Headlines News :
.
Home » , , , » BPL 2013/14 (Game 10) - Arsenal 2-0 Liverpool

BPL 2013/14 (Game 10) - Arsenal 2-0 Liverpool

Written By Unknown on Tuesday, November 5, 2013 | 11:07


Sebelum sepak mula lagi saya sudah merasakan bahawa Liverpool akan kalah pada perlawanan ini. Seperti yang saya perkatakan pada preview perlawanan ini, formasi 3 pertahanan sememangnya akan memakan diri sendiri jika dipraktikkan menentang pasukan Arsenal.

Jika sebelum ini Branden Rodgers lebih gemar menggunakan formasi 3-5-2, tetapi kali ini beliau melakukan sedikit perubahan dengan menggunakan formasi 3-4-3. Nampak lain tapi ada sedikit persamaan. Pertahanan utama tetap juga bermain 3 orang. Nampaknya BR masih belum memahami corak permainan Arsenal yang sebenar. Permainan pantas dengan hantaran-hantaran pendek yang dipersembahkan oleh anak didik Arsene Wenger membuatkan pemain Liverpool seperti mudah diperbodoh-bodohkan.

Terkejut juga bila melihat kesebelasan utama dimana BR menurunkan Jon Flanagan untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Johnson akibat jangkitan virus. Bukanlah tidak percaya kepada Flanagan ni, tetapi perlawanan yang besar sebegini sepatutnya bukanlah medan untuk memberi pendedahan kepada pemain-pemain muda seandainnya ada pemain utama lain lagi yang lebih layak. Sepatutnya BR lebih percaya kepada Agger untuk bergandingan dengan Skrtel dan Toure boleh bermain di sebelah pertahanan kanan. Nampaknya Agger seperti sudah tidak mendapat tempat didalam hati BR.


Sebenarnya walauapapun formasi yang digunakan, bahagian tengahlah yang mengemudi hala tuju pasukan. Saya juga pernah berkata sebelum ini, nak guna formasi seorang pertahanan pun tak mengapa asalkan tengah mantap, bijak dan pantas menguasai permainan. Bukan nak menghina tetapi terus terang cakap Gerrard boleh dianggap sudah sampai tempoh expirednya. Laju untuk menyerang tetapi berat untuk turun membantu barisan pertahanan. Begitu juga keadaannya diposisi kiri dan kanan, jarang sekali dapat membuat gerakan apatah lagi hendak menghantar bola kepada Sturridge dan Suarez. Pengalaman Toure yang pernah menjadi kapten di Arsenal juga langsung tidak membantu pasukan.

Dari dulu lagi Arsene Wenger telah mengajar pemain-pemainnya untuk bermain secara setia kawan dan semangat berpasukan. Walaupun setiap pemainnya mempunyai skil individu tersendiri, tetapi mereka lebih mengamalkan gol untuk pasukan dan bukannya untuk peribadi. Ini bermaksud mereka tidak kisah pun siapa yang menjaringkan gol asalkan mereka menang berbanding Liverpool yang lebih mengharapkan Suarez dan Sturridge sahaja. Jadi kita boleh lihat walaupun seseorang pemain Arsenal itu sudah berada dalam kotak penalti dan boleh menjaringkan gol, tetapi mereka masih lagi boleh main passing-passing dalam kotak penalti. Istilah kedekut memang tiada dalam pasukan Arsenal kerana kalau kedekut juga memang tak lamalah dalam pasukan tu.


Kita akui Sturridge dan Suarez ini sememangnya pemain yang mempunyai skil individu yang tinggi untuk menjaringkan gol peribadi. Jadi tidak boleh juga untuk menyalahkan mereka kerana bermain kedekut memandangkan pemain tengah juga gagal untuk mencipta peluang untuk mereka menjaringkan gol. Kita sedikit kecewa dengan pengadil perlawanan yang membatalkan jaringan Henderson. Sepatutnya advantage diberikan kepada Liverpool. Mengapa selepas Suarez dijatuhkan dan bangun segera untuk menolak bola tersebut kepada Sturridge pengadil tidak terus meniup wisel. Sebaliknya apabila sesudah Sturridge menolak bola tersebut kepada Henderson dan mahu menolak ke dalam gawang barulah terhegeh-hegeh pengadil meniup wisel. Jika gol tersebut dbenarkan, sedikit sebanyak keputusan atau mood perlawanan akan lebih berpihak kepada kita.

Kemasukkan Coutinho diseparuh masa kedua untuk mengantikan Cissokho menampakkan sedikit kemajuan. Walaupun begitu masih lagi kelihatan kelibat Coutinho yang malu-malu dan kurang lincah seperti dulu. Kemasukkan Moses juga banyak membantu dalam misi pencarian gol malangnya memang sudah tersurat bahawa Liverpool akan kalah 2-0 pada perlawanan ini. Kesimpulannya Liverpool seharusnya mengambil ikhtbar diatas kekalahan ini. Walaupun kita sudah boleh menganggap pasukan Liverpool mantap pada musim ini, tetapi masih ada lagi kebocoran yang perlu ditampal terutamanya di bahagian tengah. Apapun kekalahan kali ini masih tidak mengubah kedudukan Liverpool ditangga ke-3 liga cuma yang tak seronoknya point dengan pasukan dibawah semakin rapat. Jika kesilapan berulangan, akibatnya kita akan terus dipintas dan ditinggalkan dibawah pula. Bersabarlah wahai hati YNWA...


ARSENAL : Szczesny, Sagna, Mertesacker, Koscielny, Gibbs (Vermaelen), Rosicky (Monreal), Arteta, Ramsey, Cazorla (Jenkinson), Ozil, Giroud.

LIVERPOOL : Mignolet, Cissokho (Coutinho), Sakho, Skrtel, Toure, Flanagan (Moses), Lucas, Gerrard, Henderson, Suarez, Sturridge.



Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger