SEBELUM
INTRO : Persiapan ala-ala backpackers ke Cambodia
PART 1 : Jelajah Cambodia (Day 1) - Bandaraya Phnom Penh
PART 2 : Jelajah Cambodia (Day 2) - Phnom Penh ke Siem Reap
PART 3 : Jelajah Cambodia (Day 3) - Siem Reap dan Angkor Wat
SAMBUNGAN
PART 5 : Jelajah Cambodia (Day 5) - Hari terakhir
PART 6 : Jelajah Cambodia - Analisis dan kesimpulan
Pemandangan dari hotel Landscape (hotel Cambodiana berlatar belakangkan Sungai Mekong) |
ISNIN : 07 OKTOBER 2013
Selepas pengsan malamnya, pagi ni seawal jam 5.30 pagi SG dah pun terjaga. Terasa segar bugar sungguh badan selepas mengharungi perjalanan selama 8 jam dari Siem Reap semalam. Selepas membersihkan diri sambil menghirup kopi 3 in 1 ni, SG menyaksikan sinaran matahari pagi menyinar sambil meninjau-ninjau kesibukkan pagi hari warga kota Phnom Penh ini disebalik tingkap bilik hotel Landscape yang SG inap ini. Sungguh indah pemandangan Phnom Penh yang berlatar belakangkan Sungai Mekong. Airnya nampak tenang, setenang diri SG dibumi orang.
Kesibukkan dijalan raya Phnom Penh |
Sumbat penumpang selagi boleh. |
Jam 7.00 pagi SG dan kawan sudah bersedia untuk turun ke Lobby. Kelihatan Bukhari, pemandu tuk-tuk kami telah pun bersedia menanti. Bukan main gembira Bukhari bila SG memberitahunya semalam yang SG nak terus menggunakan khidmatnya selama ada di Phnom Penh ini. Bukan senang untuk seorang pemandu tuk-tuk memperolehi pelancong yang nak pakai tuk-tuk selama sehari suntuk. Adakalanya disebabkan terlalu ramainya pemandu tuk-tuk di Cambodia ni, mereka hanya akan dapat pelancong sewa sehari penuh hanya sekitar 4-5 kali sahaja dalam sebulan bahkan hanya sekali pun pernah juga. Jadi munculnya SG ni sedikit sebanyak menambahkan rezeki untuk ahli keluarganya. Syukur.
Loksi utama untuk pagi ini sudah tentulah nak mengisi perut yang dah betul-betul keroncong ni. Bayangkan kali terakhir jumpa nasi ialah pada tengahari semalam dan malam tadi pun melantak meggi je. Jadi harapnya dapatlah menjamah menu yang cukup menyelerakan disini. Restauran yang kami serbu pagi ini adalah Restaurant Asmak 81. Restauran halal ni terletak di Sangkat Phsar Thmei 3, Khan Daun Penh, Phnom Penh. Restauran ini sangat kemas dan selesa. Harga pun masih murah berbanding di tempat lain. Kirannya kopi 'o' secawan tu cuma USD0.60 je berbanding kat tempat lain dah USD1.
Pintu masuk ke Choeung Ek (Killing Field) |
Kaunter Tiket |
Selepas itu lokasi SG seterusnya ialah ke kawasan pembunuhan regim Pol Pot atau lebih dikenali dengan Killing Field. Terletak lebih kurang 17 km dari pusat bandar, lokasinya agak sedikit pedalaman dan dilihat memang lokasi strategik untuk melakukan pembunuhan. Killing Field atau juga dikenali dengan Choeung Ek Genocidal Center ini adalah tempat pembunuhan paling terkenal diantara lebih 300 padang pembunuhan di seluruh negara Kemboja ini. Tiket untuk memasuki Kiling Field ini berharga USD3. Sekiranya anda ingin menyewa audio pelbagai bahasa sebagai guide, anda perlu menambah lagi USD3 menjadikan USD6 untuk seorang jumlahnya.
Khusyuk mendengar audio guide |
Peta kawasan lawatan |
Point-point audio di tempat lawatan |
SG rasa tak rugi pun kalau anda menyewa sekali audio ni. Terpulang andalah nak guna bahasa apapun. SG ni dah tentulah memilih bahasa Malaysia. Dalam audio ni akan menceritakan segala kisah sedih serta penderitaan dan pembunuhan kejam yang telah dilakukan oleh regim Pol Pot. Anda hanya perlu tekan no. di audio tersebut ketika berada di setiap point untuk mendengar penjelasan mengenai lokasi kejadian. Contohnya jika anda berada di point no.1, maka anda pun tekanlah no. 1, maka audio akan menerangkanlah apa yang berlaku di kawasan tersebut. Bila dah habis membebel, masih tak faham, boleh ulangi lagi petikan tersebut.
Stupa peringatan |
Tengkorak mangsa pembunuh di letakkan di Stupa peringatan |
Pelepah pokok kabung inilah antara senjata digunakan untuk membunuh |
Sewaktu SG sampai sini, langit sudah pun mula mendung. Selepas bayar tiket dan memilih audio, SG pun memulakan penjelajahan. Di setiap point SG pun pilihlah no. yang berkaitan. Satu persatu SG cuba memahaminya. Semakin lama berjalan ke setiap point semakin terasa sayu dan sedih dengan apa yang telah berlaku disini. Dahlah diri ni terasa kesedihan, langit pun turut menangis membasahi bumi. Nak ambil payung di kaunter tiket, jauh pula nak patah balik. Jadi melepaklah dipondok yang disediakan sambil mendengar audio. Disitu semua orang menghayati audio. Memang nak dengar orang bercakap pun susah. Semua layan feel. Tapi memang terus terang SG katakan, disinilah tempat yang paling menginsafkan SG sepanjang berada di negara Kemboja ini. Betapa kejamnya Pol Pot yang sanggup membunuh rakyatnya sendiri demi mencapai cita-citanya. Dalam masa 3 tahun pemerintahannya mereka telah membunuh lebih 3 juta penduduk yang tidak berdosa.
Kubur 450 mangsa pembunuhan kejam |
Kalau dilihat betul2, masih ada lagi serpihan tulang dan gigi disini |
Hujan masih terus menerus membasahi bumi. Kalau nak tunggu saja kat pondok ni, memang tah pukul berapalah baru siap jelajah. Nampak macam dah reda sikit, SG meneruskan point-point lain. Dalam banyak-banyak ulasan dan penerangan didalam audio tu, ada dua pepatah Pol Pot yang SG masih ingat sehingga hari ini. Dua pepatah yang cukup membayangkan betapa kejamnya beliau di zaman pemerintahannya. "kewujudanmu bukan keuntunganku, kehilanganmu bukan kerugianku" & "lebih baik tersilap membunuh orang yang tak bersalah, dari tersilap membiarkan musuh hidup bebas". So macam biasa SG nak cerita lebih-lebih pun bukanlah SG ni ahli pengkaji sejarah. Sekadar untuk pengetahuan diri sendiri sudah memadai. Nak lebih detail boleh tanya dengan pakcik Google. Melambak jawapan ada disitu. Nak lebih puas hati lagi, datang sendiri kesini untuk merasai kesengsaraan yang pernah mereka alami sebelum ini.
dikawasan ini masih lagi terdapat kubur2 yang dibiarkan |
magic tree - diwaktu malam dipokok inilah mereka memasang speaker dan mangalunkan lagu bagi menutup jeritan mangsa yang sedang dibunuh |
Setelah puas menjelajah selama hampir 2 setengah jam, SG pun keluar dan melepak minum di gerai yang berada berhampiran pintu masuk Choeung Ek ini. Disini SG minum di sebuah gerai muslim sambil memilih sourvenirs seperti key chain dan juga fridge magnet. Menurut kata pemandu tuk-tuk kami, SG boleh dapatkan benda-benda ni lebih murah berbanding di Central Market. Jadi hasil tawar menawar, pow mengepow dapatlah SG FM ni 12 pc USD5 dan key chain pun 12 pcs USD5 juga. Selain tu SG sambar juga 2 DVD cerita mengenai kisah pemerintahan pol pot ni. 2 DVD berharga USD5 je. Settle sudah masalah sourvenirs dan tak perlu lagi nak pening-pening kepala nak cari-cari lagi di Central Market nanti.
Lokasi seterusnya ialah tempat menghabiskan duit bagi yang minat untuk menguji diri menembak dengan menggunakan peluru hidup di Shooting Range Army. Shooting Range Army terletak berhampiran dengan Phnom Penh Airport. Bab-bab nak menembak ni memanglah SG tak berani, tetapi kawan SG ni memang suka aktiviti sebegini. Disini anda pilih saja senjata apa yang teringin nak guna. Pum Gun ada, M16 ada, revolver ada, bom tangan pun ada. Kalau nak lebih mencabar lagi, anda bolehlah memilih untuk memburu lembu ataupun khinzir. Tapi bukanlah nak menembak disini. Mereka akan membawa disuatu kawasan bukit. Untuk kos memburu haiwan ni dianggarkan bayaran yang dikenakan antara USD500 ke USD1000. Ada berani. hehehhe. Dengan membayar USD40, kawan SG ni pun melayanlah menembak dengan jumlah 25 peluru hidup menembak papan sasaran dalam bangunan ni.
Macam-macam ada. Pilih je mana yang berkenan |
Selesai menembak, perut pula meminta makanan untuk diisi. Restauran pilihan kali ini ialah Cafe Malaya. Masakan tengahari disini adalah secara buffet. Memang sebiji masakannya sama seperti di Malaysia. Maklumlah tokey pun orang Malaysia. Makanlah dengan penuh pinggan macamana pun, tetap berharga USD5 sepinggan. Memang sedap dan memang lazat. So jika anda berpeluang ke Phnom Penh ini, jangan lupa singgah di Restauran Cafe Malaya ini.
Aktiviti petang pula sudah tentu nak serbu menghabiskan duit di Central Market. Central market atau lebih dikenali 'Psah Thom Thmey' ini dibuka seawal jam 7.00 pagi hingga ke jam 5.00 petang sahaja setiap hari. Memang mata rambang disini lagi-lagi kalau bawa kaum hawa. Tempat pertama yang kami tuju ialah tempat menjual batu permata. Seperti yang SG katakan sebelum ini, kawan SG ni memang gila batu. Jadi SG sekali lagi terjebak memborong barang perhiasan ini. Kalau sebelum ini semasa di Night Market Siem Reap SG dah terbeli cincin untuk SG dan loket untuk isteri, disini SG sambar lagi dua loket untuk dua orang anak dara SG berharga USD30 setiap satu dan juga sebentuk cincin untuk isteri tersayang yang berharga USD25.
Kemudian SG serbu pula ke tempat menjual barangan kulit. Nak kata ori, tak jugalah tetapi harga tu bolehlah. Sentimental valuelah katakan. Kalau nak betul-betul ori, harga pula tak sanggup nak layan. So SG sambarlah dompet dua ketul. Untuk SG dan juga ole-oleh isteri. Kawan SG pula tersambar beg sandang. Kalau tak silap harganya USD70 kot. Dah memborong disini, kawan SG dah malas nak sambung shopping. Dia ajak balik. Tension juga dengar ayat tu. So selepas meninggalkan Central Market ni, kami singgah dulu minum sambil pekena roti canai. Ah-Man Green Restaurant adalah restauran mamak dari Malaysia. So kalau terasa nak minum-minum petang ataupun makan-makanan ringan bolehlah singgah disini.
Sambil-sambil makan roti canai tu, sahabat isteri SG yang menetap di Phnom Penh ini call SG. Dia kata nak kata nak jumpa SG. Sahabat isteri ni dah tentulah perempuan. Masih single tapi tak pasti available lagi atau tidak. Kalau ada yang berkenan, sila pm SG ye. Nanti SG rekmenkan. hehehehe. Dia memang asal orang sini dan dulunya berlajar disebuah kolej di Banting bersama isteri SG. Ikut plan sebelum ni, dia nak guide SG sehari suntuk pada hari ini. Tapi bila bincang-bincang, kesian pula pada dia. Dahlah hari ini 1st day dia kerja selepas bercuti lebih dari setengah bulan pergi ke Malaysia. Takkanlah nak sambung cuti lagi. Lagipun rasa tak selesa pula bila dia nak bawa dua orang lelaki suami orang ni. Lainlah kalau SG datang sekeluarga. Disebabkan dia berada sedikit jauh dari Central Market, dan dia ada program lain, jadi SG plan jumpa dia lambat sikit. Maka kawan SG seorang sahajalah yang balik ke hotel. SG layan seorang diri untuk sambung bershopping di Central Market.
Ada sesiapa yang berani nak makan. hehehe |
Sticky Note |
Kembali bershopping di Central Market, SG mencari tempat menjual Sticky note. Sebenarnya ada kawan SG yang datang sini pada penghujung Ogos lalu kirim barang ni. Banyak juga dia suruh beli. Mungkin dia nak jual kot. Apa yang istimewanya Sticky Note disini, covernya adalah dari sutera Kemboja. Memang nampak cunlah. Satu pcs berharga USD1 dan SG beli 32 pcs. 28 pcs untuk kawan SG dan selebihnya untuk SG. Kemudian SG memborong pula sutera Kemboja dan kain selendang @ tudung. Kalau tak silap masa tu SG dapat harga untuk sehelai sutera Kemboja ialah USD13 dan selendang 3pcs USD10. Maka berweb camlah SG dengan isteri suruh memilih. Kalau nak harap SG memilih memang tak pandai. Berapa banyak SG memborong, biarlah rahsia. hehehe.
Sedar-sedar dah nak pukul 5.00 petang. Masing-masing tuan kedai dah nak tutup. So cukuplah ni ole-ole untuk dibawa pulang ke Malaysia. Dah naik senget SG memikulnya seorang. SG pun keluar dari situ dan merayau-rayau di kedai-kedai sekeliling bangunan Central Market ni. Bila merayau-rayau ni, memang terasa macam-macam lagi nak beli, tapi bertahan. Nanti lupa diri, tak balik Malaysia pula. hahaha. Penat dah pusing-pusing. Memandangkan pukul 6.00 malam kawan isteri SG ni nak jumpa, maka SG mengambil keputusan untuk pulang ke hotel. Hanya melepak di lobby hotel sambil melayan internet, sambil tunggu panggilan kawan isteri SG ni. Malangnya lambat pula habis di punya program. Jadi batallah segala plan nak jumpa dia. Kecewa rasanya. Tak der jodoh tu namanya. hahahha. Ampunilah aku wahai isteriku. So naik jelah ke bilik untuk membersihkan diri dan berehat.
Malam punya aktiviti SG layan seorang diri sahaja. Kawan SG dah malas nak berjalan. Jadi memandangkan badan SG ni dah sakit-sakit, SG pergilah bermassage di bangunan sebelah hotel ni. Korang jangan fikir bukan-bukan ok. Disini massage tradisional sahaja. Tiada extra servis. Sekali massage untuk keseluruhan badan SG kena bayar USD7. Murah je kan. Urut pun terasa selesa badan. Bukan terasa sedapnya ok. Otak tu kasi luruskan balik. hehehe. SG tahu korang mesti dah fikir senget jer ni. Mesti korang nak tahukan pasal night life disini. Kalau korang nak tahu juga nanti SG akan cerita di part terakhir jelajah Cambodia ni (Part 6). Nanti korang akan tahu apa yang baik, apa yang tak baik disini. InsyaAllah SG akan ceritakannya.
Selepas habis massage, SG hanya berjalan kaki melepak-lepak di tepi Sungai Mekong ni. Dengan tiupan angin malam Sungai Mekong ni, SG bersantai menenangkan minda sambil melihat gelagat-gelagat manusia di waktu malam. Nak nampak orang duduk berdating berdua, memang tak nampak le pula. Kalau ada pun bukanlah warga tempatan. Emmmm. Memang banyak sebenarnya pengajaran, pengetahuan dan ilmu yang boleh diambil dari kehidupan dalam negara Kemboja ni. Walaupun negara mundur, tetapi adat dan pegangan mereka tidak mundur. Nak tahu lanjut, tunggu di part terakhir yer. Bersambung lagi. hehehe.
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !