Headlines News :
.
Home » , , , » BPL 2013/14 (Game 38) - Liverpool 2-1 Newcastle United

BPL 2013/14 (Game 38) - Liverpool 2-1 Newcastle United

Written By Unknown on Tuesday, May 13, 2014 | 10:43


Walaupun Liverpool mampu meraih kemenangan dalam perlawanan terakhir liga ini, ia tidak cukup untuk membantu Liverpool menjuarai EPL. Kemenangan 2-1 keatas Newcastle di Anfield hanya sekadar mampu untuk mempertahankan tempat kedua liga dari dipintas oleh Chelsea dan merelakan Manchester City merangkul mahkota kejuaraan.

Pada perlawanan ini, Liverpool terlebih dahulu ketinggalan dengan 0-1 akibat jaringan sendiri Martin Skrtel seawal minit ke 20. Walau bagaimanapun Agger dan Sturridge berjaya memberi kelegaan kepada Liverpool apabila menjaringkan gol pada separuh masa kedua. Yang menariknya kedua-dua gol tersebut dihasilkan dalam masa dua minit berselang dan posisi jaringannya di tempat yang sama dalam keadaan yang juga hampir sama.



Sebenarnya bukanlah nak ulas sangat pasal perlawanan ini, tetapi lebih kepada rangkuman keseluruhan perlawanan penghujung musim. Seperti orang kata, last lap di selekoh terakhir Liverpool terbabas dari litar dan kemudiannya dipintas oleh Manchester City. Itulah keadaannya yan terjadi. Liverpool terpaksa menelan kepahitan akibat kesilapan yang dilakukan oleh diri sendiri.

Kesilapan paling besar sudah tentulah pada perlawanan menentang Chelsea dimana Liverpool tewas 0-2 yang sudah menampakkan piala sudah bertukar tangan. Sepatutnya Liverpool hanya perlu mencari keputusan seri sahaja pada perlawanan tersebut. Walau bagaimanapun seandainya seri pada perlawanan tersebut, Liverpool sekali lagi dipalit kedukaan dengan keputusan seri 3-3 dengan pasukan Crystal Palace. Perlawanan yang sepatutnya Liverpool menang besar selepas mendahului 0-3, musnah dalam masa 10 minit terakhir.




Mungkin kita tidaklah nak mengamuk akibat kegagalan merangkul kejuaraan ini. Tetapi sedikit terkilan kerana apa yang berlaku pada musim 2008/09 kembali berulang. Disaat peluang keemasan terhidang dihadapan mata, ia dirompak oleh pasukan lain yang dapat menghidu kelemahan Liverpool. Mungkin skuad Branden Rodgers kali ini masih muda dan kurang pengalaman untuk menerima tekanan apabila berada di puncak. Apatah lagi permainan saikologi lawan dan over confident telah mencalar impian. Harapnya Branden Rodgers akan kembali membuat persiapan rapi dalam memantapkan lagi barisan pemain Liverpool untuk musim hadapan. Barisan pertahanan sudah pastinya menjadi topik utama bualan peminat akibat kelonggaran dan mudah untuk dibolosi.




Apapun target utama owner serta kelab sudah tercapai untuk melayakkan diri ke saingan Liga Juara-Juara Eropah pada musim akan datang. Cabaran getir pasti melanda dan perlu dihadapi dengan sistematik dan berkesan. Harap-harapkan owner mampu untuk mengeluarkan dana yang agak banyak untuk Rodgers berbelanja membeli pemain yang terbaik. Mudah-mudahan musim hadapan adalah milik Liverpool. YNWA....


LIVERPOOL : Mignolet, Johnson, Skrtel, Agger, Flanagan (Cissokho), Henderson, Gerrard, Allen (Coutinho), Sterling, Suarez, Sturridge (Lucas)
SUBS : Jones, Toure, Sakho, Cissokho, Lucas, Coutinho, Aspas

NEWCASTLE UNITED : Krul, Taylor (de Jong), Williamson, Coloccini, Haidara, Debuchy, Anita, Tiote (Dummett - red card -87'), Gouffran (Sammy Ameobi), Sissoko, Shola Ameobi (red card - 66')
SUBS : Elliot, Santon, Yanga-Mbiwa, Satka, Dummett, Sammy Ameobi, de Jong


Liverpool 2-1 Newcastle United Highlights... by Gamesday-Highlight

Share this article :

2 comments:

  1. xtau nk kata apa... apa2 pn hrp semua pemain dpt belajar sesuatu drpd yg dah berlaku... dan yg pasti 7th to 2nd is BETTER THAN 1st to 7th ekekekeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Langsung x main eropah plk tukan utk next season. hehhehe

      Delete

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger