Headlines News :
.

HIV Tak Sengaja

Written By Unknown on Monday, October 26, 2009 | 01:23

SALAM....berwaspada!!!!!

Berikut adalah artikel yang perlu diambil perhatian sekiranya anda belum membacanya. . Sila baca artikel berikut mengenai orang yang HIV positif seronok menyebarkan virus HIV. Ianya pernah ke udara di dalam Televisyen Thai di mana pesakit HIV ditangkap & didakwa, tapi apa gunanya, beliau telah merosakkan ramai orang awam yang tak berdosa. Jadi sila berhati-hati ... Beberapa tempat berbahaya dan kebarangkalian menemui jarum penyuntik yang telah digunakan penagih.

  1. Di kawasan pantai. Apabila anda berjalan di pantai sila pakai selipar atau kasut, ada penagih dadah yang melakukan aktiviti di tepi pantai danmenimbus jarum penyuntik di dalam pasir. Penyuntik ini kemudiannya terdedah akibat ombak.
  2. Di kawasan permainan kanak-kanak. Satu lagi kawasan pilihan penagih.T erdapat kes di Australia di mana kanak-kanak yg tak berdosa telah tercucuk jarum penyuntik apabila beliau turun daripada papan lunsur & kemudiannya didapati HIV positif.
  3. Di panggung wayang. Sila pastikan kerusi yg anda duduki. Kes yang terjadi apabila seorang perempuan duduk di kerusi beliau dan terasa sesuatu benda mencucuk. Beliau berdiri dan mendapati ada penyuntik dan nota berbunyi "Welcome to the real world, you are now HIV positive' . Doktor telah memeriksa jarum tersebut & mengesahkan ianya terdapat virus HIV. Ianya berlaku di Hawai jadi berhati-hati ... .
  4. Di Georgia & Florida , ada kes menunjukkan pesakit HIV meletakkan penyuntik di dalam tempat mengembali kan syiling, mesin air minuman...jadi pastikan bila anda membeli air atau kandi, perhatikan betul-betul tempat mengembalikan wang syiling...................................... mungkin terdapat jarum penyuntik di dalamnya.
  5. Di restoran Burger King, pesakit HIV yang juga pekerjanya meletakkan sedikit darah di dalam burger & mencampurkan dengan mayonis dan salad. Ianya seperti sos. Jadi cuba jangan pesan burger dengan mayonis & sos Order di tempat lain.

Ini adalah nyawa anda. Sila 'foward' maklumat ini sebanyak mungkin kepada orang lain, especially orang yang anda cintai, anak anda dan sesiapa saja...

10 Ciri Lelaki Idaman

Written By Unknown on Thursday, October 22, 2009 | 03:56

10 ciri lelaki idaman

1.ROMANTIK
Ini adalah ciri yang paling utama dicari oleh setiap gadis kerana lelaki yang mempunyai sifat ini mampu membuatkan gadis-gadis di dunia dilayan ibarat permaisuri.

2.BIJAK BERGAYA
Menjaga penampilan itu adalah satu kewajipan agar sejuk mata memandang.

3.SUKA PADA KANAK-KANAK
Lelaki yang suka pada kanak-kanak biasanya bersikap penyayang dan berjiwa lembut.[bukan panas baran]

4.BIJAK
Kebijaksanaan itu adalah penting untuk memimpin sebuah keluarga.

5.MEMILIKI ELEMEN LUCU@KELAKAR PADA KEADAAN
Mampu membuat pasangannya ketawa biarpun ketika berduka.

6.PERCAYA PADA DIRI SENDIRI
Kepercayaan pada diri akan mendorong seseorang itu sentiasa berusaha untuk memajukan diri.

7.BERPANDANGAN JAUH
Tidak hanya duduk ditakuk yang sama dan berani untuk menyahut cabaran yang baru.

8.BEKERJAYA STABIL
Satu hal yang wajib dipenuhi kerana tanpa kerjaya yang stabil, hidup sukar untuk diurus apatah lagi untuk berkongsi hidup dengan orang lain.

9.BERIMAN
Agar dapat membimbing ke arah kebaikan.

10.SOPAN
Menghormati orang tua dan tahu adab-adab yang harus dijaga.

6 jenis wanita malang

“Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang Ananah, yang Mananah, dan yang Hananah, dan jangan engkau kahwini yang Hadaqah, yang Baraqah dan yang Syadaqah.”

Wanita Ananah:banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.

Wanita Mananah:suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan, “Aku membuat itu keranamu”.

Wanita Hananah: menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.

Wanita Hadaqah: melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.

Wanita Baraqah: ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya.

Wanita Syadaqah: banyak cakap tidak menentu lagi bising.

Dicatat oleh Imam Al-Ghazalli

10 ciri wanita pilihan

"Dahulukankan mengucap salam, ucapkan selamat dengan senyuman, tumpukan perhatian anda kepada mereka agar anda menjadi orang yang sangat mereka cintai dan dekat dengan mereka."

Seramai-ramai wanita dimuka bumi ini, ada antaranya menjadi orang terulung dan terunggul, dan ada juga yang berada dalam kedudukan yang rendah dan hina. Apabila ditanya pada diri kita, bagaimanakah cara atau panduan untuk kita menjadi
"WANITA PILIHAN DI MATA ALLAH"

1. MENUTUP AURAT
Wanita tidak digalakkan memakai pakaian yang berlebihan seperti memakai hiasan terlalu mahal, biarlah dengan cara bersederhana tetapi cantik, bersih dan kemas.

2. MENJAGA AKHLAK
Wanita berakhlak serta bertaqwa selalunya tampil menawan. Ini kerana keikhlasan yang lahir dari hatinya terpancar di wajahnya. Segala yang dilakukan oleh dirinya hanyalah disandarkan kepada Allah SWT. Dengan keyakinan terhadap Allah adalah segala-galanya, insya-Allah, hidupnya akan menjadi lebih mudah.

3. CARA BERCAKAP
Dalam pergaulan harian, wanita hendaklah bercakap ringkas dan tegas kepada lelaki bukan Muhrim. Percakapan yang lemah-lembut dan pandangan mata yang mengasyikkan boleh membangkit perasaan istimewa kepada orang lelaki. Memang benar suara yang lunak itu menyebabkan hati lelaki menjadi cair. Oleh itu, berhati-hati ketika bertutur.

4. TAAT
Wanita yang solehah adalah wanita yang taat kepada Allah SWT. Ketaatan itu adalah mahkota bagi orang Islam. Ini kerana terdapat banyak cabaran dan dugaan di luar sana. Dengan ketaatan yang jujur dan ikhlas kepada-Nya, ia dapat mendorong manusia berjalan di jalan yang benar tanpa mudah dihasut oleh syaitan.

5. SUKA MENDENGAR
Kebanyakan wanita suka mendengar dan bercerita berbanding dengan orang lelaki. Sifat-sifat ini memang perlu untuk meringankan masalah orang lain terutamanya pasangannya. Isteri yang baik akan mendengar masalah suami dengan sabar dan tenang. Ia akan mengurangkan tekanan suami itu terhadap masalahnya. Sekiranya si isteri ingin menasihati suami, gunakan pendekatan secara diplomasi. Ini kerana si suami mempunyai sikap ego yang tinggi. Wanita yang terlalu banyak membebel akan membuatkan suami mudah berasa bosan, kemungkinan besar suami tidak ambil pusing dengan apa-apa yang dibebelkan oleh isterinya.

6. JAGA PANDANGAN MATA
Pandangan mata itu umpama panah yang beracun. Jika tersilap pandang, ia boleh meracuni jiwa yang melihat. Wanita solehah hendaklah menjaga pandangan mata mereka terutama ketika bercakap. Sekiranya kita bercakap dengan orang yang bukan muhrim elakkan dari memandang terus ke dalam anak matanya. Jika tidak mahu orang itu berasa hati, cakaplah sambil memandang kearah bahagian telinganya.

7. JAGA KEBERSIHAN DAN KEKEMASAN
Kebersihan itu separuh daripada iman. Bersih melambangkan nilai-nilai Islam yang perlu diambil berat. Untuk mencipta suasana selesa, aman dan damai, pastikan rumah yang didiami itu sentiasa bersih dan kemas.

8. HADIRKAN BAU YANG SEDAP ATAU WANGI
Bagi wanita Muslimah, elakkan bau badan yang kurang menyenangkan. Tetapi ini tidak bermakna dia perlu menggunakan minyak wangi yang berlebih-lebihan. Cukuplah sekadar hilang bau yang tidak sepatutnya.

9. WANITA PUNYA HAK
Seseorang lelaki tidak berhak mengahwini seorang wanita jika empunya diri tidak suka. Begitu juga lelaki yang berkahwin tidak boleh mengambil harta milik isterinya dengan sewenang-wenangnya. Tetapi lelaki mempunyai kuasa dalam membuat keputusan berkaitan rumah tangganya kerana dia sebagai pencari nafkah. Bagaimanapun, seorang suami yang baik akan selalu berbincang dengan isterinya sebelum membuat keputusan.

10. PEGANGAN KEPADA AL-QURAN DAN SUNNAH RASULULLAH SAW
Muslimah pilihan adalah wanita yang menjadikan al-quran dan Sunnah sebagai panduan hidupnya. Segala persoalan dan permasalahan di dunia sudah ada jawapan dalam al-Quran dan Hadis. Oleh itu, orang yang selalu bersandarkan kedua-duanya tidak akan sesat.

Dengan kesepuluh-sepuluh cirri ini, insya-Allah kita sebagai wanita akan tetap menjadi
"WANITA PILIHAN-NYA.
"


HAKIKAT PERKAHWINAN

A. Tujuan Perkahwinan Perkahwinan merupakan sifat atau tabiat manusia yang cenderung untuk mengadakan hubungan sesama manusia. Allah telah menjadikan hubungan perkahwinan sebagai Sunnah para Rasul di mana ianya akan melahirkan rasa saling cinta, sikap saling bekerjasama dgn kebaikan dan bantu membantu untuk mendidik keturunan.

Melalui perkahwinan juga, manusia akan dapat mengembangkan keturunan dan memenuhi ketenteraman jiwa kerana perkahwinan yang harmoni dan sesuai munurut tuntutan Ilahi sebagai tempat untuk berehat jasmani maupun rohani. Perkahwinan merupakan peristiwa bersejarah di mana ianya takmudah dilupakan bagi orang-orang beriman.
IJAB - penyerahan tanggungjawab dari wali calon isteri kepada calon suami.
QABUL- tanggungjawab dari calon suami atas penyerahan itu.
Kalimah ini pendek namun mengandungi makna yang mendalam.

B. Walimatul Urus Perkahwinan merupakan ibadah. Islam mengatur tatacara nikah dan walimah dalam bentuk yang sangat sederhana. Hikmah walimah sesuai dengan tuntutan Rasulullah SAW ialah:
  1. Bertujuan untuk melaksanakan ibadah
  2. Menghindari daripada perbuatan membazir
  3. Mengundang fakir miskin

C. Hikmah Perkahwinan Islam mengajar agar keluarga dan rumahtangga menjadi pelabuhan yang aman, kukuh bagi setiap ahli keluarga. Membincangkan semua hal, baik gembira maupun kesulitan yang dihadapi. Rasa aman dan perlindungan yang dirasakan oleh anak dalam keluarga akan memberi kepadanya kepercayaam pada diri sendiri dalam menghadapi berbagai persoalan hidupnya. Ibubapa adalah orang pertama diharapkan dapat memberikan bantuan dan petunjuk dalam menyelesaikan masalah anak. Seorang ibu adalah lambang kasih sayang, ketenangan dan juga ketenteraman.

Firman Allah SWT yang bermaksud: " Kaum lelaki(suami) adalah pemimpin bagi kaum wanita(isteri) oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka atau atas sebahagian yang lain dan disebabkan kerana para suami telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka. Sebab itu isteri yang soleh ialah yang taat kepada Allah, lagi memelihara diri ketika suaminya tidak di tempat (sebagai rasa syukur) kerana Allah telah memelihara mereka..."(An-Nisa':34)
Rasulullah SAW menghuraikan makna ayat di atas bahawa, lelaki yang paling baik akhlaknya adalah lelaki yang paling sayang pada isterinya. Baginda sendiri membantu isterinya dalam rumahtangga. Wanita yang paling baik aialah wanita yang menyenangkan hati suaminya apabila suaminya memandangnya. Taat bila disuruh dan pandai menjaga kehormatan dirinya dan harta benda suaminya di kala suami tiada di rumah.

Perkahwinan yang disyariatkan Islam. selain daripada sebagai keperluan fizikal, ia juga bertujuan supaya manusia mempunyai keluarga dan keturunan yang sah serta hidup bahagia di dunia dan akhirat. Perkahwinan adalah tugas menunaikan amanah Allah, maka baik suami maupun isteri, niat yang pertama adalah melaksanakan tanggungjawab kepada Allah.

D. Nikah dengan Wanita Hamil yang Berzina
  1. Dilarang lelaki mengahwini wanita hamil yang sah keturunan kandungannya.
  • Dihalalkan lelaki mengahwini wanita hamil dengan sebab- sebab perzinaan.
  • Menurut Mazhab Hanafi, perkahwinan itu sah tetapi belum boleh bersama selagi kandungan belum lahir kecuali kandungan itu adalah dari lelaki itu sendiri.
  • Menurut Mazhab Hambali, perempuan yang berzina, baik hamil atau tidak, tidak boleh dikahwini oleh lelaki yang tahu keadaannya itu.
Perempuan hamil yang sah keturunan kandungannya tidak boleh dikahwini lelaki lain misalnya perempuan yang bercerai atau hamil kerana persetubuhan syubhat (lelaki yang bersetubuh dengan wanita yang disangka isterinya, kemudian ternyata bukan isterinya).

E. Mengetahui Masa subur isteri Kaum wanita pada setiap 4 minggu (28 hari) sekali datang haid. Masanya berbeza. Perbezaan masa bergantung kepada keadaan badan seseorang. Daripada haid yang pertama hingga haid yang berikutnya dapat kita bahagikan kepada 4 tahap:
  1. masa haid
  2. masa bersih pertama; kandungan rahim sudah bersih dari kotoran tapi sel wanita belum dapat dibuahi untuk menjadi benih.
  3. masa subur; kandungan rahim sedia untuk menerima sel benih, yang akan mengberhentikan kedatangan haid.
  4. masa bersih kedua; masa penghancuran. Alat-alat dalam rahim mulai membersihkan kerana tiada pembuahan dan menanti datang haid yang baru.
Ringkasnya, minggu I, II dan IV adalah minggu kosong, tetapi minggu ke III adalah minggu subur.

Untuk mengetahui dengan tepat waktu subur bagi seorang wanita, haruslah mengetahui masa kedatangan haid pada setiap bulan, utk menyesuaikan waktu 14-16 hari sebelum datang haid sebelum datang haid yang baru. Apakah anda mempunyai jangka waktu bersih 28 hari 30 hari ataupun 32 hari. Menurut pendapat pakar kelamin, sel telur lelaki dapat hidup2 X 24 jam sebelum 'masa subur' dan 2 X 24 jam sesudah 'masa subur. Maksudnya 2 hari sebelum dan selepas 'masa subur', masih boleh menjadi benih bila bersetubuh pada masa itu. Jadi yang paling baik untuk memiliki anak ataupun menjarakkan kehamilan, haruslah melakukan persetubuhan berpandukan pada masa tersebut, iaitu 2 X 24 + 2 X 24 + 2 X 24 ataupun2 hari + 2 hari + 2 hari - jumlah hari subur.

Kesimpulannya, masa subur adalah dari hari ke 12 hingga hari ke 18 sebelum datang haid yang baru.
hari 1 7 14 21 28 tahap -- haid -- -tak subur- -- SUBUR -- -tak subur-

F. Teori membentuk bayi lelaki atau perempuan
Para ahli bangsa Arab yang menafsirkan ayat Mafatihul Ghaib yang terkandung dalam Surah Al-An'am ayat 59 yang mermaksud, " Dan pada sisi Allah lah kunci-kunci semua yang ghaib; tiada yang mengetahuinya kecuali Dia sendiri."

Terbuktilah dengan hasil kejadian janin dalam rahim ibu yang hamil. Siapakah yang mentukan jantina janin itu, sedang bentuk dan rupa benih adalah sama dan serupa.
Mereka merumuskan pengertian "Mafatihul Ghaib" tersebut dengan pengalaman dan penyelidikan sebab terjadinya jantina, lelaki dan perempuan.

Kesimpulannya: "Sel telur yang menghamilkan kerana masuknya ke dalam rahim dengan sperma lelaki bergerak dan berpindah randah. Kekadang letaknya di sebelah kana, kekadanh di sebelah kiri. Bila sel telur terletak pada lambung kanan, maka akan lahir bayi lelaki dan sekiranya terletak pada sebelah kiri, rahim akan lahir bayi perempuan."

Menurut keterangan Dr. Muhammad Abdul Hamid (Mesir), pendapat ini diadakan percubaan oelh doktor-doktor Arab dan Inggeris. Hasilnya dalah 97% dari percubaan itu, hanya 3% yang gagal. Itu disebabkan kerana ketidakmampuan pihak wanita dalam melakukan secara teliti dalam mengetahui masa subur dan bulan kelahiran.

Teori pembentukan jantina anak adalah seperti berikut :-
Caranya :
  1. Waktunya : Pada masa subur isteri kerana pada masa itu sel kelamin wanita dapat dibuahi sel kelamin lelaki.
  2. Caranya : Lakukan persetubuhan dgn sebaik-baik dan sempurna. Setelah selesai, isteri hendaklah tidur miring sampai bangun pagi. Jangan tidur telentang supaya letak air mani jatuh miring.
  3. Hasilnya : Bila ingin anak lelaki, miring ke kanan dan jika ingin anak perempuan miring ke kiri.
Teori ini juga merupakan daya usaha dalam mencari sesuatu yang diingini, namun hasilnya di luar batas kemampuan manusia. Semua nya ditentukan Allah SWT. Namun kita digalakkan berikhtiar.

Ada teori lain, satu pendapat Dr. M. Zaky Syafi'i Beyk dari Iskandariah (Mesir) yang menyatakan dalam bukunya " Al Azmatus Zaujiyah wa'ilajuha" - "Berilah isteri makan vitamin B semenjak mula hamil hingga 8 bulan setiap hari 3 kali - 2 biji sekali. Memakan vitamin B akan menambah kesihatan dan kesuburan apalagi bagi ibu yang mengandung. Bila isteri makan vitamin B sebagai penambah zat makanannya yang biasa setiap hari, maka bayi yang akan lahir kelak, insyaallah lelaki.

Teori ini amat praktis dan mudah dilakukan. Ianya bergantung kepada kita. Hasilnya akan dapat dirasai apabila telah mencuba.

G. Amalan suami semasa isteri mengandung Perkara-perkara yang perlu diamalkan oleh suami ketika isteri mengandung
  1. Suami hendaklah banyak bertaubat kepada Allah SWT
  2. Banyak membaca Al-Quran dan mengharapkan agar anak yang ada dalam kandungan isteri akan memahami keinginan baik yang terkandung dalam Al-Quran tersebut.
  3. Suami hendaklah banyak berpuasa sunat, Isnin dan Khamis dll.
  4. Suami hendaklah rajin mengerjakan solah berjemaah.
  5. Elakkan pergi ke tempat yang tidak dibenarkan syarak.
  6. Rajin menghadiri majlis ilmu dan orang-orang soleh.
  7. Suami hendaklah banyak bersabar dalam menjalin hubungan dengan isteri
  8. Dilarang memakan benda-beda haram, begitu juga dilarang memberi isteri rezeki yang tidak halal serta wang riba.
  9. Banyak membaca doa keselamatan isteri yang sedang mengandung dan keselamatan anak dalam kandungan.
  10. Dilarang membuka aurat kerana dikuatiri mempengaruhi akhlak anak yang akan lahir nanti.
  11. Suami hendaklah menjauhi diri daripada marah dan benci pada isteri.
  12. Banyak membaca surah Al Fatihah, Luqman, Yasin, Yusuf, Surah An Nahl ayat 78, surah Al A'raf ayat 189 dan ayat Kursi.
H. Adab suami ketika isteri sedang mengandung Ketika isteri mengandung, suami hendaklah benar-benar bertanggungjawab terhadap isteri kerana perasaan isteri sangat sensitif pada saat itu. Ia sangat memerlukan perhatian daripada suami yang disayanginya.

Ada beberapa perkara yang perlu suami lakukan terhadap isteri yang sedang mengandung
  1. Suami hendaklah menunjukkan rasa ksih sayang terhadap isteri, sebagai teman hidup yang paling dekat.
  2. Hendaklah berlaku jujur dan setia terhadap isteri serta hindari daripada bersikap kejam terhadap isteri.
  3. Selesaikan dahulu jika ada perselisihan faham yang berlaku dengan isteri sebelum masuk tidur. d. Jangan mudah mengeluarkan perkataan talaq kepada isteri.
  4. Ketika isteri hampir bersalin, suami digalakkan membaca doa berikut, " La ila ha illa anta subha naka inni kun tu minadzolimin " maksudnya " Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau Maha Suci. Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku termasuk di kalangan orang yang zalim. "
  5. Suami hedaklah kerap solat sunat dan mendoakan agar isteri dan anak dalam kandungan selamat.

I. Dorongan Suami semasa isteri bersalin Suami yang soleh akan turut merasakan penderitaan isterinya walaupun tidak secara langsung. Suami harus banyak terlibat dalam proses jagaan kehamilan, kelahiran bayi dan perhatian terhadap isteri. Suami hendaklah memberi motivasi kepada isteri agar tetap tabah dan bersabar, di samping itu suami harus banyakkan berdoa dan beristigfar dan selawat. Dengan cara ini perasaan isteri akan menjadi tenang dan mudah bersalin.

Mengandung merupakan beban dan tekanan terhadap wanita. Dari segi fizikal, ia harus menampung kandungannya, tubuh badannya bekerja lebih kuat. Jantungnya mengepan darah 40% lebih daripada keadaan biasa. Buah pinggangnya harus mengendalikan pembuangan kotoran bayinya. Wanita mengandung juga mengalami perubahan emosi Waktu pantang dan selepas kelahiran, bayi juga dapat menimbul kan tekanan jiwa dan emosi isteri kerana ia harus menyusu dan membersihkan bayi antara 2-3 jam setiap malam.

Suami yang baik akan berusaha mengurangi beban isteri dan turut menjaga bayi di waktu malam. Begitu seterusnya perhatian dan tanggungjawab suami terhadap isteri itu berterusan, semenjak hamil sehinggalah menjaga anak adalah pekerjaan yang harus dibantu oleh suami agar isteri dapat merasakan kebahagiaan dan keringanan dalam menjalankan tanggung- jawab yang berat itu.

J. Mengapa bayi lahir menjadi kenan Kelahiran bayi cacat atau kenan mempunyai kesan dalam hati ibu bapa, saudara mara dan juga masyarakat. Reaksi pertama ibu adalah kesedihan dan kepiluan. Ia merasa hampa kerana anak yang dikandungnya selama 9 bulan itu cacat atau kenan. Kecacatan ini timbul dari berbagai gejala. Puncanya mungkin disebabkan oleh baka dan keturunan, jangkitan kiman, pendedahan kepada ubatan dan bahan kimia, masalah pemakanan, dadah, arak dan sebagainya. Ramai orang percaya bahawa wanita yang kenan melahirkan bayi yang cacat. Seringkali kelahiran cacat dikaitkan dengan kejadian ketika isteri mengandung seperti suami membunuh binatang dll.

Kejadian itu dikaitkan bila bayi lahir cacat, tapi tidak bila bayi dilahirkan normal. Islam menganjurkan umatnya melakukan kebaikan dan menjauhi kejahatan. Begitu juga dengan kenan dan kecacatan ini, jika suami ister melakukan kebaikan, tuhan akan membalas dengan kebaikan dan begitu sebaliknya.

K. Tanggungjawab bapa terhadap kelahiran anak1. Menanam uri Kebanyakan daripada kita tidak menghiraukan tentang kepentingan uri. Di saat-saat kegembiraan menerima ahli baru, seringkali uri dilupakan. Jika pihak keluaga tidak mengambil uri, klinik atau hospital mengumpulkan uri-uri itu dan diderma kan kepada syarikat swasta. Kemudian uri itu diproses bagi memperolehi hormon yang terkandung di dalamnya. Hormon-hormon ini banyak digunakan dalam alat-alat kecantikan dan solekan. Sebahagian ibu bapa cuma membuang bayi dalam tong sampah tanpa memikirkan uri adalah teman rapat bayi didalam kandungan. Uri amat penting kepada bayi. Orang tua dahulu mengamalkan cara menanam uri dengan baik. Mereka mencuci dan membalutnya dengan kain dan ditanam, Adab ini adalah baik kerana menghargai sesuatu.

2. Mengazan dan mengqamatkan anak Bayi yang baru lahir, telinganya berfungsi dengan baik. Islam menganjurkan diazankan di telinga kanan dan diqamatkan di telinga kiri. Tujuannya ialah untuk mengingatkan kembali anak tentang perjanjian yang pernah dikaitkan dengan tuhan di alam Rohani.

3. Mendoakan anak Usaha membesarkan dan mendidik anak supaya menjadi manusia berguna bukanlah suatu yang dapat dipastikan kejayaanya. Doa Berdoa adalah satu usaha. Doa merupakan usaha meminta pertolongan kepada Allah. Lima perkara yang mempengaruhi jiwa dan harapan orang yang berdoa:- a. Dengan berdoa, maka semakin tumbuh subur keyakinan bahawa Allah SWT itu dekat. b. Segala permohonan dari hamba-Nya akan mendapat perhatian sepenuhnya daripada Allah SWT. c. Supaya doa itu diterima Allah SWT, maka orang yang berdoa terlebih dahulu menjalankan petunjuk dan anjuran Allah. d. Hendaklah percaya dengan kesungguhan hati dan keimanan kepada Allah SWT. e. Dengan menjalankan seruan Allah dan percaya kepada-Nya maka Allah akan memberikan petunjuk dan ilmu pengetahuan agar tidak tersesat dan berputus asa.

Antara doa-doa yang patut diamalkan oleh orang tua agar anak- anak mereka menjadi orang yang diredhai Allah iaitu : a) Doa agar anak patuh kepada Allah - Al Baqarah : 128 b) Doa agar diberi anak yang baik - Al Imran : 38 c) Doa agar diberi zuriat yang menyenangkan hati - Furqan : 74 d) Doa agar anak tetap mengerjakan solat - Ibrahim : 40 e) Doa ketika memberi nama anak

4. Panduan menamakan anak Sunat memilih nama yang baik kepada anak. Memberikan nama kepada anak merupakan cermin keperibadian dan kefahaman orang tua, kerana nama yang diberikan menggambarkan harapan hati dan harapan orang yang memberikannya.

Waktu gempa sama dgn ayat & surah dlm Quran...masyaAllah

Written By Unknown on Tuesday, October 6, 2009 | 18:33

Bismillah
Allahummasolli'alamuhammad wa'alaalimuhammad

Salamun 'alaikum



"
Gempa di Padang jam 17.16, gempa susulan 17.58, esoknya gempa di Jambi jam 8.52. Coba lihat Al-Qur'an!" demikian bunyi pesan singkat yang beredar. Siapa pun yang membuka Al-Qur'an dengan tuntunan pesan singkat tersebut akan merasa kecil di hadapan Allah Swt. Demikian ayatayat Allah Swt tersebut:

17.16 (QS. Al Israa' ayat 16): "Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya."

17.58 (QS. Al Israa' ayat 58): "Tak ada suatu negeri pun (yang durhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz)."

8.52 (QS. Al Anfaal: 52): (Keadaan mereka) serupa dengan keadaan Fir'aun dan pengikut-pengikutnya serta orang-orang sebelumnya. Mereka mengingkari ayat-ayat Allah, maka Allah menyiksa mereka disebabkan disebabkan dosa-dosanya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Amat Keras siksaan-Nya."
Tiga ayat Allah Swt di atas, yang ditunjukkan tepat dalam waktu kejadian tiga gempa kemarin di Sumatera, berbicara mengenai azab Allah berupa kehancuran dan kematian, dan kaitannya dengan hidup bermewah-mewah dan kedurhakaan, dan juga dengan keadaan Fir'aun dan pengikut-pengikutnya. Ini tentu sangat menarik.

ClickBank Training Giveaway

Written By Unknown on Friday, October 2, 2009 | 03:18

Burned Out Corporate Exec Stumbles, Screws Up And Fails His Way to An Online Fortune -- Get A Treasure Map of His Best Goldmine Shortcuts to Mega Success. . . FREE!
Burned Out Corporate Exec Stumbles, Screws Up And Fails His Way to An Online Fortune -- Get A Treasure Map of His Best Goldmine Shortcuts to Mega Success. . . FREE!
"My Personal Guru Slaying Secrets For Huge Clickbank Paychecks - And How I Used Them To Build A Rabid List Of 23,978 Buyers--With ZERO Advertising Costs!"



In My New Audio Training Package, You'll Learn:

  • My unique 5-step action plan for forcing ClickBank to give you money

  • The only 5 things you'll ever need to start building huge lists of hardcore fans , followers and buyers who send money when you click your mouse. . .

  • Mystical secrets of monetization revealed-- 5 sure-fire ways to crack the code of list cultivation -- and watch your list fall hopelessly in love with you, even if you've "beat them to death" with promoting too heavily before!

  • And much, much more...
See more from this link,
WEB Services
Twitter Affiliate Elite
Marketing on The Fringe
Automated Traffic Hub
CB Giveaway




Membongkar rahsia Mencipta Pelan Bisnes.

PERHATIAN:

Kepada anda yang berminat menceburi bidang bisnes...

Bila disebut tentang bisnes, ramai yang berminat untuk menceburinya. Ramai yang mengetahui keuntungan yang lumayan sekiranya memasuki dunia bisnes. Tidak kiralah sekecil-kecil bisnes sehingga bisnes yang besar-besar.

Namun, minat tentang bisnes sahaja tidak mencukupi sekiranya anda tidak tahu selok belok dengan dunia bisnes. Macam-macam perkara perlu difikirkan dan dipertimbangkan sebelum anda menjejaki dunia bisnes ini. Perkara yang paling penting di sini ialah menyediakan satu rancangan perniagaan atau lebih dikenali Pelan Bisnes. Tahukah anda apa itu Pelan Bisnes ?

"Membongkar Rahsia Menulis Pelan Bisnes yang menguntungkan "

Dapatkan Segera Koleksi ini dengan Percuma !!


Koleksi Ini Telah Dihasilkan bagi Tujuan pembacaan dan Rujukan pelan bisnes usahawan yang telah berjaya memulakan perniagaan !!


Di dalam Koleksi ini terdapat pelbagai contoh Rancangan

Perniagan yang dapat membantu anda dalam beberapa perkara :

  1. Membantu anda memikirkan keseluruhan proses perniagaan supaya anda tidak memulakan perniagaan secara membuta tuli atau kekurangan sumber.
  2. Menjadi garis panduan untuk pengurusan perniagaan.
  3. Mengkaji dan menilai sama ada projek yang akan dilaksanakan berdayamaju atau sebaliknya.
  4. Meyakinkan pihak-pihak tertentu terhadap idea-idea perniagaan dan sebagai asas bagi cadangan pembiayaan.
  5. Menunjukkan kepakaran usahawan di dalam perniagaan yang mereka cenderung untuk menyertainya.
  6. Kawalan yang teratur dan cekap akan menjadikan perjalanan perniagaan lebih lancar dan tersusun.
  7. Meningkatkan Motivasi Usahawan dapat membuat ramalan tentang perniagaannya berdasarkan maklumat yang terdapat dalam rancangan perniagaan.
  8. Membolehkan usahawan melihat dan menilai projek secara objektif, kritikal dan praktikal.
  9. Membolehkan usahawan menentukan siapakah pesaing utama mereka, kekuatan dan kelemahan mereka dan menentukan stretegi yang betul untuk menghadapi mereka.
  10. Menjelaskan misi dan visi perniagaan membolehkan usahawan membuat keputusan yang betul dan mengambil tindakan yang tepat di masa hadapan.

10 Rahsia ClickBank terkini.


Bagi mereka yang belum mengetahui apa itu ClickBank, saya boleh berikan sedikit penerangan berkenaan dengan ClickBank ini. ClickBank adalah satu web yang boleh dianggap kepada ‘gedung besar’ produk digital. Di dalamnya terdapat kira-kira 10,000 pencipta produk yang menjual produk-produk digital dalam laman web ini, antaranya pakej grafik, ebook, video tutorial, skrip, software dan sebagainya.

Dan kesemua produk ini, meliputi pelbagai niche dan bidang seperti kesihatan, perniagaan, game dan sebagainya. Yang menariknya tentang kesemua produk-produk di ClickBank ini adalah, mereka menyediakan komisen tertentu jika mempromosi produk mereka sehingga mendapat jualan di sana.



Oleh itu, demi untuk memastikan anda mendapat pulangan yang memuaskan di sana, anda perlu belajar cara yang betul bagaimana membuat duit di ClickBank.

Walaubagaimanapun, ramai yang telah gagal membuat duit di ClickBank. Namun, sekali lagi salah seorang IM Malaysia, Mawardee, tampil untuk memberikan formula baru yang akan membantu ramai rakyat Malaysia membuat duit di ClickBank.

Anda boleh mendapatkannya di laman web berikut jika ingin mengetahui dengan lebih lanjut :

KLIK DISINI

Oh, ya! Suka saya maklumkan, anda akan dibayar RM2 bagi setiap orang yang download laporan ini melalui link affiliate anda. Jika mereka klik pada link affiliate anda, link tersebut akan membawa rakan-rakan anda ke laman web utama laporan itu, dan mereka akan download di sana.



Untuk mendapatkan link affiliate untuk tujuan promosi, sila dapatkan laporan “10 FORMULA CLICKBANK” terlebih dahulu. Selepas daftar, anda akan diberi keterangan bagaimana mendownload laporan ini dan bagaimana mendapat komisen dengan menyebarkan laporan ini.

LIHAT 10 FORMULA CLICKBANK SEKARANG


wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger