Headlines News :
.
Home » » Lentik Gadis Peneman

Lentik Gadis Peneman

Written By Unknown on Wednesday, December 23, 2009 | 02:19

Lentik Gadis Peneman

Dia bukan pegawai perhubungan pelanggan, GRO, kerana tidak bermajikankan pemilik pusat hiburan. Bukan juga gadis pengiring, ‘escort girl’, kerana upah perkhidmatannya tidak begitu lumayan.

“Kawan akan bagi tahu bila ada job,” kata Yuna.

Yuna, anak ke-5 daripada 7 beradik, dilahirkan di Kota Tinggi, Johor, mula berkerja sebagai gadis peneman sejak setahun lalu.

“Kawan sejak sekolah panggil saya 'lentik', sampai sekarang gelaran itu lekat,” tambahnya.

Biarpun usianya 23 tahun, dia kelihatan 3 tahun lebih muda manakala tubuhnya berukuran, 34-24-34, ‘melentik’, dilihat aset mampu memancing perhatian ramai lelaki pengunjung pusat hiburan bermata keranjang.

“Klien bayar saya, RM100 untuk jadi teman pergi karaoke. Saya tak minum (arak), cuma menyanyi sahaja. Kalau dia menggatal, saya akan tepis. Memang tak ada feeling langsung, kerja untuk dapat duit. Pernah ada klien kiss saya kat mulut, lepas tu saya marah dia,” katanya.

“Jadi apa klien boleh buat, dia kan bayar?,” soal saya.

“Setakat peluk and dance, saya tak kisah, lebih-lebih sorry, saya maki. Kalau tak dengar, saya balik, tak dapat duit pun tak apa,” jelasnya.

Menurut Yuna, kliennya, majoriti Melayu, antara mereka, kapten kapal, ahli korporat dan pegawai kerajaan memburu keseronokan berhibur di waktu malam.

“Emak tahu ke kegiatan awak?,” tanya saya.

“Dia tahu saya pergi menyanyi, mak call setiap hari,” jawabnya.

Sejak menetap di rumah bujang bersama rakan sekerjaya di Johor Bahru, keluarga gagal mengesan kegiatannya. Tambahnya lagi, hampir setiap hari dia pulang kerumah sewa menjelang waktu subuh.

“Pernah tak GRO tidak berpuas hati tengok awak?,” soal saya.

“Ada, siap tanya, saya ni siapa lagi? Saya cakaplah, kawan. Tetapi sekarang dah jadi satu tren, klien tak ambil GRO. GRO, bayaran mahal, sampai lima ratus ringgit semalam, lepas tu perangai dia orang pelik, sambil berhibur, sambil mengadu nasib. Bagi tahu klien, kononnya ansuran kereta tak berbayar tiga bulanlah, bayaran sewa rumah tertunggaklah, anak sakitlah. Menagih simpati supaya dapat duit tips lebih. Saya tak macam itu, berhibur, bayar dan blah,” terang Yuna.

Yuna juga sempat berkongsi sikap klien tidak digemarinya.

Ada klien berlagak gila, cakap besar, kononnya banyak duit sangat, I hate them. Macam malam tadi, satu group ni berhibur sakan, mabuk, tetapi masa nak bayar bil RM4,000 terkehel juga”

“Awak dara lagi?,” tanya saya spontan.

“No personal question please. Tanya soalan lain, boleh bang …,” balasnya selamba dan manja.

Ada boyfriend?,” soal saya lagi.

Ada. Bercinta dah 7 tahun, dia baharu habis belajar di politeknik tetapi jumpapun lima bulan sekali. Dia tahu saya berhibur tetapi bukanlah macam ini,” ujarnya sambil mengukirkan senyuman.

Dakwa Yuna, ramai lagi anak gadis seusianya mencari wang dengan cara sama.

“Tak kisah ke kerja macam ini?,” tanya saya.

“Bang, kalau tak ada lelaki gatal banyak duit, gila berhibur, saya pun tak buat kerja ni. Kata orang tua, tepuk sebelah tangan tak menjadi,
kan?,” jawabnya.

Saya terdiam, mungkin itulah kuasa wang.

Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger