Headlines News :
.
Home » , » Kalah tanpa melawan - Final UCL 10/11 - Barcelona 3-1 MU

Kalah tanpa melawan - Final UCL 10/11 - Barcelona 3-1 MU

Written By Unknown on Monday, May 30, 2011 | 01:38

Barcelona 3-1 Man You

Seperti yang kita ketahui, seminggu fan setan merah ini melaungkan kegarangan, kejayaan yang bakal mereka perolehi dalam perlawanan akhir Liga Juara2 (UCL) menentang pasukan Barcelona. Hari kemuncaknya pada hari Sabtu semalam dimana di laman2 sosial seperti Facebook, Twitter dan sebagainya mereka melancarkan perang saraf menunjukkan riak mereka samaada khas untuk peminat Barca dan juga kelab2 EPL terutamanya Liverpool.

Tapi bagi SG "ada aku kisah" dengan tabiat geng2 MUnyet ini. Bukan masalahnya SG takut kena kutuk sebab dengan kedudukan Liverpool sekarang ni. Tapi inikan game mereka dengan Barca, buat apa SG nak menyibuk2. Sekadar melihat gelagat2 mereka ni pun dah gelihati dibuatnya.

Tapi macam yang semua tahu, penyokong paling steady & open mainded adalah Liverpool. Jadi SG yang keopenan maindednya ni dengan rela hati melayan jugalah game Final mereka ini pagi semalam. Kalau penyokong MU belum tentu boleh layan game lain selain MU. Tujuan SG tengok game ni pun, bukanlah nak sokong Barca ataupun MU (walaupun hakikatnya nak MU kalah), tapi SG mengharapkan perlawanan sengit serta mutu permainan yang menarik. Dah namanya Finalkan. Lagi2 kedua2 pasukan adalah juara liga dinegara masing2. Dah tentu game pun seronok.

Tapi malangnya apa yang SG harapkan menjadi sebaliknya. rasanya 10 minit pertama je kot, Barca bagi peluang MU ni menyerang. Selepas itu langsung tak bagi peluang. Terasa pula seperti Barca bermain dengan 11 orang, tapi Mu bermain dengan 1 orang. SG malas le nak komen lebih2. Nanti kata Kelab sendiri pun x power nak kutuk kelab lain. Maklumlah geng2 MU ni semua otak berkarat. Tak boleh terima apa orang lain kata. Hati & akal dah dirasuk setan ler katakan.

Kenapa SG kata Barca main 11 orang, MU seorang? Jom tengok statistik ni..


Perlu ker SG nak terangkan. Rasanya tak perlulahkan.. Korang fikirlah sendiri. Apa yang SG nak komen pun sikit je, "KALAH TU ADAT LER, TAPI BIAR BERMARUAH." Maksudnya walaupun kalah, tapi dalam perlawanan tu biarlah melawan. Bukan kena serang saja. Pantang ajal sebelum mati. Buat malu je kat team2 BPL.

Oklah, mari kita lihat pula aksi Ketika perlawanan..

3 lawan 1, Messi tetap lepas dan score
Beruk tua buat aksi sarkas
Alamak, brek tak makan ler.
Ni rembatan David Villa ke tandukan Ferdinand yang gol?
Kenapalah bengap sangat budak2 ni main

Aksi2 selepas perlawanan pula.

Ohh.. tidak.. dimana aku nak sorokkan ke***anku ini..
Agak2 dia orang perasan tak aku tukar jercy Barca ni.
Ada aku kisah kalah pun. Yang penting lepas ni aku jadi ayam pencen
woii2... ajak ler kita orang celebrate sama. meleleh air liur ni..
Dia orang main sembur2. Lepas ni aku pula kena sembur dengan bapak setan. huhuhu

Yang pastinya bintang yang sudah tentu terang benderang. MOTM di Final.


Apa kata peminat2 MU?

  • Alah... kalah pun dapat no. 2. Dalam Eropah tu.
  • Apa majal ler game ni.
  • Tak kisah. Janji dapat pecah rekod 19 kali juara liga dari Liverpool.
p/s: UCL Liverpool 5 kali tau. Kira lagi hebatlah. Kalau tak kerana di banned 6 tahun dalam kejohanan eropah selepas kejadian Heysel 29 May 1985 ( Final UCL Liverpool VS Juventus), rasannya mau dah 8 kali pegang piala ni.

Tadi peminat2 setan yang kata. Ni bapak setan pula nak komen.


Apa pun diharap peminat2 Man U ni belajarlah terima kenyataan. Yang korang dah kalah dengan tiada maruah. Biar menang tanpa bertanding, jangan kalah tiada fighting...
Share this article :

4 comments:

  1. p/s bro.. bla tiket mal vs liv nk jual ni? dpt info?

    Serius hot! WFTXO@#$%&*!

    ReplyDelete
  2. dengar cerita dah start jual kat KLCC. tapi tak tau ler.. kalau x silap harga RM58 kot..

    ReplyDelete
  3. latest!

    TIKET MAL VS LIVERPOOLFC DAH DIJUAL DI STANDARD CHARTERED BANK KHAS UNTUK S.C ACCOUNT HOLDERS SAHAJA.

    PLUS, DAPAT FREE TIKET FOR TRAINING SESSION!

    ReplyDelete

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger