Headlines News :
.
Home » , , » Game 1 (Group F) Piala AFC 2014 : Selangor 1-1 Arema Indonesia

Game 1 (Group F) Piala AFC 2014 : Selangor 1-1 Arema Indonesia

Written By Unknown on Thursday, February 27, 2014 | 02:22


Harapan pasukan Selangor untuk mengutip tiga mata penuh pada perlawanan pembukaan piala AFC nampaknya tidak kesampaian. Bermain di gelanggang sendiri di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Selangor menerima kunjungan pasukan Arema Indonesia gagal menyekat kemaraan mereka apabila sekadar berpuas hati dengan berkongsi satu masa dari keputusan seri 1-1 selepas tamat perlawanan.

Pasukan Selangor mengguna pakai formasi 3-5-2 dimana menurunkan ke empat-empat pemain importnya untuk menentang pasukan yang dahulunya dikenali dengan Harimau Malang ini. Perlawanan yang rancak telah dipamerkan oleh kedua-dua pasukan dimana Selangor terlebih dahulu berada dihadapan seawal minit ke lapan. Lorongan cantik Andik tidak dipersia-siakan oleh Paulo Rangel untuk menewaskan penjaga gol Arema, Kurnia Meiga. Gol pasukan Arema pula terhasil di separuh masa kedua dimana sepakan percuma ketua pasukannya Ahmad Bustomi berjaya mengelirukan Hamsani Ahmad untuk bola terus menerjah ke dalam gawang.

Hamsani Ahmad selayaknya di beri pujian penuh kerana kejayaan beliau menepis segala percubaan pasukan Arema yang diketuai oleh Cristian Gonzales. Masalah komunikasi dalam pasukan Selangor nampaknya masih terlihat apabila antara mereka sering berlaku salah faham sesama sendiri dan ini membuatkan bola mudah dirampas oleh pemain Arema.


Sepatutnya Selangor mampu untuk memenangi perlawanan ini seandainya peluang yang terhidang dihadapan mata dapat disempurnakan dengan baik. Malangnya Kegopohan pemain seperti Shukur Jusoh yang hanya berhadapan Kurnia Meiga gagal menyepak kemas peluang tersebut. Keteganggan pemain antara dua pasukan ini kerap juga berlaku. Tindakan Victor Igbonefo yang kerap mengasari Paulo Rangel, membuatkan perteingkahan kecil berlaku antara mereka.

Yang paling kurang menarik, ada segelintir penyokong pasukan Selangor yang telah membakar mercun di penghujung waktu perlawanan. Letupan tersebut telah membuatkan pengadil perlawanan memberhentikan permainan dimana ada pemain-pemain Arema yang terkejut dan menyangkakannya adalah mercun. Walaubagaimanapun perlawanan disambung kembali selepas mendapat kebenaran pegawai AFC yang bertugas. Rasa-rasanya ini adalah penyokong Selangor yang datang stadium setahun sekali buat perangai. Kalau penyokong tetap, pasti rileks jer. Mesti mereka ni tak baca titah baginda Sultan Selangor.

Apapun satu mata yang amat berharga ini dapat memberi lebih semangat kepada anak-anak buah Mehmet Durakovic untuk lebih bersedia bertarung habis-habisan dalam mengharungi perlawanan akan datang. Harapnya Mehmet mampu untuk melakukan yang terbaik kepada pasukan Selangor untuk mengembalikan zaman kegemilangannya seperti dahulu.


SELANGOR : Hamsani Ahmad, S Kunanlan, Steve Pantelidis, Shahrom Kalam, Bunyamin Omar (Raimi Md Nor), Shukur Jusoh (Fitri Shazwan), S Veenod, K Gurusamy, Andik Vermansah, Junior Aparecido (Thamil Arasu), Paulo Rangel

AREMA INDONESIA : Kurnia Meiga Hermansyah, Thierry Gathuessi, Victor Igbonefo, Purwoko Protomo, Ahmat Farizi, Ahmad Bustomi, Juan Revi Auriqto (Irsyad), I Gede Sukadana Prat, Dendi Santoso (Samsul Arif Munip), Alberto Concalves (Hendro Siswanto), Cristian Gonzales.





Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger