SEBELUM
INTRO : Persiapan ala-ala backpackers ke Cambodia
PART 1 : Jelajah Cambodia (Day 1) - Bandaraya Phnom Penh
PART 2 : Jelajah Cambodia (Day 2) - Phnom Penh ke Siem Reap
PART 3 : Jelajah Cambodia (Day 3) - Siem Reap dan Angkor Wat
PART 4 : Jelajah Cambodia (Day 4) - Phnom Penh, Killing Fieds dan Central Market
PART 5 : Jelajah Cambodia (Day 5) - Hari terakhir
Lima hari berada di bumi Indo China ini sebenarnya telah banyak perkara yang SG telah pelajari, diinsafi serta sifat menghormati. Bukanlah selama ini SG ni hilang rasa hormat kepada orang, tetapi respek kepada sesebuah negara yang berada dalam lingkungan dunia ketiga ini sememangnya susah untuk dilafazkan kepada negara-negara yang lain. Mengapa SG mengatakan begitu?. Harap anda sudi membaca coretan saya seterusnya ini.
Sebelum memulakan penjelajahan ke negara Kemboja ini, ramai kawan-kawan yang menanyakan apa yang istimewanya negara ini sehingga SG sanggup untuk menjejaki negara yang kurang glamer dimata kaki shopping ni. Memang SG akui, matlamat utama SG ke sini adalah untuk melihat monumen dalam kategori 7 keajaiban dunia Angkor Wat. Nak juga tahu apa yang istimewanya. Selama ini hanya dengar cerita sahaja. Jadi peluang yang terhidang didepan mata ni, memang SG takkan lepaskan. Selain itu SG nak juga tahu corak kehidupan saudara sesama islam di sini. Bagaimana mereka menghadapi kehidupan yang sukar disini seharusnya akan menjadi ikhtibar kepada diri SG.
Walupun negara mereka ini masih dianggap mundur, tetapi kegiatan peminta sedekah disini memang tiada. Kalau ada pun di satu persimpangan trafic light yang wujud 4,5 orang budak-budak mengemis. Yang lain langsung tiada. Kat Malaysia tak perlu nak cakap apatah lagi di negara Indonesia. Sungguh merimaskan kita. Lagi penjual-penjual barangan jalanan. Mereka tetap juga akan mendekati kita, tapi bila kita menolak mereka akan meninggalkan kita dan tidak memaksa untuk membelinya. Begitu juga kisahnya anak-anak kecil diperkampungan islam samada di Sime Reap ataupun di Phnom Penh. Apabila mereka tahu kita ni dari Malaysia, mereka memang suka bergaul dengan kita seperti macam dah biasa berjumpa. Dalam bermesra-mesra tu, tidak akan terkeluar pun istilah nak mengemis dari mulut mereka. Kalau pun ada barang-barang kita yang terletak, mereka langsung tak akan mencuitnya. Dengan secara ikhlas kita hulurlah mengikut niat masing-masing walaupun sekadar sedekah KHR1000 untuk seorang anak-anak (KHR1000=RM0.80). Memang dah cukup seronok bagi mereka.
Dari bentuk insfratuktur memanglah tak secantik seperti yang diimpi-impikan. Macam yang SG coretkan sebelum ini, keadaan jalan rayanya memanglah cukup menduga kesabaran. Nama saja highway tapi berlopa-lopak sepanjang jalan. Lagi-lagi SG datang kesini musim hujan. Dari segi pembangunan dibandar-bandarnya nampak sudah membangun walaupun masih ditahap 50%. Dikawasan kampung, tak perlu cakaplah. Memang masih daif dimana masih ada lagi yang tinggal didalam sampan. Kalau ada rumah pun belum tentu mereka ada menggunakan elektrik.
Soal rangkaian telekomunikasi di sini memang boleh dianggap terbaik. Kalau dikawasan bandar memang banyak kedai-kedai serta hotel yang menawarkan wifi free. Kalau network 3G pula juga cukup puas hati. Sepanjang highway Phnom Penh ke Siem Reap ni memang rasanya tak pernah terputus talian. Dahlah kadarnya murah, speed pun laju. Samaada kurang user yang menggunakannya atau pun memang laju SG pun tak pasti.
Dari segi keselamatan disini memang suatu perkara yang amat SG kagumi. Apa yang anda fikirkan seandainya melihat anggota polis langsung tiada pistol atau senjata lain melainkan hanya ada walkie talkie sahaja. Ada sesetengah polis tu sampai dua biji walkie talkie dibawanya. Itulah dinamakan negara ini aman dan selamat dari sebarang jenayah. Bukanlah nak kata langsung tiada jenayah, tetapi kalau ada pun mungkin tak sampai 5%. Mereka telah belajar banyak perkara dari apa yang telah dilakukan oleh regim Pol Pot dahulu. Misi mereka adalah untuk meneruskan memacu kemajuan ekonomi mereka. Memang pernah pun SG berjalan seorang diri disepanjang riverside Mekong ni pada waktu malam. Memang tak ada perasaan yang mencuriga pun terhadap perkara-perkara yang tidak diingini berlaku. Cuma perinsip SG ni, kalau berjalan seorang diri terutamanya waktu malam, elakkanlah untuk sentiasa menunjuk-nunjukkan barangan seperti HP ataupun kamera. Sediakan payung sebelum hujankan. Lagipun muka-muka kita ni lebih kurang macam dia orang saja. So mereka tak anggap pun kita pelancong bahkan mereka boleh cakap bahasa Khmer lagi kat kita mengingatkan macam le kita ni orang tempatan. huhuhu
Kalau nak kesini, SG lebih galakkan anda menggunakan matawang USD. Kalau nak pecahkan duit Reil (KHR) pun janganlah banyak-banyak. Cukup kot sekadar USD50. Sebab matawang utamanya ialah USD dan untuk memulangkan baki barulah mereka menggunakan Riel. Tapi walaupun tak banyak, tetapi ada juga tempat-tempat yang mereka menggunakan Riel. Kalau anda ditawarkan guna RM, SG nasihatkan jangan. Sebab mereka bukanlah update watawang ni. Bayangkanlah kalau satu barang tu berharga USD10, kalau di convertkan dengan RM baru jadi RM32, ni mereka kira lansum RM40. Kalau rasa kaya, takde masalah. hehe. So cadangan SG lebih baiklah anda guna kad ATM anda disini. Melambak bank-bank Malaysia seperti CIMB, Maybank, RHB, Public Bank dan Hong Leong Bank. Mungkin ada lagi yang lain kot. Tak perasan sangat. Bila anda keluarkan duit menggunakan ATM dari bank-bank itu sendiri, memang tiada apa-apa cas pun kena. Yang pentingnya bagitahu bank anda sebelum kesini untuk pengaktifan guna diluar negara. Yang bestnya currencynya adalah mengikut kadar semasa. Kalau di Malaysia SG tukar USD1 = RM3.23, tapi masa SG keluarkan guna CIMB atm USD1=RM3.18. Kalau keluarkan seribu, dekat RM40 gak boleh save tu. Apa yang penting ada kena bijak matematik. hehehe
Bila SG ni datang ke sini hanya berdua dengan kawan SG, jadi sahabat-sahabat isteri SG ni pun dah mulalah membuat tanggapan yang agak kurang menyenangkan. Ada yang mengatakan SG ni bakal digoda oleh wanita-wanita jalananlah dan macam-macam lagi. So berkata sebelum menyelami serta hanya mendengar dari khabar angin memang sesuatu sifat yang tak elok. Night Life atau kehidupan malam dibandar-bandar utama disini memanglah wujud tapi taklah seteruk negara-negara lain. Pub-pub, pusat karaoke dan pusat massage memang hidup disini. Cuma yang agak peliknya sewaktu melalui tempat-tempat sebegini, memang tak nampak pun perempuan-perempuan yang cuba nak menggoda dan memakai pakaian yang sungguh memberahikan di jalananan. Kalau adalah pun pelancong-pelancong yang standard mengenakan pakaian nak pergi berhibur. Rumah pelacuran memang tak jumpa.
Tertanya jugalah SG ni kat Bukhari pasal ayam-ayam mentah disini. Dia kata bukanlah tiada langsung perniagaan berasaskan sex ni, tetapi semuanya secara underground. Maksudnya kalau masuk pusat karaoke atau pub ni, pergilah deal disitu. Kalau nak secara terang-terangan memanglah takkan jumpanya. Bila SG cerita ni janganlah anda fikir SG ni pun jenis layan benda2 macam ni. Sekadar menyiasat je pun. Tapi inilah sebenarnya benda yang paling SG puji. Walaupun negaranya bukanlah negara islam, tetapi benda yang tidak elok mereka tidak komersialkan. Tak payah nak pergi jauh-jauh, kita tengok sahaja di negara Malaysia kita sendiri, Nama sahaja negara islam, tapi.........(malas nak komen. fikirlah sendiri). Anak-anak muda bersama-sama pasangannya berpelesaran ditempat-tempat tumpuan. Di kemboja memang susah sekalilah nak nampak walaupun diwaktu malam.
Pelaburan jangka masa panjang. Disini memang dah ramai pun rakyat Malaysia yang mencuba nasib membuat perniagaan. Bukan sahaja kedai-kedai makan, malah ada juga dalm bidang perhotelan. Itu yang SG nampak, yang tak nampak mungkin lagi banyak. Memang SG akui banyak sebenarnya peluang-peluang perniagaan untuk jangkamasa panjang disini. Kiranya untuk 10 tahun akan datang pasti negara Kemboja ini akan berkembang pesat dimana kita sudah pun boleh menuai keuntungan sambil menggerakkan ekonomi negara ini sendiri. SG dah nampak beberapa peluang yang mungkin boleh SG ceburi. Mungkin suatu hari nanti siapa tahu kalau rezki SG ada disini. InsyaAllah dipermudahkan segala urusan.
Ekonomi. Hasil utama negara Kemboja ini adalah dari hasil pertanian. Sawah padi sememangnya menjadi pemandangan utama disini. Dua kali setahun menuai sememangnya agak sedikit membantutkan pertumbuhan ekonomi pertanian mereka. Apabila musim hujan, sudah pasti sawah padi akan menjadi danau. Selain itu perlancongan juga membantu merancakkan ekonomi mereka. Sistem yang diguna pakai dalam industri perlancongan mereka sepatutnya perlu dicontohi di negara kita. Walau dimana pun lokasi, walauapapun tempat pasti akan dikenakan bayaran. Harga yang berlainan akan dikenakan diantara penduduk tempatan dan juga pelancong luar. Apa saja yang berkaitan perlancongan kebanyakkannya akan berkaitan dengan agensi perlancongan. Memang bersepah agensi perlancongan disini. Jadi bukan sahaja pihak kerajaan yang ingin mengambil untung, tetapi mereka juga menghidupkan agensi-agensi ini untuk sama-sama menjana ekonomi. Macam yang SG katakan sebelum ini, anda tidak akan jumpa tiket bas di perhentian bas. Kesemuanya kena beli melalui agensi. Servis agensi ni pula memang terbaik. Jika anda ingin menaik bas untuk perjalanan jauh, pastinya pihak agensi atau bas akan pickup anda dihotel penginapan tanpa ada sebarang cas yang dikenakan. Banyak lagi sebenarnya sistem-sitem perlancongan yang boleh dicontohi. Contohnya sistem audio bahasa yang digunakan ketika berada Killing Field serta tuk tuk sebagai pengangkutan alternatif. Hanya mengeluarkan beberapa permit untuk tuk tuk di setiap kawasan pilihan di Malaysia, sudah pasti ia menjadi daya tarikan pelancong malah penduduk tempatan itu sendiri.
Shopping. Negara ini bukanlah negara yang boleh digelar dunia membeli belah. Barang-barangan buatan tempatan memang taklah sebanyak negara-negara lain. Kalau setakat nak shopping kain sutera kemboja dan batu permata bolehlah. Yang lain-lainnya banyak barang yang dibawa masuk dari China, Vietnam dn juga Thailand. Harga masih murah dan yang penting anda kena pandai tawar menawarnya. Lokasi utamanya kalau di Phnom Penh sudah tentulah di Central Market sementara di Siem Reap pula di Night Market.
Politik. Di negara mana-mana pun pasti akan ada pertelingkahan diantara parti-parti politik kerajaan dan pembangkang. Ia tidak terkecuali disini tetapi dasar keterbukaan parti pemerintah inilah yang sepatutya dicontohi. Mereka boleh duduk semeja untuk mnyelesaikan masalah parti apatah lagi masalah negara. Walaupun berbeza pendapat, tetapi prinsip tetap sama untuk memajukan negara mereka sendiri.
Cuaca. Di negara ini mereka mengalami tiga musim. Musim panas, hujan dan dingin. Musim panas akan bermula pada pertengahan Januari sehingga bulan Mei, dan musim hujan pula pada bulan Jun sehingga Oktober sementara dingin pula dari November hingga Januari. Jadi kalau nak kesini elakkanlah untuk datang pada bulan September hingga penghujung Oktober kerana ketika itu sememangnya musim tengkujuh paling kuat. Sebab SG datang bulan Oktober ni dah kenalah SG berani cakap. Untungnya tak mengharungi banjir tapi hampir-hampirlah nak kena.
Sawah padi dah jadi danau di musim tengkujuh |
Sejarah. Regim Pol Pot sudah pasti menjadi sejarah hitam dalam kehidupan rakyat Kemboja. Memang masih boleh dilihat lagi sehingga kini ada rakyat-rakyatnya yang kudung tangan dan kaki akibat kekejaman Pol Pot. Apabila kita melawati tempat-tempat sejarah mereka ini, pasti akan banyak menginsafkan kita di atas segala kejadian yang berlaku. Malaysia dulunya di aniaya penjajah, tetapi Kemboja dianiaya oleh rakyat mereka sendiri. Mungkin ramai yang anggap Pol Pot hanya anti kepada penduduk yang beragama islam sahaja. Sebenarnya Pol Pot ini anti kepada semua agama dan juga kemajuan. Ini kerana bukan sahaja imam-imam dan Alquran bagi orang islam yang dimusnahkan, bahkan sami-sami serta kitab suci mereka juga turut dimusnahkan. Apabila berakhirnya empayer Pol Pot ini, semua agama-agama disini hanya memulakan dakwah mereka menggunakan sisa-sisa kitab-kitab yang sempat mereka selamatkan. Jadi tiada istilah perkauman disini dimana bagi Pol Pot sesiapa sahaja yang berlainan fahaman dengan prinsip beliau pasti akan dimusnahkan termasuk ibu bapanya sendiri. So SG pun tak tahulah nak melabelkan macam mana kekejaman Pol Pot ni. huhuhu
Secara keseluruhan SG memang teruja untuk datang kesini lagi. Selama SG dah tour negara-negara Asia Tenggara ni, inilah negara yang paling banyak menginsafkan serta banyak ilmu yang diperolehi. Cuma yang kurang bestnya mereka menggunakan USD sebagai mata wang utama. So terasalah mahalnya kos-kos yang perlu ditanggung. Untuk yang lainnya memang cukup berpuas hati. Jika anda ingin merasai apa yang SG rasai ini, silalah berkunjung ke negara kemboja ini. Kalau nak kesini, jangan lupa hubungi pemandu-pemandu tuk tuk dan agensi perlancongan dari orang islam sendiri. Disamping melancong, apa salahnya membantu sesama seagama sambil bersedekah. Nawaitu tu yang penting. Apapun terima kasih saudara-saudara seislamku disini yang telah banyak membantu serta berkongsi kisah kehidupan mereka disini. Ada rezki, InsyAlah SG sampai lagi. Mungkin kali ini nak berkorban di Aidil Adha pula disini. Amin.. Sampai jumpa lagi dilain destinasi...
PHNOM PENH
Bukhari (tuktuk driver) |
Pemandu Tuktuk : Bukhari
No. Contact : +855 (0) 78664242
Kadar bayaran :
- Transfer Phnom Penh Airport - Pusat Bandar = USD7
- Jelajah Bandar = USD25 - USD30 (8 pagi - 5 petang @ mengikut kehendak penyewa)
Pemandu Tuktuk : Mustafa
No. Contact : +855 (0) 128055657
SIEM REAP (TUKTUK)
Pemandu Tuktuk : Sukri
No. Contact : +855 (0) 92465147
Pemandu Tuktuk : Abdullah
No. Contact : +855 (0) 15786239
SIEM REAP (TRAVEL AGEN)
Pemandu Pelancong : Yunos
No. Contact : +855 (0) 92418028
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !