Headlines News :
.
Home » , , , » Preview : BPL 2013/14 (Game 18) - Manchester City vs Liverpool

Preview : BPL 2013/14 (Game 18) - Manchester City vs Liverpool

Written By Unknown on Wednesday, December 25, 2013 | 18:32


Esok adalah perlawanan yag amat penting sekali bagi pasukan Liverpool FC kita ini. Bermain di hari tinju (Boxing Day), sudah pasti kita mengharapkan pasukan kesayangan kita ini mampu untuk meninju pasukan Manchester City dihalaman mereka sendiri. Walaupun ia bukanlah sesuatu perkara yang mudah, tetapi kejaiban mungkin bakal berlaku sekali lagi.

Seperti yang kita ketahui, Manchester City (MC) sememangnya pasukan yang cukup hebat digelanggang sendiri pada musim ini. Untuk perlawanan domestik mereka masih belum pernah kalah lagi di stadium Etihad bahkan kenduri-kenduri gol yang mereka cipta juga kebanyakkannya ketika bermain dihalaman sendiri. Cuba anda bayangkan bagaimana Newcastle, Mu, Wigan, Norwich, Spurs dan Arsenal dibelasah melebihi 4 gol pada musim ini di Etihad.

Rekod pertemuan musim lalu, sememangnya sama-sama liat dan sama-sama degil. seri 2-2 dalam kedua-dua perlawanan liga sebenarnya membuktikan Liverpool masih lagi mampu untuk mengekang penguasaan mereka. Walaubagaimanapun dalam perlawanan liga Premier Liverpool hanya mampu memperolehi kemenangan di Etihad ini adalah pada musim 2008/09 dengan kemenangan 2-3. Tetapi harus juga diingat, aksi Carling Cup pada musim 2011/12 lalu Liverpool juga berjaya memperolehi kemenangan distadium keramat mereka ini.

Berdasarkan apa yang telah dilakukan oleh BR pada musim ini, kita akui Liverpool mampu untuk mencipta kejayaan demi kejayaan. Siapa sangka Liverpool mampu membelasah Spurs di stadium White Hart Lane yang sebelum ini memang badi kalah buat kita. Sebarang kemungkinan bakal berlaku jika pemain mampu untuk mengekalkan rentak permainan seperti sebelum ini. Mungkin sedikit kelebihan kepada Liverpool apabila kita sebenarnya bermain tanpa sebarang tekanan. Ramai yang melihat bahawa Liverpool akan menjadi mangsa kerakusan seterusnya MC. Ini hanyalah berdasarkan rekod atas kertas, atas padang masih 50-50 lagikan..

Berdasarkan info semasa, Liverpool akan tetap menurunkan kesebelasan utama yang sama seperti perlawanan yang lalu cuma akan berlaku perubahan di posisi pertahanan kiri apabila Flanagan dilaporkan cedera. Johnson akan bermain disebelah kiri sementara sebelah kanan pula akan diisi oleh Kelly ataupun Kolou. Di pihak MC pula pasti lebih banyak berita menduka citakan, Selain tiada Aguero yang dilanda cedera, mereka juga kehilangan Zabaleta. Sebenarnya tidak susah untuk mengekang kemaraan pemain-pemain MC ini. Cukup sekadar mengawal ketat pergerakan Nasri, Silva dan Yaya, pasti mereka akan tenggelam punca. Ketiga-tiga pemain inilah sebenarnya yang banyak mengkucar-kacirkan pertahanan pihak lawan. Apa yang pasti, Suarez akan dikawal ketat dan menjadi tumpuan untuk tidak dapat bergerak bebas dan menjaringkan gol. Peluang sebegini seharusnya digunakan dengan baik oleh Coutinho, Sterling dan Hendo untuk mencuri ruang yang ditinggalkan untuk menjaringkan gol.

Apapun kita berharap pemain kita tidak akan gentar beraksi menentang pasukan penuh bintang ini. Kita yakin skuad yang digalas untuk menggilap pemain jadi bintang ini mampu untuk membenam cabaran bintang-bintang yang sedia ada. Menang 1-0  sudah memadai tapi kalau kenduri gol?...... Lu fikirlah sendiri.

MANCHESTER CITY vs LIVERPOOL
[Game 18 | Barclays Premier League 2013/14]

Venue : ETIHAD Stadium
Tarikh : 27 December 2013 | Jumaat
Waktu : 01: 30 pagi
Channel : Astro SuperSport [CH810] | Astro SuperSport HD [CH831 HD]
Live Streaming : LINK 1 | LINK 2 | LINK 3 | LINK 4 | LINK 5 (register user sahaja)

Share this article :

2 comments:

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger