Headlines News :
.

Latest Post

Showing posts with label 02. Drama/Filem/Mp3. Show all posts
Showing posts with label 02. Drama/Filem/Mp3. Show all posts

Video : Liverpool History ciptaan anak Malaysia

Written By Unknown on Friday, April 13, 2012 | 14:58

Masih panas dan baru dilancarkan. Video Youtube karya anak Malaysia mengenai kisah pasukan Liverpool semenjak dari musim 2005 hingga pertengahan musim 2012. Hasil suntingan yang menarik dan dapat menaikan kembali semangat peminat Liverpool yang kini dalam kerunsingan.

Video Youtube selama 8:22 minit ini memaparkan detik2 kejayaan dan kebangkitan Liverpool yang telah di lalui. Bermula aksi dipentas perlawanan akhir Champion League tahun 2005 di Istanbul, kemudian disusuli pula pemain2 bintang yang hadir mencipta nama seperti Steven Gerrard, Fernando Torres dan Luis Suarez. Diakhir2 babak video kita disajikan pula dengan aksi mendebarkan perlawanan akhir piala Carling Februari lalu dimana Liverpool telah pun berjaya mengalahkan Cardiff City diiringan lagu rasmi pasukan Liverpool "You'll Never Walk Alone". Sungguh terharu dengan kejayaan video ini dihasilkan.

Tahniah kepada pencipta video ManiaTvProduction diatas kejayaan menghasilkan video diantara yang terbaik ini. 5 bintang diberikan kepadanya. YNWA

Apa lagi ditunggu. Jom saksikan Video Liverpool History 2005-2012 tersebut. Layannn....

Belalang Oh Belalang- Astro Ceria (611)

Written By Unknown on Tuesday, January 26, 2010 | 11:53


Astro Ceria - Belalang : Epik Anakanda Nujum Diraja

Sinopsis

Astro ingin mengajak para penonton mengembara bersama Belalang untuk mengenali pelbagai kisah rakyat dan lagenda melayu yang telah diolah dengan pengisian berbentuk hiburan dan turut diselitkan dengan elemen pengajaran yang pastinya menghiburkan menerusi drama bersiri terbaru berjudul Belalang : Epik Anakanda Nujum Diraja.


Drama 26 episod yang diilhamkan oleh Adlin Aman Ramli di bawah arahan pengarah Opie Zami yang turut memegang watak Tok Panglima. Dalam drama ini dibintangi oleh barisan gabungan pelakon baru dan lama seperti adik Hadziq, Sobri Anuar, Ery Putra, Ruminah Sidek, Opie Zami, Zami Ismail, Bob Kuman, Yassin Senario, Erin Malik & ramai lagi.


Kisahnya yang banyak berhubung kait dengan kisah-kisah lagenda melayu tetapi telah diubahsuai dengan pengisian yang lebih segar untuk menjadikannya lebih menarik dan sesuai untuk tontonan seisi keluarga. Pelbagai watak lagenda yang akan terlibat dalam pengembaraan Belalang seperti Hang Tuah, Mat Jenin, Badang, Nenek Si Bongkok Tiga, Pekan, Melor, Luncai & Ahmad Albab. Menariknya disini ialah kesudahan cerita akan memberikan pengakhiran yang berbeza daripada apa yang diceritakan melalui hikayat atau cerita rakyat yang telah lama dipercayai turun temurun.


Mawi - Lagu Tema Belalang
Full Download - MP3

Belalang : Epik Anakanda Nujum Diraja. - Episod 1
Full Download - rmvb
Full Download - Avi

Belalang : Epik Anakanda Nujum Diraja. - Episod 2
Full Download - rmvb
Full Download - Avi

Belalang : Epik Anakanda Nujum Diraja. - Episod 3
Full Download - rmvb
Full Download - Avi

Belalang : Epik Anakanda Nujum Diraja. - Episod 4
Full Download - rmvb
Full Download - Avi

Belalang : Epik Anakanda Nujum Diraja. - Episod 5
Full Download - MP4

Belalang : Epik Anakanda Nujum Diraja. - Episod 6
Full Download - rmvb
Full Download - Avi

Belalang : Epik Anakanda Nujum Diraja. - Episod 7
Full Download - rmvb
Full Download - Avi

Belalang : Epik Anakanda Nujum Diraja. - Episod 8
Full Download - rmvb
Full Download - Avi

Belalang : Epik Anakanda Nujum Diraja. - Episod 9
Full Download - rmvb
Full Download - Avi

Belalang : Epik Anakanda Nujum Diraja. - Episod 10
Full Download - rmvb
Full Download - Avi

Belalang : Epik Anakanda Nujum Diraja. - Episod 11
Full Download - rmvb
Full Download - Avi

Belalang : Epik Anakanda Nujum Diraja. - Episod 12
Full Download - rmvb
Full Download - Avi

Belalang : Epik Anakanda Nujum Diraja. - Episod 13
Full Download - rmvb
Full Download - Avi


Wanita 2 Kepala 1 Badan

Written By Unknown on Friday, January 8, 2010 | 12:17

Wanita 2 Kepala 1 Badan



Apabila melihat video ini tidak nampak ada apa-apa kecacatan yang berlaku kepada pasangan ini cuma mereka diciptakan tuhan dengan uniknya.

Walaupun mereka berkongsi pada 1 badan yang sama tetapi mereka sebenarnya individu yang berlainan. Mereka mempunyai 1 hati dan 2 jantung yang bebeza.

Pasangan ini adalah normal pasti sangat sukar apabila mereka ingin memilih pasangan mereka nanti kerana mereka perlu untuk berkongsi.

Keajaiban dan kekuasaan Tuhan Maha Mencipta.


2012

Written By Unknown on Wednesday, November 25, 2009 | 10:10


Filem bertemakan kemusnahan dunia secara total ini berdurasi selama 158 minit. John Cusack adalah pelakon utamanya. Dengan mengambil watak orang awam sebagai hero dan tunjang ceritanya, ia menyamai War of the Worlds lakonan Tom Cruise.
Permulaan cerita berlaku pada 2009, di India di mana seorang saintis India telah menemui kesan bahaya akibat dari pemanasan matahari.Dan kemusnahan besar-besaran dunia pasti berlaku pada 2012.
Tema filem ini bersandarkan pada ramalan kaum lama Mayan yang mengatakan dunia akan musnah pada 12.12.2012.


Banyak kesan visual efek yang begitu realistik dijanakan untuk memantapkan jalan cerita.Namun begitu jalan cerita yang baik masih dikekalkan dengan unsur kekeluargaan dan kemanusian.
Watak Jackson Curtis lakonan John Cusack adalah seorang bapa dengan 2 anak yang telah bercerai dengan isterinya.

Banyak adegan menarik sepanjang cerita antaranya apabila Jackson sedang meluru dengan limosinnya bersama keluarga menyelamatkan diri dari gempa bumi yang begitu dasyat.Runtuhan bangunan dan retakan pada jalanraya kelihatan nyata dan menakutkan.Gempa sebegitu kuat pastinya melebihi 9 skala richter.

Hampir semua negara dan benua dilanda gempa bumi yang besar, tsunami yang amat tinggi ombaknya sehinggakan menolak begitu mudah kapal perang mega USS Kennedy meranapkan kawasan Washington (White House).

Mereka yang terselamat adalah yang berjaya ke kapal khas dicipta oleh pelbagai negara dengan perbelanjaan berjuta-juta billion.Kebanyakkannya adalah pemimpin negara, bangsawan dan hartawan dengan syarat bayaran Euro 1 billion sebagai tiket.

2012 memang layak memegang takhta NO.1 sekarang dan malaysiagoogle memberikan 7/10 bintang untuk 2012.

2012 Official Movie Site - Klik DiSini!!!!!!



DOWNLOAD LINK:
Part 1 mediafire
Part 2 mediafire
Part 3 mediafire
Part 4 mediafire
Or
Part 1 Quickupload
Part 2 Quickupload
Part 3 Quickupload
Part 4 Quickupload


felem ini telah dipecahkan dgn hjsplit, baca dibawah cara mengguna hj split:

Tutorial: Cara Penggunaan HJ-Split



Video Tutorial dari eSZack

Klik Sini



Thread nie saya buka kerana dapat banyak pm dari user yg tidak tahu utk menggunakan software HJ-Split.

Software yang diperlukan :

>> HJ-Split <<

>> Winrar Software <<
Jika Perlu - Bergantung Pada File Yang Anda Download.


Sila follow step by step kat bawah nie.. Kalo betol, mmg jadi punya..



1.) Jenis file .001
Sesetengah uploader, akan zip-kan @ rar-kan dahulu, baru split ke .001.
Ada yg lain yg terus split file tanpa zip @ rar dahulu..
Kedua-dua nie sama jer..






2.) Bukak software HJ-Split. Pilih Join.




3.) Pilih Input File.



4.) Pilih file yang korang dah abis donlot tadi.



5.) Check status. Ouput file selalunya sama dgn Input file.



6.) Klik button Start. Korg bleh tgk kat Status.




Bila dah complete, korg cek dlm folder. Sepatutnya mmg dah ada file yg dah complete tu.

Harap anda semua dapat paham tutorial yg disediakan oleh saya.. Maaf la kalo kurang kemas sket..

Ada apa2 masalah, reply kat thread nie yer..



Tambahan dr amyputra : Thanks bro..


amyputra wrote:
bro afiq04..file suma tu dlm format rar kan???so hang cuba tick kat keep broken files...

ni aku bg gamba kat hang cara dia

mula2 hang double klik kat file rar yg hang nak extract tu..pastu klik kat extract to..



pastu kat tab general..klik kat Keep Broken Files dan pilih kat mana hang nak letak file tu...




arms_07 wrote:
Cyclic Redundancy Check or CRC error

Cause:
This error message could be generated by any of the below reasons.

1. During the transmission of the file it became corrupt or bad
2. The file was sent inappropriately
3. The device being opened from is bad or contains errors
4. The file itself is bad or the program attempting to open the file is bad.

Solution:
* Download the file again.
* Reinstall the program being used to open the file
* Attempt to open with a different program
* If the file is on the hard disk drive, run scandisk / defrag
* Assume the file is bad and cannot be recovered

~kdg2 trjd gak bl kta extract ttpi ttp kuar crc error w/pun kta dh tick kt broken files, so solution hyer satu jer knl psti part atau file yg error n redownload smla...

~hya itu pylsaian trkhir,mgkin sebab file kta dolod tu terbehenti kjp mser dlod n then resume blik mybbkan proses dolod xsmprna...

Awan Dania 2

Written By Unknown on Monday, November 23, 2009 | 11:54

Setiap Isnin, 10 Malam di Astro Ria, Saluran 104


Saksikan musim ke-2 Drama Awan Dania, salah sebuah drama terbaik di antara seleksi Astro MegaDrama. Kisah Dania diteruskan dengan usahanya menempuhi dunia baru sambil menghadapai dugaan dengan kehidupan peribadinya dan Dania teruji sekali lagi oleh cabaran dalam perjuangannya memenuhi impiannya untuk menjadi seorang pramugari yang terbaik di Awana.

Pelakon:

Scha Al-Yahya, Mustafa Kamal, Aida Aris, Irma Hasmie, Fizow Omar, Jehan Miskin, Yasmin Khanif, Wany Mustafa, Eyta Mahmud, Enny Ridwan






Episod 01
Dania menghadapi satu temuduga di Firefly bagi memulakan kehidupan baru. Dia tidak pernah tahu bahawa dia akan menghadapi Cik Kay seperti seorang penemu duga di sana. Cik Kay bekerja di Firefly sebagai pengurus. Dania dipilih dalam Firefly sebagai pramugari. Pekerjaan barunya telah membawa bukan sahaja satu suasana kerja baru tetapi juga kawan-kawan baru dan musuh-musuh dalam hidupnya.

DOWNLOAD LINK:
Part 1
Part 2
Part 3
Part 4
Or
Full Download

Episod 02
Benji, pemuda yang melanggar Dania tempoh hari berusaha sedaya upaya untuk memenangi hati Dania. Dania tidak memberi sebarang respon. Benji mengambil keputusan untuk menjadi tukang cuci di tempat Dania berlatih. Sementara itu Hana meluahkan rasa tidak senangnya menjadi seorang peguam kepada Dania.

DOWNLOAD LINK:
Part 1
Part 2
Part 3
Part 4
Or
Full Download

Episod 03
Dania telah memulakan kerjaya sebagai pramugari. Benji berjaya menawan hati Dania. Abang-abang Dania mula menyukai Benji bila dapat tahu yang Benji merupakan orang kaya. Dania tidak bersikap professional semasa bekerja. Dia mendapat surat amaran pertama daripada pihak pengurusan.

DOWNLOAD LINK:
Part 1
Part 2
Or
Full Download

Episod 04
Dania cuba menjauhkan diri dari Benji. Sementara itu abang-abang Dania cuba mengambil kesempatan yang ada pada Benji untuk memulakan satu perniagaan.

DOWNLOAD LINK:
Part 1
Part 2
Or
Full Download

Episod 05
Dania sekarang berada di Pulau Pinang sementara menunggu penerbangan seterusnya. Benji masih mengikut Dania kemana sahaja dia pergi. Dania bertemu dengan kawan lamanya di Akademi Air Asia dulu, Ihsan. Ketika bertemu Benji, Dania berpura-pura yang Ihsan merupakan teman lelakinya. Benji telah patah hati.

DOWNLOAD LINK:
Part 1
Part 2
Or
Full Download

Episod 06
Dania dipanggil sekali lagi oleh pihak pengurusan. Seorang penumpang telah membuat aduan. Tetapi Dania didapati tidak bersalah. Sementara itu, pihak pengurusan tempat Dania bekerja kecoh dengan kewujudan sebuah blog yang lantang mengkritik pihak pengurusan. Cik Safura mengarahkan kakitangannya menjejaki pemilik blog terbabit. Benji berjaya semula menawan hati Dania.

DOWNLOAD LINK:
Part 1
Part 2
Or
Full Download

Episod 07

DOWNLOAD LINK:
Part 1
Part 2

Episod 08

DOWNLOAD LINK:
Part 1
Part 2

Episod 09

DOWNLOAD LINK:
Part 1
Part 2

Episod 10

DOWNLOAD LINK:
Part 1
Part 2

Episod 11

DOWNLOAD LINK:
Part 1
Part 2

Episod 12

DOWNLOAD LINK:
Part 1
Part 2

Episod 13

DOWNLOAD LINK:
Part 1
Part 2

Episod 14

DOWNLOAD LINK:
Part 1
Part 2
Or
Part 1
Part 2

Episod 15

DOWNLOAD LINK:
Part 1
Part 2
Part 3
Part 4

Episod 16

DOWNLOAD LINK:
Part 1
Part 2
Or
Part 1
Part 2

NuR KaSiH @ TV3 - setiap jumaat 9 malam.

Written By Unknown on Tuesday, August 11, 2009 | 10:50



Nur Kasih mengisahkan dua beradik, Aidil (Fizz Fairuz) dan Adam yang mempunyai karakter sangat berbeza. Aidil seorang anak yang akur segala perintah ibu bapanya, penyabar dan amat menyayangi adiknya. Dia mengambil jurusan undang-undang di Universiti Al-Azhar, Mesir dan bercita-cita menjadi peguam syariah.

Adam pula hidup dalam suasana eksotik di Australia, bercita-cita membuka firma seni bina sendiri di Sydney. Adam cukup berdikari dan tegas dalam setiap keputusan dibuat. Kedua-dua anak Ustaz Hassan dan Hajah Khadijah ini sama-sama berjaya dalam pelajaran, tetapi hanya seorang yang mendapat kepercayaan penuh orang tua mereka.

Selain tu, ada jugak konflik cinta tiga segi dalam drama yang mengetengahkan genre keagamaan ni. Selain adat yang perlu disanjung, ketabahan, Keegoan, pengorbanan terhadap keluarga & cinta cukup membuatkan kita berasa insaf, geram dan simpati.

Jangan ketinggalan menyaksikan kesudahan drama bersiri ini. Bagi mereka2 yang terlepas episod2 lepas, boleh mendownload disini.

Lirik OST Nur Kasih.

Lewat ini ku rasakan
Kasih kian ku dambakan
Resah hati yang ku pendam
Pada takdir dan harapan
Detik waktu dan suratan
Siapa tahu ketentuan
Ku mencari cahayanya
Dalam bayang kegelapan
Nur kasih
Nur kasih

Nasib hidup dan pilihan
Lain hukum setiap insan
Mengharapkan perjalanan
Dalam maya kesamaran
Nur kasih
Nur kasih

Aku kembali kerana masih
Mencari yang hakiki
Sinar pasti
Janji suci yang abadi
Ooo kasih
Nur kasih
Oh nur kasih
Nur kasih

Aku kembali kerana
Masih mencari yang hakiki
Sinar pasti
Janji suci yang abadi
Nur nur ya nur kasih
Nur ya nur kasih
Nur nur kasih
Nur kasih



DOWNLOAD MP3 Nur Kasih - Yassin FULL
DOWNLOAD MP3 Nur kAsih -1.19
Nur Kasih Trailer- YOU TUBE
Nur Kasih FACEBOOK
Nur Kasih Official Site - TV3
Soal jawab Bersama Pelakon
Pelakon Nur Kasih
Galeri gambar Nur Kasih
Diskusi Cerita Nur Kasih

DOWNLOAD EPISOD

Nur Kasih Episod 1

Di Mesir, Aidil bersolat menadah tangan untuk berdoa. Di Australia, Adam sedang belajar dikelilingi kawan-kawan dan tin-tin beer, hilai ketawa. Ustaz Hassan dikejutkan isterinya Hjh Khadijah lalu doktor menerangkan apa yang telah diketahuinya. Hayatnya telah sampai ke penghujung. Penyakit yang dihidapinya tidak dapat diubati lagi. Dia senyum dengan tenang dan menutup matanya lagi. Aidil mengucapkan selamat tinggal kepada kawan sekuliahnya setelah mereka tamat pengajian. Aidil menerima panggilan telefon dari Hjh Khadijah menyampaikan berita tentang ayahnya. Adam pulang ke hostel dan mendengar suara ibunya dari mesin pesanan suara, dia kaku tiada reaksi. Di stesen keretapi Kuala Lumpur Aidil menunggu ketibaan Adam. Tiada bayang-bayang Adam. Aidil kecewa dan menaiki keretapi. Adam tiba dan duduk disebelah Aidil. Mereka berpelukan, keretapi meluncur laju. Aidil dan Adam tiba di Kuala Kangsar dan pandangan mereka tertumpu pada seorang gadis jelita, Nur Amina.


Full Download (HQ)

Nur Kasih Episod 2

Pandangan Aidil dan Adam membuat Nur berpaling. Aidil mengalihkan pandangan dan mengajak Adam mencari teksi. Nur menghantar temannya, Nabila yang melanjutkan pelajaran ke universiti. Rasa terkilan terpancar diwajahnya. Hati Adam berbisik sangkanya tidak akan pulang lagi. Hjh Khadijah gembira akan kepulangan anak-anaknya. Aidil menapak ke masjid mencari bapanya dan dia melihat Nur berjalan ke masjid. Melihat bapanya, Aidil sebak dan salam tangannya. Selepas solat, Ustaz memberi salam pada imam Abu Bakar sebelum melangkah pulang bersama Aidil. Adam resah, dia mengucup tangan Ustaz, kelu tidak tahu bagaimana memulakan bicara. Hubungannya dan ayahnya sudah lama renggang. Ustaz bersyukur dia sempat melihat anak-anaknya sebelum dia pergi. Ustaz menyoal Aidil siapakah wanita solehah yang menjadi pilihannya? Aidil menjawab Nur Amina pilihannya dia mempunyai ciri isteri mithali. Tanpa diduga, Ustaz melakukan sebaliknya menghantar rombongan meminang Nur Amina sebagai isteri kepada Adam.


Full Download (HQ)

Nur Kasih Episod 3

Tindakan Ustaz Hassan mengejutkan semua. Nur belum bersedia untuk menjadi seorang isteri kerana ingin meneruskan pelajarannya. Pak Imam berkata jodoh telah ditentukan. Adam cuba menolak, tapi dihalang ibunya. Aidil tidak mengerti kenapa ayahnya telah membuat keputusan ini. Dengan lembut Ustaz Hassan berkata Aidil anak yang soleh yang dapat memilih calon isteri dengan tepat, yang dapat membimbing keluarga. Adam tidak dapat melakukan semua itu. Dia perlukan seorang isteri mithali, Nur Amina di sampingnya. Upacara perkahwinan Adam dan Nur berlangsung, dalam sekelip mata tiga hati berkecai. Aidil yang mengharapkan cinta Nur, Nur yang mahukan meneruskan pelajarannya, dan Adam yang mahu mengahwini teman wanitanya, Katrina. Tapi ada yang gembira. Sarah yang telah lama menaruh hati pada Aidil gembira kerana ikatan kekeluargaan mereka semakin rapat dan seterusnya dapat merapatkan dirinya dengan Aidil. Aidil menjadi saksi pernikahan adiknya, walaupun hatinya sendiri remuk.

Full Download (HQ)

Nur Kasih Episod 4

Malam pertama Adam dan Nur, Adam berterus-terang ini keputusan ayahnya dan dia tidak mempunyai apa-apa perasaan terhadap Nur. Mereka hanyalah mangsa keadaan dan penceraian akan berlaku pada masa yang sesuai. Nur terkejut, malu, marah dan kecewa. Ketika Adam 17 tahun dia kacak dan cerdas. Sewaktu Nur 13 tahun dia menjual kuih kanak-kanak nakal datang mengejeknya dan Adam menyelamatkannya. Aidil tidak dapat tidur terdengar esakan perlahan Nur. Hari esoknya Nur dan Adam berpura seperti segalanya adalah baik-baik belaka. Aidil meminta Adam supaya tidak mensia-siakan Nur. Adam menjelaskan dia telah menerangkan semuanya pada Nur pada masa yang sesuai “lakonan” ini akan dihentikan dan mereka akan menjalani hidup masing-masing. Hjh Khadijah dapat merasakan apa yang sedang berlaku dalam rumahnya ada tiga insan yang terluka. Dia berbincang dengan suaminya adakah tepat keputusan yang telah dibuat? Ustaz yakin keputusan ini terbaik untuk semua. Ustaz Hassan akhirnyameninggal dunia.

Full Download (HQ)

Nur Kasih Episod 5

Setelah pemergian Ustaz, Adam berkeputusan untuk kembali ke Australia tapi hatinya berat. Adam nekad beritahu ibunya dia mahu sambung pengajiannya. Ibunya merelakan pemergiannya bersama Nur. Adam beritahu Aidil keinginannya untuk pergi ke Australia tanpa Nur. Aidil marah akan perbuatan Adam. Nur terdengar perbualan itu. Adam masuk ke bilik, mengingatkan Nur akan janji mereka, Nur berkata dia tidak pernah bersetuju. Adam marah dan tegur mereka seperti langit dan bumi, berbeza dari segala segi. Hati Nur tertusuk akan kata-kata Adam. Paginya, Nur tinggalkan rumah dan ucapkan selamat tinggal pada keluarganya. Dia biarkan mereka berfikir yang dia akan pergi bersama Adam. Dia terima sepucuk surat, pinjaman pendidikannya telah pun diluluskan. Adam mengucapkan selamat tinggal pada ibunya. Bila Ibu menanyakan Nur, Adam mahu berterus-terang, tapi Aidil berjaya berdalih. Dia kunci rahsia mereka dan teruskan hidupnya mengharapkan cinta yang tidak tiba.

Full Download (HQ)

Nur Kasih Episod 6

Di Australia, Katrina anak kacukan tidak pernah hidup sebagai seorang Muslim. Selepas
kematian ibunya pada usia 10 tahun, dia kehilangan satu-satunya kaitan dengan Islam. Dia jatuh cinta pada Adam kerana dia mengisi kekosongan hatinya sejak kehilangan ibunya. Adam mahu tinggalkan semua pengalaman pahit di Malaysia dan mulakan hidup baru. Dia menikahi Katrina dan berteraskan cinta istilah agama tidak pernah muncul dalam kehidupan mereka. Adam hanyut dengan hidup ini, dan lupa dia masih beristerikan Nur. Nur berhijrah ke KL dan berjaya menjejaki temannya. Nur menceritakan segala-galanya dan meminta temannya itu merahsiakan perkara sebenar. Kos pendidikannya tidak cukup untuk sara hidupnya. Nur mengajar mengaji untuk menampung perbelanjaannya. Aidil meneruskan kerjayanya di mahkamah syariah negeri. Ibunya merasakan kemurungannya dan menasihatinya supaya merelakan. Ibu menawarkan untuk mencari jodoh buat Aidil, tapi dia belum bersedia.


Full Download (HQ)

Nur Kasih Episod 7

Nur tidak pandang lelaki lain kerana dia masih seorang isteri. Dia dicap sombong tapi Nur tidak pedulikan cakapan orang, matlamatnya hanya sebuah ijazah. Adam dan Katrina terus hanyut dalam dunia mereka. Mereka dikenalkan kepada penuntut baru dari Malaysia, Nur namanya. Adam pucat dan Katrina pelik akan reaksi suaminya. Rupanya bukan Nur Amina. Rasa bersalah menyelubungi Adam. Dia melupakannya dengan minum arak. Kuliah Nur hampir selesai, dia akur masa untuk berterus-terang dengan keluarganya. Aidil dijemput memberikan ceramah di UIAM. Dia bertemu dengan Nur yang cuba melarikan diri tapi Aidil berjaya menegurnya. Nur malu dengan apa yang terjadi. Aidil kata dia telah merahsiakan semuanya. Dia harus selindung perasaannya yang sebenar dan berkata dia lakukannya atas rasa tanggungjawab. Sejak pemergian Adam, tiada berita. Dia sendiri hantar e-mail gembira pada ibunya, seolahnya dari Adam dan Nur. Setelah itu Aidil dan Nur berutus surat dan ini eratkan persahabatan mereka.

Full Download (HQ)

Nur Kasih Episod 8

Adam kini seorang arkitek yang berjaya, tetapi merasakan jiwanya kosong. Dia gembira Katrina mengandung, fikirnya zuriat akan mengisi jiwanya yang tandus. Tetapi mereka terlibat dalam kemalangan yang teruk, kandungan anak Katrina mati dan dia akhirnya tidak dapat mengandung lagi. Adam dihukum penjara 3 bulan kerana memandu dalam keadaan mabuk. Nur berjaya di menara gading, dan Aidil cuba menghubungi Adam untuk membebaskan Nur dari ikatan yang tidak bertali ini tapi Adam tidak dapat dihubungi. Tiga bulan di penjara, Adam sedar hidupnya yang jauh terpesong. Sebaik bebas, Adam mengambil keputusan untuk pulang ke Malaysia, Katrina yang kemurungan setelah kehilangan bayinya, bersetuju.

Full Download (HQ)

Nur Kasih Episod 9

Adam menghantar e-mail pada abangnya yang dia akan pulang, tapi Adil tidak buka pesanan tersebut hingga beberapa hari selepasnya. Sebaik membaca e-mail tersebut, Aidil bergegas ke kampung untuk menghalang Adam dari cerita perkara sebenarnya pada ibu. Aidil berkongsi pada Adam apa yang berlaku sepeninggalannya dan rayu Adam menyimpan rahsia sementara waktu. Adam memperkenalkan isterinya Katrina pada Aidil yang tersentap, tapi masih cuba senyum. Pada hari yang sama, Nur juga pulang ke kampong ingin berterus-terang pada bapanya. Nur terperanjat bila diberitahu oleh adiknya Sarah, Adam ada di rumah ibunya sekarang. Nur bergegas kearah rumah Adam dan bingung kenapa dia meneruskan kepura-puraan ini. Adam pinta Nur berikan peluang untuknya menebus kesalahannya dulu.

Full Download (HQ)

Nur Kasih Episod 10

Aidil memberitahu Adam tidak adil baginya untuk muncul semula dan harapkan untuk kembali dengan Nur, terutama kini dia sudah beristerikan Katrina! Adam mengakui yang dia memerlukan Nur. Hidupnya kini terumbang-ambing. Dia menceritakan pada Aidil kehilangan anaknya. Aidil simpati, berbelah bagi, dia mahu adiknya pulang ke pangkal jalan tetapi dia takut kehilangan Nur sekali lagi. Nur mengadu pada Aidil yang dia keliru, tetapi Aidil nasihati untuk megikut kata hatinya. Sarah melihat perbincangan mereka dan rasa cemburu menyelubungi dirinya. Adam bertanyakan Nur kali kedua tapi jawapan Nur tetap sama. Tidak. Nur memberitahu Adam mungkin belum masanya untuk jelaskan Ibu perkara sebenar, dan ia tidak bermaksud dia akan menerima Adam. Dia sudah ada tawaran pekerjaan di KL dan dia akan teruskan hidupnya seperti selama ini tanpa Adam. Sementara itu Katrina tertanya-tanya apa yang telah berlaku dan bila dia akan berjumpa dengan keluarga Adam.

Full Download (HQ)

Nur Kasih Episod 11

Nur bekerja di sebuah firma arkitek. Selang beberapa minggu, dia diberitahu akan mendapat bos baru. Bagai terhenti jantungnya bila mendapati bos tersebut adalah Adam. Nur ingin meletakkan jawatan, tapi Adam menghalangnya. Kalau begitu sekali Nur membencinya hingga tidak sanggup memandangnya, maka dia yang akan pergi. Nur hairan, kenapa Adam lain benar dari dulu. Nur buat keputusan untuk meneruskan kerjanya. Adam semakin tertarik dengan isterinya ini. Sementara itu hubungannya dengan Katrina semakin renggang. Katrina mahukan belaian suaminya, tapi Adam semakin menjauhkan diri. Adam mula mendekatkan diri dengan tikar sembahyang. Katrina bingung. Mana suaminya yang dikahwini dulu? Siapa lelaki Muslim yang mahukan dia bertudung dan bersembahyang ini? Katrina semakin kemurungan. Nur dan Adam tidak dapat mengelakkan diri bila dihantar untuk melihat tapak projek terbaru di sebuah kawasan peranginan, dan mereka semakin rapat.

Full Download (HQ)

Nur Kasih Episod 12

Sebaik Nur dan Adam pulang dari tempat peranginan tadi, Aidil mengunjungi Nur. ingin tahu khabarnya.. Nur berkata dia semakin membiasakan diri dengan kehadiran Adam. Dia mengakui merindui surat-surat Aidil, yang banyak memberinya kekuatan. Sarah datang mencari Nur di tempat kerja, terkejut mendapati Nur dengan Aidil. Perasaan cemburunya membuak. Nur terkejut melihat Sarah. Sarah pinta penjelasan. Sangka Nur, Sarah ketahui tentang dirinya dan Adam. Dia ceritakan segalanya dan pinta Sarah merahsiakannya. Rasa cemburu Sarah mendorongnya untuk memusnahkan ikatan persahabatan antara Nur dan Aidil. Dia menulis surat tak bernama pada Adam yang Nur dan Aidil berhubungan sulit. Adam berdepan dengan Aidil dan Nur. Nur bersumpah tidak pernah menduakan suaminya. Di sudut hati, Aidil menangis mendengar kenyataan Nur. Tapi dia mengiyakannya pada Adam, mereka tidak pernah melebihi batasan sebagai saudara. Adam meminta maaf pada Nur dan Aidil.

Full Download (HQ)

Nur Kasih Episod 13

Adam dan Nur semakin rapat. Adam berkongsi impiannya bersama Nur. Dia mahu mereka membina hidup baru bersama dikelilingi oleh tawa anak-anak . Hati Nur yang dulu terguris, yang dulu menolak cinta, akhirnya mengakui yang dia juga menyimpan perasaan sayang pada lelaki bernama suami itu. Aidil nasihati Adam supaya tidak melukakan lagi hati Nur. Jika dia ingin memiliki Nur semula, buatlah dengan niat yang ikhlas. Nur mendapat tahu yang Adam mempunyai isteri yang lain Katrina. Katrina merayu padanya supaya tidak merampas suaminya. Katrina jelaskan apa yang telah berlaku, dan Adam cuma inginkan zuriat, itu saja. Dia tidak mencintai Nur, sebagaimana dia mencintai Katrina. Nur kecewa lagi dengan Adam. Dia membawa diri, pergi dari KL. Adam memarahi Katrina kerana melukakan hati Nur. Tanya Katrina, haruskah dia berdiam diri sementara suaminya dirampas perempuan lain? Adam berterus-terang yang Nur itu isteri pertamanya. Katrina rasakan dunianya runtuh dan melarikan diri meninggalkan Adam.

Full Download (HQ)

Nur Kasih Episod 14

Setahun kemudian, Nur bekerja sebagai agen di Mekah menguruskan jemaah Malaysia. Jiwanya tenang dan telah belajar melupakan Adam. Sewaktu dia mengiringi jemaah, dia
terdengar suara memberi salam. Kelihatan Adam berdiri di depannya, berihram dan kepala yang bercukur. Nur hampir tidak mengenalinya, dia menyapa dengan baik dan gembira Adam terpanggil untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci. Adam menjemput Nur ke hotel dia menginap, Nur menolak dengan baik. Hatinya sudah tertutup untuk Adam. Adam pinta Nur datang untuk ibunya yang sudah mengetahui perkara yang sebenar. Ibu teringin sangat untuk berjumpa dengan Nur. Nur serba-salah, terngiang nasihat majikannya, Ummu Majid yang dianggapnya seperti ibu angkatnya bahawa tiada masalah yang akan selesai dengan melarikan diri. Aidil datang berjumpa dengan Nur, sampaikan hajat ibunya untuk bertemu dengan Nur. Nur akur tapi meminta supaya Adam tidak berada di situ. Aidil kata Adam telah benar-benar berubah kali ini.


Full Download (HQ)

Nur Kasih Episod 15

Nur sebak dan terus bersalam dan memeluk Ibu. Aidil senyum hiba dan Adam memerhati, matanya berkaca. Nur mengalah akan pelawaan Ibu makan malam bersama. Nur kata dia harus pergi segera, tapi Adam pintanya jangan lari setiap kali berjumpanya. Bukan niatnya untuk mengejar jika pintu hati Nur terbuka untuk terima Adam akan berada di sisi Nur. Jika hatinya masih tertutup dia akan menunggu. Nur terharu tapi begitu takut dikecewakan lagi oleh suaminya itu. Adam pinta isterinya memaafkan semua perbuatannya yang lalu dan berhasrat untuk berjalan ke Masjidil Haram bersama isterinya. Nur menggelengkan kepala, Adam kecewa tapi redha. Aidil melihat dan bersuara ke Nur kembali pada Adam, jodohnya dan Adam sudah tertulis. Dia sebak akan segala pengorbanannya. Ibu berdoa kepada Ilahi, berikanlah kebahagiaan pada Aidil yang selama ini telah berkorban, berikanlah dia cinta seorang isteri. Sebaik airmata Ibu jatuh ke tanah, pandangan Aidil bertembung dengan seorang gadis yang berabaya dan niqab, sinaran matanya menusuk ke hati Aidil.

Full Download (HQ)

Nur Kasih Episod 16

Gadis tersebut ditemani oleh bapanya dan berjalan menuju ke hotel yang sama tempat Aidil menginap. Sebaik melangkah masuk, ibu mengenggam tangan Aidil, dan berkata dia bangga punyai anak seperti Aidil. Dia bersyukur kerana pengorbanan Aidil, Adam kini kembali ke pangkal jalan. Ibu mahukan yang terbaik untuk Aidil dan dia percaya yang terbaik jugalah dimiliki Aidil. Aidil senyum, mengerti ibunya. Mata Aidil melirik kearah gadis tadi, dan Ibu tersenyum. Ibu nasihati Adam supaya membebaskan Nur. Kata Adam dia tidak akan berbuat demikian kecuali dipinta sendiri oleh Nur.Dia masih menaruh harapan.. Adam terima sepucuk surat dari Nur yang sudah memaafkannya dan dia juga pinta supaya Adam memaafkannya. Dia sedar dia bukan isteri yang sempurna dan mengizinkan Adam untuk mencari penggantinya. Adam membalas surat Nur dia tidak akan mencari pengganti diri Nur. Baginya Nur isterinya hingga ke akhir hayat. Dia menamatkan suratnya dengan sebuah doa.

Full Download (HQ)

Nur Kasih Episod 17

Setahun kemudian, Adam kini telah membuka firma arkiteknya sendiri yang membuat
pengkhususan dalam senibina Islam. Dia terkejut bertemu dengan Nur Amina yang sudah pulang ke Malaysia. Adam bertanya jika Nur kembali untuk selamanya. Dan sudah temui kebahagiaan yang dicari? Nur angguk. Nur tanya kenapa Adam berhenti menulis email pada Nur. Sangka Adam Nur tidak pernah membaca surat-suratnya, ta[I Nur kata dia membaca setiap satu daripadanya. Adam menjemput Nur pulang ke kampung bersamanya untuk majlis pernikahan Aidil. Aidil bersyukurAdam dan Nur bersatu. Adam berterima kasih atas pengorbanan abangnya. Adam dan Nur kembali ke bilik mereka menghabiskan malam pertama mereka dulu. Setelah bertahun lamanya, ini kini malam pertama mereka dalam erti kata sebenar.


Full Download (HQ)

Nur Kasih Episod 18

Suasana masih riuh rendah dengan hilai tawa orang kampung menyediakan majlis. Adam dan Nur diusik kerana kemesraan mereka. Nur memujuk Sarah yang kecewa kerana Aidil akan melangsungkan pernikahan dengan orang lain. Kata Nur jodoh ditangan Tuhan. Kata Sarah. Aidil pilih Aliya kerana dia anak orang kaya. Nur menegur Sarah. Nur mengucapkan tahniah pada Aidil, dan Aidil mengharapkan kebahagiaan buat Nur dan Adam. Nur harap akan berjumpa Aliya dalam masa yang terdekat. Menurut Aidil, Aliya menerima dia seadanya. Sarah menasihatkan Nur supaya berhati hati agar tidak kecewakan lagi oleh Adam tapi Nur semakin yakin dengan keputusannya, Adam pilihan terbaik untuknya. Mereka saling berbalas pandang, dan tersenyum. Majlis berlangsung dengan penuh meriah.. tetapi tiba seorang tetamu yang tak diundang..Katrina.

Full Download (HQ)

Nur Kasih Episod 19

Adam dan Nur terkejut dengan kehadiran Katrina yang kini berhijab. Katrina menceritakan kisah hidupnya, selepas dia meninggalkan Adam, untuk menenangkan diri setiap malam berpesta, bertukar pasangan, mabuk. Di Jakarta dia mengenali seorang wanita yang membimbingnya dekat pada Islam. Nur menjemput Katrina untuk tinggal dengan mereka untuk sementara waktu. Ibu bertanya pada Nur dan Adam siapa Katrina sebenarnya. Nur cuba berdalih, tapi Adam tidak mahu membohongi ibunya lagi. Ini Katrina, isteri keduanya yang dinikahi di Australia. Dibalut perasaan bersalah terhadap Katrina, Adam sedia menerimanya kembali, dengan izin Nur. Katrina menyatakan pada Nur dia tidak ingin merampas hak sesiapa, hanya berkongsi kasih seorang suami. Nur angguk dan memeluknya. Katrina berkata, sungguh mulia hati Nur, dan semoga Allah S.W.T. melindunginya sentiasa.

Full Download (HQ)

Nur Kasih Episod 20

Adam, Kat dan Nur belajar hidup bermadu. Kat merasai dia mengganggu kebahagiaan Adam dan Nur dan selalu mengalah. Adam cuba bertindak seadil adilnya. Dia berkongsi masalah dengan Aidil. Dia merasakan jalan yang terbaik adalah untuk menceraikan Katrina, tetapi rasa tanggungjawabnya menebal. Dia yang seharusnya membimbing isterinya itu, bukan dilepaskan supaya mencari jalan sendiri.. Kata Aidil, dia harus mendengar kata hatinya sendiri. Aidil dan Aliya hidup bahagia walaupun Aidil risau Aliya tidak dapat menyesuaikan diri dengan rumah kampung mereka. Sarah cuba memasang jarum dalam kehidupan mereka, dan bercerita padanya Aidil sebenarnya cintakan Nur. Terkejut Aliya. Dengan selamba Sarah bercerita, Aidil sebenarnya sepatutnya mengahwini Nur, tapi atas permintaan akhir arwah Haji Hassan, Adam yang dikahwinkan dengan Nur tapi cintanya pada Nur tidak pernah padam. Aliya dihambat rasa cemburu. Dia minta Aidil berterus terang.

Full Download (HQ)

Nur Kasih Episod 21

Aidil memberitahu keputusan Adam kepada Aliya. Aliya terkejut dan bertanyakan kepada Aidil jika perkara yang sama terjadi kepada mereka. Aidil menyakinkan Aliya bahawa dia tidak akan menduakan Aliya.
Sarah pula semakin hari semakin rapat dengan Aliya dan cuba menghasut Aliya tentang keakraban Nur Amina dengan Hajjah dan Aidil. Nur Amina risau melihat keakraban Aliya dan Sarah.

Full Download (HQ)

Nur Kasih Episod 22


Aliya terdengar perbualan antara Hajjah dan Aidil. Aidil memberitahu Aliya tentang rancangan Hajjah menyuruh Aidil membawa Aliya berbulan madu.Adam dan Nur Amina telah pun pulang ke Kuala Lumpur bersama-sama Katrina. Nur Amina mengesyaki sesuatu tentang kesihatan Katrina tetapi sempat memberitahu kepada Adam. Keadaan Katrina semakin teruk. Ketika selesai solat jemaah bersama-sama Nur Amina, adam dan Hajjah, Katrina rebah.

Full Download (HQ)

Nur Kasih Episod 23

Adam pulang ke kampung untuk menziarah kubur Katrina sekaligus menghantar Nur Amina. Adam melihat kereta baru Aidil yang dihadiahkan oleh keluarga Aliya kepadanya.Aidil berbincang dengan Aliya untuk memulangkan semula kereta tersebut. Aliya tidak bersetuju.
Sarah masih lagi mencuba menghasut Aliya dan Nur Amina. Adam pula mula bersikap dingin dengan Nur Amina.

Full Download (HQ)

Nur Kasih Episod 24


Nur Amina melihat berita yang disiarkan di televisyen tentang hotel di Mumbai di tawan. Nur Amina teringatkan Adam yang menginap di sana. Hajjah segera memanggil Aidil yang ketika itu baru keluar dari rumah.Dato’ ingin membantu Aidil dan Nur Amina mencari maklumat tentang Adam di Mumbai. Aliya pulang dari seminar lebih awal dari yang dijadualkan. Setibanya di rumah, Aliya melihat Nur Amina dan Aidil di dapur.Aliya berang kerana menyangka Aidil mempunyai hubungan dengan Nur Amina.

Full Download (HQ)

Nur Kasih Episod 25

Adam diselamatkan oleh seorang lelaki India Muslim.Hubungan Aidil dan Aliya masih lagi tegang dan Aidil cuba berbincang dengan Aliya cara baik. Aliya menceritakan segala-gala yang didengarnya dari Sarah. Sarah yang melihat dari dalam rumah segara mencari Nur Amina dan memohon maaf. Sudah setahun Adam hilang tiada khabar. Nur Amina sering ke tali air tempat Adam dahulu. Hajjah semakin tidak sihat kerana risaukan keadaan Nur Amina.

Part 1
Part 2
Full Download (HQ)

Nur Kasih Episod 26

Nur menghabiskan masa dengan anak-anak di masjid. Suatu hari, Aidil melihat Nur menangis, airmata berlinangan di pipi. Aliya mendekatinya mengingati perbualan mereka yang dia mengizinkannya. Aidil merapati Nur dan berkata dia sanggup menjaga Nur. Nur memandang Aidil, kemudian Aliyadan Nur menggeleng perlahan. Nur membuat keputusan untuk pulang ke Kuala Lumpur. Dia tidak mahu lagi menjadi penyebab renggangnya hubungan Aidil dan Aliya. Dalam keretapi, Nur memandang keluar, Adam tiba disisinya sambil memberi salam. Nur terkejut, memandangnya, bersyukur.. dia tahu Adam akan pulang juga ke pangkuannya. Mereka berpelukan. ~ Tamat ~

Part 1
Part 2
Part 3
Part 4

Full Download (HQ)

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger