Headlines News :
.
Home » , , , » BPL 2013/14 (Game 33) - West Ham 1-2 Liverpool

BPL 2013/14 (Game 33) - West Ham 1-2 Liverpool

Written By Unknown on Monday, April 7, 2014 | 04:21


Dua jaringan melalui penalti menunjukkan tuah terus menyebelahi pasukan Liverpool. Kedua-dua jaringan penalti tersebut berjaya disempurnakan oleh kapten Liverpool Steven Gerrard untuk melakar kemenangn 1-2 menewaskan West Ham di Upton Park.

Seperti yang dijangkakan, Liverpool pasti akan menerima tentangan sengit oleh pasukan-pasukan di kelas pertengahan malah bawahan liga. Barisan tengah dan pertahanan West Ham pada perlawanan ini sememangnya amat kebal dan terlalu sukar untuk ditembusi oleh skuad penyerang Liverpool.


Kepekaan dan keterlanjuran pengadil sedikit sebanyak membuatkan kita memujinya malah kita akan memakinya. Untuk memuji pengadil sudah tentulah dengan keputusannya untuk menghadiahkan dua sepakan penalti kepada Liverpool. Keterlanjurannya pula ialah jaringan kontroversi West Ham yang dihasilkan berpunca dari kekasaran Andy Carroll terhadap Mignolet sebelum disudahkan oleh Guy Demel. Jika dilihat selepas kejadian tersebut, penjaga garisan sudah pun mengangkat bendera menandakan ada kekasaran yang telah berlaku. Walau bagaimanapun, selepas pengadil dan penjaga garisan berbincang, akhirnya keputusan sepakat telah diperolehi untuk menghalalkan jaringan tersebut.


Minggu ini bukanlah perlawanan bertuah untuk Suarez apatah lagi Sturridge. Dalam banyak-banyak percubaan, dua kali Suarez dihampakan oleh palang gol membuatkannya terus menggigit jari. Sturridge sukar untuk bergerak bebas apabila dikawal rapi oleh pertahanan West Ham. Kalau adapun percubaanya langsung tidak merbahayakan penjaga gol.

Sakho yang terlalu lama bercuti telah digandingkan semula bersama Skrtel. Gandingan mereka sama seperti dahulu terbukti kental walaupun adakalanya terlepas pandang. Memasukkan Lucas diawal separuh masa kedua untuk menggantikan Coutinho sememangnya dialu-alukan. Kelibatnya telah banyak membantu mengerakkan kembali kuasa menyerang dengan lebih tersusun. Tidak cukup dengan itu juga, posisi tengah bertahan yang digalasnya cukup membantu untuk menangkis asakan yang cuba dilakukan oleh pemain West Ham.


Secara keseluruhannya, Liverpool perlu untuk lebih berusaha dalam setiap perlawanan tanpa memandang rendah terhadap pasukan lawan bagi memastikan terus berada dipuncak liga. Hanya tinggal 5 perlawanan sahaja lagi untuk ditempuhi bagi merealisasikan impian menjadi juara liga. Peluang yang terhidang seharusnya tidak dipersiakan. Sedikit kesilapan yang membawa tercicir dari memungut 3 mata penuh dalam setiap perlawanan pasti akan mengundang kecelakaan di penghujung musim. Jangan sampai ada pasukan lain memintas diselekoh terakhir membuatkan Liverpool menggigit jari. Next game bertemu pasukan Manchester City. Harap pemain Liverpool tidak bermasalah untuk mengutip 3 mata berharga. YNWA.


WEST HAM UNITED : Adrian, Reid, Nolan (Nocerino), Tomkins, Armero, Carroll, Taylor (Jarvis), Noble, Demel, Diame (C.Cole), Downing
SUBS : Jaaskelainen, Jarvis, C.Cole, J.Cole, Potts, Johnson, Nocerino

LIVERPOOL : Mignolet, Johnson, Flanagan, Sakho, Skrtel, Gerrard, Henderson, Coutinho (Lucas), Sterling, Suarez, Sturridge (Toure)
SUBS : Jones, Toure, Cissokho, Lucas, Moses, Allen, Aspas


Highlights & All Goals ~ West Ham vs Liverpool... by bruceblack0106


Share this article :

1 comment:

  1. ni ujian di fasa pertama...
    biaq pi la apa org nk ckp...pen ke, beli ref ke...yg pntg mng..
    #YNWA

    ReplyDelete

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger