Headlines News :
.
Home » , , , » BPL 2013/14 (Game 15) - Liverpool 4-1 West Ham United

BPL 2013/14 (Game 15) - Liverpool 4-1 West Ham United

Written By Unknown on Tuesday, December 10, 2013 | 13:15


Skrtel ohhh Skrtel. Own gol dan Skrtel tiada berpisah jua. Untuk musim 2013/14 ini sahaja sudah dua biji dia masukkan bola dalam gawang sendiri berbanding sebiji dalam gol lawan. Nasib baik pemain West Ham juga bermurah hati. Dua pemain mereka iaitu Guy Demel dan Joey O'Brien juga telah mencipta nama sebagai penjaring gol sendiri bagi pihak Liverpool. Sungguh meriah dengan semangat bermurah hati untuk membolosi gawang sendiri pada perawanan ini.

Untuk gol Demel dan Skrtel ni memanglah kita akui, kedua-dua gol sendiri tersebut memang nyata dan jelas masing-masing yang menolak bola tersebut ke dalam gawang sendiri. Bab gol yang diiktiraf gol sendiri oleh O'Brien ni memang sedikit mengelirukan. Penat-penat Suarez menganjing memperkotak katikkan pertahanan West Ham sebelum membuat percubaan, tetapi terkena sedikit badan O'Brien terus kata gol sendiri. Kalau tak dah tentu Suarez dah kumpul 15 gol secara keseluruhan berbanding 14 gol sekarang perbezaan dua gol dengan Aguero yang telah menjaringkan 12 gol.


Setelah tiga perlawanan di bekukan dibangku simpanan, kehadiran semula Sakho dalam kesebelasan utama sememangnya dinanti-nantikan. Gaya ala-ala gangsternya telah banyak mempengaruhi kegagalan pasukan West Ham menyerang. Diatas kepercayaan BR menurunkannya bermain, ,Sakho telah membalas dengan menjaringkan satu gol kontroversi untuk Liverpool. Walaupun nampak seperti James Collins yang membuat sentuhan terakhir ke dalam gawang, tetapi pengadil telah menyatakan bahawa tolakkan Sakho terlebih dahulu telah melepasi garisan gol. Kalau tak, gol sendiri lagi le jawabnya. huhuhu.

Gandingan pemain-pemain muda Liverpool pada perlawanan ini memang cukup memuaskan. Sterling jauh berbeza berbanding perlawanan ketika tewas dengan Hull dahulu. Beliau telah membuktikan bahawa beliau mampu untuk merampas tempat utama untuk meminggirkan Moses di bangku simpanan. Banyak peluang yang telah dicipta serta tercipta untuk beliau tetapi malangnya beliau agak gugup dan gelojoh untuk membuat penyudah yang berkesan. Kemampuan Coutinho memang kita tak perlu pertikaikan lagi begitu juga Flanagan yang semakin hari semakin mantap mengemudi posisi pertahan kiri. Joe Allen telah kembali untuk mendapat kepercayaan BR. Walaupun pada asalnya beliau bukanlah bermain diposisi sebenar kerana Gerrard masih ada, tetapi selepas Lucas dimasukkan untuk menggantikan Gerrard yang cedera, Allen kembali berada diposisi kegemarannya dan nampak lebih mengancam. Ketiadaan Gerrard selama sebulan akibat kecederaan nanti diharap mampu untuk digalas dengan baik oleh Lucas yang bakal digandingkan bersama Allen mahupun Alberto.


Bekas pemain-pemain Liverpool yang telah berhijrah ke West Ham nampaknya gagal untuk membuktikan bahawa BR tersilap menjual mereka. Downing hidup segan mati tak mahu. Mungkin disebabkan gugup ketika berada di stadium keramat yang pernah menjadi pujaannya dulu ataupun memang dah tak pandai nak bermain. Begitu juga dengan Joe Cole yang terus tenggelam bersama-sama usianya. Andy Carroll? kelibat pun tak nampak. hehehe

Secara keseluruhannya, Liverpool mampu pergi lebih jauh jika terus mengamalkan sistem bertahan dengan cara menyerang dan bukannya membina bas dikawasan sendiri. BR perlu mengajar pemain-pemainnya yang lain untuk tidak segan silu membocori gawang pihak lawan berbanding hanya mengharapkan kelibat Suarez dan Sturridge sahaja. Kekalahan pasukan Chelsea terhadap pasukan Stoke hasil gol minit terakhir Assaidi telah melonjakkan Liverpool kembali menduduki tangga kedua liga. Begitulah keadaannya sekarang, silap sedikit pasti akan banyak mengubah kedudukan liga. Harapnya selepas ini Livepool yang akan bertandang ke White Hart Lane untuk menentang Tottenham Hotspur mampu untuk meneruskan kecemerlangan dalam mengurangkan jurang mata bersama pasukan Arsenal.YNWA.


LIVERPOOL : Mignolet, Flanagan (Kelly), Sakho, Skrtel, Johnson, Allen, Gerrard (Lucas), Henderson, Sterling (Moses), Coutinho, Suarez
SUBS : Jones, Cissokho, Kelly, Lucas, Moses, Alberto, Aspas

WEST HAM UNITED : Jaaskelainen, Demel, McCartney, Collins, Tomkins (O'Brien), Noble, Diame, Nolan (red card - 82'), Downing (J.Cole), Jarvis (Taylor), Maiga
SUBS : Adrian, O'Brien, Collison, Diarra, C.Cole, J.Cole, Taylor



# Update - Gol sendiri Joey O'Brien pada minit ke-84 telah diiktiraf sebagai jaringan oleh Luis Suarez. Ini menjadikan gol semasa Luis Suarez pada ketika ini ialah 15 gol.

Share this article :

1 comment:

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger