Headlines News :
.
Home » , , » Game 2 MSL 2014 - Lion Xll 2-1 Selangor

Game 2 MSL 2014 - Lion Xll 2-1 Selangor

Written By Unknown on Sunday, January 26, 2014 | 02:09


Selepas melepasi dua perlawanan liga serta piala FA minggu ini dengan kemenangan, pasukan Selangor gagal untuk meneruskan rentak kemenangan tersebut apabila tewas dengan pasukan Lion Xll 2-1 malam tadi. Bermain di Stadium jalan besar yang menggunakan rumput tiruan sememangnya satu kelebihan bgi pasukan Lion untuk membenam cabaran pasukan Selangor.

Lion Xll terlebih dahulu menjaringkan gol pada minit-minit terakhir sebelum rehat separuh masa pertama melalui Shakir Hamzah. Walaubagaimanapun keputusan tersebut tidak lama apabila Fitri Shazwan berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-57. Malangnya disaat kedua-dua pasukan seperti akan menamatkan perlawanan dengan berkongsi satu mata, Khairul Amri menjadi wira pasukan Lion Xll apabila berjaya menjaringkan gol kemenangan pada penghujung masa kecederaan separuh masa kedua.

Dengan kekalahan ini, Selangor telah menduduki tangga kedua carta Liga Super di bawah Kelantan yang telah mengutip 6 mata maksimum dari dua perlawanan yang dilalui. Selepas ini, pasukan Selangor akan bertemu pasukan Pahang pula dimana perlawanan akan dilangsungkan pada hari Selasa di stadium MBPJ. Harapannya Selangor mampu untuk menebus kehampaan ini nanti.


Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger