Headlines News :
.
Home » , , , » Preview : BPL 2013/14 (Game 17) - Liverpool vs Cardiff City

Preview : BPL 2013/14 (Game 17) - Liverpool vs Cardiff City

Written By Unknown on Saturday, December 21, 2013 | 02:54


Malam ini pasukan Liverpool akan bermain lebih awal dari pasukan-pasukan lain. Bermain di Anfield, Liverpool menerima kunjungan pasukan Cardiff City yang hadir bersama misi membalas dendam diatas kekalahan pada aksi perlawanan akhir piala Carling musim 2011/12 lalu. Walaupun pasukan mereka ini adalah pendatang baru liga premier bagi musim 2013/14 ini, ia tidak bererti Liverpool boleh memandang rendah terhadap kelebihan dan kebolehan pasukan yang dimiliki oleh jutawan dari Malaysia Vincent Tan ini.

Mungkin kita boleh mengatakan bahawa pasukan sehebat Spurs pun boleh kita laukkan, inikan pula pasukan yang sedang menduduki tangga ke-15 liga dan mempunyai masalah dalaman diantara pengurus Malky Macky dan pemilik kelab. Mungkin jika kita terus beranggapan sebegitu, berkemungkinan juga kita silap. Membelasah pasukan lawan bukanlah matlamat utama pasukan Liverpool, tetapi 3 mata penuh adalah kewajipan yang harus dicapai. Berangan-angan besar adakalanya takut memakan diri sendiri. Sedangkan pasukan Manchester City pun Cardiff boleh kalahkan dan Manchester United seri 2-2, Masakkan tidak bakal berulang seandainya Liverpool tidak berhati-hati.

Harus diingat, adakalanya pasukan kita ini akan lemah longlai apabila bertemu pasukan yang lemah tetapi akan menjadi gagah perkasa apabila bertemu pasukan yang kuat. Mengikut pandangan saya Liverpool mampu untuk meneruskan kecemerlangannya berdasarkan rekod-rekod jadual yang telah dilalui pada musim ini. Jika dikaji, pasukan Liverpool sedikit lemau atau kurang bermaya selepas dua minggu cuti rehat akibat perlawanan antarabangsa. Seri dan selepas itu kalah selepas bercuti sudah menampakkan seperti menjadi trend Liverpool pada pusingan pertama liga ini.


PRESTASI PASUKAN

~ Liverpool ~
Liverpool berada pada tahap prestasi terbaik selepas kembali bangkit daripada kekalahan mengejut 1-3 kepada Hull City.Dalam tiga perlawanan berikutnya Liverpool memenangi kesemua perlawanan dan mencatatkan 14 gol dalam proses tersebut. Dan jika kita meninjau prestasi Liverpool sebagai tuan rumah dalam empat perlawanan terakhir, kita akan mendapati skuad The Reds telah menjaringkan sekurang-kurangnya 4 gol dalam setiap satu daripada perlawanan tersebut.

~ Cardiff City ~
Cardif pula berada pada tahap prestasi terburuk sejak memasuki Barclays Premier League. Sebelum kemenangan mereka kepada West Bromwich Albion minggu lepas, Cardiff tidak pernah mencatatkan sebarang kemenangan sejak 'Welsh Derby' mereka dengan musuh setempat Swansea City pada 3 November.

FAKTA MENARIK

  1. Perlawanan terakhir Liverpool dan Cardiff City hadir pada final Carling Cup 2012 di Wembley, dengan Liverpool ketika itu di bawah kendalian Kenny Dalglish muncul juara dengan penentuan penalti.
  2. Ini merupakan pertembungan liga yang pertama di antara kedua kelab ini sejak Desember 1959 yang mana ketika itu Cardiff muncul pemenang dengan jaringan selesa 4-0.
  3. Jumlah jaringan gol Luis Suarez musim ini mengatasi jumlah gol keseluruhan skuad utama Cardiff City.


BERITA PASUKAN

~ Liverpool ~
Liverpool kelihatan akan mengekalkan kesebelasan utama yang mengalahkan Spurs dengan jaringan selesa 5-0 baru-baru ini. Jon Flanagan dilihat akan kekal mengisi posisi bek kiri setelah mempamerkan satu lagi persembahan mantap. Daniel Sturridge, Jose Enrique dan kapten Steven Gerrard kesemuanya dijangka akan kembali selepas tahun baru. Sebastian Coates pula masih lagi berehat panjang. Jika Brendan Rodgers mahu merehatkan beberapa pemain utamanya sebagai persiapan menjelang dua perlawanan maut dalam seminggu selepas ini, harapnya Brendan tidak akan tersilap lagi untuk meletakkan pemain.

~ Cardiff City ~
Setelah mencatatkan kemenangan pertama dalam 6 perlawanan terakhir, bos Cardiff Malky MacKay juga dijangka akan mengekalkan kesebelasan utamanya. Bekas pemain Liverpool Craig Bellamy juga mungkin akan berada di bangku simpanan sekiranya sempat sembuh daripada kecederaan.

WATAK UTAMA PASUKAN

~ Liverpool (Luis Suarez)
Hampir mustahil untuk tidak memperkatakan tentang bintang daripada Uruguay ini. Dengan 18 gol daripada 27 perlawanannya dalam tahun 2013 hadir di Anfield, Suarez terus memberikan masalah kepada pertahanan lawan.

~ Cardiff City (David Marshall)
Jika Cardiff mahu mengharapkan sesuatu daripada prlawan ini,mereka perlu berharap kepada penjaga gol daripada Scottland ini beraksi cemerlang. Marshall mempunyai kempen yang baik dengan mencatatkan 5 'clean sheets' dengan kadar purata bolos 1.4 gol dalam satu perlawanan.


RAMALAN PERLAWANAN

Seperti yang saya perkatakan, saya tak mahu terlalu yakin dengan mengatakan kita sekali lagi akan berpesta gol (kekalahan mengejut kepada Hull masih lagi menghantui fikiran). Saya cuma mengharapkan kita mampu meneruskan prestasi terbaik dan mengekalkan momentum kemenangan. Jadi kemenangan 1-0 mungkin sudah memadai dan seandainya kenduri lagi, ia adalah amaran awal khas untuk pasukan Manchester City dan juga Chelsea.

LIVERPOOL VS CARDIFF CITY
[Game 17 | Barclays Premier League 2013/14]

Venue : ANFIELD Stadium
Tarikh : 21 December 2013 | Sabtu
Waktu : 08:45 malam
Channel : Astro SuperSport [CH810] | Astro SuperSport HD [CH831 HD]
Live Streaming : LINK 1 | LINK 2 | LINK 3 | LINK 4 | LINK 5 (register user sahaja)

Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger