Headlines News :
.
Home » » Pengubatan Kanser

Pengubatan Kanser

Written By Unknown on Wednesday, December 23, 2009 | 01:47

Semua pesakit kanser yang mengunjungi Darul Hikmah mempunyai masalah gangguan jin di dalam tubuh badan. Teringat ustaz saya dahulu mengatakan bahawa semua kanser adalah berpunca dari gangguan jin.

Buktinya tidak ada seorang pun pesakit kanser yang pernah saya rawati kecuali semuanya ada gangguan jin. Terkecuali yang telah sembuh. Dahulu kami pernah merawat seorang budak yang mendakwa dibawa jin melawat kampung halaman mereka. Dia mendakwa terdapat bengkel-bengkel pertukangan jin yang menghasilkan percikan api berbisa untuk menularkan penyakit kanser. Sejauh mana kebenaran dakwaannya hanya Allah yang Maha Mengetahui!! !

Rawatan paling kurang selama 40 hari. Untuk penyakit sebegini rawatannya adalah:

1) Dengar: Iaitu mendengar ruqyah saratan atau jampi kanser. Hampir sama dengan ruqyah syariah yang biasa kita dengar. Cuma ada beberapa ayat tambahan. Didengar sekerap mungkin.

2) Mandi: Mandi air yang telah diruqyah sekali sehari sebelum maghrib.

3) Minum: Minum air yang diruqyah tiga kali sehari.

4) Sapu: Sapu anggota yang terkena kanser dengan minyak zaitun virgin oil yang telah diruqyah sekerap mungkin. Sekiranya terkena kanser darah atau leukimia atau anggota di dalam perut maka hendaklah diminum 3 sudu minyak zaitun setiap hari.

5) Tambahan: Menurut mursyid saya Maulana Sheikh Muhammad Nazim al Haqqani bagi pesakit kanser hendaklah minum jus bawang sebiji sehari 1 jam sebelum makan apa-apa selama 40 hari. Bawang yang terbaik adalah bawang Holland berwarna kuning dan berkulit emas. Jus sebaiknya didapati dari mesin 'juicer' (fruit extractor) dan bukan blender...

Bagi pesakit kanser, ulcer dan ketumbuhan bolehlah datang mengunjungi Darul Hikmah. Insya Allah sembuh dengan izin Allah dan keberkatan amalan para awliya'.. amiin...

Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger