Headlines News :
.
Home » , » Liverpool 0-2 Spurs - Tewas tidak bermaksud menyerah kalah.

Liverpool 0-2 Spurs - Tewas tidak bermaksud menyerah kalah.

Written By Unknown on Monday, May 16, 2011 | 20:34

Kepada semua peminat2 The Reds, bersabarlah kalian. Menyaksikan perlawanan malam tadi di gelanggang sendiri menjadi igauan ngeri bagi kita. Dengan perbezaan 2 mata antara Spurs sebelum perlawanan, kita mengharapkan kemenangan untuk mengesahkan The Reds melayakkan diri ke Liga Eropah.


Malangnya harapan kita dimusnahkan oleh kelibat anak2 buah Harry Redknapp yang bermain baik sepanjang perlawanan. Ditambah pula beberapa keputusan "Si Botak Howard Webb" yang agak berat sebelah menambahkan lagi duka sengsara kita. Sememangnya kita ketahui, apabila si botak ini mengadili perlawanan Liverpool, sudah pasti badi kekalahan terus melekat akibat ketidak adilnya beliau mengadili perlawanan.


"Tewas tidak semestinya menyerah kalah", itulah sepatutnya keazaman yang perlu ditanam dihati pemain2 kita. Baki satu perlawanan menentang Aston Villa nanti semestinya Liverpool kena menang serta mengharapkan kekalahan Spurs yang menentang Birmingham. Hanya tuah di waktu2 kecederaan ini saja dapat mengembirakan hati semua2 ahli keluarga Liverpool. Semoga nasib yang baik akan kita miliki.


Perlawanan malam tadi adalah perlawanan terakhir Liverpool di Anfield untuk musim 10/11 ini. Walaupun tewas, selepas perlawanan semua pemain bersama ahli keluarga serta pegawai2 mengucapkan sekalung penghargaan kepada peminat2 setia di Anfield. Mereka berarak mengelilingi stadium menghargai kesetian peminat. Walaupun tiada apa piala yang boleh dibanggakan, tetapi melepaskan pasukan dari zon maut adalah satu hadiah terbaik buat kita semua. Musim pembangunan adalah tajuk utama yang perlu kita faham dalam perjuagan Liverpool pada musim ini. Semoga musim baru nanti, Liverpool akan berubah watak menjadi pasukan yang digeruni bukan sahaja di England malahan Eropah juga. YNWA
Share this article :

1 comment:

  1. mungkin ada hikmah x layak dlm mn2 kejohanan eropah.who knows bleh fokus utk BPL jer then rampas blk title 19 tu

    Aksi-aksi terlarang @ Kuala Lumpur International Book Fair 2011

    ReplyDelete

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger