Perlawanan diantara Liverpool dan Sunderland adalah perlawanan pelengkap bagi Liverpool untuk minggu ke 31. Perlawanan yang sepatutnya dilangsungkan pada 8 Mac lalu, terpaksa di tunda pada awal pagi Khamis lalu kerana memberi laluan kepada pasukan Sunderland untuk meyempurnakan permainan dalam piala FA.
Lebih sebulan Stadium Anfield sunyi akibat langsung tiada perlawanan yang dilangsungkan oleh skuad senior Liverpool disini. Oleh sebab itu juga ada sedikit kekok diantara pemain-pemain Liverpool apabila berhadapan dengan penyokong sendiri. Walaupun pada asasnya Liverpool menguasai hampir keseluruhan perlawanan, tetapi pemin-pemain gagal menyudahkan peluang yang ada.
Gerrard yang sudah lama tidak mengambil sepakan percuma berhampiran kotak penalti telah berjaya membuktikan sentuhannya masih berbisa. Sepakan percuma yang cantik menuju ke penjuru gawang gagal diselamatkan oleh Mannone untuk Liverpool mendahului pada separuh masa pertama.
Sturridge yang sudah sebulan kemarau gol, telah kembali menemui sentuhannya untuk membawa Liverpool terus mendahului dengan selesa 2-0 diawal-awal perlawanan di separuh masa kedua. Sturridge sebenarnya mampu untuk menambah dua lagi gol. Malangnya percubaan pertamanya terkandas oleh kelibat Suarez dihadapan gol sementara percubaan keduanya mengenai palang gol dan melantun keluar.
Sememangnya diakui, kemasukan Ki. Sung-Yueng telah banyak mengkucar kacirkan barisan pertahanan Liverpool. percaturan Gus Poyet memasukkan Ki Sung-Yueng dan Adam Johnson telah banyak megubah corak permainan Sunderland. Hasilnya akibat Ki Sung-Yueng berjaya menjaringkan gol untuk merapatkan kedudukan menjadi 2-1. Tindakan Rodgers mengeluarkan Sturridge dan memasukkan Sterling langsung tidak menampakkkan ketajaman dibahagian serangan malahan Liverpool kena serang semula lagi ada.
Apapun keputusan 2-1 berjaya dikekalkan hingga tamat perlawanan. Dengan kemenangan ini Liverpool terus kekal ditangga kedua liga dan hanya dipisahkan satu mata sahaja dengan pendahulu liga Chelsea. Seandainya Liverpool mampu untuk meneruskaan kecemerlangannya, kita pasti Liverpool mampu untuk memintasnya di selekoh terakhir nanti. YNWA.
LIVERPOOL : Mignolet, Flanagan, Johnson, Skrtel, Agger, Gerrard, Allen, Henderson, Coutinho, Suarez, Sturridge (Sterling)
SUBS : Jones, Sterling, Aspas, Sakho, Lucas, Cissokho, Moses
SUNDERLAND : Mannone, Bardsley, Dossena (Colback), Brown, O'Shea, Vergini, Cattermole, Bridcutt, Giaccherini (Johnson), Altidore, Wickham (Ki)
SUBS : Ki, Larsson, Johnson, Colback, Roberge, Scocco, Ustari
Liverpool vs Sunderland 2-1 ~ All Goals...
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !