Headlines News :
.
Home » » Kematangan wanita memikat lelaki muda

Kematangan wanita memikat lelaki muda

Written By Unknown on Tuesday, February 23, 2010 | 04:02

Lelaki tua yang berkahwin dengan wanita muda sudah dianggap biasa dalam masyarakat hari ini.

Namun apabila ada wanita berusia yang berkahwin dengan lelaki muda maka banyak yang memperkatakan dan ia menjadi satu isu yang menarik.

Bagaimanapun kata Pensyarah dan Kaunselor Berdaftar Universiti Malaya, Hushim Salleh, peratus wanita berusia yang berkahwin dengan lelaki muda tidak banyak.

''Dalam 50 perkahwinan, adalah dua atau tiga kes wanita berusia yang berkahwin dengan lelaki muda,'' kata Hushim kepada Mega, baru-baru ini.

Menurutnya, kualiti ramai wanita hari ini yang berpelajaran dan berjawatan tinggi adakalanya menyebabkan mereka lupa untuk mencari teman hidup semasa muda. Mereka terlalu menumpukan perhatian kepada pelajaran dan setelah bekerja, tumpuan diberikan pula pada kerjaya sehingga tidak menyedari mereka semakin dipanjat usia.

''Kira-kira 65 peratus pelajar di universiti adalah siswi dan 35 peratus pula siswa. Di universiti, siswi ini tidak berjumpa dengan lelaki yang sesuai.

"Bila sudah tamat pengajian dan berjaya dalam kerjaya, baru mereka terfikir untuk berumah tangga. Bila sudah berjawatan tinggi, mereka rasa sukar untuk mencari jodoh.

''Ada yang mulanya menganggap seseorang itu adik angkat tetapi lama kelamaan mereka saling terpikat dan kemudian berkahwin. Lelaki ini mungkin terpikat kerana wanita berusia ini berfikiran matang, mempunyai kewangan kukuh dan stabil.

''Ada wanita yang sanggup berkahwin dengan lelaki muda bukan kerana nafsu tetapi kerana ingin mengisi kesunyian, ada orang yang menjaga, inginkan zuriat atau kerana keluarga sering mendesak,'' ujar Hushim lagi.

Tambahnya, dalam melayari alam rumah tangga antara dua insan, iaitu wanita yang berusia dengan lelaki yang lebih muda, sifat saling faham memahami, hormat-menghormati, pandai menyesuaikan diri dan tidak mempedulikan kata-kata orang, pasti rumah tangga akan aman bahagia.

''Mungkin akan timbul konflik idea kerana si isteri berpelajaran tinggi sementara suami hanya setakat sekolah menengah. Namun si isteri harus pandai berpsikologi agar suami tidak berasa rendah diri atau tercabar.

''Maklum suami masih muda, masih mahu keluar malam berjumpa kawan-kawan, malas solat dan sebagainya. Di sini isteri harus bijak berkomunikasi, jangan terlalu cemburu, jangan mengungkit dari segi pembelian barangan rumah, perbelanjaan dan sebagainya. Isteri boleh membimbing dan menjadi pengawal suami namun dengan cara yang lembut dan tidak memaksa atau mengongkong, '' jelas Hushim.


Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger