SEBELUM
INTRO : Persiapan ala-ala backpackers ke Cambodia
PART 1 : Jelajah Cambodia (Day 1) - Bandaraya Phnom Penh
PART 2 : Jelajah Cambodia (Day 2) - Phnom Penh ke Siem Reap
SAMBUNGAN
PART 4 : Jelajah Cambodia (Day 4) - Phnom Penh, Killing Fieds dan Central Market
PART 5 : Jelajah Cambodia (Day 5) - Hari terakhir
PART 6 : Jelajah Cambodia - Analisis dan kesimpulan
AHAD : 06 OKTOBER 2013
Seperti biasa jam 6.00 pagi SG dah bangun tidur. Berjanji dengan En Shukri, pemandu tuk-tuk seawal jam 7.00 pagi perlu ditepati. Selepas dah siap memperkemaskan diri serta barang-barang, SG pun turun ke lobby untuk check out. Bukannya tak boleh nak check out tengahari nanti, tetapi malas dah nak berpatah-patah balik dan berharap dapat memanfaatkan masa yang ada di Siem Reap ini dengan sebaik yang mungkin. Breakfirst? Ingat mula-mula nak try juga breakfirst kat Rithy Rine Angkor Hotel ni, tetapi bila tengok En. Shukri dah pun sedia menunggu, niat untuk minum kopi dan mengalas perut dengan roti atau apa-apa yang difikirkan halal terpaksa juga dibatalkan. Baik minum pagi nanti bersama-sama shukri.
Matahari pagi menyinar cukup indah dan sungguh mendamaikan. Walaupun cuaca cerah dan tidak hujan, kedinginan tetap terasa. Mungkin hutan simpan yang masih melambak disini membuatkan udara sungguh nyaman dan kedinginan seperti berada dalam hutan. Itulah pentingnya mengekalkan bumi hijau berbanding bumi batu bata yang lebih banyak mengeluarkan haba serta pelbagai udara tidak sihat. Sayangilah bumi anda.
Destinasi wajib SG pagi ini ialah membeli topup internet. Bukan susah pun nak cari kedai-kedai menjual topup disini. Memang bersepah ada dikedai-kedai kecil ditepi jalan. Harga tetap juga sama USD2 tanpa ada cas2 lain macam kat Malaysia ni. Macam yang SG bagi tahu dulu, internet teramatlah penting bagi SG dalam membantu penjelajahan di negara asing ini. Kalau tiada internet tu, bukanlah nak kata tak boleh hidup, tetapi sekurang2nya ada sesuatu perkara juga yang memerlukan akses internet ni. So bila ada kemudahan, wajiblah digunakan sebaik mungkin.
Selepas itu memulakan perjalanan untuk perkara wajib diawal pagi ni. Mencari tiket bas atau van untuk kembali semula ke Phnom Penh hari ini. Kalau anda baca kisah penjelajahan SG ini dari awal, pasti anda akan terbaca pasal perayaan "Pchum Ben" ni kan. Jadi tak perlulah SG nak ulang-ulang lagi nak ulas pasal perayaan ni. Cuma apa yang berkaitan dengan perayaaan ini ialah, bila semua orang dah balik kampung untuk merayakannya pada Jumaat lalu, maka hari ini orang dah berebut-rebut pula untuk pulang kembali ke bandaraya Phnom Penh. Jadi memanglah seksa nak mencari tiket bas dan juga van. Semuanya penuh dan kalau ada pun hanya sekadar untuk satu kerusi sedangkan SG berdua. Habislah, macam terpaksa bermalam lagi je kat Siem Reap ni. Huhuhuh. Untuk menenangkan jiwa memikirkan tindakan selanjutnya kawan SG mencadangkan agar kita minum dulu.....
Inilah Restaurat Muslim Family Kitchen di Kampung Stoung Thmey |
Santapan pagi ini En. Shukri telah membawa kami sekali lagi ke perkampungan islam di Kampung Stoung Thmey. Restauran tumpuan kali ini ialah restauran Muslim Family Kitchen. Menu breakfirst semua berat-berat. Ingat ada ler roti canai ke lempeng. hehehehe. Tapi untuk travel ni memang elok pun pagi-pagi terus makan yang berat-berat. Manalah tau tengahari nanti terlajak atau tak sempat makan ke, bila pagi dah sumbat yag berat sekurang-kurangnya boleh ler cover untuk tengahari sekalikan. Disini SG memesan nasi goreng berdaging lembu je. Harga sepinggan untuk Nasi goreng daging lembu ni ialah USD3. pehhhh... Jangan di convert, nanti kebulur tak makan. hehehe.
Tengok menu saja tau, jangan tengok harganya. huhuhu |
Dah selesai mengalas perut dengan makanan yang sungguh melazatkan dan mengenyangkan ini, misi mencari tiket bas kembali bersambung. Kalau nak diikutkan hati SG nak saja cari bas perjalanan tengah malam dan akan sampai ke Phnom Penh awal pagi esoknya. Boleh jimat kos hotel. Tapi macam biasalah dengan kawan SG ni, macam-macam alasan dia mengelak nak tidur kat hotel juga dan dia dah booking pun hotel di Phnom Penh. Maka terpaksa juga mencari bas ke Phnom Penh yang berlepas petang ini juga. Penat juga driver tuk-tuk kami ni pusing-pusing bertanya di kebanyakan travel agen. Akhirnya dapat juga memakbulkan niat dihati. Walaupun bas dari Syarikat Phnom Penh Sorya Dekchunhoun yang bukan full express ni bukanlah menjadi kesukaan kawan SG, suka atau tidak kena juga naik. Kalau tak tidur lagi semalam kat Siem Reap ni. Tiket bas ni separuh lebih murah dari bas express Mekong Transport yang SG naik semalam ke sini. Hanya USD7 sahaja dan dalam kepala otak ni dah terfikir macam manalah rupanya bas ni dan nak menghadap 7 jam perjalanan bahkan mau lebih lagi. Redo sajalah.
Tiket bas Syarikat Sorya Transport (USD7) |
Dah dapat tiket kami bergegas pula ke tempat impian untuk dijejaki. Apa lagi kalau bukan tempat yang diiktiraf diantara keajaiban dunia disini kalau bukan Angkor Wat. Perjalanan dari pusat bandar Siem Reap hanyalah memakan masa selama lebih kurang 15 minit sahaja. 15 minit ni perjalanan nak ke tempat membeli tiket je tau. Nak ke bangunan Angkor Wat ni kena tambah lagi 10 minit ok. Jadi SG pun membelilah tiket untuk sehari berharga USD20. Untuk pengetahuan disini ada 3 jenis tiket yang berlainan harga mengikut pakej hari lawatan. Untuk pakej lawatan sehari seperti yang SG ambil ni ialah USD20. Untuk pakej lawatan selama 3 hari pula ialah USD40 dan untuk pakej selama seminggu pula ialah USD60 (pakej bertapa kot ni). Disini SG cuma nak pergi 3 tempat saja iaitu Angkor Wat, Prasat Bayon dan juga Ta Phrom.
Kaunter tiket |
Semasa sedang membuat pembayaran tiket ni, SG disuruh untuk memandang kearah kamera. Dengan memperkemaskan rambut dengan ala kadar, tanpa ada cahaya flash dah siap pun mereka snapshot muka SG ni. Hasilnya gambar muka SG ni terpampang dalam tiket masuk Angkor Wat ni. Pehhhh, memang terbaiklah. Kira inilah souvenirs yang amat berharga dari Angkor Wat ni. Sebenarya tujuan meletakkan gambar kita dalam tiket ini adalah diantara security mereka bagi mengelakkan tiket dari di duplicated oleh lanun-lanun cetak rompak. Tapikan kalau tengok kedaan keseluruhan kawasan Angkor Wat ni, kalau cekap dan penipu nak masuk tak payah guna tiket pun boleh. Tapi SG tak menggalakkan ok. Nanti andainya tertangkap jangan kata SG pula yang ajar. Kalau nak tau caranya, korang yang pertama kali datang kena jugalah beli tiket ni. Untuk kali kedua dan seterusnya pasti korang tau nak buat macamanakan. hehehhehe.
Muka yang nampak serabai. hahahha |
Peta laluan kawasan Angkor Wat dan lain-lain temple |
Selesai beli tiket SG kembali menaiki tuk-tuk. Jauh beb nak masuk ke dalam. Takkan sanggupnya korang nak berjalan kaki. First entrance SG diminta untuk menunjukkan tiket. Mereka tengok saja pun, bukan ada sign ke chop. Lepas itu barulah pengembaraan Angkor bermula. Angin diluar sungguh kuat rasanya seperti ditepi pantai pula. Padahal hanya ada tasik berbentuk empat segi yang mengellilingi Angkor Wat ni je. Walaupun ia tasik buatan, tapi lebarnya lebih 200 meter jugalah rasanya.
Rupa-rupanya blok yang mula-mula ni hanyalah pintu gerbang sahaja. SG terpaksa berjalan lagi sama jarak macam tadi. Aduhaiiiii. Inilah kalau dah lama sangat tak bersenam. Cepat benarlah rasa penatnya. Kawan SG dah nampak bayang-bayang pancitnya. Alang-alang dah sampaikan, takkanlah nak patah balik pula. Memang mangkuk tahap gaban betullah kalau buat perangai macam tu. hahahaha. Bila dah memasuki dalam bangunan Angkor Wat ni bahang kepanasan makin terasa. Langsung tiada terasa angin melainkan dikawasan yang terbuka. Tangan-tangan SG ni mulalah menggatal memegang dinding untuk merasai kehalusan seni ukiran zaman kuno ni. Memang cukup berseni. Maka mulalah terfikir kemahiran orang zaman dulu-dulu. Tanpa alatan yang canggih mereka mampu membina bangunan batu yang utuh lagi berseni ini. Tapi siapa tahu zaman dulu juga canggih seperti sekarang ni. Masakan boleh ada penemuan-penemuan arkeologi yang membuktikan bahawa zaman dahulu juga maju.
SG nak cerita lebih-lebih pasal Angkor Wat ni pun malas nak taip banyak-banyak. Apatah lagi mengenai sejarah pembentukan, kemusnahan serta penemuan semula bangunan ini. Korang boleh sahaja tanya kat pakcik google. Melambak artikel berkenaan Angkor Wat ni. Setakat sedikit sebanyak pengetahuan berada dalam bangunan ni pun rasanya dah memadai untuk dikongsikan. Lagipun tak lama mana SG dalam Angkor Wat ni. Rasanya lebih kurang dua jam saja kot. Almaklumlah bukan tempat agama kita. Kalau tempat kita tu, boleh jugalah nak solat sunat ke, beriktikaf ke. Barulah sambil-sambil berziarah tu ada berkatnya dalam menginsafi diri inikan. Kalau ikut SG memanglah nak pusing habis dalam bangunan ni, tapi kawan SG dah pancit tahap gaban dan ajak keluar. Maka beransurlah kami.
Sambil- berjalan nak keluar tu, SG terserempaklah dengan group student-student dari Malaysia. Bila SG tegur bukan main lagi dia orag nak speaking. Mak aii, baru sekejap kat bumi asing dah lupa bahasa ibunda sendiri. Kan dah didapatnya kena perli dengan SG. Hahaha.. Mereka ni dari kolej Tunku Kurshiah Seremban. Seramai lebih kurang 40 orang termasuk guru membuat lawatan dalam kempen anti peperangan kot. Untung korang, baru tingkatan 4 dah boleh melancong keluar negara. Zaman SG dulu memang bermimpi sajalah. huhhuhu.
Inilah dia awek-awek dari Kolej Tunku Kurshiah |
Patung yang dah kena pancung kepalanya |
Yang terakhir tempat yang mesti dilawati ialah Ta Phrom. Sampai disini mulalah terbayang si cantik manis Angelina Jolie. Apa kena mengenaya dengan Angelina Jolie dengan Ta Phrom ni ye. Bagi korang yang pernah tengok filem lakonan Angelina Jolie yang bertajuk "Lara Croft Tomb Raider" tu, sebenanrnya disinilah lokasi pengambaran filem terbabit. So teringinlah nak jadi Angelina Jolie sekejap disini. hehehhe.
Dah penat berjalan, singgah sebentar pekena air kelapa muda. Besar-besar dan bukan main berat lagi air kelapa muda kat sini. Kena sebiji dah kenyang pula. Awek-awek Khmer yang menjual air kelapa ni tau beberapa bahasa seperti Korea, Jepun, Inggeris dan Khmer. Malangnya tak tahu pula nak cakap melayu walaupun mereka tahu negara Malaysia.
Pekena air kelapa |
Jam sudah menunjukkan pukul 12:30 tegahari. Perut sudah kelaparan kembali. Jadi kami meninggalkan kompleks Angkor Wat ni dengan bermacam-macam pengetahuan dan kesimpulan. Perang yang membuatkan kemusnahan disamping kemarau panjang yang menjadikan penduduk dahulunya berpindah dari sini untuk membiarkan kejaiban ini sepi berabad-abad lamanya. Jika dilihat, kawasan Angkor Wat ini adalah kawasan lembah yang tidak mungkin sukar untuk mendapatkan air. Tetapi mungkin hukum Allah apabila Dia mahu memusnahkannya, perkara yang tidak mungkin pun tetap akan berlaku. Wallahuaklam.
Sebelum pergi ke restauran untuk makan tenghari SG sempat juga singgah di CIMB bank untuk mengeluarkan duit. Memandangkan kocek dah semakin nipis, kena jugalah stanby awal. Di Siem Reap ini terdapat dua mesin ATM. Satu di bangunan milik CIMB bank itu sendiri, dan satu lagi di sebuah pasaraya mini. Seperti yang SG bagitahu sebelum ni, pengeluaran di CIMB ni tiada pun charge RM10 setiap transaksi (sama bankkan). Yang paling menariknya pengeluaran adalah mengikut nilai currency semasa. Semasa SG cucuk tu USD300 = RM958.20 berbanding masa SG tukar kat Malaysia dulu USD300 = RM984. Beza hampir RM26 tu.
CIMB Bank Siem Reap |
Untuk makan tengahari kali ini kami tetap juga dibawa ke perkampungan Islam. Tapi kali ini kami mencuba pula di Cambodian Muslim Restaurant. Kat restauran inilah baru SG terasa nak mencuba menu Kemboja yang diberi nama " Daging lembu naik bukit". Memang tip-top meletop betul rasanya. Memang puas hati dan sesuai dengan harganya USD7 untuk semangkuk. Kalau makan seorang, rasanya SG memang tak habis. Nasib baik driver tuk-tuk ni pun join makan sekali. Boleh juga dia tolong perabiskan makanan yang ada. Habis makan sempat lagi SG nak tinjau-tinjau kawasan sekitar perkampungan islam ni. Almaklumlah semalam, dah malam baru sampai dan hujan pula tu. So tak sempatlah nak meninjau-ninjau. Kali ini sempat jugalah SG beramah mesra dengan penduduk kampung. Memang majoritinya mereka tahu bercakap bahasa Melayu. Jadi tiada bermasalahlah hendak bersembang-sembang. Tapi tidak lama pun dapat berborak-borak dengan mereka kerana pukul 1:30 tengahari SG mesti ada di travel agen untuk mereka pickup ke stesen bas.
Sampai di syarikat travel agen kami diberitahu yang kami dah terlambat. Mereka dah datang untuk pickup sekitar pukul 1.00 tengahari lagi. Ni kes SG salah dengar ke, dia orang silap info. Mereka mengarahkan tuk-tuk untuk menghantar kami. Ingatkan ke stesen bas, tetapi ke syarikat travel agen yang lain. Main tinggal macam tu je pulak tu. Dia kata bas akan ambil disini. Bila tanya kat tempat travel agen ni, dia kata bas yang kami naik ni tak akan pickup kat sini. Dia suruh pergi ke stesen bas juga. Bas nak bertolak pukul 2.00 petang dan sekarang dah pun pukul 2.00 petang. Habislah, kena tinggal baslah nampaknya ni. Pekerja travel agen tu suruh kami pergi segera dengan mengatakan pihak bas sedang menunggu kami. Cepat-cepat ambil tuk-tuk dan terus pergi. Dalam perjalanan hujan turun. Dahlah lambat, driver tuk-tuk pun nak pakai baju hujan, tutup canvas kat tempat kami. Dugaan sungguh. Yang paling menyayat hati juga SG nampak kemalangan ngeri depan mata kami. Motorsikal bertembung motorsikal yang lain. Bukan main memancut darah keluar dari muka mangsa. YaAllah, janganlah driver ni berhenti. Tak sanggup SG nak tengok darah ni weii. Walaupun hujan lebat, akhirnya kami sampai juga ke stesen bas dan bas tersebut pun masih ada. Kerja giler betullah.
Bas ni kami tunjuk tiket dan terus naik. Beg tak perlu pun nak masuk kat bawah bas. Nak sumbat kat ruangan letak beg diatas, tak muat. Maka letak sahajalah dibawah. Nasib baik kaki ni masih boleh mencelah-celah lagi. Dahlah dapat tempat duduk kedua dari belakang. Harap janganlah Aircond buat hal. Bas bertolak sekitar jam 2.30 petang. Memang dasar bas berhenti-henti betul ler. Di kebanyakan pekan, bas akan berhenti untuk menurunkan penumpang serta mengambil penumpang. Cuma yang baiknya mereka taklah sumbat jadi macam sardin tetapi sekadar memenuhi ruang kerusi yang ada sahaja.
Dalam perjalanan, hujan masih lebat membasahi bumi. Nak tengok pemandangan, sama juga macam waktu pergi semalam. Tapi nampak lebih mengerikan pula kali ini. SG terpandanglah ada sebuah bas parking lain macam pula dibahu jalan. Rupanya bas tersebut kemalangan dan bahagian depannya remuk serta ditutupi dengan canvas. YaAllah, selamatkanlah perjalananku ini. Bas ni dua kali berhenti rehat. So dua-dua kali ni SG gunakan untuk buang air dan hisap rokok. Nak makan memang tak lalu. hehehe. Bila hari sudah gelap, sekali lagi insiden mengerikan berlaku. Walaupun bas sudah perlahan, tetapi roda bas berdentum dengan kuat melanggar lopak di jalanraya. Walaupun tayar tak meletop tetapi skru dilantai tu boleh tercabut dan ada beg-beg penumpang lain yang diletakkan dibahagian atas tercampak jatuh. Bila di beritahu pada pembantu driver, dia boleh buat selamba sahaja. Mohon jangan terpotong dua bas ni dahlah.
Kami sampai di Phnom Penh sekitar jam 10.30 malam menjadikan 8 jam waktu perjalanan. Sebenarnya walaupun bas ni bas berhenti-henti tapi nampak lebih selesa berbanding bas express yang SG naik semalam. SG diturunkan diperhentian bas berhampiran Central Market. Dengan bayaran USD5, tuk-tuk menghantar kami ke hotel Lanscape. Alhamdulillah cabaran hari ketiga ini berjaya juga kami laksanakan. Untuk aktiviti seterusnya kita bersambung lagi ye.
# Perkhidmatan tuk-tuk dan travel agen Muslim di Siem Reap
Tuk-tuk
- Sukri - +855 (0) 92465147
- Abdullah - +855 (0) 15786239
Travel Agen
- Yunus - +855 (0) 92418028
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !