Headlines News :
.
Home » , , , » BPL 2013/14 (Game 13) - Hull City 3-1 Liverpool

BPL 2013/14 (Game 13) - Hull City 3-1 Liverpool

Written By Unknown on Tuesday, December 3, 2013 | 11:45


Terus terang saya katakan, saya pun tak faham strategi dan formasi Branden Rodgers pada perlawanan ini. Mungkin sikap terlalu memandang rendah terhadap kemampuan pasukan Hull City ini, akhirnya kita dimalukan dengan mudah hasil kesilapan pemain kita sendiri.

Bila dilihat corak permainan Hull, sememangnya pujian harus diberikan kepada Steve Bruce kerana telah berjaya mengajar pemainnya untuk menghidu setiap kelemahan yang dilakukan oleh pemain Liverpool. Boleh dikatakan pasukan Liverpool lebih menguasai permainan tetapi sesekali peluang yang hadir telah dimanfaatkan dengan baik oleh Hull.

Kehadiran Sterling dan Moses langsung tidak membantu barisan hadapan dan banyak membiarkan Suarez terkontang kanting mendapatkan bola. Skrtel kembali menghidap penyakit lama apabila telah menjaringkan gol sendiri seperti musim-musim yang lalu. Gol pertama Hull memang tidak boleh disalahkan Skrtel kerana rembatan Jake Livermore yang terkena kaki Skrtel membias masuk melangkaui kemampuan Mignolet. Tetapi gol ketika Hull sememangnya membuktikan kegoyahan pertahanan kita apabila Skrtel sendiri membuat tandukan tajam dan kemas ke dalam gawang sendiri dikala tiada pun persaingan dari pemain pihak lawan.

Steven Gerrard berjaya membuktikan bahawa sepakan percuma beliau masih berbisa setajam sepakan Suarez. Walaubagaimanapun gol tunggal Liverpool melalui jaringan beliau gagal untuk menyemarakkan semangat pemain-pemain untuk mencari kemenangan. Yang pelik dan hairan, mengapa BR masih menyimpan Sakho untuk diturunkan bermain. Sudah dua perlawanan beliau dipendam dan adakah menentang pasukan lemah menjadi testimoni BR untuk menguji barisan keduanya?

Saya masih terima kekalahan ini. Begitu juga BR yang secara terbuka mengakui kesilapannya. Dua perlawanan berturut-turut BR telah silap membuat kesilapan dalam percaturannya. Jika pada perlawanan lalu, beliau mengaku silap apabila meletakkan Sturridge sebagai pemain gantian, Kali ini tindakan lambat beliau untuk menggantikan Moses dan Sterling untuk digantikan dengan Coutinho dan Alberto telah memakan diri sendiri.


Kecederaan yang melanda Sturridge sedikit sebanyak telah membebankan Suarez. BR masih belum bersedia untuk menurunkan Aspas walaupun nama beliau tersenarai dalam pemain simpanan. Itulah bahayanya jika hanya mengharapkan seorang dua sahaja pemain untuk menjadi mesin gol dimana pemain-pemain lain pula segan silu untuk membuat jaringan. Kekalahan yang ketiga pada musim ini telah membawa Liverpool jatuh ditangga ke-4 liga selepas dipintas oleh pasukan Chelsea dan juga Manchester City.

Selepas ini pasukan Liverpool akan kembali beraksi di Stadium Anfield untuk menerima kunjungan pasukan Norwich City. Diharapnya tiada lagi kesilapan-kesilapan bodoh yang bakal melanda pasukan Liverpool selepas ini seperti perlawanan-perlawanan yang lalu.

HULL CITY : McGregor, Elmohamady, Figueroa, Davies, Bruce, Meyler, Huddlestone, Livermore, Brady (Boyd), Koren (Rosenior), Sagbo (Graham)

LIVERPOOL : Mignolet, Flanagan, Toure, Skrtel, Johnson, Lucas, Gerrard, Henderson, Sterling (Coutinho), Moses (Alberto), Suarez.


Goal Highlights | Hull City 3-1 Liverpool[30/11... by SunduLTV


Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger