Headlines News :
.
Home » , , » Game 1 MSL 2014 - Selangor 2-0 T-Team

Game 1 MSL 2014 - Selangor 2-0 T-Team

Written By Unknown on Sunday, January 19, 2014 | 16:42


Permulaan yang baik bagi pasukan Selangor di perlawanan pembukaan bagi musim 2014 ini. Walaupun beraksi di waktu sebelah petang, ia tidak sedikit pun merencatkan segala perancangan jurulatih baru Selangor, Mehmet Durakovic. Kejayaan membenam cabaran T-Team 2-0 di Stadium MBPJ semalam sudah memadai untuk Selangor memungut 3 mata awal untuk berada dalam kedudukan kelompok selesa.

10 minit diawal perlawanan, pemain Selangor kelihatan agak gugup. Seperti masih segan silu untuk mendapatkan rentak, T-Team sedikit cuba mencuri tumpuan. Walaubagaimanapun selepas itu setip pemain elangor kembali bangkit untuk mencipta serangan demi serangan. Kesebelasan pemain Selangor menunjukkan persembahan yang amat baik. Separuh masa pertama sahaja bertubi-tubi serangan terhasil keaarah pintu gol pasukan T-Team namu tiada gol yang berjaya dihasilkan.


Melihat ada sedikit kelemhan disebelah sayap, Mehmet mengarahkan S. Kunanlan bertukar ke posisi sayap kiri dengan Fitri. Jika sepruh mas pertama Fitri agak tenggelam, selepas pertukaran posisi ini telah nampak perubahan ketara dengan permainan bertambah laju dan tersusun. Penyerang import Selangor dari Brazil Paulo Rangel telah banyak mempersia-sikan peluang keemasan yang tiba. Gol yang dinanti-nantikan akhirnya muncul juga apabila Paulo Rangel  berjaya membuat tandukan lemah untuk memperdayakn penjaga gol T-Team Shahril Sa'ari. Ia berpunca dari keadan kelam kabut yang melanda dalam kotak penalti T-Team.

Gol kedua Selangor pula hadir selang 7 minit kemudian. Paulo Rangel sekali lagi membuktikan bahawa pembelian beliau sememangnya berbaloi. Hantaran silang dari pemain gantian Abdul Hadi Yahya berjaya disempurnakan oleh beliau dengan tandukan yang tajam. Seperti peluru Rangel meluru dan melepaskan tandukan seperti kata pengulas Astro Arena Haji Hasbullah Awang.


Pujian harus diberikn kepada seorng lagi penyerang import Selangor Juninho kerana kerajinan serta kepintaran beliau mencipta ruang kepada rakan-rakannya. Dimana ada bola pasti akan berada kelibat beliau. Begitu juga dengan aksi S. Kunalan yang menghidupkan bahagian sayap. Larian pantas beliau telah banyak berjaya mengkucar kacirkan barisan pertahanan T-Team. Walaubagaimanapun secara keseluruhannya pemain-pemain Selangor berjaya bertindak cemerlang dan bekerjasama sepasukan. Walaupun bermain didalam keadaan padang yang kurang memuaskan, tetapi masih lagi mampu mempamerkan hantaran-hantaran cantik serta gerakan pantas ala-ala Barcelona. Tahniah Selangor.


SELANGOR : Farizal Marlias, Azmi Muslim, Steve Pantelidis, Shukur Jusoh (Hadi Yahya), Paulo Rangel, Juninho, Bunyamin Umar (P. Rajesh), K. Gurusamy, S. Kunanlan, Rizal Fahmi Rosid, Fitri Shazwan.
SUBS : Andik Vermansyah, Raimi Nor, Hadi Yahya, P. Rajesh, Afiq Azmi, Hamsani Ahmad, S. Veenod.

T-TEAM : Shahril Sa'ari, Hazwan Rahman (Hasbullah Awang), Faizal Muhamad, Fabio Flor, Shahril Faizal, Nelson San Martin (Patrich Wanggai), Evaloo Goncalves, Marzuki Yusuf, Hattaphon Bun An (Azlan Ismail), Azrul Hazran, Nuraliff Zainal.
SUBS : Hasbullah Awang, Azlan Ismail, Patrich Wanggai, Irfan Ghani, Wan Azraie Teh, Ramzul Zahini, Syuhran.


Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger