15 Mei 2011 -Selamat Hari Lahir ke 32 Untuk diriku.
Alhamdulillah. Hari ini bersamaan 15 Mei, genaplah usia SG 32 tahun. Pejam celik, pejam celik dah 32 tahun SG menjadi penghuni bumi Allah yang indah ini. 32 tahun? Oooooo tidak. Seperti tidak disangka pula. Rasanya baru jer 23. hehehehehe. Kadang2 SG pun tak sedar umur SG ni dah menginjak ke 30an. Masih terasa 20an jer lagi.
32 tahun. itulah hakikat yang perlu SG terima. Bersyukur kehadrat Illahi kerana masih memanjangkan usia SG serta masih diberi peluang lagi untuk terus merasai nikmat dibumi bertuah ini. Apapun SG tak merasai diri ini tua, bahkan SG sentiasa menerapkan jiwa muda. Bukan tak sedar diri. Tapi itulah amalan SG untuk mengelakkan nampak lebih tua sebelum waktunya. Sekurang2nya SG masih tidak lupa asal usul kejadian SG ini. Allah maha agong.
31 tahun sudah berlalu pergi. Angka bagi tahun memulihkan keperibadian SG. 31 juga adalah tahun membina semula ekonomi serta kehidupan yang selama ini merundum. SG tinggalkan angka 31 sebagai kenangan, pelajaran untuk menempuh angka 32 yang bakal lebih mencabar.
Diharap angka 32 ini membawa tuah serta rahmat kepada SG. Merialisasikan impian adalah matlamat utama di Umur 32 ini. Semoga Allah sentiasa memberi petunjuk dan hidayah kepada SG. InsyaAllah.
SELAMAT HARI JADI...
ReplyDeleten welcome back to blogger world...