SEBELUM
INTRO : Persiapan ala-ala backpackers ke Cambodia
PART 1 : Jelajah Cambodia (Day 1) - Bandaraya Phnom Penh
PART 2 : Jelajah Cambodia (Day 2) - Phnom Penh ke Siem Reap
PART 3 : Jelajah Cambodia (Day 3) - Siem Reap dan Angkor Wat
PART 4 : Jelajah Cambodia (Day 4) - Phnom Penh, Killing Fieds dan Central Market
SAMBUNGAN
PART 6 : Jelajah Cambodia - Analisis dan kesimpulan
SELASA : 08 OKTOBER 2013
Awal-awal pagi setelah siap membersihkan diri, SG pun memulakan aktiviti mempacking barang-barang keperluan dan shoppingan. Almaklumlah hari ini adalah hari terakhir siri jelajah bumi Kemboja untuk kali pertama ini. Tak sangka pula, rupanya banyak juga barang yang nak kena packing dan tak boleh nak sumbat kesemuanya dalam beg SG. Nampaknya terpaksa juga nanti mencari kotak kosong untuk mengisi barang-barang lebihan ni. Nak kata shopping sakan, tak juga. Sabo je lerkan.
Selepas siap semua kerja-kerja packing, SG dan member pun keluar untuk bersarapan pagi. Seperti biasa, pemandu tuk-tuk, Bukhari telah sedia menunggu kami. Memandangkan waktu untuk check out pun masih lama lagi, so barang-barang masih lagi SG tinggalkan didalam hotel. Seperti semalam juga, hari ini SG bersarapan di Restaurant Asmak 81.
Kemudiannya kawan SG sibuk ajak untuk ke Central Market kembali. Dia kata nak beli dompet kulit macam yang SG beli. Tulah, semalam suruh pusing puas-puas tak nak, kan dah kena datang balik ke Central Market ni. Memandangkan SG ni pun memang dah tiada benda nak dibeli, so layankan sajalah. Tapi macam biasa orang cakap, tempat shopping ni, kalau dah datang, jangan berpatah balik. Pasti akan tershopping juga. Jadi begitulah nasibnya yang terjadi. Bila member SG ni sibuk membelek dompet, SG ni pun menggatal gaklah tangan nak membelek hand bag. Nak beli untuk SG, SG punya masih elok lagi. So belikan sajalah untuk isteri kesayangan. Terkopak jugalah USD30. Nasib baik hand bag ni jenis lelaki atau perempuan boleh guna. So kalau isteri tak nak, SG bolehlah menggayakannya. Hahaha.
Kat Central Market ni memang dah tak boleh nak lama-lama, kang tah apa lagi nak kena beli. So cukup satu tempat barangan kulit ni saja kami pergi, lepas tu kami terus keluar menuju ke Tuol Sleng Genocide Museum. Apa sajalah yang ada kat Muzium Genocide ni ye. Untuk pengatahuan anda semua, muzium ini pada asalnya adalah sekolah tetapi telah diturun taraf ketika zaman pemerintahan Pol Pot untuk dijadikan penjara. Seperti yang sedia maklum, zaman Pol Pot ni memang terlalu banyaklah penjara dan juga tapak pembunuhan di seluruh Kemboja. Jadi Muzium Genocide ni adalah salah satu penjara yang boleh kita lihat hasil ldari kekejaman Pol Pot ini terhadap rakyatnya.
Katil tahanan |
Gambar-gambar tahanan |
Tiket masuk berharga USD2 seorang. Jadi dengan semangat yang berkobar-kobar, setiap blok-blok SG masuki dengan tekun sekali. Di sini ada 4 blog bangunan. Setiap blog tu memang banyaklah bilik-bilik penjaranya. Maklumlah dah nama asalnya sekolah, maka memang banyaklah kelasnya. Kalau nak jelajah semua bilik-bilik ni, rasanya tak perlu kot. Lebih kurang sama jer semuanya. Lagi-lagi nak naik tingkat kedua dan ketiga. Cukuplah sekadar masuk ditingkat bawah sahaja. Di blog pertama (A) setiap bilik ada sebuah katil untuk banduan. Katil memang original punya. Sesetengah bilik siap ada bantal dan alat-alat menyiksa banduan lagi.
Rantai kaki |
Salah satu peralatan untuk membunuh |
Serpihan tulang mayat mangsa bunuh |
Wajah-wajah diktator |
Dah habis pusing-pusing disini, SG dibawa pula ke sebuah bukit kecil di Phnom Penh ini. Wat Phnom nama diberi. Kat atas bukit ni adalah sebuah kuil. SG memang tak masuk pun. Sekadar pusing-pusing disekeliling bukit tersebut jer. Bayaran masuk ke Wat Phnom ni kalau tak silap USD1 kot. Itupun kalau lalu pintu depanlah. Macam SG driver tuk-tuk bawa ikut jalan belakang. So percuma je. hehehe.
Kuil di Wat Phnom |
Jam besar di atas tanah (Wat Phnom) |
Memandangkan hari ini memang tiada program apa pun yang penting dan sekadar nak menghabiskan masa sebelum balik ke Kuala Lumpur sahaja, maka SG bercadang nak melepak-lepak di persisiran Sungai Mekong. Sekitar riverside ni waktu siang taklah terlalu ramai orang berbanding waktu petang dan juga malam. Sekadar berborak-borak sahaja dengan driver tuk-tuk kami mengenai negara Kemboja ni. Nak tengok sungai Mekong ni lama-lama pun lebih kurang macam sungai kat Malaysia je pun. Kalau jernih mungkin juga SG pun nak terjun. Sambil bersiar-siar SG singgah sebentar di Royal Palace Park. Royal Palace Park ni adalah kawasan hadapan Istana diraja Kemboja. Bukan SG nak masuk istana ni pun, cuma lepak di kawasan padang tu nak bagi burung merpati makan je. Seronok gak bagi burung-burung ni makan. Memang jinak.
Royal Palace Park |
Ada yang mandi di sungai Mekong ni |
Kembali ke Landscape hotel untuk Check out. Tinggal sikit jer barang lagi nak di packing dalam kotak. Dah settle semua, SG pun meninggalkan hotel ini untuk makan tengahari pula. Nak terus ke Airport masih awal lagi. Flight pukul 4.40 petang (5.40 waktu Malaysia). Sebagai penutup menjamah makanan di Phnom Penh ini, SG menyerbu restauran yang mula-mula SG sampai di Phnom Penh ini. Bagi yang membaca dari awal artikel SG ni pastu tau dah Halal Restauran. So tak perlulah lagi SG nak terjemahkan semula. hahhaha.
Macam ni SG datang, macam ni gak SG bawa balik. hehehe |
Bangunan Parlimen Kemboja |
Dataran kemerdekaan Kemboja |
Muzium National Kemboja |
Dah kenyang, nak ke Airport tetap juga masih awal lagi. Masa-masa kecederaan ni SG sekali lagi dibawa pusing-pusing tengah bandaraya Phnom Penh. Bergambar-gambar sekejap di roundboard dataran kemerdekaan Kemboja, dan juga National Muzium Kemboja. Tak masuk pun. Possing je lebih kat pintu masuk tu. heheheh. Bila dah tak tahu nak pergi kemana, SG cadangkan terus sahajalah ke Airport. Biar awal sikit dari terlewat banyakkan.
Selamat tinggal Kemboja |
Awan gelap dah macam letusan gunung berapi |
Sampai di Airport SG membayar keseluruhan kos tuk-tuk untuk dua hari. Bukhari cas USD55 (RM176) tapi SG bagi sahaja RM200. Lebih sedekah sahaja. Tak cukup dengan itu, lebihan Meggi Cup, minuman 3 in 1 SG bagi juga kat dia. Bukan main suka lagi dia. So walaupun niat nak beramal banyak tak kesampaian, dapat beramal sikit pun oklah. Macam mula-mula sampai ke airport dulu, segala urusan imigresen dan kastam memang mudah. Tak banyak songeh. Sewaktu flight hampir-hampir berlepas, hujan turun dengan selebat-lebatnya, Flight delay 20 minit. Memandangkan hujan tetap juga tidak reda, flight Air Asia AK 1475 terpaksa juga berlepas pada pukul 5.00 petang. Alhamdulillah pesawat selamat berlepas dan mendarat di LCCT. Terima kasih Air Asia kerana membawa ku pergi dan balik. "Bawa aku pergi, pacu laju-laju, kita lari dari realiti"...
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !