Headlines News :
.
Home » , , , » Selamat jalan Luis Suarez

Selamat jalan Luis Suarez

Written By Unknown on Saturday, July 12, 2014 | 02:53


Setelah sekian lama berusaha untuk meninggalkan Liverpool, akhirnya pada Jumaat 11/07/2014 hajat Luis Suarez tercapai juga. Barcelona dalah pasukan pilihannya untuk meneruskan cabaran dalam memantapkan lagi kerjaya bola sepaknya.

Sebelum ini khabar angin mengenai risikan Barcelona terhadap Suarez tidak dapat ditutup lagi. Perbincangan demi perbincangan telah berjalan diantara pihak Barcelona dan Liverpool dalam proses menamatkan perjanjian jual beli. Dengan tawaran harga terakhir £71.28 juta tidak dapat ditolak lagi oleh Liverpool untuk melepaskan Suarez daripada cengkaman.


Mungkin ketiadaan Suarez adalah suatu kehilangan besar bagi Liverpool seperti perginya Alonso ke Real Madrid dan Torres ke Chelsea, tetapi ia tidak bermakna Liverpool hanya berjaya bersandarkan seseorang pemain sahaja. Memang diakui sebelum ini selepas pemergian Alonso Liverpool tenggelam dalam saingan. Tetapi kehilangan Torres pula langsung sedikit pun tidak merencatkan perjuangan Liverpool. Jadi disini kita dapat membuat kesimpulan bahawa keluar masuk pemain dalam satu-satu kelab adalah perkara biasa yang harus kita terima dengan hati terbuka.


Apa yang meredakan tekanan penyokong Liverpool ialah cara pemergian Suarez yang sedikit pun tidak mengeluarkan kata-kata yang menyinggung perasaan keluarga Liverpool. Walaupun beliau dipalit bermacam-macam tragedi, tetapi profesionalnya beliau dalam mengeluarkan kenyataan membuatkan kita rela dalam pasrah.


Ramai peminat di Liverpool yang meramalkan Suarez bakal menimpa nasib yang sama seperti Torres di Chelsea. Secara logiknya Suarez adalah pemain yang mampu menyerap tekanan dan bekerja dengan sesiapa sahaja. Jadi peluang cerah di Barcelona terbetang luas untuk dirinya dalam memajukan kariernya. Semoga Suarez berjaya dan mampu mencipta yang lebih baik dari apa yang dihasilkan di Liverpool. Kami tetap menyanjungi anda. YNWA.


Share this article :

1 comment:

  1. Sy x rs 'bitter' dgn pemergian suarez ni sbb dia pergi d saat liv x berada dlm keadaan terdesak...wish him well in the future...

    ReplyDelete

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger