Headlines News :
.
Home » , , , » Persiapan ala-ala backpackers ke Cambodia

Persiapan ala-ala backpackers ke Cambodia

Written By Unknown on Friday, October 4, 2013 | 10:30


Pejam celik pejam celik tak sedar rupanya hari yang ditunggu-tungu sejak lima bulan lalu dan sampai. Sungguh pantas masa berlalu. Itulah masa, seandainya tidak dimanfaatkan dengan betul pasti akan merugikan diri sendiri. Tapi apa kena mengenanya dengan lima bulan yang lalu serta hari yang ditunggu-tunggu ni ye?

Oklah, macam yang anda semua tahu, hobi SG ni memanglah suka melancong. Setiap tahun paling kurang sekali SG akan terbang ke destinasi pilihan bahkan adakalanya sampai tiga kali. Jadi disini bukanlah nak tunjuk yang SG ni kaya sangat. Tapi berdasarkan minat untuk memahami serta mendalami budaya serta kehidupan dibumi orang, tanpa duit yang banyak pun kita sebenarnya masih mampu untuk merealisasikan impian kita. Itulah yang dnamakan Backpacker. Destinasi terbang untuk kali kedua pada tahun ini selepas Kuching Sarawak pada bulan Mac lalu ialah ke negara bekas jajahan rejim Pol Pot iaitu Cambodia. Bila tu SG nak terbang? Hahaha, jangan pelik jangan hairan, flight SG petang ni pukul 3. Dengan sisa-sisa masa yang ada ni, sempat lagi SG nak berblogkan. keje gila betul le. So trip SG kali ni memakan masa 5 hari 4 malam (4-8 Oktober 2013)

KL - PHNOM PENH - SIEM REAP - PHNOM PENH - KL

Sebenarnya negara Cambodia ni bukanlah tersenarai dalam negara pilihan untuk SG kunjungi. Disebabkan kawan sekampung SG ni kerap pergi kesana dan menceritakan kepelbagaian yang ada disana, tiba-tiba boleh pula timbul minat untuk mengetahui lebih lanjut apa yang ada kat negara ni. Dari sekadar cakap-cakap kosong nak pergi, akhirnya termakbul juga apabila terservey harga tiket Air Asia yag murah untuk kesana pada bulan May yang lalu. RM60 sehala beb. Sebat je ler. On the spot gak empat orang kawan nak join menjadikan lima orang termasuk SG tempah tiket sehala untuk ke Phnom Penh. Tiket balik masih belum beli lagi sebab ketika itu tiket dari Siem Reap ke KL masih mahal.

Mengikut cadangan asal untuk menjimatkan masa dan kos, memanglah nak tiba di Phnom Penh dan Balik dari Siem Reap. Tetapi Disebabkan beberapa perkara yang kurang berkenan, maka akhirnya terpaksa jugalah balik pun dari Phnom Penh juga. Apa yang kurang berkenan tu?.
  • Mengikut kata kawan sekampung SG tu, sepatutnya sampai ke Siem Reap dulu dan balik dari Phnom Penh. Ini kerana Siem Reap ni lebih kepada pelancongan untuk melihat sejarah seperti Angkot Wat serta tasik Tonle Sap. Untuk bershopping-shopping pula barulah di Phnom Penh. So sebenarnya tak jadi masalah pun. Sama sajakan kalau sampai di Phnom Penh balik dari Siem Reap.
  • Servey punya servey, tunggu punya tunggu, masih gak harga flight balik dari Siem Reap ni tak turun-turun bawah RM200. Asyik yang ada menguntungkan pun flight dari Phnom Penh saja. (masih lagi boleh bersabar)
  • Tenung-tenung, tilik-tilik, rupanya flight dari Siem Reap ni berlepas awal pagi. Ceh memang paling bosan betul kalau nak balik ni flight pagi-pagi. Kalau datang tu pagi memang paling suka ler. Sebelum subuh berlepas pun tak pe. Dah lah hanya satu flight je sehari.
Jadi dipendekkan cerita bila terpandang saja harga tiket Phnom Penh-KL tu RM171, terus sambar untuk dua orang. Kenapa 2 orang je, kata berlima? Hahahaha, disebabkan lagi tiga ekor ni lambat sangat bagi keputusan muktamad, kita orang babaikan dulu. Mungkin bagi anda RM171 seorang ni dah kira mahal. Sebenarnya dari harga tersebut, RM130 je dah habis untuk segala cukai kat airport. So kalau nak free seat, memang bermimpi disiang harilah beb. Tapikan untuk pengetahuan anda, andainya terjadi kes macam SG ni pergi balik di airport yang sama, pulak tu anda pun jenis kaki save budget. Baik terus buat keputusan bijak dengan boking flight pergi dan balik sekali. nak tahu kenapa dan mengapa tak digalakkan macam SG buat ni?
  • Bila kita beli tiket flight ni untuk penerbangan dari luar negara, automatik mata wang pembayaran akan berubah mengikut negara yang anda kunjungi (DARI ok. Diulangi DARI ye bukannya KE. kalau tak faham buka kamus dewan bahasa. hehehe). Jadi macam Cambodia ni menggunakan USD. Maka harga tiket, servis-servis lain akan mengikut currency semasa. Sebagai Contoh, harga tiket tetap sama USD100 untuk beberapa hari, tapi bila anda convert pada RM, pasti nilainya akan berubah-ubah setiap hari. Andainya hari yang anda beli tu USD tengah melambung, lu fikirlah sendiri berapa RM anda kena bayar.
  • Cas tersembunyi - Macam biasa bila kita beli tiket Air Asia ni pasti akan ada cas-cas tersembunyi. Kalau anda guna kad kredit, pasti dah kena cas RM8 sekepala untuk sehala. Jika guna CIMB Clicks, memang selamat tiada cas ni. Kan CIMB geng dengan Air Asia. Untuk bank-bank lain SG tak pasti pula kena atau tak cas ni. Tu satu hal, hal keduanya, bila dah pembayaran tu bukan guna mata wang RM, maka secara automatiknya juga korang akan kena cas RM10 @ USD3 untuk cas convert currency. Faham tak? Kalau tak faham, buat-buat faham je. Kalau tetap gak nak buat-buat tak faham, memang anda orang kaya macam SG. Suka bayar cas-cas mengarut. puiiiii.
    USD34 = RM100.52 (harga mengikut hari yang SG bayar manage booking
  • Perkhidmatan - Bagi yang suka pilih tempat duduk, biasanya harga seat tu RM6 kan. So bila dah USD, anda kena bayar USD3 yang bersamaan RM10. hahahha. terbang RM4. Begitu juga dengan kargo, bila guna matawang lain jer pasti akan rasa berdouble-double bayar. Nasib baik SG tak ingat berapa harga 30kg kargo yang biasa guna RM. Kalau tak memang boleh tolong kirakan. Anda nak tahu berapa SG bayar untuk 30kg kargo dengan USD? USD28 beb. Tu belum lagi kira manage booking. Pembayaran untuk manage booking pasti anda akan kena lagi cas convert currency. Maksudnya jika 1st anda hanya tempah tiket, dah sekali kena USD3. 2nd baru nak pilih kargo. bila buat payment je, kena lagi USD3. 3rd terlupa pula nak order makanan. Maka manage booking sekali lagi untuk pilih makanan. Buat payment je, kenalah juga USD3 lagi. Memang kaya betul kita ni kan. huhuhu.
Amacam, untung tak bagi kaki-kaki save budget buat macam yang SG ceritakan tu. Memang sakit jiwa beb. Tapi itu kalaulah anda beli lain booking untuk destinasi sama. Tapi kalau untuk sampai dan balik destinasi yang berlainan, anda hanya rugi kat flight saja. Untuk kenderaan dan kos-kos lain, masih lagi boleh berjimat.

Perubahan jadual penerbangan oleh Air Asia

Memang untuk trip kali ini banyak kesilapan awal yang berlaku. Bukan sahaja dari segi pembelian tiket flight, malah beberapa itenary terpaksa ditukar akibat tidak kesesuaian masa dan keadaan. Dari segi pembelian tiket untuk pergi ke Phnom Penh, pada asalnya hari yang SG tempah tu ada dua penerbangan. So macam yang SG cakap, kalau untuk pergi, memanglah SG suka flight pagi-pagi buat. Bila dah confirm ambil flight pagi, sebulan lepas tu Air Asia kasi cancel pula. Dia orang tukarkan ke flight petang. Sebabnya Air Asia tak jadi buat dua penerbangan. Suka-suka je kan Air Asia ni. Nasib baik petang, kalau malam lagilah hampeh. Rugi hari betul jadinya. Orang lain servey dulu dan kumpul-kumpul maklumat tempat nak pergi sebelum booking tiket flight. Tapi SG, main booking jer tiket flight dulu. Lepas tu lagi sebulan nak pergi baru terhegeh-hegeh nak cari maklumat. Lagipun awal-awal dulu ingat nak guna travel agen jer, senang dan tak payah fikir banyak-banyak. Tapi bila tengok kawan-kawan yang lain macam tak jadi je nak pergi, itu yang memberanikan diri layan diri. Sedangkan backpackers busuk yang wanita ni pun steady jer travel sorang-sorang. Inikan SG yang lelaki. Dimana ada usaha, disitu ada kejayaan. InsyaAllah dipermudahkan.

Banyak pula SG membebel. Nasib baik dah siap packing keperluan travel awal-awal pagi lepas balik kerja tadi. So setakat ni, ada masa 2 jam lagi sebelum nak gerak ke LCCT. Agak-agak sempat tak yer nak sembahyang Jumaat kat masjid KLIA. Flight pukul 3 petang ni. Adoiiii. Untuk barang keperluan ni, SG dah prepair dari semalam lagi cuma belum sumbat-sumbat je dalam beg ni. Bukan nak bawa barang banyak sangat pun. Setakat Baju adalah 4 helai. Tracksuit, seluar pendek dan seluar jean sehelai. Spender pun takkan nak bagi tau gak berapa SG bawak. adoiiiii.

DASHING - hanya untuk jejaka tampan (macam SG. hahaha)

Lain-lain, Ubat gigi, minyak rambut, bedak guna stok lama bersaiz travel (bawah 100ml). Almaklumlah pergi ni SG tak ambil kargo. So buat apa nak berat-berat. Nanti balik dah shopping-shopping tak cukup ruang pula nak sumbat. Bila dah ke negara yang bukan majoriti islam ni, maka kena jugalah prepair ubat-ubatan macam panadol, minyak kapak, makanan macam meggi, coffe 3 in 1 ini untuk digunakan waktu-waktu kecemasan. Dalam bandar besar mungkin ler senang nak cari yang halal, kalau bandar-bandar kecil? Mungkin darurat terpaksa diistiharkan.

Ohhh ya, untuk duit perbelanjaan SG dah pecahkan RM1000 saja. Banyakkan. Tapi bila dah tukar kepada USD, SG hanya dapat 3 keping je note 100 (USD300) . Lepas tukar duit tu, wife siap tanya lagi , "pe pasal sikit je tukar duit tu?" Adoiiii. Sayang oiiiii, ini duit USD, bukan rupiah. Kalau rupiah bapak sudah jutawan. 3.5 juta tu. Tapi IDR3.5 juta ler. hahahaha. So cukup atau tak, kena juga SG cukup-cukupkan USD300 ni. Kalau tak cukup, memang jadi warga Kapuchea ler kita yer. hahaha. Memang poyo betullah SG ni. 

3 keping je dapat dengan RM1000. Dah le tak ada duit kecil. Kalau tak banyaklah gak kepingnya

Sebenarnya memang SG saja je tak nak pecahkan dan bawak cash banyak-banyak. Kad ATM CIMB BANK sedia membantu SG disaat diperlukan disana nanti. Ada lebih 20 mesin ATM CIMB kat sana. Yang penting, sebelum pergi ni SG bagi tahu CIMB customer Services yang SG nak guna kat negara mana dan tarikhnya bila. Settle masalah. Untuk pengetahuan anda bila kita gunakan kad ATM CIMB kita ni kat Mesin CIMB luar negara, tiada cas convert currency @ cas perkidmatan sebanyak RM1O @ USD3 untuk setiap transaksi. Kalau guna kat bank-bank selain CIMB, memang andalah orang yang paling murah bersedekah. hehehe. Kat Asia tenggara ni, selain Malaysia, negara-negara yang mempunyai cawangan CIMB ialah Indonesia (CIMB Niaga), Singapore, Thailand dan juga Cambodia. So bolehlah pantau-pantau lokasi ATM tu kat website mengikut negara. (kuat betul aku promosi CIMB ni, ada share ke dengan adik PM Najib ni. huhuhu)

Akhirnya, pagi ini memang dah confirm SG pergi travel kali ni hanya berdua sahaja. Dengan lelaki ok. Bukan wanita. Mengamuk tahap gaban nanti wife SG kalau SG pergi travel berdua dengan perempuan. Masing-masing ada masalah, nak buat macam manakan. Tapi jika diikutkan, travel berdua atau seorang inilah paling mudah. Mana yang terlintas nak pergi, ikut sahaja gerak hati. Kalau terlalu ramai kepala pun susah gak. Tapi inilah pertama kali dalam sejarah SG travel diluar bumi Malaysia hanya berdua. So tak sabar nak menghadapi cabaran yang bakal menunggu. Mungkin satu hari nanti, nak cuba pula buat perjalanan solo.

So dipendekkan cerita, SG pun dah nak bersiap untuk diri sendiri pula ni. Last checking apa yang masih belum disumbat lagi. Harap-harapnya perjalanan SG kali ini berjalan dengan selamat dengan tanpa ada sebarang perkara yang tidak diingini. Di lain masa, SG akan kongsikan kisah perjalanan SG di negara Cambodia untuk anda semua. Luas pandangan, jauh perjalanan, bertambah pengetahuan dan pengalaman. InsyaAllah kita akan bertemu lagi nanti. Bismillahirahmanirrahim.........Doakan SG selamat pergi dan kembali yer. Amin.... cawwwwwwwww....

Share this article :

1 comment:

  1. pok cik...JANGAN LUPA FM UNTUK SY (tgk tu hurup besau punyerrr) ;-)

    ReplyDelete

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger