Selangor berjaya menebus kehampaan di atas kekalahan kepada pasukan Lion Xll tempohari apabila berjaya menundukkan pasukan Pahang dengan keputusan 1-0 di Stadium MBPJ petang tadi. Paulo Rangel menjadi wira skuad Red Giants apabila telah menjaringkan gol tunggal pada minit ke 56 di separuh masa kedua perlawanan.
Selangor seharusnya berterima kasih kepada penyerang-penyerang pasukan Pahang kerana kegagalan mereka untuk menyudahkan peluang yang banyak terhidang di depan mata. Sememangnya diakui pasukan Pahang lebih banyak mendominasikan permainan dengan corak permainan dan hantaran tersusun berbanding Selangor yang nampak lebih menyerlah sedikit pada separuh masa kedua berbanding sebelumnya.
Setelah tamat keseluruhan perlawanan Liga Super pada hari ini, Selangor melompat ke takhta liga dengan mengumpul enam mata dari 3 perlawanan. Selepas ini pasukan Selangor akan kembali beraksi di kejohanan Piala FA pada hari Selasa hadapan menentang pasukan Sarawak di Stadium MBPJ. Diharapnya pasukan Selangor mampu untuk meneruskan kecemerlangannya melangkah kepusingan seterusnya.
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !