Headlines News :
.
Home » , , , , » Jelajah Cambodia (Day 1) - Bandaraya Phnom Penh

Jelajah Cambodia (Day 1) - Bandaraya Phnom Penh

Written By Unknown on Wednesday, October 16, 2013 | 22:30

Sila baca artikel dibawah ini juga ya..

SEBELUM
INTRO : Persiapan ala-ala backpackers ke Cambodia

SAMBUNGAN
PART 2 : Jelajah Cambodia (Day 2) - Phnom Penh ke Siem Reap
PART 3 : Jelajah Cambodia (Day 3) - Siem Reap dan Angkor Wat
PART 4 : Jelajah Cambodia (Day 4) - Phnom Penh, Killing Fieds dan Central Market
PART 5 : Jelajah Cambodia (Day 5) - Hari terakhir
PART 6 : Jelajah Cambodia - Analisis dan kesimpulan


JUMAAT : 04 OKTOBER 2013
Hari ini genap seminggu sudah SG meninggalkan negara bekas pemerintahan Pol Pot, Cambodia. Beginilah jadinya selepas bercuti panjang. Pasti terpaksa bertungkus lumus menyiapkan kerja-kerja yang terbengkalai samaada ditempat kerja ataupun urusan ahli keluarga. Untuk memantau blog pun sekadar perlu apatah lagi hendak berkongsi pengalaman semasa berada di negara yang dahulunya dikenali dengan Kampuchea ini, memang tidak menyempat. Jadi hari ini ada senang sikit, maka SG dengan rela hatinya akan meluahkan apa yang tersirat dan tersurat di negara dunia ketiga ini.

Selepas makan tengahari di pekan kecil KLIA "Chesterfield" (berhadapan dengan hotel Concorde Inn KLIA), SG terus ke LCCT untuk check in serta urusan Imigresen. Walaupun ketika itu jam baru pukul 1.30 tengahari, tetapi bila untuk penerbangan antarabangsa ni kena jugalah bersedia awal walaupun SG sudah buat web check in dan tiada pun bagasi dalam kargo. Alhamdulillah setakat ini semua urusan mudah dan selesai tanpa sebarang masalah. Sementara menunggu pintu ke Kapal terbang dibuka, sempat lagilah nak kena sebatang rokok sebelum berpuasa lebih kurang dua jam nanti. Hehehe...


Flight Air Asia AK 1474 selamat berlepas tanpa ada sebarang kelewatan pada jam 3.00 petang. Seperti biasa bila sudah berlepas dan terpadamnya lampu tali pinggang ini, maka SG ni pun memulakan aktiviti membuat tahi mata. Nak layan tengok awan pun bosan gak. 1 jam 50 minit perjalanan takkan nak termenung je tengok awan. Baik tidur simpan tenaga untuk aktiviti yang bakal dihadapi nanti. Sedar-sedar flight dah pun nak mendarat. Ini bermakna hampir satu setengah jam jugalah flight ni jadi hotel. So tinjau-tinjaulah keadaan bandaraya Phnom Penh ini dari udara. Memang tak sabar sungguh nak menjejak kaki ke negara ini.


Waktu sampai tu jam tangan sedang menunjukkan pukul 5.00 petang sementara jam di hand phone pula pukul 4.00 petang. Ehhh, silap setting ke jam dengan HP SG ni. Hahaha. Untuk pengetahuan korang, jam tangan SG ni memanglah maintain je ikut waktu Malaysia, tetapi waktu di HP dah auto ikut waktu kawasan dimana kita berada. Jadi waktu di Cambodia ni adalah satu jam lebih lambat dari Malaysia. Jadi kalau di Malaysia pukul 5 petang, kat sini baru pukul 4 petang. Waktu saja yanng berbeza, tetapi suasana siang malamnya berbeza sedikit sahaja dari semenanjung. Kiranya kalau waktu maghrib di Semenanjung pukul 7:10 malam, kat sini pukul 5:45 petang (6.45 petang waktu malaysia). Beza peredaran matahari tu lebih kurang 20 minit mungkin. So kepada yang dah biasa pergi ke Jakarta, Bandung, Yogjakarta tu, memang sama sajalah suasananya. Yang pasti jangan sampai anda silap tengok jam. Kalau boleh jangan pakai jam tangan ye.

Selepas mendarat, memang tak merasalah nak pijak kawasan landasan airport Phnom Penh ni. Ini kerana mereka terus menggunakan tangga automatik yang menghubungkan terus kedalam bangunan. Patutlah tax airport mahal. Huhuhu.. Urusan Imigresen tersangatlah mudah di airport ini. Tiada sebarang pertanyaan, cop2 lepas. Begitu juga dengan kastam, sekadar ambil saja declaration kad dan sepatah haram pun tiada soalan yang terkeluar. Berbanding negara-negara lain yang SG pernah lawati, macam-macam hal terjadi. Baru sampai dah sibuk minta tiket flight baliklah, minta tipslah dan macam-macam lagi demi mengambil kesempatan. Macamlah SG ni kerja cop duit asyik nak mengepow jer.

Inilah bentuk rupany duir Riel (KHR)

Resit Money Changer (USD50 = KHR192,500.00

Belum pun keluar dari bangunan airport, SG terus menuju ke kaunter money changer. Tukar sikit duit Cambodia (Riel) untuk digunakan ketika perlu. SG tukar USD50 dan dapatlah berkepok-kepok duit riel yang berjumlah KHR192,500. Pakcik kayo sekejap. Disini matawang utama yang diigunakan ialah USD. Tetapi untuk nilai yang kecil mereka akan menggunakan duit Riel. So dua-dua jenis duit ni boleh pakai kat sini cuma nak tukar Riel ni banyak-banyak pun rugi juga. Walaupun bayaran mnggunakan Riel, mereka tetap ikut nilai harga USD. Satu lagi kelemahan duit Riel ni, kalau dah tukar wajib dihabiskan. Ini disebabkan duit Riel ini tidak diniagakan dan hanya laku ditukar dengan USD saja. Kalau tak habis, bawalah balik malaysia kasi frame je. hehehe..

Depan kedai Simkad "Metfone"

Selepas itu SG serbu pula kaunter simkad hand phone. Ada lebih kurang tiga tempat juga yang menjual simkad di airport ni. Jadi pening kepala sekejap sebab nak pilih yang mana satu. Dipendekkan cerita belasah sajalah yang agak berkenan. So SG ambillah simkad "Metfone" travel pack dimana harga untuk kad USD2 dan harga topup juga USD2. Dengan topup USD2 ni, kita diberi 450mb kuota internet, sms serta membuat panggilan. SG bukanlah nak guna untuk membuat panggilan pun tapi keperluan akses internet adalah wajib ada ketika mengembara. Senang nak cari maklumat. So korang nak tahu dengan harga pack USD4 (lebih kurang RM12.80) berapa punya laju internet mereka?. Fuhhh, memang laju gila. Selama beberapa kali SG "speedtest", download speed paling kurang 5.00 mbps dan upload pula 1.00 mbps dan paling laju yang SG dapat download 6.34 mbps upload 1.97 mbps. Kalau kat Malaysia nak dapat speed internet macam ni, terpaksalah membayar dengan harga yang mahalkan. Mungkin juga disebabkan kurang user yang menggunakan internet kat sini membuatkan speed ni laju. Mungkinlah kot..

SIM Kad dan top up
Murah dan powerkan speed internet kat sini

4.45 petang baru SG keluar dari bangunan airport ni. Kesian kat driver tuk-tuk yang lama menunggu kita orang bershoping kat dalam. Driver tuk-tuk ni memang SG dah booking awal-awal. Orang islam yang berbangsa Melayu Champa. Bukhari namanya memang fasih berbahasa melayu. Maklumlah 8 tahun pernah berada di Malaysia dimana 4 tahun beliau belajar di Pondok Penanti, Bukit Mertajam dan 4 tahun lagi beliau bekerja bersama pakciknya di Batu Pahat. Ketika SG keluar bangunan airport ni, memang ramai penduduk islam disini yang berkumpul untuk menghantar saudara mara mereka menunaikan haji. Disini bukan macam Malaysia yang tiap-tiap hari selama sebulan ada penerbangan ke Mekah. Disini mereka hanya akan berlepas lebih kurang lagi dua minggu nak raya haji. Bukan ramai sangat punkan penduduk islam disini.

Penuh airport dengan mereka yang menghantar saudara pergi haji

Aktiviti naik tuk-tuk pun bermula. Ketika itu cuaca mendung dan dah mula pun gerimis mengundang. Perjalanan dari Phnom Penh International Airport ke pusat bandar sejauh 9 KM dengan mengambil masa lebih kurang 30-40 minit masa perjalanan bergantung keadaan lalu lintas. Ketika ini Phnom Penh tidaklah sesibuk seperti biasa. Ini kerana ramai warga Phnom Penh telah pulang ke kampung masing-masing sempena cuti perayaan paling besar dalam kalendar Cambodia. Perayaan yang dinamakan "Pchum Ben" ini adalah perayaan bagi masyarakat Khmer yang memberi hantu lapar makan. Sebenarnya perayaan ini berlangsung selama 15 hari. Kira macam bulan Ramdhanlah bagi kita. Mereka akan beramal ibadah dalam masa tu dan hari ni adalah hari kemuncak perayaan tersebut yang disambut secara besar-besaran. SG nak cerita lebih-lebih pun bukannya SG faham lebih-lebih sangat pasal perayaan ni. Main cerita je kang salah fakta, mampus kena minta ampun dengan bangsa Khmer ni. Walaupun keadaan jalan raya tidaklah sesesak biasa, tetapi masih lagi dapat dilihat kegiatan harian penduduk disekitar bandar ini.

Layan dan bersantai naik tuk-tuk

Pewittttt. Mangsa candid pertama SG

Jalan utama dari airport Phnom Penh

Selepas lebih kurang 30 minit menaiki tuk-tuk, tibalah SG kedestinasi pertama di Phnom Penh ini. Mana lagi kalau bukan ke hotel penginapan untuk check in. Hotel pilihan SG di sini ialah Lanscape Hotel. Bertaraf 3 bintang dan yang pasti tak ramai pun orang-orang Malaysia akan menginap di sini. Sebabnya selain dikategorikan sedikit mewah, ia sebenarnya terletak jauh sikit dari kawasan elit seperti Central Market, Rusian market dan beberapa tempat utama lagi. Terletak berhadapan dengan Cambodiana Hotel dan berdekatan dengan hotel yang mempunyai casino, NagaWorld Hotel. Dah tahu jauh kenapa SG ni pilih hotel Lanscape nikan. Bab-bab hotel ni SG serahkan pada kawan SG untuk booking di Agoda.com. Disebabkan kawan SG ni duit jatuh dari langit dan badan pun jenis nak yang selesa, maka SG ni ikut sajalah kehendaknya. Kalau ikutkan SG, masjid pun jadi untuk tempat nak bermalam. Nak jadi backpackers memang le kena ketepikan keselesaan.




Nak tidur berdua je, tapi katil bapak luas...




Selepas check in dan tinjau-tinjau bilik, SG turun kembali untuk ke lokasi lain pula. Kali ini SG nak booking tiket bot untuk perjalanan ke Siem Reap pada keesokkan paginya. Malangnya tiada perkhidmatan bot yang dijalankan ke Siem Reap untuk esok pagi. Ia disebabkan kurangnya customer akibat cuti perayaan dan mungkin keadaan sekarang ni musim tengkujuh paling kuat sedang berlaku. Takut juga air bergelora besar. Untuk pengetahuan anda, bot yang boleh memuatkan sekitar 30 orang ini memulakan perjalanannya dari Sungai Mekong dan memasuki tasik Tonle Sap sebelum sampai ke Siem Reap. perjalanan yang memakan masa lebih 6 jam ini dikenakan sekitar USD30-USD33 seorang.

Antara acara perayaan "Pchum Ben"

Aduhhhh... Tak sanggup SG lihat kesengsaraan sebegini.

Rugi pula rasanya tak dapat nak join main "CAP TEH"

Tasik Tonle Sap ni adalah danau terbesar di Asia Tenggara. Keajaiban tasik ini ialah ketika musim kemarau @ panas, keluasannya hanyalah sekitar 2500 - 3000 km2 tetapi ketika musim tengkujuh pula keluasannya bertambah hingga mencecah 13000 km2 berbanding danau Toba di Medan Indonesia yang berkelusan 3000 km2 tetap. Disitu terdapat perkampungan air dimana rumah, kedai, sekolah, pasar dan segala-galanya dibina diatas bot atau rakit. Tiada tiang kayu atau batu terbina diperkampungan ini kerana memandangkan takungan air di tasik ini sentiasa berubah-ubah. Bayangkan selepas musim kemarau, air akan naik setinggi lebih 10 tingkat bangunan, kalau bertiang pasti hancur lebur rumah. Bukan tak boleh nak melawat perkampungan ni dari Siem Reap, tetapi bayaran bot sekitar USD15 seorang untuk tour lebih kurang 2-3 jam, agak kurang berpuas hati pula jadinya. Lagipun nak jimat masa tak payah nak berpusing-pusing program. Sekali harung saja dah dapat tengok macam-macam.

Selepas kecewa tak dapat tiket bot untuk esok, kami mengambil keputusan untuk pergi makan. Restauran muslim pertama di Phnom Penh yang kami serbu ialah "Halal Restaurant". Bab-bab makan ni SG main belasah je. Yang penting halal. Jadi kawan SG jugalah yanng memilih menu-menu untuk malam ini dibantu driver Tuk-tuk. Buat pertama kalinya SG mengalas perut di sini memang cukup menyelerakan. Masakan memang sedap dan lebih kurang sama saja masakan di Semenanjung. Nak pedas ke tak terpulang anda. Untuk tiga orang makan kami dikenakan bayaran sebanyak KHR38,000 @ USD9.5 @ RM30.40. Lagi satu nak bagi tahu, di Cambodia ni air teh cina adalah diberi percuma. Korang nak teguk berapa banyak pun tetap juga free ok.




Selesai makan, kami terpaksa bergegas untuk ke syarikat travel agen. Di negara ini memang takkan jumpanya jual tiket bas dekat perhentian. Semua kena melalui travel agen. Suka ke tidak disebabkan tak dapat bot untuk esok, bas adalah pilihan kedua. Lama juga nak tunggu mereka deal dengan syarikat bas ni. Banyak juga bas yang dah penuh akibat mereka nak balik kampung pasal cuti perayaan ni. Van, bas biasa, bas express banyak dah tiada. Akhirya dapat juga bas Express dari syarikat Mekong Transport. Cuma sepatutnya harga biasa sekitar USD12 untuk bas Express, bila musim perayaan SG kenalah bayar USD14 untuk tambang ke Siem Reap. Sabar-sabar wahai hati..


Selepas itu kami dibawa ke kedai batu permata intan berlian yang memang betul-betul 100% original. Tapi dah lupa pula apa nama kedai ni. Cari gambar kat luar kedai tiada pula. Rasanya ada gak sempat snapshot. Nak ambil gambar didalam kedai memang tidak dibenarkan. Di kedai ini, disebabkan originalnya barang-barang mereka maka harganya juga memang cukup mengerikan. Cincin halus sebentuk yang bersadur emas putih pun dah berharga lebih USD150. Apalagi yang besar-besar seperti loket dan lain-lain lagi, memang dah mencecah lebih dari USD250. SG hanya mampu memandang sahajalah. Mengikut kata Bukhari, ramai rakyat Malaysia datang membeli batu permata disini untuk dijual kembali di Malaysia. Kalau kat sini sahaja dah dekat RM500 sebentuk, kat Malaysia tah berapa ler agaknya harga yag dijual ya.

Kemudian disebabkan tiada hala tuju untuk malam ini, maka SG sekadar dibawa berpusing-pusing sekitar bandar Phnom Penh ini untuk melihat kehidupan malam warga kota. Hari masih muda lagi, jam pun menunjukkan pukul 8.30 malam. Habis pusing-pusing, SG kembali ke hotel untuk berehat sebelum memulakan perjalanan 6 jam ke Siem Reap esok pagi. So untuk hari pertama setakat ini sahaja cerita SG. Sampai bersambung untuk hari kedua dilain masa nanti. InsyaAllah.

# Kalau korang nak datang ke Phnom Penh ni, bolehlah menggunakan khidmat tuk-tuk yang SG guna ni. Dahlah Muslim, pandai pula berbahasa melayu lagi. Siapa lagi kalau bukan kita yang membantu saudara sesama Islamkan. Contact jangan tak contact ok...


Nama : Bukhari
No. Contact : +855 (0) 78664242
Kadar bayaran :
- Transfer Phnom Penh  Airport - Pusat Bandar = USD7
- Jelajah Bandar = USD25 - USD30 (8 pagi - 5 petang @ mengikut kehendak penyewa)


Share this article :

3 comments:

  1. Salam, tumpang tanya brp hg tuk tuk dorang charge sehari ye kat Phnom Penh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam. maaf lm x buka blog. utk kos tuk tuk tu biasanya klau 1 hari dlm usd30-35 le. x pun dia tgk bp jauh perjalanan kt. pe pun harga tu msh boleh bincang lg.

      Delete
  2. Nak tanya, keseluruhan bajet travel kemboja ni berapa ye ?

    ReplyDelete

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger