Memasuki Januari 2012 ini, jendela perpindahan kembali terbuka selama sebulan. Walaupun bulan Januari ini tidaklah sesibuk perpindahan musim panas, tetapi kebanyakannya membabitkan perpindahan panas yang mengejutkan. Kita masih ingat lagi pemergian mengejut si jambu Fernando Torres ke Chelsea pada Januari tahun lalu kemudian digantikan Andy Carroll pada saat2 waktu akhir perpindahan.
Kali ini sekali lagi liverpool tidak akan melepaskan peluang untuk memiliki pemain2 berkualiti dalam memantapkan pasukan. Dalam menangani masalah ketandusan jaringan gol, Liverpool terpaksa mencari alternatif pemain lain untuk menyelesaikan masalah tersebut. Disebalik persediaan kemungkinan pengantungan Luis Suarez dalam 8 perlawanan menjadi kenyataan, mencari penganti Lucas yang tidak dapat beraksi hingga tamat musim ini juga perlu diutamakan. Selain itu mencari penyerang yang benar2 boleh menjadi mesin gol adalah topik utama dalam menangani kemerosotan prestasi Andy Carroll musim ini.
Antara nama2 dalam perancangan kali ini adalah kelibat penyerang Aston Villa Darren Bent. Dalglish pernah berusaha untuk membawanya ke Melwood pada Januari lalu tetapi perpindahan tersebut gagal dan akhirnya Aston Villa pula yang berjaya menyunting beliau dari Sunderland. Penyerang pasukan England ini kita akui sememangnya mempunyai kelebihan dan bijak untuk menjaringkan gol. Pada musim ini, sebanyak 15 perlawanan yang beliau diturunkan dimana beliau telah berjaya menjaringkan 15 gol. Khabar angin dari Villa Park menyatakan, Bent ketika ini tidak gembira dibawah pengurus Alex McLeish. Walaubagaimanapun, Alex McLeish menindakkan khabar tersebut dan memberi amaran kepada Liverpool untuk tidak menganggu pemain ini.
Dalam mencari prospek untuk mengantikan Lucas dibahagian Midfielder pula adalah pemain dari Fiorentina Riccardo Montolivo. Pemain berusia 26 tahun ini, mempunyai ciri2 yang dikehendaki oleh Dalglish. Bermain bersama2 Daniel De Rossi dalam skuad kebangsaan Itali, Montolivo dijangka boleh bermain bersama Lucas apabila beliau pulih kelak.
Selain itu ramai lagi pemain2 yang telah dikaitkan dengan Liverpool. Antaranya Cheik Tiote (Defensive Midfielder - Newcastle), Joe Allen (Central Midfielder - Swansea), Leroy Fer (Central Midfielder - FC Twente) dan Fernando (Midfielder - FC Porto). Walaubagaimanapun ia masih lagi rumor kerana tiada sebarang ulasan dari Dalglish mengenai pemain yang bakal diperolehi.
Apapun nama besar yang menjadi impian Liverpool sudah pastinya rakan senegara Suarez yang bermain di Napoli Edinson Cavani. Walaupun peluang untuk memilikinya terlalu tipis disebabkan saingan dari kelab jutawan Manchester City dan juga harga yang bakal Napoli letakkan juga terlalu tinggi iaitu sekitar £50 juta. Untuk menjual nama2 besar dalam skuad Liverpool tidak mungkin. Ini kerana pemilik Liverpool John W Henry bersedia berbelanja besar lagi untuk membantu Dalglish merealisasikan skuad idamannya. Dalam keadaan peminat yang terdesak dahagakan kejuaran Liga dan bermain di kejohanan Liga2 Juara Eropah, sudah pastinya Henry rela melaburkan dana yang banyak untuk kemajuan kelab bagi masa panjang. YNWA...
p/s: Bagaimana pula cerita mengenai Lucas Podolski dengan Gonzalo Higuaín ke Liverpool. Ada harapan atau tinggal harapan?
Perancangan perpindahan Januari 2012 Liverpool
Written By Unknown on Tuesday, January 3, 2012 | 03:02
Labels:
18. Liverpool,
Gossip,
Transfer
safie sali x mo ke? dok lelama kt pelita jaya x best...
ReplyDeleteaweks2 kat bandung tu cun2 ler.. tu yg dia dok stay jer kat sana...
ReplyDelete