Berapa pun jaringan yang berjaya dijaringkan adalah tidak penting buat ketika ini. Yang penting tiga mata berharga berjaya dipungut untuk mengekalkan tempat kedua liga serta terus mengekori rapat pedahulu liga Pahang. Kemenangan 1-0 keatas pasukan Singapore Lion Xll di Stadium Shah Alam tadi sudah memadai bagi Selangor.
Perlawanan yang sengit lagi mendebarkan. Kedua-dua pasukan menampilkan persembahan yang amat menghiburkan. Keadaan permukaan padang yang baik sekali dimanfaatkan dengan aksi permainan pantas dan saling serang menyerang oleh kedua-dua pasukan. Seandainya mana-mana pasukan yang akan alpa dan membuat kesilapan, pasti akan dihukum dengan kelalaian tersebut.
Ini terbukti apabila kealpaan pertahanan Lion untuk mengawal ketat Rangel dan Pantelidis telah memakan diri mereka sendiri. Pantelidis yang ditukar ke posisi midfield berbanding sebelum ini pertahanan telah berjaya menanduk masuk gol tunggal perlawanan. Gol berpunca dari sepakan sudut Andik tepat hinggap ke kepala Rangel sebelum disambung oleh Pantelidis.
Selangor selayaknya untuk menjaringkan lebih dari satu gol. Beberapa peluang yang hadir gagal dimanfaatkan oleh barisan serangan terutamanya Tamil Arasu. Sewajarnya Tamil boleh dibawa keluar seawal separuh masa kedua bersambung tetapi hanya dikeluarkan oleh Mehmet pada minit ke 81.
Kelibat Andik pada perlawanan ini sememangnya telah membuatkan geram kepada pemain-pemain Lion. Pantang beliau membawa bola, pasti akan menjadi bahan terjahan serta bentesan keras. Ibarat dah jadi lauk Andik ni dikerjakan. Memang diakui, kelincahan Andik ini telah banyak mengkucar kacirkan barisan pertahanan Lion. Sememangnya layak beliau digelar Messi Indonesia.
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !