Headlines News :

EURO 2012 - Sweden vs England

Written By saleehs gerrard on Friday, June 15, 2012 | 16:41

Awal pagi nanti, pasukan kegemaran no. 1 SG akan membuat penampilan kedua pada saingan peringkat kumpulan D EURO 2012 ini. Pasukan yang menanti skuad Three Lions ini sudah tentulah pasukan Sweden yang dikepalai oleh Zlatan Ibrahimović.

Awal pagi tadi skuad pilihan SG no.2 Sepanyol telah berjaya mengamuk untuk mengalahkan Ireland dengan keputusan 4-0 hasil jaringan Torres (2) David Silva dan Fabregas. Harapnya England dapat mengikut jejak pasukan Sepanyol ini. Tapi bila terkenangkan Roy Hodgson, emmmm..  sedikit gusarlah dengan tektikalnya yang kalau diharap sememangnya tak boleh harap.

Walaupun begitu, SG masih menaruh harapan tinggi kepada abang long Gerrard untuk mengemudi anak buahnya mencipta kejayaan. Harap malam ni, Carroll, Downing, Walcott dapat diturunkan seawal minit permainan. Kerana itu sajalah caranya untuk mengelakkan corak permainan buruk yang ditonjolkan pada perlawanan pertama lalu terjadi kembali.

SWEDEN vs ENGLAND
02:45 pagi - Sabtu

Preview : Game 19 MSL 2012 - Sarawak vs Selangor

Selama sebulan kempen Liga Super diberhentikan, esok ia bersambung kembali setelah sekembalinya pemain-pemain kebangsaan kepangkuan pasukan negeri masing-masing. Hanya disebabkan perlawanan persahabatan antarabangsa, cuti yang kurang munasabah akan merencatkan kerancakkan kempen musim kali ini.

Esok juga skuad Selangor akan terbang ke Bumi Kenyalang untuk bertemu skuad bujang Senang Sarawak dalam melengkapkan jadual perlawanan ke 19 liga. Cuti rehat lama yang telah diperuntukkan sememangnya digunakan sebaik mungkin oleh jurulatih Irfan Bakti untu melansungkan perlawanan persahabatan walaupun tanpa beberapa pemain utama disisi.

Seperti biasa nak terlalu mengharapkan lebih, takut kecewa dikemudian hari. Prestasi Red Giant yang seperti yoyo sememangnya sukar untuk diramal keputusan esok samada mampu untuk membawa pulang 3 mata penuh ataupun pulang dengan tragis akibat direntap ganas sang buaya kelaparan. Harap Irfan dapat memberi amanat yang terbaik sebelum bermulanya perlawanan esok. Disamping pengalaman pemain yang mewakili negara ketika menentang Singapura tempohari juga dapat diguna pakai sebagai pelengkap ramuan kejayaan.

Group D EURO 2012 : Perancis 1-1 England

Written By saleehs gerrard on Tuesday, June 12, 2012 | 03:12

Tengok line up England nampak boleh ler nak mengigit pada perlawanan ini. Tapi rupanya kalaulah dah namanya Roy Hodgson jadi pengurus, memang main pun serupa je masa dia membimbing Liverpool dulu. Sakit hati betul tengok perlawanan ni.

Walaupun seri 1-1 lebih baik dari kalah, tetapi bila tengok penguasaan bola, nampak sangat main lebih banyak bertahan dari menyerang. Penyerang, kiri dan kanan langsung tak menampakkan mereka layak untuk menduduki barisan utama Liverpool. Nasib baiklah Lescott ni bijak boleh buat gol hasil dari sepakan percuma Gerrard. Kalau tak, mahunya dah kalah dengan 1 gol dari Samir Nasri.


3 pemain Liverpool bermain pada perlawanan ini. Gerrard dan Johnson seharusnya mendapat pujian kerana mereka berdua nampak bersungguh-sungguh untuk menang. Jordan Henderson yang masuk untuk menggantikan Scot Parker pula seolah-olah terkejut bila diberi peluang untuk bermain. Pemain-pemain lain seperti Milner, Young, Chamberlain dan Welbeck haram langsung tak menjadi. Malangnya kenapalah baru nak masukkan Welcott ketika masa permainan dan 90 minit. SG pun tak faham apa sebenarnya pakcik Roy ni nak buat. Kalau beginilah corak permainan yang ditekankan, bolehlah mereka tempah tiket flight awal-awal untuk balik London..

Report perlawanan





Scoring Summary

France (1)                                                  (1) England
Samir Nasri (39')Joleon Lescott (30')

Match Stats

France                                                                                                                               England
19(15) Shots (on Goal) 3(1)
9 Fouls 7
11 Corner Kicks 4
0 Offsides 5
60% Time of Possession 40%
0 Yellow Cards 2
0 Red Cards 0
0 Saves 6

Teams

France England
Hugo LlorisJoe Hart
Philippe Mexes15 Joleon Lescott
Adil RamiJohn Terry
Patrice EvraAshley Cole
Mathieu DebuchyGlen Johnson
18 Alou Diarra17 Scott Parker
15 Florent MaloudaSteven Gerrard
Yohan Cabaye20 Alex Oxlade-Chamberlain
Franck Ribéry16 James Milner
10 Karim Benzema22 Danny Welbeck
11 Samir Nasri11 Ashley Young
Substitutes
13 Anthony ReveillerePhil Jagielka 18
22 Gaël ClichyRobert Green 13
20 Hatem Ben ArfaJermain Defoe 21
12 Blaise MatuidiLeighton Baines 12
23 Cedric CarrassoStewart Downing 19
14 Jérémy MenezTheo Walcott 7
Mathieu ValbuenaAndrew Carroll 9
Olivier GiroudJordan Henderson 8
21 Laurent KoscielnyPhil Jones 14
16 Steve MandandaJack Butland 23
17 Yann M'Vila
19 Marvin Martin
Substitutions
Hatem Ben Arfa for Yohan Cabaye (84)Jermain Defoe for Alex Oxlade-Chamberlain (77)
Marvin Martin for Florent Malouda (85)Jordan Henderson for Scott Parker (78)
Theo Walcott for Danny Welbeck (90)
Yellow Cards
Alex Oxlade-Chamberlain (34)
Ashley Young (71)
· Squads: France | England


Jadual dan keputusan perlawanan EURO 2012

Written By saleehs gerrard on Friday, June 8, 2012 | 04:10

Saat yang dinanti-nantikan akhirnya berkunjung tiba. Kejohanan bolasepak benua Eropah kembali menghangatkan suasana musim panas tahun 2012 ini. EURO 2012 menjanjikan sesuatu yang terbaik untuk disajikan kepada kita dalam menilai kualiti pemain-pemain yang selama ini telah mencipta nama untuk kelab-kelab yang diwakili dalam membawa negara mereka menjadi pasukan yang terbaik di Eropah.

Berikut adalah jadual perlawanan yang bakal berlangsung bermula 9 Jun 2012 (waktu Malaysia)..


EURO 2012
GROUP TEAM RESULT TEAM DATE TIME
A Poland 1 - 1 Greece 09/06/12 00:00
A Russia 4 - 1 Czech Republic 09/06/12 02:45
B Netherlands 0 - 1 Denmark 10/06/12 00:00
B Germany 1 - 0 Portugal 10/06/12 02:45
C Spain 1 - 1 Italy 11/06/12 00:00
C Ireland 1 - 3 Croatia 11/06/12 02:45
D France 1 - 1 England 12/06/12 00:00
D Ukraine 2 - 1 Sweeden 12/06/12 02:45
A Greece 1 - 2 Czech Republic 13/06/12 00:00
A Poland 1 - 1 Russia 13/06/12 02:45
B Denmark 2 - 3 Portugal 14/06/12 00:00
B Netherlands 1 - 2 Germany 14/06/12 02:45
C Italy 1 - 1 Croatia 15/06/12 00:00
C Spain 4 - 0 Ireland 15/06/12 02:45
D Ukraine 0 - 2 France 16/06/12 00:00
D Sweeden 2 - 3 England 16/06/12 02:45
A Czech Republic 1 - 0 Poland 17/06/12 02:45
A Greece 1 - 0 Russia 17/06/12 02:45
B Denmark 1 - 2 Germany 18/06/12 02:45
B Portugal 2 - 1 Netherlands 18/06/12 02:45
C Croatia 0 - 1 Spain 19/06/12 02:45
C Italy 2 - 0 Ireland 19/06/12 02:45
D England - Ukraine 20/06/12 02:45
D Sweeden - France 20/06/12 02:45
QF (1) Czech Republic - Portugal 22/06/12 02:45
QF (2) Germany - Greece 23/06/12 02:45
QF (3) Spain - 2nd Group D 24/06/12 02:45
QF (4) 1st Group D - Italy 25/06/12 02:45
SF (1) QF (1) - QF (3) 28/06/12 02:45
SF (2) QF (2) - QF (4) 29/06/12 02:45
FINAL SF (1) - SF (2) 02/07/12 02:45

Giliran Aurelio dan David Amoo pula berpindah

Selepas kita dikejutkan dengan perpindahan Dirk Kuyt ke Fenerbahce, kini giliran Fabio Aurelio dan David Amoo pula memilih jalan keluar dari Anfield. Nampaknya kuda-kuda tua yang rasa telah tersisih dari skuad utama terpaksa mencari alternatif lain demi kerjaya yang gemilang dipenghujung karier masing-masing.

Aurelio yang telah dibawa masuk ke Anfield oleh bekas  pengurus Liverpool Rafa Benitez dari Valencia pada tahun 2006, telah memilih untuk balik kampung ke Brazil dalam meneruskan sisa-sisa perjuangannya sebagai pemain bola sepak ke pasukan Gremio FBPA. Beliau yang sudah mula merasakan tenaganya tidak akan diguna pakai lagi di Anfield akibat kehadiran Jose Enrique serta beberapa pemain lain yang mampu mengisi posisinya, tidak mahu dianggap sebagai penghabis beras di Anfiled. Memang kita akui, semenjak kecederaan yang sering membelenggu dirinya membuatkan beliau sering tersisih dari kesebelasan utama. Mungkin ini sahaja jalan yang terbaik bagi beliau. Selamat maju jaya diucapkan.

Selain Aurelio, pemain muda Liverpool David Amoo juga telah membuat keputusan sama untuk berpindah. Nasibnya yang sering menjadi pemain pinjaman ke kelab-kelab lain membuatkan beliau sedikit tertekan dan kelab Preston North End adalah lokasi perpindahannya. Mungkin dengan perpindahan ke kelab yang kurang ternama ini sajalah mampu untuk menjadikan Amoo sebagai pemain utama kerana aksinya gagal memikat pihak pengurusan di Anfield serta kelab-kelab yang meminjamnya.


Sudah 3 pemain pergi, tetapi seorang pun belum datang lagi. Siapalah agaknya bakal pembuka tirai untuk menjadi pemain pertama masuk dimusim perpindahan kali ini. Banyak sudah nama yang dikaitkan, tetapi hanya kosong belaka. Mungkin kita perlu tunggu selepas EURO ni kot.

p/s: Dengar khabar kedua-dua jurulatih skuad utama Steve Clarke dan Kevin Keen juga akan meninggalkan Liverpool. Disebabkan Brendan Rodgers ni pengurus baru, berkemungkinan besar beliau juga akan membawa muka-muka baru dalam pengurusannya dalam melancarkan proses pembangunan pasukan. Apapun kita tunggu dan lihat apa lagi yang terjadi selepas ini. YNWA..

Jersey Away musim 12/13 dilancarkan

Written By saleehs gerrard on Tuesday, June 5, 2012 | 03:37

Belum habis lagi kisah peminat-peminat Liverpool bercerita menngenai keseronokkan mereka apabila tempahan Jersey utama pasukan telah tiba Jumaat lalu, semalam dilancarkan pula jersey away bagi musim baru 2012/2012.

Masih mengekalkan logo Liverbird seperti jersey utama, warna hitam menjadi pelengkap untuk peminat-peminat setia menjadi lebih gila apabila tidak sabar untuk memilikinya. Emmm.. bila le agaknya versi Padang Besar nak dilancarkan ye. huhuhuhuhuhu..





6 pemain Liverpool di skuad EURO England 2012

Martin Kelly adalah pemain terakhir dari pasukan Liverpool yang diserapkan ke dalam pasukan kebangsaan England menjelang kejohanan EURO 2012 yang berlangsung pada hujung minggu ini untuk mengantikan Gary Cahill yang cedera. Ini menjadikan 6 pemain dari skuad Liverpool keseluruhannya yang terpilih dibawah pengurus baru England Roy Hodgson.

5 pemain lain yang juga di kerah tenaga mereka ialah Steven Gerrard yang memikul tugas besar sebagai kapten pasukan. Diikuti Glen Johnson, Stewart Downing, Andy Carroll dan Jordan Henderson yang dipanggil untuk mengantikan Frank Lampard yang mengalami kecederaan.

Walaupun angka 6 pemain ini mula menjadi pertikaian peminat skuad Three Lions ini, tetapi jika kita pandang dari segi persefahaman ia sebenarnya adalah sesuatu kelebihan pasukan. Keserasian pemain yang ramai dari sebuah kelab yang sama akan menjadi aset penting dalan menjadikan sesebuah pasukan itu berjaya. Tidak sia-sia Kenny Dalglish menjadikan bekas barisan utamanya di Liverpool muka-muka pemain British dimana ia memberi sedikit kelebihan kepada skuad England.

Disamping status Roy Hodgson yang telah menjadi bekas pengurus Liverpool, beberapa kecederaan pemain utama membuatkan Roy tiada pilihan lain selain memberi peluang kepada muka-muka baru untuk diberi pendedahan dalam pentas antarabangsa. Siapa tahu, mungkin aksi mereka agak sedikit tenggelam di Liverpool tetapi berjaya memberi impak yang besar kepada England. Harap England mampu bangkit dan tidak sekadar menjadi pasukan bintang yang kemalapan.


Senarai penuh Skuad EURO 2012 England

PENJAGA GOL
  1 - Joe Hart - Manchester City
13 - Robert Green - West Ham United
23 - Jack Butland - Birmingham City

PERTAHANAN
  2 - Glen Johnson - Liverpool
  3 - Ashley Cole - Chelsea
  5 - Martin Kelly - Liverpool
  6 - John Terry - Chelsea
12 - Leighton Baines - Everton
14 - Phil Jones - Manchester United
15 - Joleon Lescott - Manchester City
18 - Phil Jagielka - Everton

TENGAH
  4 - Steven Gerrard - Liverpool (Captain)
  7 - Theo Walcott - Arsenal
  8 - Jordan Henderson
11 - Ashley Young - Manchester United
16 - James Milner - Manchester City
17 - Scott Parker - Tottenham Hotspur
19 - Stewart Downing - Liverpool
20 - Alex Oxlade-Chamberlain - Arsenal

PENYERANG
  9 - Andy Carroll - Liverpool
10 - Wayne Rooney - Manchester United
21 - Jermain Defoe - Tottenham Hotspur
22 - Danny Welbeck - Manchester United


Selamat jalan Mr. Duracell - DK18

Samaada sudah terasa hati ataupun ingin mencari angin baru, akhirnya Dirk Kuyt membawa diri juga ke kelab Turkey iaitu Fenerbahce pada hari Ahad lalu dengan klausa perpindahan €1 juta.

Sebenarnya sejak beberapa bulan lalu lagi Kuyt telah dikhabarkan akan berpindah walaupun ia hanya sekadar rumor. Pemain yang boleh kita sanjung sebagai lagenda Liverpool ini sewajarnya diberi penghormatan terbaik oleh peminat diatas usahanya terhadap pasukan semenjak dari zaman Rafael Benitez lagi. Pemain yang paling rajin dan tak pernah kenal erti letih sememangnya sukar untuk dicari ganti. Walaupun penampilan beliau di Anfield bukanlah sebagai pengempur yang berbisa, tetapi gerakan-gerakan beliau serta jaringan-jaringan disaat kecemasan membuatkan kita sedikit berasa sedih diatas pemergiannya.

Selepas ini, tiada lagi istilah KUNYIT di Anfield melainkan yang tinggal hanyalah LENGKUAS. Walauapapun, semoga Kuyt berjaya dan terus cemerlang di Fenerbahce dalam meniti usia emas beliau dalam kariernya.... Harap suatu hari nanti, beliau akan kembali semula Ke Anfield di musim terakhir sebelum beliau bersara di arena bolasepak sebagai pemain. Terima kasih segalanya.

Brendan Rodgers menyahut cabaran di Anfiled

Minggu-minggu yang sibuk membuatkan SG banyak terlepas dari membuat sebarang post mengenai Liverpool.  Dikesempatan ini, SG cuba juga untuk mencuri-curi masa bagi mengisi slot dari Anfiled sepanjang terlepasnya berbicara kisah pasukan kesanyangan ini.

Pada 31 Mei yang lalu, akhirnya teka teki pengurus yang bakal menduduki kerusi panas yang telah ditinggalkan oleh Kenny Dalglish akhirnya terjawab juga. Brendan Rodgers yang melatih skuad Swansea musim lalu, telah berjaya dalam sesi temuduganya untuk dipilih menjadi pengurus Liverpool.

Walaupun pemilihan beliau ini dianggap kurang popular bagi sebilangan peminat, tetapi mungkin ia ada hikmah disebalik perlantikannya dan hanya pihak pengurusan serta pemilik John Henry sahaja yang mengetahui. Mengikat kontrak selama tiga tahun, Brendan tidak diberi sebarang tekanan untuk musim hadapan dalam melayakkan diri ke slot juara-juara liga tetapi John Henry lebih menekankan misi pembangunan pasukan yang nampak kurang berkesan dari peninggalan Kenny Dalglish pada musim lalu.

Brendan yang pernah bekerja bersama dibawah pengurus "The Special one" Jose Mourinho ketika di Chelsea adalah jurulatih muda yang bakal menyinar sekiranya barisan yang bakal dimiliknya nanti  mampu memberi sesuatu keputusan yang diharapkan. Mana ada pengurus yang terjun kedalam bidang pengurusan akan terus berjaya lebih-lebih lagi apabila membimbing pasukan yang masih dalam pembinaan asas yang kukuh. Kita tidak boleh samakan kemampuan dengan kejayaan pengurus muda yang lain kerana pasukan yang dibimbing mereka sememangnya sudah mantap. Jadi berilah kepercayaan penuh kepadanya untuk memberi yang terbaik kepada pasukan.

Kalaulah Brendan ni tidak bagus, masakan dengan pasukan yang cikai seperti Swansea beliau mampu menaik taraf pasukan berkenaan ke Liga Premier dalam masa setahun beliau menjadi pengurus serta berjaya pula mempertahankan dalam liga pada musim lalu. Segalanya mungkin. Harap yang terbaik sahaja bakal dilakukan.




Lima Isu Perlu Diselesaikan Rodgers 

1. Meyakinkan pemain dialah pengurusnya

Brendan Rodgers sememangnya berkuasa penuh ke atas pemainnya di Swansea: beliau membawa mereka naik divisyen Liga Perdana Inggeris. Namun mendapat penghormatan dari superstar bertaraf jutawan lain ceritanya. Mereka mungkin tertanya apakah yang telah dilakukan Rodgers untuk memperolehi jawatan pengurus pasukan, lebih-lebih lagi tanpa pengalaman karier sebagai seorang pemain. Andre Villas-Boas, seorang lagi pengurus muda yang tidak pernah bermain, gagal memenangi hati majoriti pemain Chelsea. Rodgers harus mengelak takdir yang serupa di Liverpool.

2. Mengajar stail permainan kawalan bolanya

Ia bukan sentiasa perkara yang mudah untuk menerapkan stail permainan anda. Di Reading, Rodgers bergelut untuk menerapkan kaedah permainannya ke atas skuad yang diwarisi dari Steve Coppell dan tidak lama kemudian dipecat. Di Swansea, Roberto Martinez dan Paulo Sousa telah pun menetapkan asas sistem permainan. Liverpool tiada permainan yang menarik sejak pemergian Rafael Benitez. Rodgers mesti mengatasi masalah ini dan mengajar stail permainannya.

3. Memenangi hati para penyokong Liverpool

Roy Hodgson tidak pernah popular di Anfield selepas beberapa isu dengan penyokong dan kehambaran aksi pasukan. Rodgers wajib mengelak dari kedua-dua masala ini dan meyakinkan penyokong bahawa beliaulah pengurus yang paling tepat untuk mengembalikan kejayaan seperti di era Benitez. Tapi jia beliau tidak popular, pengurusan kelab mungkin akan bertindak segera seperti yang telah dilakukan ke atas Hodgson.

4. Menangani pemain yang direkrut tahun lepas

Sekiranya Kenny Dalglish membeli pemain yang lebih bagus, beliau pasti masih bergelar pengurus Liverpool. Rodgers wajib sama ada menyenaraikan Jose Enrique, Andy Carroll, Charlie Adam, Stewart Downing dan Jordan Henderson dalam pasukannya atau mencari kelab lain yang sanggup membeli pemain yang disebut. Henderson mungkin sesuai dengan sistem baru namun yang lain?

5. Memutuskan bagaimana untuk menggunakan Steven Gerrard

Rodgers memerlukan pemain midfieldnya mengawal bola: di Swansea, beliau menggunakan sepenuhnya bakat Joe Allen dan Leon Britton. Gerrard merupakan pemain paling berpengaruh di Liverpool namun selepas tiga tahun yang mengecewakan, Rodgers perlu mencari penyelesaian bagaimana kapten pasukan ini akan dimanfaatkan dalam sistem permainan yang mahu diamalkannya.


wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger