Menjelang perlawanan awal pagi esok, Liverpool akan memulakan kempen piala FA bagi musim 11/12 ini dengan menerima kunjungan pasukan dari division satu Oldham Athletic. Dalam kejohanan kalah mati yang tiada timbal balik ini, Seharusnya Liverpool menggunakan kesempatan bermain di Anfield untuk memburu kemenangan dalam misi untuk mara ke pusingan seterusnya.
Cabaran pusingan ketiga ini mungkin kita boleh anggap satu perlawanan mudah kerana kita telah diundi untuk bertemu Oldham FC. Tidak banyak yang dapat diperkatakan tentang pasukan Oldham ini disebabkan mereka hanya bertanding di division satu sahaja. Tetapi apa yang pasti, pasukan Oldham menamatkan saingan di division satu pada musim 10/11 di kedudukan ke 17 liga.
Walaupun diatas kertas Liverpool bakal layak dengan mudah ke pusingan keempat, tetapi harus diingat, rekod pertemuan Liverpool terhadap pasukan2 kecil @ cap ayam adalah amat merisaukan. Dalam aksi ghairah menyerang, pasukan Liverpool dikhuatiri akan lalai untuk memperkemaskan kembali kubu pertahanan yang juga sibuk mencipta serangan. Dengan mempamerkan banyak aksi bertahan, sudah pastinya Oldham akan sesekali mencuri ayam untuk membuat serangan hendap terhadap kubu Liverpool. Akibatnya, serangan pantas tersebut bakal mengundang padah kepada Liverpool sendiri. Ini bukan hanya pernah terjadi kepada Liverpool sahaja, malah banyak pasukan yang agresif menyerang, terpaksa akur dengan gol dari serangan balas pasukan lawan.
Disini seharusnya Dalglish dapat menurunkan barisan yang benar2 boleh mencari gol awal. Kita harap beliau tidak mengulangi kesilapan seperti menurunkan barisan utamanya ketika menentang Manchester City yang lepas. Belajar dari kesilapan adalah penting dari terus menanamkan sifat ego yang berkekalan. Apapun selamat maju jaya diucapkan kepada anak2 buah Dalglish pada perlawanan awal pagi esok. YNWA...
Preview : Round 3 FA Cup 11/12 - Liverpool VS Oldham
Written By Unknown on Thursday, January 5, 2012 | 23:45
Labels:
18. Liverpool,
FA Cup,
Preview
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !