Headlines News :
.
Home » , , , » Preview : Piala Malaysia 2013 (Game 4) - Selangor vs Sime Darby

Preview : Piala Malaysia 2013 (Game 4) - Selangor vs Sime Darby

Written By Unknown on Saturday, August 31, 2013 | 04:32


Malam nanti pasukan Selangor akan turun ke Stadium Shah Alam untuk mengharungi sisa-sisa perjuangan Piala Malaysia bertemu pasukan Sime Darby. Kekecewaan tewas 3-0 kepada pasukan sama pada hari Selasa lalu masih terasa apatah lagi dengan perletakkan jawatan secara mengejut jurulatih merangkap pengurus pasukan Selangor Irfan Bakti sehari selepas itu.

Tugas berat sedang menanti pemangku jurulatih Selangor untuk menentukan hala tuju pasukan Gergasi Merah ini. P. Maniam sudah pastinya telah bersedia mempersiapkan pasukannya untuk menebus kekecewaan tiga perlawanan sebelum ini tanpa sebarang kemenangan. Mengikut pengalaman lalu, P. Maniam sebenarnya sudah pun pernah melalui saat-saat genting seperti ini.

Pada tahun 2011 dikala perlawanan peringkat kumpulan dalam Piala Malaysia hanya berbaki dua perlawanan, Jurulatih merangkap pengurus ketika itu K. Devan juga telah meletak jawatan secara mengejut dikala pasukan Selangor terumbang ambing untuk layak ke peringkat seterusnya. Dengan pengalaman sebagai pembantu jurulatih, P. Maniam bangkit menerajui pasukan Selangor untuk memenangi baki dua perlawanan dan layak ke peringkat seterusnya. Apa yang lebih menarik, tektikal serta strateginya berjaya membawa pasukan Selangor hingga ke peringkat separuh akhir sebelum tewas kepada pasukan Terengganu.

Disini kita dapat lihat bahawa nasib pasukan Selangor dalam Piala Malaysia ini masih lagi cerah jika P. Maniam berjaya membawa Selangor memenangi ketiga-tiga baki perlawanan ini. Mungkin ramai yang kata kisah lama tidak boleh disamakan dengan kisah baru, tetapi secara kasarnya pemain yang sebelum ini berkemungkinan mempunyai masalah dalaman bersama Irfan Bakti akan lebih selesa bersama P. Maniam. P. Maniam yang nampaknya lebih mesra terhadap pemainnya berkemungkinan akan menguji formula terkini bagi membenam cabaran Sime Darby.

Apa yang diharapkan, P. Maniam mampu untuk mengembalikan kepercayaan peminat terhadap pasukan Red Giant ini yang semakin pudar. Kemenangan wajib dicari kerana perlawanan malam nanti penentu segalanya perjuangan hidup mati pasukan Selangor dalam Piala Malaysia tahun ini. Bangunlah wahai Gergasi Merah. Teruskan perjuanganmu hingga titisan darah terakhir.

SELANGOR vs SIME DARBY
(Perlawanan ke-4, Kumpulan A, Piala Malaysia 2013)

Tarikh : 31 Ogos 2013 | Sabtu
Waktu : 08:45 Malam
Venue : Stadium Shah Alam
Live : RTM TV1
Live Streaming : LINK 1




Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger