Dengan ketiadaan Suarez yang telah memulakan penggantungan, mengapa tidak diletakkan pakar penjaring gol bagi pasukan Liverpool ketika ini. Apa motif sebenar tidak meletakkan Bellamy atau Maxi yang kita ketahui dalam prestasi terbaik dalam kesebelasan utama. Dengan menyenaraikan hanya Carroll sebagai penyerang tunggal, dan selebihnya adalah pemain2 perancang yang gagal mencatit nama sebagai penjaring, sememangnya malapetaka bakal menimpa pada perlawanan ini.
Dua kesilapan Pepe Reina membolehkan Mak Siti mendahului 2-0 hasil jaringan Aguero dan Yaya Toure pada separuh masa pertama. Dalam keadaan padang yang licin, sepatutnya Reina lebih berhati2 untuk menangkap bola sepakan Aguero, yang kita nampak boleh diselamatkan. Malangnya bola yang mudah, tetapi kegagalan Reina merebahkan badan dengan lebih pantas membuatkan bola berjaya melepasi badannya.
Memasukkan Gerrard,Bellamy dan Maxi untuk mengantikan Adam, Kuyt dan Spearing untuk mengimbangi permainan di separuh masa kedua boleh dikatakan sudah terlambat. Gol ketiga Mak Siti berkunjung juga hasil sepakan penalti Milner selepas Yaya Toure dijatuhkan oleh Skrtel dalam kotak penalti. Walaupun Mak Siti bermain dengan 10 pemain setelah Gareth Barry dilayangkan kad kuning kedua merangkap kad merah selepas mengasari Agger, tetapi pemain2 Liverpool gagal menembusi benteng pertahanan Mak Siti yang telah mula mempamerkan aksi bertahan. Adat permainan, sudah mendahului 3-0 dan bermain pula 10 orang, sudah tentu hanya kubu kukuh sahaja perlu dilakukan dalam meniti masa2 berakhir.
Kesimpulannya perlawanan ini, boleh SG ungkapkan sebagai gagal. Ini kerana kegagalan pemain2 mengekang kelincahan David Silva, Aguero, Yaya Toure dan Edin Dzeko membuatkan Liverpool terpaksa mengigit jari. Mungkin perlawanan ini boleh memberi pengalaman terbaru kepada pemain2 dan Dalglish untuk menukar corak permainan mereka mengikut kesesuaian pasukan lawan. Menggunakan hantaran tinggi kedalam kotak penalti sememangnya tidak sesuai diguna pakai pada perlawanan ini kerana kita dapa lihat, pertahanan Mak Siti berjaya menangkis semua asakan. Apapun walaupun kalah, SG tetap berpuas hati dengan tahap melawan yang ditunjukkan oleh pasukan kita.
(lihat statistik dibawah) : Walaupun kalah, SG masih gembira juga kerana Mak Siti terus menerajui liga untuk menjarakkan diri dari pasuka monyet merah. Yang peliknya anak2 Monyet ni bukan main suka Liverpool kalah. Tak tau kira point kot mereka ni. Tapi still ok lagi 3-0 sebab kat tempat lawan. Kiranya tak ler seteruk 1-6 digelanggang sendiri. betul tak? Apa kata servey.....
Scoring Summary
Manchester City | Liverpool |
---|---|
Sergio Agüero (10') | |
Yaya Touré (33') | |
James Milner (pen 75') |
Match Stats
11(6) | Shots (on Goal) | 16(6) |
13 | Fouls | 8 |
5 | Corner Kicks | 6 |
0 | Offsides | 0 |
36% | Time of Possession | 64% |
0 | Yellow Cards | 1 |
1 | Red Cards | 0 |
6 | Saves | 3 |
Teams
Manchester City | Liverpool |
---|---|
25 Joe Hart | 25 Pepe Reina |
4 Vincent Kompany | 5 Daniel Agger |
28 Kolo Touré | 37 Martin Skrtel |
22 Gaël Clichy | 3 José Enrique |
2 Micah Richards | 2 Glen Johnson |
18 Gareth Barry | 26 Charlie Adam |
42 Yaya Touré | 14 Jordan Henderson |
7 James Milner | 20 Jay Spearing |
21 David Silva | 19 Stewart Downing |
10 Edin Dzeko | 18 Dirk Kuyt |
16 Sergio Agüero | 9 Andrew Carroll |
Substitutes | |
6 Joleon Lescott | Steven Gerrard 8 |
34 Nigel De Jong | Jamie Carragher 23 |
11 Adam Johnson | Craig Bellamy 39 |
5 Pablo Zabaleta | Maxi Rodríguez 11 |
13 Aleksandar Kolarov | Doni 32 |
30 Costel Pantilimon | Jonjo Shelvey 33 |
15 Stefan Savic | Martin Kelly 34 |
Substitutions | |
Adam Johnson for Sergio Agüero (72) | Steven Gerrard for Charlie Adam (57) |
Joleon Lescott for David Silva (76) | Craig Bellamy for Dirk Kuyt (57) |
Maxi Rodríguez for Jay Spearing (76) | |
Yellow Cards | |
Gareth Barry (45) | Glen Johnson (56) |
Red Cards | |
Gareth Barry (73) | |
· Squads: Manchester City | Liverpool |
xsuke reina xsuke reina xsuke reinaaaaaaaaaa
ReplyDelete