Headlines News :
.
Home » , , , » MH370 - Kesan dan peringatan buat kita

MH370 - Kesan dan peringatan buat kita

Written By Unknown on Friday, April 11, 2014 | 06:03


Walaupun sudah lebih sebulan, kisah pesawat MH370 milik Malaysia Airlines yang hilang pada 8 Mac 2014 lalu terus menjadi topik hangat sehingga kini. Kisah misteri kehilangan pesawat tersebut masih lagi menjadi persoalan seluruh dunia akibat usaha mencari pesawat terbabit masih lagi gagal sehingga kini.

Pelbagai usaha telah dijalankan. Malangnya masih lagi buntu walaupun terdapat petanda-petanda awal atau signal yang berkaitan pesawat telah diperolehi. Akibatnya mula timbul berbagai persepsi dari orang ramai bahawa mainan apakah yang sedang ditontonkan kepada dunia.

Sebenarnya saya bukanlah nak ulas lebih-lebih mengenai pencarian MH370 ini apatah lagi nak menambah-nambahkan lagi teori-teori mengarut tragedi kehilangannya. Bagi saya cukuplah sekadar artikel sebelum ini meluahkan apa yang terbeku dihati saya selama ini. Maklumat-maklumat sulit yang diperolehi sudah memadai bagi saya untuk membayangkan apa sebenarnya yang telah berlaku dan sedang berlaku. Walaupun ia tidak 100% tepat, tetapi saya yakin bahawa jawapan tersebut ada persamaannya. Disini bukanlah saya menyatakan bahawa saya sudah bosan dan langsung tidak mahu ambil tahu dengan berita-berita terkini tentang kisah pencariannya, tetapi fokus saya lebih menjurus kepada kesan serta akibat yang bakal berlaku selepas ini dan seterusnya.

Apakah perlu saya menyatakan jawapan saya mengenai persoalan misteri kehilangan MH370 ini disini? Mungkin tidak. Selain menghormati waris-waris mangsa penumpang dan kru MH370 ini, saya juga tidak mahu kenyataan saya disalah ertikan dan juga boleh membawa kepada fitnah akhir zaman yang sedang giat berlangsung kini. Saya juga menulis artikel bukanlah bertujuan untuk mengejar rating blog seperti sesetengah orang lain, tetapi cukuplah sekadar perkongsian yang bermanfaat untuk semua.

Sehingga kini saya pasti sudah ramai orang terutamanya rakyat Malaysia sendiri yang sudah mula bosan dan tidak ambil pusing pun MH370 ini akibat masa yang terlalu lama diambil untuk menyelesaikannya. Secara sedar atau tidak, itulah plan tangan-tangan ghaib ini untuk membuatkan anda bosan dengan melengah-lengahkan masa bagi memudahkan plan yang seterusnya dilancarkan dalam misi menjayakan agenda mereka.

Berapa ramai yang sudah sedar, baru sedar dah masih tak sedar-sedar lagi dengan apa yang bakal menimpa diri kita, ahli keluarga kita, bangsa Melayu kita, agama Islam dan negara Malaysia yang kita cintai selepas ini? Tahukah kita bahawa tragedi MH370 ini adalah bypass ataupun jambatan bagi mereka-mereka menghalalkan cara untuk menjajah, mengkhianati serta menganiaya bumi bertuah ini. Mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa walaupun negara ini sudah lama merdeka tetapi sebenarnya kita masih lagi dijajah tanpa sedar. Jika sebelum ini kita menganggap penjajahan dalam perlembagaan negara, penjajahan minda fikiran seperti hiburan dan corak kehidupan, penjajahan sistem dan teknologi adalah perkara biasa, tetapi apa yang pasti penjajahan luar biasa seperti penindasan dan kekejaman pula bakal berlaku selepas ini.

Mungkin anda anggap apa yang saya perkatakan ini sebagai provokasi untuk sesuatu kepentingan ataupun cuba menghuru harakan keadaan. Bagi mereka yang tidak menggunakan akal fikiran pemberian Allah S.W.T dengan sabaik-baiknya untuk berfikir pasti itulah jawapannya. Tetapi bagi mereka yang suka mencari, mengkaji, menilai serta mendalami sesuatu perkara pasti akan menyokong kenyataan saya. Bagi yang masih tergantung ditengah-tengah dan ingin bersama-sama mencari kebenaran, anda boleh jadikan Shah Paskal dan blognya, Brado Kapak cari disini dan disini, Ahmad Ansor Batubara cari disini dan disini, Kamal Hisham Jaafar dan blognya serta ramai lagi mereka-mereka yang berani merungkai tentang agenda-agenda menjahanamkan negara. Anda googlelah untuk mencari maklumat. Sesiapa yang rajin mencari pasti akan menjumpainya. Kajilah, saringlah dan rungkailah mengikut akal fikiran waras anda kerana setiap artikel tersebut pasti akan ada salah dan silapnya. Jadi anda sahajalah yang boleh menjawab kebenaran tersebut.

Oklah. Mari kita kembali berpijak dibumi yang nyata. Mari kita selami tragedi demi tragedi, pergolakan demi pergolakan dan perperangan demi perperangan yang sedang melanda dunia bahkan dalam negara kita ini sendiri. Sebenarnya itu semua masih lagi dalam kategori pertengahan dan sedang berjalan kearah tahap yang lebih kritikal lagi nanti. Apa yang anda tahu mengenai HAARP, Particle Accelaration dan juga Superstring Technology? Pernahkah anda dengar tentang benda-benda ini?

HAARP (High Frequency Auroral Research Program) adalah suatu program dimana ia boleh mengawal tenaga unsur alam dan mengawal cuaca serta melumpuhkan satelit. Ini bermaksud mereka akan memerangi kita dengan cara perubahan cuaca seperti gempa bumi, tsunami, kemarau dan sebagainya. Tahukah anda bahawa tsunami besar yang melanda Aceh pada tahun 2004 itu adalah berpunca dari percubaan program HAARP? Mungkin aneh mendengarnya tetapi itulah hakikat yang perlu kita terima. Jika masih belum yakin, ingatlah bahawa ketika hampirnya kiamat, akan berlaku kemarau selama 3 tahun. Pada ketika itulah dajjal dengan ftnah-fitnahnya akan menawarkan kepada kita jalan penyelesaian. Dimana dajjal akan menunjukkan kepada kita bahawa disesebuah kawasan lain tanahnya subur dan tidak kemarau.

Maka dengan akan terjadinya perkara ini kita dapat membuat kesimpulan sistem HAARP ini adalah sistem yang menjadi punya dan penawarnya. Lihat sahaja sekarang, padang pasir di negara arab telah pun pernah dilanda banjir. Tanahnya dahulu adalah gurun kini sudah mula menghijau. Pada tahun ini sahaja negara kita sendiri telah menghadapi perubahan suhu dan cuaca yag ketara. Selepas musim banjir melanda, kita dilanda pula dengan musim sejuk melampau. Sesetengah kawasan suhu mencecah sehingga ke 17 °C pada waktu malam. Kemudiannya negara kita dilanda kemarau berminggu-minggu lamanya. Bukankah itu contoh yang benar? Jangan terkejut pula kalau tiba-tiba salji pun boleh turun dinegara kita. Tengah berfikir-fikir gak ni, dalam musim kemarau, kes demam denggi meningkat lebih dari biasa. Bukan ke nyamuk membiak di tempat air yang bertakung? Musim kemarau banyak ke air yang bertakung. Fikir-fikirkan.
Diriwayatkan oleh Ahmad yang diterima dari Asma binti Yazid al ansariah:-
“Pada suatu hari, Rasulullah saw datang ke rumahku. Baginda menceritakan perihal Dajjal lalu berkata; Tiga tahun menjelang kedatangan Dajjal akan terjadi kemarau dan saat kekeringan. Pada tahun pertama langit menahan satu pertiga air hujan dan bumi menahan sepertiga tumbuhannya. Pada tahun kedua langit menahan dua pertiga air hujan sedangkan bumi menahan dua pertiga tumbuhannya. Pada tahun ketiga langit menahan kesemua hujannya, begitu juga bumi menahan kesemua tumbuhannya.”
Particle Accelaration adalah teknologi seperti big bang iaitu teknologi zarah kecil boleh membesar dan mencipta letupan. Manakala teknologi Superstring adalah satu teknologi black hole dimana teknologi zarah kecil boleh menyedut banyak benda besar seperti unsur alam, sumber tenaga dan barang pejal. Anda boleh menonton filem "THOR" dimana teknologi superstring ini ada digambarkan didalam filem tersebut. Sebenarnya saya masih lagi dalam proses mengkaji apa sebenarnya kedua-dua program ini. Oleh yang demikian untuk saya menerangkan lebih detail rasanya masih lagi belum mampu. Jadi marilah kita sama-sama mengkajinya.

Sebenarnya banyak lagi perkara yang bakal berlaku. Antara lainnya perjanjian TPPA serta peralihan kuasa yang bakal berlaku. Apa itu perjanjian TPPA? Sila baca disini dan disini untuk maklumat lanjut. Bab peralihan kuasa kita tunggu selepas big bos USA tu datang ke Malaysia. Teori R.A.H.M.AN sudah sampai ke penghujungnya maka akan ada pula teori dan agenda baru akan muncul. Jangan terkejut seandainya Anwar Ibrahim akan jadi PM. Dan jangan terkejut juga seandainya  kalau kita akan mendapat PM wanita pertama dalam sejarah. Saya berfikir-fikir bila Anwar akan menyatakan PRK kajang yang lalu adalah langkah drastik untuk menawan Putrajaya. Dengar-dengar beliau nak hijack Putrajaya. Bagaimana cara beliau nak melakukan, saya pun kurang pasti. Tetapi seandainya ia benar-benar terjadi, apa yang saya dapat membayangkan, pasti akan berlaku kekecohan yang lebih besar lagi.

Bagaimana kekecohan itu berlaku, anda cuba bayangkanlah sendiri. Penyelesaiannya campur tangan kuasa luar. Sama jugalah kesnya macam MH370 ini. Ibarat sambil menyelam minum air, kuasa luar inilah yang menjadi punca pertelagahan, dan kuasa luar ini jugalah menjadi hero mencari jalan penyelesaian bersyarat. Akhirnya segala rahsia negara bertelanjang dibogelkan. Beginiah cara-cara mereka untuk menakluki dan merampas sesuatu yang dimiliki dalam negara yang mereka idam-idamkan. Tak perlu susah-susah menghantar tenteranya untuk berperang. Cukup sekadar melaga-lagakan fahaman rakyat dengan isu-isu serta fitnah yang boleh menaikkan kemarahan. Akhirnya bangsa itu sendiri akan berpecah kepada puak-puak yang berlainan fahaman dan mewujudkan persengketaan dan sanggup berbunuh-bunuhan. Begitulah yang terjadi kepada krisis negara-negara arab yang sedang melanda. Hanya memerlukan sedikit lakonan dari proksi-proksi mereka, matlamat mereka tercapai. Nauzubillah min zalik.

Itulah hakikat yag harus kita terima. Kita sebagai rakyat selama ini sememangnya mudah ditipu oleh pemimpin-pemimpin atasan. Pemimpin hari ini lebih menjurus kepada kepentingan dan agenda diri sendiri berbanding menyebarkan lagi syiar Islam. Adakah bagus amalan sistem demokrasi yang diamalkan oleh negara kita ini?. Inilah sistem yang terus menindas rakyat. Selagi ada penyakit Al Wahn didalam diri manusia, selagi itulah penganiayaan terus berleluasa. Menang sorak kampung tergadai. Rasa menyesal pula dulu keluar mengundi. Mengharapkan boleh melakukan perubahan, rupanya semua parti sama sahaja. Terfikir juga diakhirat kelak nak jawab apa akibat tersalah pilih pemimpin. Astaghfirullahal ‘Adzim.....

Sesungguhnya apa yang terjadi sekarang sudah dinyatakan di dalam Al Quran dan Al Hadis. Kita mengetahuiya tetapi kita terus lalai untuk mengingati dan mengamalkannya. Selagi ada masa yang terluang kembalilah kita ke pangkal jalan. Bersedialah dengan fitnah-fitnah akhir zaman yang berterusan akan menerpa kita. Tiada gunanya kita beramal tetapi gagal menangkis fitnah-fitnah akhir zaman. Amalkanlah untuk membaca malah menghafal Surah Al-Kahfi 10 ayat yang pertama dan 10 ayat yang terakhir serta doa selepas tahiyyat akhir sebelum salam setiap solat bagi menghindari fitnah dajjal yang maha dasyat.

Akhirnya saya tidak memaksa untuk anda menerima apa yang saya nukilkan bulat-bulat. Apa yang saya tekankan disini agar kita lebih bersedia untuk menerima apa sahaja peristiwa yang bakal berlaku nanti dengan tabah. Anda kajilah dan berusahalah mencari kebenaran. Orang yang berjaya adalah orang yang rajin berusaha dan mencari. Kembalilah kepada ajaran Islam yang sebenar dan ingatlah pada yang mencipta kita iaitu Allah SWT. Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan mereka sendiri yang mengubahnya.
Dengan sebab (kisah pembunuhan kejam) yang demikian itu kami tetapkan atas Bani Israil, bahawasanya sesiapa yang membunuh seorang manusia dengan tiada alasan yang membolehkan membunuh orang itu, atau (kerana) melakukan kerosakan di muka bumi, maka seolah-olah dia telah membunuh manusia semuanya; dan sesiapa yang menjaga keselamatan hidup seorang manusia, maka seolah-olah dia telah menjaga keselamatan hidup manusia semuanya. Dan demi sesungguhnya, telah datang kepada mereka Rasul-rasul kami dengan membawa keterangan yang cukup terang; kemudian, sesungguhnya kebanyakan dari mereka sesudah itu, sungguh-sungguh menjadi orang-orang yang melampaui batas (melakukan kerosakan) di muka bumi. - Surah Al Maaidah, Ayat 32



Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger