Headlines News :
.
Home » , , , » Preview : Game 5 MSL 2014 : JDT vs Selangor

Preview : Game 5 MSL 2014 : JDT vs Selangor

Written By Unknown on Friday, February 14, 2014 | 23:41


Malam esok, pasukan Selangor FA akan menuju ke selatan tanah air untuk bertandang ke stadium Tan Sri Dati Hj Hassan Yunos, Larkin. Pasukan yang perlu Selangor hadapi tidak lain tidak bukan adalah pasukan yang penuh kontrolversi Johor Darul Takzim atau lebih dikenali dengan JDT.

Seperti yang sedia maklum, pasukan JDT adalah pasukan yang serba lengkap dan pasukan paling kaya di Malaysia setakat ini. Dari segi atas kertas memang kesebelasan malah untuk semua pemain yang mereka miliki memang hebat-hebat belaka. Jadi tidak salah kalau pasukan ini dianggap pasukan pilihan untuk mengungguli segala kejohanan bolasepak yang di sertainya. Walaubagaimanapun disebabkan beberapa kisah kontrolversi yang berlaku, dipermulaan musim 2014 ini, pasukan JDT seperti terumbang ambing untuk berada ditahap sebenar berdasarkan qualiti pemain yang mereka miliki.

Pasukan Selangor pula tidak boleh dinafikan kehebatannya. Walaupun ramai pemain-pemain utamanya telah berhijrah ke pasukan lain, Jurulatih pasukan Selangor Mehmet Durakovik telah berjaya membentuk muka-muka baru untuk diserapkan dalam pasukan yang dianggap berjaya pada awal-awal musim ini. Telah melalui empat perlawanan liga, Selangor mengumpul 9 mata untuk berada dipuncak liga setakat ini. Mungkin sedikit kekecewaan melanda skuad serta penyokong Selangor selepas terkandas di Piala FA selepas tewas dengan pasukan Sarawak. Tetapi kekecewaan tersebut bukanlah alasan untuk pasukan Selangor untuk terus kecewa dalam perlawanan-perlawanan lain.


Buat pertama kalinya esok juga, kita kan melihat kelibat Amri Yahya beraksi menentang bekas pasukan kesayangannya. Mungkin akan ada rasa sakit hati dikalangan peminat Selangor diatas penghijrahan beliau ke JDT, tetapi sebagai pemain profesional peluang yang terhidang didepan mata untuk memajukan diri sememangnya tidak boleh dilepaskan. Anggaplah sajalah yang patah itu pasti akan berganti. Muka-muka baru didalam pasukan Selangor akan mampu untuk menggalas cabaran yang diberi walaupun tanpa ada pemain-pemain senior didalam pasukan.

Apa yang diharapkan pada perlawanan esok, tiada lagi akan berlaku sebarang perkara yang tidak diingini seperti yang berlaku sebelum ini. Sultan Selangor telah menitahkan bahawa jagalah adab serta hormati tetamu yang hadir di stadium dalam apa jua perlawanan bolasepak liga Malaysia. Janganlah ada penyokong atau pemain dan pemain Selangor sendiri menimbulkan sebarang kekecohan kerana semua itu bukanlah budaya kita. Oleh yang sedemikian, kalah atau menang adalah adat pertadingan dan semangat kesukanan adalah menjadi keutamaan. Jadi bagi kedua-dua pasukan, buatlah sesuatu yang terbaik untuk memertabatkan kembali sukan di tanahair ini. 

Apapun 3 mata wajib pasukan Selangor miliki pada perlawanan ini untuk terus mengukuhkan kedudukan di tangga teratas liga. Diharapnya mesin gol pasukan Selangor, Paulo Rangel mampu untuk terus menambah koleksi gol peribadinya. Disamping itu pemain-pemain yang lain perlu juga berusaha untuk merealisasikan impian menjadi kenyataan. Dengan keadaan padang yang baik di stadium Larkin ini, kita menghrapkan persembahan tiki taka yang diterapkan oleh Mehmet mampu terhasil untuk terus membenam pasukan bintang JDT. Mudah-mudahan pemain-pemain Selangor mampu melakukannya.

* Tiada siaran langsung akan ditayangkan samaada di ASTRO Arena ataupun RTM1.


Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger