Headlines News :
.
Home » » Petronas Larang Guna Telefon Bimbit

Petronas Larang Guna Telefon Bimbit

Written By Unknown on Saturday, December 26, 2009 | 01:33

Isi Minyak, Petronas Larang Guna Telefon Bimbit

KUALA LUMPUR, 16 Dis [1.20 pm] - Kebakaran membabitkan dua kereta berlaku di Stesen Petronas Bandar Indera Mahkota di Kuantan semalam mengakibatkan kecederaan ringan terhadap pemandu kereta berkenaan. Kenyataan dari Petronas Dagangan Berhad hari ini menjelaskan bahawa kemalangan jam 9.15 pagi itu berlaku di pam stesen itu dan api segera dipadamkan oleh kakitangannya. Pemandu kereta pertama cedera ringan dan diberi rawatan pesakit luar di Hospital Tengku Ampuan Afzan sementara penumpang kereta kedua masih di bawah perhatian di hospital itu. Pihak berkuasa dan wakil Petronas Dagangan ketika itu berada di tempat kejadian untuk membantu dan menjalankan siasatan lanjut tentang sebab kejadian itu. Stesen itu kini ditutup sementara. Dalam pada itu, Petronas Dagangan Berhad menasihatkan pelanggan mematuhi peraturan keselamatan di semua stesennya yang melarang keras penggunaan telefon selular, merokok dan membiarkan enjin hidup semasa mengisi minyak. "Kami ingin menegaskan bahawa kami menganggap keselamatan pelanggan, pekerja, kontraktor dan orang awam sebagai amat penting di kawasan operasi kami," kata kenyataan itu.

Dua Wanita Tercedera, Akibat Pam Minyak Petronas Terbakar Di Kuantan Pagi Tadi !

KUANTAN, 15 Dis [9.32 am] - Dua wanita melecur di sebahagian tubuh badan mereka, akibat disambar api gara-gara kebakaran yang berlaku di sebuah stesyen pam minyak Petronas (foto) di Bandar Indera Mahkota dekat sini. Kejadian yang berlaku sekitar jam 9.20 pagi tadi, dipercayai berpunca daripada enjin salah sebuah kereta yang dihidupkan. Apa yang memusykilannya ialah, enjin berkenaan dihidupkan oleh pemandu terbabit selepas beliau mengisi minyak dan bukannya ketika mengisi minyak seperti kebiasaannya. Wanita yang tercedera terbabit dipercayai penumpang kedua-dua buah kenderaan berkenaan. Menurut salah seorang mangsa yang ditemui, ketika kejadian beliau sedang menunggu suaminya untuk membayar minyak di kaunter. "Tiba-tiba api yang marak datang menyambar kereta (Perodua Myvi) saya. Ketika itu cermin tingkap kereta tidak bertutup" katannya. Difahamkan, sebahagian tubuhnya melecur akibat kejadian tersebut. Salah seorang lagi mangsa yang cedera, dipercayai berada dalam kenderaan yang dihidupkan enjin itu (Proton Saga Exclusive). Api yang marak itu menyebabkan kekecohan berlaku di stesyen minyak berkenaan. Orang ramai bertempiaran lari kerana khuatir pam minyak tersebut akan meletup akibat kebakaran tersebut. Api berjaya dipadamkan beberapa minit selepas, ketibaan anggota bomba dari balai berdekatan. Stesyen minyak terbabit kini ditutup kepada orang ramai, untuk siasatan lanjut.

Kenderaan Perodua Myvi yang dinaiki oleh salah seorang mangsa
Inilah pam minyak yang telah mencederakan dua mangsa pagi tadi
[Orang ramai yang berpusu-pusu di tempat kejadian juga amat terkejut dengan insiden yang berlaku itu. Mereka tergaman kerana kejadian yang melibatkan orang awam itu berlaku sehari selepas Speaker Dewan Rakyat menolak usul pembentangan Laporan Kewangan Petronas yang disuarakan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam. Seperti di parlimen, wakil Petronas Dagangan yang berada di tempat kejadian juga telah menghalang krew kami daripada melaporkan berita ini, atas alasan sidang media akan diadakan kemudian. Memandangkan kes ini adalah berkaitan dengan rakyat, maka ia perlu didedahkan kepada umum dan tidak perlu diselindungkan seperti yang berlaku di parlimen. Oleh itu, kepada pengguna yang mengisi minyak selepas ini, dinasihatkan agar berhati-hati dengan keselamatan mereka. Masakan, hidupkan enjin selepas isi minyak pun boleh mencetuskan kebakaran. Ini amat berbahaya kepada pengguna yang lain sebenarnya].
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger