Headlines News :
.
Home » , , , » BPL 2013/14 (Game 17) - Liverpool 3-1 Cardiff City

BPL 2013/14 (Game 17) - Liverpool 3-1 Cardiff City

Written By Unknown on Tuesday, December 24, 2013 | 02:22


Keganasan Luis Suarez berterusan untuk merobek pintu gol pasukan lawan. Dihadapan pemilik kelab Cardiff City dari Malaysia Vincent Tan, Luis Suarez terus menjarakkan diri sebagai penjaring terbanyak liga apabila berjaya menyumbang dua gol lagi pada perlawanan ini menjadikan 19 gol secara keseluruhannya.

Brendan Rodgers telah menurunkan kesebelasan utamanya sama seperti pada perlawanan ketika menentang Tottenham Hotspur tempoh hari. Seperti biasa, rangkaian Midfield Liverpool terus menunjukkan kebangkitan demi kebangkitan dalam setiap perlawanan. Hanya beberapa kegopohan dan kurang pengalaman dihadapan gawang beberapa pemain muda membuatkan Liverpool hanya mampu mencipta hanya tiga gol sahaja.


Tiang gol terus menjadi penghalang untuk Livepool berpesta gol. Selain percubaan Coutinho dan Suarez yang mengenai tiang, percubaan Flanagan juga dinafikan apabila bola hanya sekadar singgah betul-betul di garisan gol. Kalau tidak Flanagan pasti mencipta nama lagi sebagai penjaring. Sterling terus menemui penyudah yang baik apabila menyumbang gol kedua untuk Liverpool selepas Suarez.

Sedikit kekecewaan apabila Cardiff berjaya juga mencuri satu gol melalui free header Mutch. Ada sedikit kelemahan barisan pertahanan apabila tiada seorang pun yang mengawal kelibat Mutch untuk mudah menanduk masuk menewaskan Mignolet. Walaubagaimanapun secara keseluruhannya setiap pemain berjaya menggalas tugas dengan baik walaupun pada separuh masa kedua dilihat Liverpool lebih banyak memperlahankan rentak permainan.


Kemenangan ini telah melonjakkan Liverpool ke puncak liga buat sementara waktu. Bagaimanapun kedudukan Liverpool ini samada akan kekal atau berubah bergantung keputusan perlawanan diantara Arsenal dan Chelsea yang bertemu pada awal pagi Selasa ini. Jika Arsenal seri ataupun kalah, Liverpool akan terus berada dipuncak liga tetapi jika Arsenal menang, Liverpool terpaksa akur untuk menduduki tangga kedua liga.

Selepas ini dua perlawanan maut bakal Liverpool tempuhi dalam masa seminggu. Bertemu Manchester City pada awal pagi Khamis dan juga Chelsea pada tengah malam Ahad dan kedua-dua perlawanan terbabit akan dilangsungkan distadium lawan. Jika kedua-dua perlawanan ini Liverpool mampu untuk melakar kemenangan, sasaran untuk menduduki kelompok empat terbaik liga pasti akan menjadi kenyataan apatah lagi peluang untuk menjadi juara liga pasti akan terbentang luas untuk dirangkul. YNWA.


LIVERPOOL : Mignolet, Johnson, Flanagan (Kelly), Skrtel, Sakho, Lucas, Allen, Henderson, Coutinho (Agger), Sterling, Suarez
SUBS : Jones, Toure, Agger, Alberto, Aspas, Moses, Kelly

CARDIFF CITY : Marshall; Theophile-Catherine, Caulker, Turner, Taylor; Medel (Campbell), Gunnarsson (Cornelius), Noone, Mutch, Whittingham; Odemwingie (Kim)
SUBS : Lewis; Hudson, Cornelius, Campbell, Kim, Cowie, John


Liverpool vs Cardiff City 3-1 All Goals by Oleeh-1

Share this article :

1 comment:

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger