool Steven Gerrard untuk menjaringkan gol tunggal perlawanan. Sepakan penalti ini diperolehi setelah daniel Agger dikasari oleh pertahanan Mak Siti Stefan Savic.
Separuh masa kedua, tiba2 sahaja pemain2 Liverpool hilang tumpuan akibat kerakusan anak buah Mancini menyerang. Jika bermula dengan formasi 4-2-3-1 iaitu menyerang, ia berubah menjadi 6-3-1 @ bertahan di pertengahan permainan. Secara jujur SG kurang berkenan dengan permainan yang kononnya selamat ini. Seperti yang kita ketahui, pertahanan kita agak sedikit goyah lebih2 lagi dengan sistem permainan pantas yang ditunjukkan oleh Mak Siti. Nasib baik Reina bermain dengan baik untuk menyelamatkan beberapa percubaan merbahaya. Lagi2 ketika berdepan satu lawan satu dengan Aguero setelah kesilapan Martin Kelly menghantar bola tidak sampai kepada Riena.
Bukanlah SG nak membangkang 100% Dalglish menerapkan permainan bertahan ni. Seharusnya Dalglish perlu meletakkan penyerang tunggal yang betul seperti seorang pelari pecut untuk membuat serangan balas tanpa mengharapkan bantuan rakan yang lain. Carroll bukanlah calon yang sesuai dan sepatutnya Bellamylah yang perlu berada diposisi tersebut. Kita dapat lihat sendiri bagaimana Carroll banyak mensia2kan bola yang dihantar oleh rakan2 dibawah. Mengubah formasi, biarlah kena dengan pemainnya.
Keseluruhannya SG berpuas hati dengan perlawanan ini walaupun masih banyak lagi perlu diperbetulkan. Masa 2 minggu yang diperuntukkan sebelum perlawanan kedua nanti diharap dapat digunakan sebaik2nya oleh pasukan untuk menjamin tempat Liverpool ke stadium Wembley. YNWA..
p/s: Piala Carling yang cikai ni, bukan main pula Mak Siti turunkan Joe Hart. Masa lawan MUnyet dalam Piala FA yang lebih agung boleh pula turunkan keeper no. 2. Nampak sangat game dah kena beli. Dasar perjanjian setan betul ler...
Scoring Summary
Manchester City | Liverpool |
---|---|
Steven Gerrard (pen 13') |
Match Stats
14(6) | Shots (on Goal) | 5(4) |
9 | Fouls | 11 |
5 | Corner Kicks | 1 |
2 | Offsides | 1 |
58% | Time of Possession | 42% |
1 | Yellow Cards | 1 |
0 | Red Cards | 0 |
3 | Saves | 7 |
Teams
Manchester City | Liverpool |
---|---|
25 Joe Hart | 25 Pepe Reina |
6 Joleon Lescott | 2 Glen Johnson |
22 Gaël Clichy | 5 Daniel Agger |
2 Micah Richards | 37 Martin Skrtel |
15 Stefan Savic | 34 Martin Kelly |
18 Gareth Barry | 8 Steven Gerrard |
34 Nigel De Jong | 19 Stewart Downing |
7 James Milner | 20 Jay Spearing |
11 Adam Johnson | 14 Jordan Henderson |
16 Sergio Agüero | 39 Craig Bellamy |
45 Mario Balotelli | 9 Andrew Carroll |
Substitutes | |
30 Costel Pantilimon | Doni 32 |
24 Nedum Onuoha | Jamie Carragher 23 |
5 Pablo Zabaleta | José Enrique 3 |
13 Aleksandar Kolarov | Sebastian Coates 16 |
20 Owen Hargreaves | Charlie Adam 26 |
19 Samir Nasri | Jonjo Shelvey 33 |
10 Edin Dzeko | Dirk Kuyt 18 |
Substitutions | |
Samir Nasri for Mario Balotelli (39) | Charlie Adam for Jay Spearing (23) |
Edin Dzeko for Adam Johnson (66) | José Enrique for Stewart Downing (59) |
Aleksandar Kolarov for Nigel De Jong (72) | Jamie Carragher for Craig Bellamy (79) |
Yellow Cards | |
Samir Nasri (86) | Jamie Carragher (86) |
· Squads: Manchester City | Liverpool |
ehem...jom la booking flight g london
ReplyDelete